Friday, October 12, 2012

Surat cinta

Selamat pagi readers...

Nak bagitau nih......
Masa aku balik kampung time raya ari tu, aku dapat 1 surat cinta...
Berbunga-bunga kemain bahasa dalam surat.
Terkezutt la jugak kan sebab memang dah lama sangat aku tak dapat surat cinta nih.
Sekarang kan zaman IT.
Nak bagi ayat-ayat bunga pon through sms je...
Nak jimat, gune bbm atau whatapps je. Free....

Teringat zaman kecik-kecik dulu.
Asal nak bagi surat cinta je, mesti pergi beli kertas yang wangi tu.
Kalau sangap sangat takde duit, tabur je bedak atas surat tu.
Hahaha.. lawak pulak bile ingat balik.

Dulu (masa tingkatan 2) aku pernah la berbalas surat cinta dengan sorang mamat sekolah. *Hamboii.. kecik-kecik dah bercinta...*
Dia ni asal bagi surat je mesti disertakan hadiah.
Hadiah paling mahal aku pernah dapat time tu adalah rantai silver berloket huruf pangkal nama dia.
Kire mahal la tu kannn...
Lupe dah nama budak tu...
R ke M... gitu laa...

Aku pulak memang selalu ada stok kertas corak bunga-bunga dan wangi tu...
Asal balas surat je, mesti guna kertas tu.

Ayat dalam surat tu jangan cakap la...
Pujangga habis....
Biasenya di akhir ayat tu, mesti disertakan pantun...

Pecah kaca,
Pecah gelas,
Lepas baca,
Harap balas.

Adoyaii... sengal tul bile ingat balik.

Ha, berbalik pada surat cinta yang terima mase kat kampung tu, uollss jangan la salah faham pulak.
Surat tu dari anak sedara aku, Alyssa.
Hehehe... saje je kan buat uolls fikir bukan-bukan..

Alyssa ni jenis penyayang sikit.
Kalau aku balik kampung, dia excited la...


Siap letak permata kaler-kaler lagi...
Ada love angah... 
Ya, angah pun love kakak... :)

Dia suruh aku rahsiakan apa yang dia tulis dalam surat tu dari ahli keluarga aku.
Tapi aku kan suke menyakat.
Aku bagi ibu dia baca, aku bagi Kak Long aku baca...
Semua orang gelak je sebab ayat dia kelakar.
Hehehe... Alyssa pulak tergedik-gedik la malu.


Ini surat cinta kedua...
Dia bagi sehari  sebelum aku balik ke KL.
Kelakar jugak ayat dia...
Bersemangat sungguh dia buat surat.

Pagi sebelum aku balik KL, Alyssa kena pergi sekolah.
So aku tak sempat jumpa dia.
Aku buat 1 surat untuk dia dan Misha sekali.
Pastu letak atas meja solek dalam bilik dia.

Angah sayang kakak! :)

2 comments:

Jen Jen Izaicun said...

wahhhhh ada dpt surat cinta lg gituw.. auwww

Mimy Hamid said...

syg sgt angah dia