Tuesday, October 9, 2012

Isu bertudung

Salam readers...

Pagi ni aku just nak ajak korang sembang-sembang.
Berkongsi pendapat, bertukar idea...

Korang follower tetap aku mesti tahu aku ni cemana kan?
Kekadang emosi aku tak menentu..
Sekejap happy, sekejap serius...
Sekejap marah-marah, sekejap sedih...
Sekejap rasa down, sekejap rasa bangga diri...
Hahaha... aku kan manusia.
Punya hati dan perasaan macam korang jugak..

Aku ni bukanlah seorang yang perfect.
Ada benda yang aku buat betul.
Ada benda yang aku buat tak betul.

Tapi atas pandangan orang, mereka akan nampak benda yang tak betul je..
Benda yang tak elok pada aku, itulah yang diorang duk point sangat.
Yang pelik tu, kenapa nak membesarkan kesalahan orang?
Kenapa tak hebahkan kebaikan orang?
Tak pun, kenapa tak menghebahkan keburukan sendiri instead of sibuk cari kesalahan/ kesilapan orang?

Tentang bertudung...
Aku tahu ada orang yang tak suka cara aku pakai tudung.
Sekejap pakai... sekejap tak..
Pergi opis, pakai.
Luar opis, buang.
Macam mempermainkan tudung dan hukum menutup aurat.
Seolah-olah aku ni hipokrit. Tak jadi diri sendiri.

Helloooo.... 
Sebelum judge orang, boleh tak kenal dulu orang tu cemana?

Ok, ni aku nak citer.
Aku memang full-time freehair.
Even depan parent aku pun, memang aku free hair.
Mummy selalu jugak bising, tapi cam biase la..
Anak derhaka... cakap mak bukan nak dengar kan?

Tapi sejak sekolah rendah lagi, aku dididik kalau pergi sekolah, kena pakai tudung.
Tu peraturan sekolah. Wajib.
Luar sekolah, kalau tak nak pakai pun takpe.
Tapi jangan sampai terserempak dengan ustazah la... kalau terserempak, memang bila datang sekolah tadah telinga aje la kena ceramah.

Aku start pakai tudung kat sekolah masa darjah 3.
Itupun sebab aku dilantik jadi pengawas.
So, since that sampai lah habis sekolah tingkatan 5, aku memang pakai tudung (kat sekolah aje la..).
Luar sekolah, aku free hair.

Same thing masa aku masuk kolej.
Dalam kolej memang aku pakai tudung sebab wajib.
Kalau tak pakai tudung, tak boleh masuk dalam kawasan kolej.
Paling takleh blah aku pernah kena panggil dengan pengawas disiplin kolej sebab aku pakai baju kurung kain selisih belah.
Kain tu bukanlah terbelah apepun, cumanya terselak sikit time angin kuat.
Kat kolej ok! Disiplin dia mengalahkan sekolah asrama.

Bila dah kerja kat Taman Tamadun Islam, kompem-kompem la kena pakai tudung time bertugas.
Tapi bile diluar waktu bertugas, memang aku freehair.

Eh, dun get me wrong ok!
Aku citer ni pun bukan sebab aku bangga aku ni freehair.
No...no....
Aku citer sebab aku nak bagitahu kenapa aku sekejap pakai, sekejap tak pakai tudung.

Sebab awal-awal tadi asik la kena paksa pakai tudung, so aku decided untuk pakai tudung ketika bekerja.
Tak kisahlah bekerja kat mana-mana.
Ni memang keputusan aku. Ni memang diri aku.
Sehinggalah aku dapat kerja kat TM ni.
Memang setiap hari aku akan pakai tudung datang ke pejabat.
Tapi diluar pejabat, aku tak pakai...
Jarang-jarang sekali aku pakai.

Even kalau aku join event opis pun, aku memang pakai tudung.
Tapi kalau ada seminar atau kursus kat luar opis ke, memang aku akan free hair.

Cara aku pakai tudung pulak memang proper.
Aku takde la nak pakai ketat-ketat bile pakai tudung.
Tengok sesetengah orang, pakai tudung tapi baju jarang...
Pakai tudung tapi baju singkat nampak bontot terbonjol.

Contoh macam kat bawah ni......
*Pic dr mr.google..




