Monday, October 15, 2012

Cerita masterchef

Salam readers...

Pagi ni hujan lebat melanda KL.
Buat aku jadi malas nak pergi kije jekk.
Haiii laahh hujann... Kenapa la turun time hari kerja?
Hari tak kerja, tak turun pulak...

Pagi tadi berlenggang berpayung la aku pergi kije.
Kain kompem basah lencun sebab air bertakung kat jalan. Grrr....
Pepagi dah comot... tak suke!
Pemandu kereta pulak ada yang tak reti bahase.
Bawak kereta laju-laju.
Dah tu diorang lalu kat tempat air bertakung tu.
Nasib air tak terpercik kat aku.
Kalau tak, memang aku baling batu je kat kereta dia!
Memang tak reti bahase sangat kan.

Eh, terlebih emo pulak...
Ok... meh kite sembang pasal benda lain pulak...

Korang tengok masterchef Malaysia tak?
Aku follow jugak rancangan ni.
Best la tengok diorang masak-masak.
Kreatif je memasing.

Tapi yang tak bestnye musim kedua ni banyak sangat drama.
Pastu ada 2-3orang peserta mulut longkang.
Cakap main lepas je.

Kalau dulu Atiqah... tapi dia dah terkeluar.
Lagi sorang Dean.
Ya ALLAH, dia ni terlalu jujur kot sampai kata-kata yang dia keluarkan tu macam menyakitkan hati.
Kalau Joharis tu agak panas baran sikit.
Tak suke gak dengan perangai dia.

Kalau dulu aku meluat dengan Che Lah.
Suke nau berdrama.
Perasan cantik.... *tapi memang dia cantik pun...
Kalau ada cabaran berkumpulan, mulut dialah yang paling kecoh.
Tapi sekarang ni dia dah slow down sikit.
Mungkin dia tahu orang tak suke sebab kepoyoan dia kot...

So far yang aku suke ialah Ilaika...
Takde la suke sangat tapi dia kira ok la.
Personaliti dia yang biase-biase je tu buat aku suke.
Kak Nina pun aku suke...
Takde banyak karenah. Nampak lembut je orangnya.
Diorang berdua ni takde buat banyak sangat drama.

Tapi kalau nak tengok the true color of them, kena tengok time cabaran berkumpulan.
Masing-masing akan keluarkan perangai masing-masing.
Quite interesting tapi tu la... kekadang menyampah tengok perangai masing-masing.
Ha, semalam Hafiz dah terkeluar.
Lepas ni tatau la sape yang akan terkeluar pulak.

Juri yang paling aku suke ialah Chef Zubir.
Lawak okeh dengar loghat Utara dia.
Semalam dia duk tergelak-gelak sebab kena suapkan peserta dengan makanan dalam ujian rasa.
Tengok muke dia pun aku dah rasa lawak kot... haha.

Juri diorang yang paling aku tak gemar ialah Chef Jo.
Kekadang dia tak bagi komen apa-apa pada masakan peserta.
Please la.... at least bagi la komen walau sepatah ayat.
Ni mesti dia bajet-bajet nak jadi macam Chef Joe Bastianich dalam Masterchef US.
Kan Chef Joe US tu tegas gile sampai semua peserta Masterchef US takut dengan dia.
Tapi tu kat US kott...
Kite ni kat Malaysia.
Takyah la nak tegas sangat.
Lagipun peserta semua amatur punya.
Bukannya yang dah pro.

Eh, teremo lagikk...
Huhuhu...

Oleh sebab aku minat sangat dengan rancangan ni, aku siap bermimpi lagi semalam.
Hahaha... bongoksss gilosss...
Aku jadi salah sorang peserta masterchef.
Ntah la.. tetibe aku termasuk dalam cabaran penyingkiran yang mana kena siapkan 1 hidangan dalam mase 60 minit.
Nak tahu apa yang aku masak??
Mee goreng basah jeeeee..........
Tapi siap ada telur mata la..
Hahaha...

Pastu juri komen :

"Awak masak ni je dalam mase 60 minit?? Kalau setakat masak mee goreng je, saya boleh siapkan dalam masa 5 minit je..."

Hampa okeh!
Terus tersingkir.
Bongok gile sampai bermimpi bagai kan...
Hahaha..


2 comments:

Jen Jen Izaicun said...

layan jugak.. betol2.... hafiz dah kuar tkde nak cuci mata... mulut si dean tu mmg leh tahan jugak.. joharis pun tk bape suka.. hehhhee

Mimy Hamid said...

tak tengok pun nana sebab tak minat...ntah napa takde fear factor la nak nengok