Thursday, September 20, 2012

Sunway Piramid

Salam readers...

Aku baru je pasan dashboard blogspot ni dah berubah.
Adoyaii... kena adapt dengan design baru ni.
Tapi aku rasa lagi best design yang lama...
Tapi tatau la lelama nanti kot boleh selesa dengan design baru ni.

8 September lepas, aku bagitahu FZ aku nak pergi Sunway Piramid.
Dah lama sangat tak gi sane.
FZ macam biase la. Dia on jekk...

Sesat barat jugak la kitorang ke sane.
Yelah, aku dan FZ ingat-ingat lupa jalan ke sana.
Seingat aku last aku pergi SP dengan Ira dulu.
Dah lama kot... Itupun sebab kitorang pergi main boling.
FZ pulak last pergi dengan kawan dia.
Nama ape ntah....

Dah masuk area SP tu, Baby Alya menggelupur.
Yelah, kiri kanan ada patung binatang.
Singa la....unta la.. Gajah la...
Suke la dia sampai tatau dah nak pandang kiri ke kanan...
Excited tul!

Parking kat SP ni senang je nak tengok.
Just tengok censor atas kotak parking tu je.
Kalau censor tu kaler merah, maknanye kotak parking tu ada kereta.
Kalau censor tu kaler hijau, maknanya kotak parking tu available.
Dah namanya rezeki, kitorang dapat parking betul-betul depan pintu masuk.
Alhamdulillah.....

Sekarang ni aku dah tak dukung Alya lagi dah...
Aku bagi dia berjalan sendiri je.
Senang sikit.
Lagipun sekarang ni dia dah berat.
Tak larat aihhh aku nak dukung lama-lama.

Tapi tu la... budak ni kalau dah dapat kaki, bukannya nak berjalan....
Dia asik nak berlari aje...
Pantang aku lepas tangan, mesti dia berlari.
Aku ni takut dia jatuh je.
Kang luke lebam pulak anak orang nanti.
Tak pasal-pasal aku yang disalahkan pulak.

Tengah berjalan-jalan tu, dia nampak mainan banyak-banyak.
Rupa-rupanye kat SP sekarang ni dah ada banyak permainan.
Kereta langgar, merry go round, ferris wheel pon ada......

Baby Alya cam biase la..
Tunjuk sana sini.....
Siap nak melalak bagai sebab nak main...
Tapi tu la, kebanyakkan permainan belum sesuai lagi dengan dia.

FZ kesian tengok baby.
Terus dia ajak baby main merry go round.


Aku suruh FZ je temankan baby main benda alah tu.
Tak kuasa aku nak temankan.
Nanti kepala aku pening pulak.


Amboi... seriusnya muka dia!


Nampak sangat muka gayat.


Aku tak kire pulak berapa round benda tu berpusing....
Dah dapat main1 permainan, terus kitorang balik ke kereta sebab FZ baru perasan wallet dia takde dalam beg.
Punyalah cuak kot-kot wallet tu terjatuh kat mana-mana...
Tapi bila check kat kereta, mujurlah jumpa wallet tu betul-betul kat tepi pintu bahagian dalam kereta.
Fuhhh.....
Kalaulah wallet tu hilang, aku pun tatau cemana nak tenangkan dia...

Apepun, best jugak pergi SP ni sebab sekarang ni dah banyak butik-butik.
So lepas ni selain dari kat MV, bolehlah aku shopping kat SP pulak. :)

1 comment:

Anonymous said...

abg tringin nk pg sunway piramid lg lh syg...hehe..