Berkelubung dengan shawl bagai tapi peha nampak jelas....

Yang ni lagi la....
Bertudung tapi pakai sleeveless dan baju singkat...
Ntah ape-ape punya fesyen!

Kalau nak pakai tudung, pakailah elok-elok.
Hormat sikit kat tudung tu...
Macam aku, kalau nak pakai tudung aku akan pastikan baju aku longgar dan berlengan panjang.
Kalau tak lengan panjang pon, paling tak lengan aku paras siku.

Ada jugak yang pakai tudung sebab trend dan fesyen.
Orang lain sibuk berhijrah bertudung, ko pun sibuk nak berhijrah jugak...
Itu namanya tak ikhlas...
Pakai tudung bukan sebab untuk dipuji...

"Eh, awak dah berhijrah? Cantiknya awak bile dah bertudung..."

Please la..............

Macam aku dulu laa...
Pakai tudung sebab sekolah mewajibkan pakai tudung.
Tak ikhlas.
Tapi lama-lama, mesti kite akan ikhlas pakai tudung.
Pasti akan terbukak jugak hati ni walau sedikit untuk pakai tudung.

Macam sekarang ni, aku dah berjinak-jinak untuk pakai tudung diluar opis.
Sampai kekadang FZ sindir,

"Dah dapat hidayah ke??"

Aku tahu bertudung itu wajib.
Tapi kekadang kite kalah pada hasutan syaitan.
Memang betul aku ada terbukak hati untuk full time hijab.
Tapi bile tengok klip rambut cantik yang tersadai atas rak solek, terus niat nak bertudung tu terbatal.
Tu la orang kata iman tak kuat...

Memang susah nak ubah perbuatan yang memang kite dah biase buat.
Bagi ruang masa....
Kalau nak berubah secara drastik, memang susah sangat.

Contohnya laa....
Lelaki yang merokok...
Diorang ni kalau nak berhenti merokok secara drastik memang cukup payah.
Bagi diorang masa...
Kalau sebelum ni dia hisap rokok 10 batang sehari, mungkin dia kurangkan kepada 7 batang sehari.
Dan semakin hari, semakin berkurang hinggalah dia rasa dia dah tak perlukan rokok lagi.
Cepat atau lambat progress tu, biarlah as long as dia ada niat.

Macam aku jugak...
Mungkin sekarang ni setiap hari bekerja aku pakai tudung.
Lepas ni aku up satu hari lagi untuk pakai tudung secara tetap...
Dan lepas tu insyaALLAH aku akan full time berhijab.
Yang penting, doakan supaya diteguhkan iman.
Bukannya dikutuk atau mengata.

So, kepada sesiapa yang nak mempertikaikan apa yang aku buat, pertikaikan dulu apa yang buruk dalam diri sendiri.
Kalau rasa nak bagi nasihat, nasihatlah dengan baik.

Lagi satu, orang lain tak pakai tudung sibuk dipertikaikan...
Diri sendiri yang merokok dan tak puasa tu, apedehal perempuan?

Moral of the story :

Jangan sibuk selak kain orang sedangkan dalam kain sendiri yang busuk tu pun buat-buat tak nampak.

***
Tak faham... terangkan [bukan diketawakan]
Tak betul... dinasihatkan [bukan diumpatkan]
Tak tahu... ditunjukkan [bukan dimarahkan]
Tak jelas... jelaskan [bukan dirumitkan]

Renung-renungkanlah....






6 comments:

Mimy Hamid said...

pakai tudung ni sampai masa dengan sendiri nak pakai...bila tak pakai jadi segan...sy sudah mengalami nya :))..sendiri rasa bukan paksaann

MERAN QAMAR said...

alhamdulillah........ itu terbuka hati namanya........... janji difollowiiiiiiii

Girl Girl said...

Mimy : Btl tu mimy... kite sndiri akn bkk hti utk btudung. tp tu la, xyah la nk kutuk2 ke ape klu org lain x btudung...

Girl Girl said...

Meran : tahu xpe...

Anonymous said...

hai diana

last week i nampak u dgn FZ kat MidValley. hihihhi sweet couple. nmpak dlm troli mcm beli bakul hihihihi

Girl Girl said...

Hi, anon. la, yeke? knp x tegur? kat JJ eh? ktorg beli brg utk bilik sy... hehe...