Monday, October 22, 2012

Isnin lagi??

Salam readers...

Tengok tajuk aku pon dah lemau semacam kan?
Isnin?? Adess.. lemah tul bile tibe hari Isnin.

Aku ni asal ari Isnin je mesti psiko...
Mesti merungut-rungut.
Mesti lemau.
Mesti takde mood.
Mesti bosan.
Mesti...mesti...mesti....
Huhuhu......

Aku bosan nak mulakan kerja.
Bile ari Ahad menjelma, mesti aku akan start fikir...

"Esok Isnin... ape la pulak akan jadi kat opis esok..."

Setiap hari Ahad okeh aku akan pikir macam tu.
Penat pulak asik nak kena pikir-pikir.
Try jugak taknak pikir pasal opis time weken tapi tak boleh.
Mesti kena pikir jugak.
Paling tak pon mesti terlintas jugak dalam pikiran ni.
Ha, cane tu?
Pikir...pikir...pikir...

Aku tau korang pon same je macam aku.
Asal Isnin je mesti mengeluh.
Ye dak??
Ngaku je la... huhu...

Aku tak bosan dengan kerja aku.
Cumanye bile ianya melibatkan sesuatu yang aku tak tahu, aku jadi kelam-kabut.
Bukan semua benda kot yang kite tahu....
Pastu kerja aku ni lebih banyak melibatkan fail, dokumen dan benda-benda yang confidential.
Tu yang aku lemahh sangat tuu...
Ada fail lama yang 7-8 tahun lepas yang aku tak tahu admin dulu letak kat mana, still staff opis aku tanya.
So, aku nak jawab ape??
Staff lama pun dah lama kuar unit.
Aku pulak baru 4tahun duk dalam unit nih.
Fail pulak ada beratus-ratus.
Tak ke pening kepala aku.

Ini pun nasib la aku dapat bos yang tak cerewet.
Dia cerewet pasal timing je...
Dia tak suke lembab-lembab.
Dia tak suke buat kerja slow.
Tapi kekadang perangai dia tu buat aku menggelabah la jugak.
Nak-nak kalau dia suruh aku cari dokumen lama.
Uihhh.. pening jugak kepala aku.

Paling aku menyampah bila staff tanya pasal benda yang takde kaitan dengan aku.
Contohnye baru-baru ni ada staff tanya pasal dokumen pembelian aset dalam unit aku.
Dokumen-dokumen tu manalah pernah aku pegang atau simpan.
Lagipun yang buat aku menyampah bile staff tu duk suruh aku cari.
Tak ke bongok!
Bukannya dia tatau dokumen tu ada pada admin sebab admin yang jaga segala benda berkaitan dengan bajet & pembelian.
Pegi la tanya admin. Takyah la tanya aku.
Ni tak, sibuk nak serabutkan kat aku.
Bila aku suruh dia tanya admin, dia suruh aku cari jugak dokumen tu.
Haihh laaa........
Cemana aku tak stress??
Pastu bile admin tak jumpa dokumen tu, sibuk menggelabah depan aku.

Aku sebenarnya taknak sesakkan pikiran dengan benda-benda yang takde kena-mengena dengan aku.
Please laa...
Aku pun ada kerja lain nak buat.
Bukannya 1 opis ni aku kena cover.
Matilah aku......

Ha, kan dah banyak aku merungut ni...
Better aku stop sekarang daripada aku terus merungut tak habis-habis.
Kang bosan pulak korang nak baca rungutan aku nih..

Babai...







1 comment:

Mimy Hamid said...

heheheh tau pasal itu..lalalalala..abaikan aje