Thursday, September 6, 2012

Ceritera Syawal 2012 - Hari kedua

Salam readers...

Fuhh...fuhh...fuh...
Bulan Sept baru ada 1 entri dalam blog aku??
Ish...ish.... kena catat rekod nih.
Bukannya sebab aku malas nak update tapi aku busy sangat dengan kerja.
Hape korang ingat kerja PA ni mengadap internet aje ke??
PA pun banyak kerja tau.
Berkat gaji aku bulan nih.
Kihkihkih...

Ok, sambung citer pasal hari raya.
Hari tu aku dah citer pasal raya pertama aku kan?
Kali ni pasal raya kedua pulak.

Raya kedua ni kemain masing-masing bangun lewat.
Aku terlajak tido sampai kul 8.
Itupun aku bangun sebab dengar bunyi bising.
Kalau tak, maunye aku tido sampai kul 10. Hehehe...

Bangun-bangun, terus menyiapkan diri.
Daddy cakap kitorang nak pergi ke rumah Tik Siah dulu.
Tik Siah ni adik daddy.
Suke pergi sane sebab boleh makan nasi dagang dia yang very the marvelesss...
Biasenye raya pertama kitorang dah serbu ke rumah Tik tapi kali ni tak berkesempatan pulak.
So, postpone ke raya kedua.


Sebelum bertolak, snap-snap haruslah menjadi agenda wajib.


Kak Ejam - Mummy - Kak Long - Me
Anak & menantu perempuan.
Oppsss... aku yang paling besor???
Tsk....


Abang Zam - Shazrin - Mummy - Daddy - Iwan - Shahril
Anak & menantu lelaki.


Ki dan Tokmi bersama cucu-cucu perempuannye.
Setakat ni takde lagi cucu lelaki ye....
Kak Long & Kak Ejam, sila produce! Kihkih...


Mak sedara dengan anak-anak sedara.
Ohh, kali ni takde adegan gedik-gedik ye...
Masing-masing malu letewww...

Dah puas snap-snap, kitorang terus ke rumah Tik Siah.
Tak sabor nak melantakk nih!

Rumah Tik Siah ni jauh jugak.
Amik mase sampai 30 minit perjalanan.
Terengganu kan tak berapa jem sangat.
Kalau dah sampai 30 minit perjalanan tu kire jauh sesangat dah tuu...


Beberapa minit pertama sampai di rumah Tik Siah, masing-masing behave je...
Baru sampai la katakan.
Dah dekat 15 minit duduk, barulah masing-masing sibuk ke hulu-hilir.

Tik Siah ni peniaga runcit.
Dia duk rumah teres je tapi dia renovate rumah dan buat kedai runcit dibahagian depan rumah dia.
Kedai tu pulak bersambung dengan ruang tamu rumah.

Aku perasan jekk Fifi kemain jeling-jeling kat kedai tu.
Geram tengok coklat dan jajan la tuh.
Mesti tak menyabor nak mengarut kat mama dia.
Dah tau sangat dahhh...


Awat laa aku ni tak putih cam diorang??
Tskkk... tsk....


Aku dan Fifie..
Nak bodek angah suh beli cokelat le tuh!
Sebab tu peluk manje je....

Dah menyantap nasi dagang kat rumah Tik Siah, kitorang pergi pulak ke rumah Kak Na.
Kak Na ni kakak kepada Kak Ejam.
Kak Na ni jugak tauke kedai makan kat bawah stesen bas KT.
Dia buat rumah terbuka...
Aku paling suka makan nasi beriyani dia.
Perghhh sedap!
Memang tetiap tahun dia buat nasi beriyani.

Sori ye, gambar nasi beriyani tuh aku tak snap.


Kat rumah Kak Na...


Mata kuyu jek...
Penat la katekan.


Sori ye.... gambar tuan tanah haruslah banyakk...


Daddy dan Shazrin makan kat luar jek...


Kitorang ni kalau pergi ke rumah Kak Na dah macam masuk rumah sendiri.
Nak tido, nak meniarap selamba je...
Kate 1 family kannn......

Dah alang-alang singgah ke rumah Kak Na, kitorang pergi ke rumah Pak Su Ha...
Pak Su Ha ni adik kepada daddy.
Pak Su Ha la orang yang bertanggungjawab bawak aku masuk dalam TM nih.
Dialah orang yang bertanggungjawab hantar resume aku kepada HR TM.
Memang aku akan ingat jasa Pak Su Ha sepanjang umur aku.
Sebab tu la aku tak pernah berkira dengan family Pak Su Ha sebagai tanda membalas jasa dia.
Kekadang aku terserempak jugak Pak Su Ha kat kubur arwah nenek dan atuk aku.

Serius, Pak Su Ha memang rajin.
Kalau ada kenduri-kendara, dia memang rajin menolong....
Bertuah jugak la aku dapat bapak saudara cam dia nih.


Raya kali ni aku asik naik kereta Iwan je.
Kereta orang bujang.
Penumpang pon semuanya yang bujang-bujang.


Dah sampai pon rumah Pak Su Ha.


Sore eyes style!

Korang tak paham??
Pi bukak youtube, then tekan "budak gedik dapat mc 5 hari"...
Then kompem korang akan paham why aku posing like this.


Lepak-lepak kat rumah Pak Su Ha lagi.
Lama jugak kitorang sembang-sembang kat situ.


Fifi ni manje tul dengan Ayah Chik dia...
Ni pun snap time dah nak balik.

Perut dah kenyang, mata pon jadi ngantuk.
Dah habis sembang kat rumah Pak Su Ha, kitorang terus balik rumah.
Bukannya apa, bagi peluang sedara-mara datang berkunjung ke rumah kitorang pulak.
Yela, macam tahun-tahun lepas, raya pertama sampai ketiga, memang jangan harap la kitorang ada kat rumah.
Berjalan je kijenye..
So tahun ni pagi kitorang keluar, petang kitorang ada kat rumah...

Dan petang, macam dah jadi rutin aku....... kompem aku tido.
Tido atas katil mummy dan daddy lak tu.
Pastu bukak air cond.
Memang lena laa..
Kalau tetamu datang, memang aku takkan sedar melainkan kalau ada yang kejutkan aku.
Hehehehe.....



No comments: