Wednesday, September 19, 2012

Tasik titiwangsa

Salam readers...

Korang apa khabar?
Aku cenggini la... sihat je...
Lepas cuti 3 hari baru-baru ni rasa cam lemau jekk nak datang kije.
Sumpah malasss sesangat!
Malas nak hadap kerja kat opis yang tak habis-habis tu....

Citer kali ni citer dah lama...
2 September ari tuh..
Aku dan FZ tatau dah nak gi jenjalan kat mana.
Habis seluruh pelusuk KL ni kitorang dah pegi.

FZ decide bawak aku dan Baby Alya jenjalan kat Tasik Titiwangsa.
Aku pon dah lama tak jejak kaki kat situ.
Biasenye lalu je tengok pemandangan, pastu blahh...

Sebelum pergi tasik, aku pastikan dulu baby tido.
Aku tak nak nanti kat tasik tu dia buat perangai.
Budak-budak kalau tak cukup tido kompem akan meragam.

Bila dia dah bangun tido, barulah aku siap-siapkan dia dan kitorang bertolak ke tasik.
Pergi tasik di hari minggu memang kompem la ramai orang.
Parking pon susah nak dapat.
Itupun mujurlah FZ berjaya selitkan kereta dia kat bahu jalan.


Aku - Alya - stroller pink kesayangannya...

Jangan memain tau!
Baby Alya pon ada stroller.
Dalam stroller tu pulak ada anak patung.
Dia sayang gile kat anak patung tu...
Patung barbie yang mak ayah dia kasi pon dia tak main.
Dia buang-buang jek.
Tapi anak patung RM10 yang aku kasi kat dia tu la yang dia sayang sangat.
Hahahah...


Serius jek muke Baby Alya bila tolak stroller.
Hahaha...
Tak boleh blah muke dia.

Korang jangan lak terkejut tengok aku pakai tudung.
Ari tu pun ntah tetibe hati ni terdetik nak pakai tudung.
So aku pakai la.

Lagipun aku pakai bukannya sebab nak ikut trend ke ape.
Mementang la orang lain ramai yang dah berhijrah, pastu kite pon sibuk nak berhijrah jugak...
Walhal hati tak rela sepenuhnya lagi.
No...no...no...
Aku pakai tudung sebab ALLAH SWT.
Bukan sebab trend, bukan sebab nak glamour, bukan sebab nak bajet baik.

Biarlah orang kata aku sekejap pakai, sekejap tak...
Macam main-main.
Lantak la orang nak kata apa.
Ader aku kesahh?
Aku tau hati aku.... aku tau niat aku.


Alya dan FZ.
Nak tak nak je Alya ni amik gambar kan?


Bila orang suruh buat peace, dia buat cenggitu pulak.
Macam meneran berakkk aje...

Kitorang pergi tasik ni pun sebab nak bawak Alya main kat taman permainan kat situ.

Uih, dari jauh dia nampak taman permainan tu, terus dia berlari tinggalkan stroller.
Laju lak tu dia lari.
Mujur la aku sempat tangkap.
Hamboiii, eksaited kemain!


Pasan tak rambut dia?
Aku la yang ikat tuu...
Tak suka la tengok rambut dia berserabai.
Dia pulak dah tahu dah, kalau aku nak ikat rambut dia, dia mesti duk diam.
Good girl sungguh!


Dah berlengas dahh...
Ya ampunnnn...
Mane laa tak berlengas.... berlari ke sana sini macam kan tak pernah main kat taman permainan.
Siap nak main gelongsor kot...
Budak lain sebaya dia gayat nak naik gelongsong.
Dia ni tak........... dia pulak gelongsorkan diri dia.
Nak jatuh jantung aku tengok kelasakan dia.


Ni pon aku bawak dia nak kat atas titi ni.
Penat dowhh layan dia.
Kalau dia ni betul anak aku, kompem sebulan badan aku jadi selim melim.


Cukup main kat taman.
Balik la pulak...
Dah la cuaca panas. Angin pulak langsung takde.
Kang nanti baby demam, susah lak.

Macam biase, dalam kereta dia tido lepas aku bagi dia isap susu.
Penat sangat lerr tuh.

1 comment: