Monday, September 24, 2012

Kerana kelas postpone, maka jom kite window shopping

Salam readers...

Entri ni kesinambungan dari entri open house rumah Kak Shidah tu.
Hari tu kan aku balik awal dari rumah Kak Shidah sebab FZ ada kelas nak mengajar.
Kelas baru tu kat Gaya Bangsar Kondo.

Aku gune map dalam tab je.
Senang.
Sekejap je dah jumpe kondo tu.




Student kelas baru ni namanya Priyanka.
Cantik orangnya.
Dia duk sorang-sorang je kat kondo ni.
Perghh... mesti anak orang kaya.

Priyanka asalnya dari India dan dia buat tesis kat sini.
Aku tatau dia amik course ape.
Malas nak tanya lelebih.

Tapi memang menyakitkan hati.
Tetibe dia cakap nak tangguhkan kelas pulak.
Katanya dia ada kerja penting pulak.
Haihhh... susah payah aku datang tetibe nak postpone kelas?
Dah la siap nego harge kelas...
Menyampah pulak.

Kalau aku tahu kelas postpone, aku duk kat rumah Kak Shidah tu lelama sikit.

Dah alang-alang ada kat bangsar, FZ ajak aku pergi MV je.
Lepak kat sana dan window shopping.

Sampai MV, punyalah ramai umat manusia.
Sesakk....

Tapi seronok pergi MV ni sebab setiap masa mesti macam-macam deko yang diorang buat kat tengah-tengah ruang mall tuh....
Cantik-cantik pulak tuhhh..


Uikss... pipi ku makin chubby la...


FZ pon makin chubby kan?
Heheheh...


Cantikkan pokok tu...
Aku pon tatau nama pokok tu ape..


Lepak-lepak kat situ sambil main tab.
Owh, aku dah jadi gile tenet sekarang. Huhuhu....

Dah lepak-lepak tu, tetibe tekak teringin nak makan benda sejuk pulak...
So, kitorang pergi ke Gelato Fruity.
Makan eskrem!

Dari bulan pose ari tu aku teringin makan eskrem gelato ni...
La ni barulah tercapai.
Nak makan time bulan pose ari tu tak boleh sebab nak jimat.
Duit banyak nak pakai untuk raya nanti.


Flavor coklat tu FZ punya...
Flavor vanilla tu aku punye.
Nak amik flavor yang pelik-pelik, takut nanti tak makan pulak.
Membazir je...

Eh, lepas kitorang makan gelato ni, kitorang singgah makan lagi tau.
Nak tahu kat mana?
Tunggu la next entri ye............. :)





No comments: