Tuesday, October 30, 2012

Raya dan pencuri yang jahat

Salam readers...

Sebelum aku start cerita, sila baca tajuk dengan suara Doraemon ye...
Baru ade feel sikit.

Raya Haji baru-baru ni mummy, daddy, Iwan dan Shahril datang KL.
Kengkononnye nak beraya kat sini la...
Padahal bukan beraya sangat pon.

Entahlah, raya Haji ni macam takde ape...
Kalau aku balik kampung pun, melangut je kat rumah.
Baju baru pun tak tempah.
Apatah lagi masak ketupat rendang bagai... memang yang adoo...
Pagi raya tu mummy just masak nasi ayam je.
Kelass tak pepagi raya makan nasi ayam??
Haha...

Pastu tengahari raya pertama, kitorang pergi ke The Garden- MidValley.
Saja shopping barang...

Eh, aku dah tau sikit-sikit jalan kat KL ni laaa....
Kirenye kalau nak gi mana-mana tu, aku dah tahu dah nak ikut jalan mana...
Sukeee nyeee...
Berkat ajaran FZ la ni. Hehehe..

Malam hari raya, kitorang pergi ke I-city...
Ha, amacam kelasss tak raya-raya pergi I-city??
Orang lain sibuk berkunjung ke rumah sanak-saudara.
Kitorang sibuk pergi I-city.
Moden lerrr sangat!

Ok, citer pasal I-city, nanti aku update kat entri lain eh.
Aku tunggu adik-adik aku upload gambar dalam FB dulu.

Raya kedua, semua orang kuar kecuali aku, abang Zam, Alia dan Fifi.
Kak Long ada ajak aku join pergi Jalan Tar tapi aku malas laa...
Sesak kot kat situ....
Iwan dan Shahril pulak pakse aku pergi area Bukit Bintang.
Punnn aku taknak pergi sebab malas.
Serabut la pergi BB tuh.
Penuh dengan cina-cina dan budak-budak melayu yang nakal.
Tengok diorang punye dressing, aku rasa macam sesat barat pon ada.
Kengkonon nak tiru omputih punya stail tapi isshhh.... tak sesuai.
Sekarang ni diorang duk tiru Korea style pulak...
Lagi la sesak mata aku tengok.
Bukan sebab jeles takleh pakai, tapi kesian kat diorang.
Rasa macam diorang ni tak reti nak create fesyen sendiri sampaikan kena terikut-ikut gaya orang lain.
Memang kesian sangat.

Petang raya kedua tu, aku join family aku pergi Nilai 3.
Saje nak shopping-moping.
Gaji kan baru masuk.

Dah shopping kat Nilai, barulah kitorang singgah kat rumah Kak Long di Bandar Sri Putra tu.
Mase sampai depan pagar, kitorang sume terkejuttt...
Dari luar nampak pintu rumah Kak Long kena pecah!
Mengucap panjang Kak Long aku.

Abang Zam call polis.
Bila polis dah sampai, barulah kitorang masuk dalam rumah.
Check semua barang, alhamdulillah...
Tv, perabot-perabot mahal, alat elektrik semua tak terusik.
Cumanya semua baju abang zam yang ditinggalkan kat situ pencuri angkut. Habis licin.
Tak tinggal sehelai pon.
Dah la semua baju tu original.
Guess, AX, Timberland.
Tau je la abang ipar aku ni memang pakai baju ori je.

Tapi takde la ralat sangat sebab takde barang mahal yang hilang.

Aku syak orang yang pecah rumah ni orang Indon yang bekerja kat projek perumahan baru depan rumah Kak Long.
Diorang mesti dah aim rumah Kak Long selalu takde orang sebab weekdays je mesti rumah Kak Long gelap.
Lagipun kalau pencuri tu betul-betul nak mencuri sangat, kenapa tak diangkut sekali tv dan perhiasan rumah yang mahal-mahal tu?

Pencuri macam ni just nak cari duit segera.
Means dia nak cari cash dan barang kemas.
Tapi tu la.... takkanlah Kak Long bodoh sangat nak letak barang kemas dan cash kat situ kan?
Bila dah tengok barang takde, sebab tu diorang rembat je baju abang ipar aku tu.
At least, takde la sia-sia pecah masuk rumah orang.

Aku syak orang Indon tu sebab cara diorang mencuri tu macam bodoh sangat.
Kasut abang zam jenama Nike dan kasut futsal berlambak-lambak kat rumah tu tapi takde pulak diorang rembat.
Mungkin sebab tak muat kaki diorang kot.
Tapi kalau pencuri tu cerdik, rembat aje la...
Muat tak muat belakang kire.
Kalau muat, pakai.
Kalau tak muat, jual.
Ye dak??

Macam jiran rumah Kak Long.
Rumah dia pun pernah kena pecah.
Tinggal kosong terus.. Habis semua barang pencuri angkut.
Tu namanya pencuri tempatan.

Kalau pencuri Indon, dia nak angkut tv dengan ape?
Paling-paling kena angkut dengan lori.
Indon-indon kat sini mana ada lori.
Pastu pencuri rumah Kak Long ni siap tinggalkan darah secoet kat dalam bilik Alia.
Mungkin darah tu kesan kena kaca kat pintu masuk rumah kot.


Ni pintu masuk utama rumah Kak Long.
Bahagian yang melopong tu la tempat pencuri masuk.
Kat situ sebenarnya kaca berukir.
Polis yang datang tu cakap, pintu macam ni memang senang nak masuk sebab kaca tu just di plaster kan aje.
Kirenye kalau cungkil dengan screwdriver pun dah boleh pecah dah.

So, dinasihatkan kepada sesape yang tengah renovate rumah ke atau nak buat rumah baru, jangan buat pintu macam ni...
Mahal saje je...

Aku suggest kat Kak Long buat pintu kayu penuh.
Kalau nak cantik, tempah yang ada ukir-ukir sikit.
Dah tak payah dah pakai pintu yang ada cermin bagai.
Cantik memang la cantik tapi kalau senang bagi pencuri masuk, buat ape kannn...

Malam tu aku tolong Kak Long bersihkan kaca yang bersepai tu.
Halus-halus pulak kaca tu.
Nasib takde yang terpijak.
Memang sialan betul pencuri tu.

Walaupun hanya baju je yang hilang, tapi diikutkan kerugian agak besar jugak.
Sebabnya tak pasal-pasal Kak Long kena tempah pintu baru.
Pastu kena buat grill baru sebab grill rumah tu dah patah dikerjakan pencuri.
Kesian Kak Long.

Now, Kak Long dah menggelupur pi pasang ADT Security system.
Bayar je la RM75 sebulan pon.
Yang penting, keselamatan terjamin.

Apepun, aku puji la cara polis bekerja.
Sekejap je dah sampai kat rumah.
Pastu siap ada 2 orang pegawai penyiasat lagi datang untuk check cap jari.
Kirenye cepatlah respon diorang.

Kak Long cakap dia tak halalkan ape yang pencuri tu amik sampai bila-bila.
Takpelah Kak Long... kat akhirat nanti pencuri tu akan melutut kat Kak Long mintak ampun.
Time tu, tiada maaf bagimu pencuri!



*Mummy tak kasi sebenarnya aku update pasal benda ni sebab taknak nanti sedara-mara sibuk bertanya itu ini tapi niat aku hanya nak berkongsi sebagai pengajaran dan panduan kepada semua..
So, sedara-mara ku yang baca blog ni, janganlah pi tanya mummy/daddy atau sesape je sebab aku dah citer secara detail dah dalam entri ni apa yang dah berlaku, k....




No comments: