Wednesday, October 17, 2012

Ronda-ronda di Putrajaya

Salam readers...

Dengar aje Putrajaya mesti kite terbayang bangunan-bangunan unik kat sana.
Ada macam-macam reka bentuk kat sana.
*Tapi ader je pihak yang sibuk nak jual Putrajaya 1hari nanti......sape ye??

Kagum aku dengan kejayaan Malaysia sekarang.
Dah maju.
Macam-macam ada.
Kalau dulu orang tatau pun ada negara nama Malaysia.
Sekarang ni, kalau sebut Malaysia je, orang dah tahu dah...
Orang dah terbayangkan KLCC dan menara KL tuu...
Korang tak bangga lagi ke?

Eh, termelalut lak....
Sowiiii...

16 September (lama punya citer), aku dan FZ ronda-ronda kat Putrajaya.
Bawak Baby Alya sekali.
Kitorang pergi lepas Asar tapi cuaca kat sana panas kemain...
Takde angin langsung.
Orang pulak ramai.
Berpeluh-peluh aku dibuatnya.


Baby ceria la sebab dapat jejak tanah.
Masa otw tu dia tido kejap.
Yela, kalau kat rumah memang yang ado dia nak tido.
Balik-balik asik ajak aku main dengan dia je...

Tapi bile dah duduk dalam kereta, diam je dia.
Last-last tido.
Aman dunia aku nak bersembang dengan FZ.

Itupun sekejap je dia tido.
Yela, perjalanan dari rumah aku ke Putrajaya ni pun tak lama.
Dalam 30 minit je.


Pesen terbaru kalau amik gambar.
Mesti nak senget-senget.

Dalam gambar cuaca nampak cam mendung je.
Padahal panasnye....ya ampun.
Tuhan je yang tahu.


Tuu dia.....
Belajar cemana nak buat peace.
Siap 2 tangan lagi tu.


Alahaiiii...
comelnye gambar ni.
Baby nampak cinonet je.
Hihi....


Berlatar belakangkan masjid Putra.
Cantik tul seni bina masjid nih.
Dah la kaler pink kannn.....
Suke.... :)

Dah penat jalan-jalan, kitorang singgah makan kat Secret Recipe.


Mase ni baru lepas kena marah dengan aku sebab nakal sangat.
Tak reti duk diam.
Melalak la jugak bile kena marah.
Tapi sekejap je.....


Baby ni kalau dengan aku, cemana aku marah pun mesti dia akan balik kat aku.
Kalau bab makan, memang dia suke dengan aku.
Bile FZ suap, sikit je dia makan.
Kalau aku suap? Dengan sudu-sudu sekali kott dia nak telan.


Dah berlengas dahhh....
Mau nye tak berlengas... kat luar tadi panas gile.
Peluh ni sampai mengalir kat tulang belakang.

Dah habis makan, kitorang terus nak naik ke kereta.
Tetibe baby nampak pulak taman permainan.
Kesian pulak kat dia.
So, bagi dia main permainan kejap.

Time ni memang stress gile aku.
Baby susah gile nak kawal.
Dia nak main gelongsor untuk budak-budak besar punye.
Mane boleh!
Tinggi kott...
Eehhhh, dia ape kire... nak main gak.
Dia lari keliling permainan tu.
Aku ni kejar la kan...
Dia tu kecik lagi. Mana boleh lepas tangan.

Nasib baik kat situ ada air pancut.
So, aku ajak dia pergi tengok air pancut tu.
Fuhh... lega kejap.


Dah macam potret ibu dan anak pulak.
Hehehehe...

Baby ni suke tengok air.
Kalau bawak dia jalan-jalan, dia akan menggelupur excited bile nampak air pancut.
Pastu mulut dia mesti cakap, "air...."
Kekadang dia sebut "oter..." (water...)

Dah habis tawaf Dataran Putra, kitorang pergi pulak ke Presint 8.
Kat kelab tasik putrajaya tu.
Cantik rupanya pemandangan kat situ.


Dibelakang Masjid Putra.


Tengok la tuuu....
Senget lagi.
Haihh la.. memacam tau dia nih.


Sebenarnye pemandangan kat sini redup gile.
Kalau nak berpiknik kat sini pun best.
Gambar ni nampak cerah sebab aku edit lighting.


Kat tasik sebelah FZ tu tempat orang main kayak.
Bolehlah kalau sesape yang teringin nak main kayak, datang la ke sini.

Dekat maghrib barulah kitorang balik.
Penat jugak walaupun sekadar berjalan-jalan...


2 comments:

Jen Jen Izaicun said...

best kan g putrajaya.. jen2 pun suka g sana.... nk sgt main kayak lum ada kesempatan lagik.... makan kat umai cafe kat msjid besi pun best jugak.. aritu ada mkn kat sana

Mimy Hamid said...

comelnya korang..macam anak beranak pulak