Monday, September 3, 2012

Misteri nusantara

Salam readers....

Lupakan dulu pasal entri raya aku tu ye.
Nanti-nanti aku update.

Sekarang ni aku nak kongsi cerita dengan korang.
Ni berdasarkan pengalaman aku sendiri la.
Korang nak percaya ke tak, terpulang.
Aku takde nak menipu atau menokok tambah atau ape-ape yang semaksud dengannya.
Takde pekdah jugak kan?

Kalau korang follow blog ni, korang mesti pernah terbaca tentang "penjaga" yang menjaga aku tu.
It is not a SAKA but something yang selalu datang menjengah aku bila aku ditimpa kesakitan.
Keturunan aku pun takde pulak yang membela saka ke ape...
Aku pernah kongsi cerita ni dalam blog Kak Peej [Klik Sini]

Aku ingatkan benda tu dah takde lagi dah sebab dah lama sangat tak muncul-muncul kann...
Tapi memang aku silap besar la...

Baru-baru ni kan raya.
Aku balik beraya kat kampung la kann...
Kisahnya aku bercuti selama 11 hari.
Dari malam pertama aku di kampung sampailah malam ke 9, aku tidur ditemani salah sorang anak sedara aku.
Kekadang Alyssa yang tido dengan aku.
Kekadang Misha.... kekadang jugak dengan Alia.

Malam ke 10 tu, aku tido sensorang.
Malam tu aku tido depan tv kat ruang tamu no.2.
Tengah-tengah tido tu, aku dengar macam ada orang berjalan dengan kaki terseret kat bahagian dapur.
Aku ni pulak memang bukan jenis tido mati.
Dah dengar macam tu, aku toleh ke bahagian dapur.
Takde ape pon...

Mata aku pulak automatik jadi cerah...
Padahal aku kemain lagi ngantuk.
Aku tengok jam, baru pukul 1:11pagi.

Aku try pejam mata...
Tak lama lepas tu, bunyi lagi kaki terseret lagi.
Aku cepat-cepat menoleh.
Punnnnn takde benda gak.

Aku dah rasa semacam dah.
Ni mesti ada benda nak main-main nih.
Tapi aku tak puas hati.
Aku pergi jengah dapur.
Kot-kot la tu bunyi tikus ke ape...
Tapiii takde ape-ape pon.

Last-last aku jadi malas nak layan.
Aku pergi tido balik.
Itupun mase tu dah hampir pukul 3pagi.

Malam ke 11 tu, aku memang ngantuk gile.
Penat gila kot....
Pukul 12.30pagi aku dah tido depan tv.

Tapi seperti malam sebelumnya, pukul 1.11 pagi, aku terjaga.
Sebabnya aku terdengar bunyi kaki terseret lagi.
Mata yang tadinya mengantuk terus jadi segar balik.
Sakitnya hati aku usah kate laaa...
Malam tu banyak kali jugak la aku dengar kaki terseret.
Siap ada pakej bunyi gayung terhentak kat baldi dalam bilik air lagi.
Kuat pulak tu bunyinya...
Padahal takde sape pon dalam bilik air mase tuh.
Haihhh... sakit hati sungguh aku nih!

Aku buat derk aje la...
Malas dah nak layan.
Aku bangun bukak tv.
Aku suka layan astro citra tapi channel tu tayang citer hantu pulak.
Cilakak sungguh!

So bukak channel lain walaupun bosan.
Layan punya layan, aku rasa kepanasan.
Aku pergi dapur untuk cuci muka kat sinki.
Dari dapur, aku boleh tengok ke bilik stor rumah aku.
Pintu bilik stor tu pulak terbukak sikit.

Bunyi kaki terseret tu memang dengar lagi la mase tu.
Sambil cuci muka, aku tengok ke bilik stor.
Aku rasa cam nampak bayang-bayang something kat atas almari dalam bilik stor tu.
Aku ni kan rabun jauh.
So, aku tenung je...
Nampak cam putih-putih gitu.
Cuak jugak tapi aku buat-buat berani la..
Takkan tetengah malam aku nak jerit kot..

Pukul 3 pagi, Shahril balik dari kerja.
Lega sikit hati aku nih.
Layan astro citra dengan dia kejap.
Tak lama lepas tu dia tido.
Tinggal aku sorang-sorang balik.

Aku tido pun lepas subuh.
Itupun sebab pukul 4 pagi daddy bangun nak pergi kerja.
Pastu mummy pon bangun sekali dan ajak aku tido dalam bilik dia.
Mata ngantuk punya pasal, landing je atas katil terus aku tido.

Esok paginya, aku cerita kat family aku.
Diorang cakap tu mainan perasaan aku je.
Memula aku rasa camtu jugak tapi bile difikirkan balik, kalau mainan perasaan takkanlah sampai 2 malam berturut-turut?
Pastu dengar bunyi yang sama pulak tu....
Macam mustahil je kan....

Kak Long cakap, ntah-ntah tu penjaga aku kot...
Aku pun tak tahu nak cakap ape.

Adik aku, Iwan tu pulak lagi bagusssssssss...
Dia pergi tanya ustaz kat opis dia tentang aku.
Ustaz tu cakap yang kacau aku tu 'khadam'.
Benda ni baik katanya...
Makanannya adalah zikir dan doa kepada ALLAH SWT.
Khadam tu kacau aku sebab aku dah lama tinggalkan zikir dan doa-doa nih.
Tu kata dialah....
Aku memang tak percaya sangat pon.

Aku ader la sembang-sembang dengan Kak Long aku.
Aku cakap la, pelik jugak sebab benda ni kacau aku je.
Orang lain tak kena pun.
Dan aku ada jugak cakap aku tak tahu cemana benda ni boleh datang kat aku.

Tetibe Kak Long aku cakap mungkin aku dapat dari kuarters Jalan Panji Alam dulu.

Kuarters tu 3 tingkat kalau tak silap aku la...
Family aku duk rumah hujung tingkat 3.
Dikatakan rumah aku tu memang keras.
Mengikut cerita mummy, daddy dan Kak Long, kononnye jiran bawah rumah kitorang ni selalu merungut kengkonon tengah-tengah malam rumah kitorang ni bising dengan ketukan lesung.
Sedangkan malam-malam family kitorang ni tido awal.

Kak Long pulak cakap masa tu aku ni kecik lagi.
Umur setahun kott...
Walaupun rumah tu keras, tapi aku ni sihat walafiat, happy go lucky je..
Takde pon menangis-nangis ke ape....
Kan biasenye budak-budak kan leh nampak 'benda'.
Tapi aku ni takde pon.


Gambar kat kuarters.

Tapi memang dari kecik ramai orang cakap aku ni jenis kuat semangat.
Entah laa...
Kuat semangat kut mana ntah.
Penakut ader laaa....

Kak Long ada cakap nak bawak aku pergi ke Paroi jumpa sorang makcik ni.
Mak Ngah ke ape ntah namanya... Lupe.
Katanye makcik ni pandai buang benda-benda macam ni.
Tunggu mase je la nak pergi.
Lagipon Kak Long takde mase free nak pergi.

Mohon doa dari kalian moga-moga aku dijauhkan dari anasir-anasir yang tak baik ye.



2 comments:

Emynz said...


seram baca part nampak ade putih putih tu , hishhhh

Eda said...

Teringat zaman belajar kat KYT.. Ingt x sautu malam yg kita lepak kat atas katil sebelum kejadian TUE BERLAKU.. Satu cahaya putih lalu.. Suasana bising terus jadi senyap sunyi...