Thursday, October 11, 2012

Cerita kosong

Salam readers...

Owh, agak kelewatan aku update hari ni.
Iolss bizi la uollss..
Semalam duk ngadap mesin fotostat 1 hari.
Hari ni pun kena ngadap lagi mesin tu..
Banyak dokumen yang kena dikopi.
Penat ohh asik berdiri je..
Haiyarkk! Lama-lama muke aku pon bertukar jadi rupe mesin tu...

Sekarang ni baru boleh rehat sikit.
Lega sebab kije 'memotosetet'dah siap.
Bos pulak takde.. kuar meeting.
Sangat heaven disitu! Hehehe...
Sape yang tak hepi kalau bos takde? Acu angkat kaki...
Aku jamin semua orang hepi kalau bos takde...
Baik ngaku!

Esok petang pulak aku ada program opis.
So, start tengahari sampai petang memang aku takkan online.
Yela, bizi kot nak organize event. 
Bukan event besar pon... tapi gitu la...
Kena make sure segala benda berjalan dengan lancar.
So far semuanya ok....
Assistan manager (AM) aku banyak sangat membantu.
Thanks, Lin! :)

Eh, nak kongsi cerita sikit pasal bebudak baru rumah aku tu...
Diorang quite nice.
Memula susah jugak nak bersembang-sembang.
Maklumlaa baru nak kenal.
Kalau terserempak je dalam rumah tu, just say hi.
Tapi sekarang ni dah ok sikit.
Dah start sembang-sembang.

Memula aku rasa cam penghuni lama rumah aku tu macam nak pedajalkan aku sebab dia bawak masuk non-muslim duduk sekali dalam rumah tu.
Tapi, maaflah... agenda nak mempedajalkan aku tu GAGAL.
Tahu je la aku ni easy going dan mudah mesra dengan orang.
Memula memang orang akan anggap aku ni sombong tapi lama-lama diorang akan tahu aku ni cemana.

Sekarang ni dalam rumah aku ada 5 orang penghuni.
Aku, Kak Siti, Izah, Marissa dan Natalie.
Marissa dan Natalie tu non-muslim.
Aku sebenarnya tak kisah sangat sebab diorang ni hormat aku as orang Islam.
Diorang gune peti ais aku tapi takde pon letak daging oink oink....
Tambah pulak diorang hormat aku as senior dalam rumah tu.
Kirenye diorang tu takde buat hal la...

Hari tu pun parent Marissa datang.
Kitorang tegur macam biase.
Memang takde masalah.

Rumah pon nampak bersih sebab dah takde barang sangat.
Kak Siti pun macam aku... kemas barang-barang dalam bilik.
Barang Kak Siti memang banyak...
Sebelum ni dia tak tahu nak susun kat mana sebab ruang tamu dah penuh.
So nak tak nak dia sumbat je barang-barang dalam bilik sampai bilik penuh dengan segala macam benda.

Bile semua barang dah dibawa pindah, barulah Kak Siti ada semangat nak kemaskan bilik dia.
Dulu bilik Kak Siti sangatlah bersepah.
Kalau nak bukak pintu pun separuh je sebab belakang pintu pun ada barang.
Sekarang Kak Siti dah beli katil dan almari baru.
Semua barang-barang lama dibuang..
Yela, buat apa nak simpan lagi kannn....

Hari Ahad lepas, parent Kak Siti datang tolong mengemas...
Mungkin hari Ahad ni parent dia datang lagi sebab masih ada barang yang perlu dikemaskan.
Takpe, kemas slow-slow.
Lepas ni bolehlah deko kat ruang tamu pulak...
Bagi rumah nampak cantik sikit.
Barulah tak segan nak bawak mak ayah datang.

Sebut pasal mak ayah, mummy dan daddy kemungkinan beraya kat KL tahun ni.
Minggu depan diorang sampai.
Hoyehhh....
FZ pulak bolehlah balik kampung.
Dah lama dia tak beraya korban kat kampung.
Sejak kenal aku, memang dia tak balik raya korban sebab aku kesian aku beraya sensorang kat KL ni..

Yela, kalau raya korban bukannya family aku sambut sangat pon.
Kalau balik kampung, duk terperuk kat rumah je...
Acu kalau orang Kelantan,.... raya korban diorang sangat meriah..
Lebih meriah dari raya puasa.

Ari tu aku call daddy, dia tanya aku balik raya kampung tak?
Aku cakap la aku takleh balik sebab baki cuti aku tinggal sikit je lagi.
Kak Long aku pun memang taknak balik sebab cuti dia pun tinggal sikit je.
Sebab tu parent aku decide nak beraya kat KL ni.
Daddy cakap, nak rase raya kat KL pulak...
Heheheh...

Tadi sempat aku call kampung. Tanya khabar.
Alhamdulillah diorang semua sihat kecuali anak sedara aku, Misha, kena lelah.
Adoyaiii... dia tu dari kecik ada sakit lelah.
Risau pulak.
Angah doakan Misha cepat sembuh ye!

Ok la, rasa cam dah panjang sangat aku menaip.
Kaki dah la tengah lenguh, tetibe tangan pulak yang lenguh nanti kang.
Ada mase nanti aku update lagi ye.

Babai...... :)

1 comment:

Mimy Hamid said...

yeyay aidiladha balik tganu