Tuesday, October 16, 2012

Lepas kahwin terus jadi poyo??

Salam readers...

Aku just nak kongsi citer sikit.
Ini bukan pengalaman aku tapi pengalaman kawan baik aku sendiri.
Dia ada laa meluahkan ketidakpuasan hati dia kat sorang kawan dia zaman sekolah dulu.

Aku bagi nama kawan aku ni as N.
Kawan N ni pulak aku bagi nama as M.

N ni kenal M sejak di bangku sekolah menengah.
Nak kata rapat tu takde la sangat.
Tapi selalulah bergurau-senda sama-sama.

Bile dah tamat sekolah, N sambung belajar.
M pulak mengganggur sambil cari kerja. Tak sambung belajar pon.

Time tu kalau M terserempak dengan N, pasti M akan tegur N.
Begitu jugak kalau N nampak M kat mana-mana, mesti N akan tegur M.

Sekarang ni masing-masing sibuk dengan hal masing-masing.
N sibuk dengan hal kerja dia.
M pulak sibuk dengan hal rumah tangga dia.
Lagipun M dah ada sorang anak lelaki.
So, memang tak contact sangat pun walaupun masing-masing adalah kawan dalam fb.

Kisahnya baru-baru ni.
N terserempak M kat pasar malam.
Time tu pulak bukannya ada ramai sangat orang.
N nampak jelas pada mulanya M berjalan jauh dari husband dia.

Tapi nak dijadikan cerita, bila M ternampak N nak tegur dia, terus dia merapatkan (baca as memeluk pinggang) laki dia.
Paling takleh blah M ni buat-buat tak kenal N.
Si N ni terasa hati la kann....
Meluat pun ada sebab nampak fake sangat.
Macam saja nak tunjuk diorang tu laki bini yang romantis...
Padahal.................

Terus N decide lepas ni jangan harap nak tegur M lagi.
Lepas kawin je terus jadi poyo.
Terus tak ingat kawan.

Aku kenal M tuuu tapi memang tak berapa tegur sangat sebab dulu M tu nakal sikit.
So, aku tak berapa gemor dengan perangai dia.

Macam kazen kepada kazen aku gak.
Kazen aku nama G.
Kazen dia nama H.

Sebelum kawin, G dan H ni rapat kemain.
Sekarang ni dua-dua dah kawin.
G dapat husband yang biase-biase je.
H pulak dapat husband yang kaya.
Lagipun H tu cantik..... opkos la dapat laki kaya kan...

Kisahnya sekarang ni H pun tak berapa tegur G dah.
Paling kesian masa H pergi KL...
H ingat nak jumpa G tapi G buat alasan dia bizi.
Tapi bile tengok dalam instagram, G bizi dengan kawan-kawan korporat dia kat pusat karaoke.

Lagi 1, masa H bersalin hari tu, G takde pun nak ucap congrats ke ape.
Batang hidung pun lagi la tak nampak...

Sampailah G tu cakap kat aku...

"Takpelah, na... agaknya dia malu dengan aku kot. Dia kan orang senang. Kaya. Malu la nak kawan dengan orang susah cam aku ni..."

Persoalan :

Perlukah jadi macam tu selepas berkahwin??



3 comments:

Ika Rose Razak said...

Pasal M n N tu selalu gak dengar, terjadi jugak kat diri sendiri.

Tapi kalau pasal G n H ni rasenye sebab H tu kaya dah tak pandang G kot...

haih manusia- manusia.. tak penah perfect!. :)

Jen Jen Izaicun said...

tak perlu kot... hidup macam roda.. kan bagus be like before... orang sombong ni tak kemana pung.... biar jer lah... kan kan

Mimy Hamid said...

status kawen je kot...hmmm macam macam...