Thursday, October 25, 2012

Salam aidiladha

Salam readers...

Sekarang ni aku sensorang je kat opis.
Orang lain sumenye dah cuti kecuali bos aku.
Bos kuar pegi mana ntah. Dia tak bagitau.
Aku ni bukannya taknak cuti tapi balance cuti aku tinggal sikit je lagi.
So, memang takleh cuti la kannn...

Rase lemau gile nak melangkah pergi opis hari ni sebab tau semua orang takde...
Tinggal aku dengan bos je.
Harap-harap hari ni kerja tak banyak sebab mood nak buat kerja memang langsung takde.

Eh, esok raya kann...
Wahhh... seronok la sesape yang balik kampung tu...

Buat sekalian tahunnya, aku tak balik kampung raya haji kali ni.
Salah satu sebab ialah takde cuti.
Sebab kedua, malas nak balik...

Yela... kat KL ni cuti raya haji sehari je.
Kalau kat Terengganu tu, cuti 2 hari.
Kan best kalau raya cuti 2 hari.
Lama la sikit duk kat kampung.
Kalau setakat balik 3-4hari je baik takyah balik langsung.
Penat pun takdan nak hilang.

Tapi raya kali ni parent aku datang KL.
So, bolehlah beraya dengan diorang kali ni.

Tadi aku dah call diorang.
Katanya baru je bertolak.
Doakan semoga diorang selamat sampai ye...

FZ pulak dah berseronok kat kampung.
Lepas call kampung tadi, aku call dia.
Dia tengah otw nak pergi mancing dengan kawan-kawan dia.
Seronok lerr tuh tinggalkan aku sensorang kat sini... :(

Tak sabarnyeeee la nak jumpa family.
Last jumpa mase raya puasa ari tu.
Kire dah lama jugak la tak jumpe.
Winduuu..... :)

Apepun, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada pembaca blog ni.
Saaayangg uolls! Hiks :)




No comments: