Thursday, October 25, 2012

Takyah tengok kat panggung pun tak apa

Salam readers...

Aku kebosanan! Huhu...
Help..help...!
Kalau la ari ni boleh half day, takpelah jugak.
Duk opis, melangut je macam kerang busuk.
Huhuu..... 
Kalau boleh balik awal, bolehlah aku kemas-kemas rumah sikit.
Pastu bolehlah aku pergi rumah Kak Long awal sikit.
Pastu bolehlah aku main-main dengan Fifi...
Pastu boleh la aku baring-baring... tido.. tengok tv.. makan...
Huhuhu...

Ok, dah start mengarut dah!

Berbalik kat tajuk....
Aku sebenarnya nak tuju kat penggiat filem kat Malaysia ni...
Terutamanya si Ahmad Idham.

Ape ke heyyll nye dia buat filem tajuk "Apa celop toqq"??
Oit, ape maksud "Toqq" tu wehh?
Ade dalam kamus dewan bahasa dan pustaka ke?
Tak paham aku.

Aku rasa makin lama filem kite makin tak berkualiti.
Banyak filem sampah dan banyak citer bodoh.
Nak-nak filem David Teo dan Ahmad Idham ni....
Tatau mana kualiti filem diorang.
Dah la sesuka hati create bahasa rempit.
Pastu nak commercialize jadi tajuk filem pulak!
Aku rasa macam @%#%^#^&*&$!!!

Dalam tak sedar, perbuatan diorang ni akan merosakkan bahasa Melayu kite.
Wehhh, aku rase cam diorang ni... ishhh.... ngok-ngok la...!
Ari tu buat drama Ape celop.
Sekarang ni Ape Celop Toqq pulak!
Ishhh... mengarut je!

Filem camni takyah tengok wayang pun takpe la...

Seingat aku last aku tengok wayang filem Melayu adalah filem Syamsul Yusof.
KL Gangster.
Aku rasa filem tu ada kualiti sikit walaupun filem tu kisah gangster.
Tapi at least ada la kisah kekeluargaan dan takde lawak bodoh.
Lawak Zizan dalam filem tu pun takde la lawak bodoh sangat.
Kire logik akal laa...

Tapi kalau filem MIG nih...... haih laa...
Tak pernah kot aku tengok wayang filem diorang nih.
Rugi...
Kalau rase nak tengok sangat, aku bukak blog malaymoviesfull tu.
Semua movie ada.
Free.. yang penting kena ada internet la..
Kalau tak pun, tunggu time raya.
Mesti astro atau TV3 akan tayang movie diorang.

Cemana la standard filem kite nak naik kalau gini la caranya kite buat filem....
Buat filem sebab nak untung.
Bukannya sebab nak hasilkan produk terbaik untuk tontonan umum.

Aku tau la selera penonton sekarang ni lebih suke filem yang ringan-ringan je.
Takde la movie berat macam filem Bunohan dan Merong Mahawangsa tuu...
Tapi at least buat la filem yang takde unsur-unsur kebodohan.
Maksud aku, takyah la nak hasil filem yang ada lawak bangang yang dibuat-buat tapi takde pon orang nak gelak.
Paling takleh blah bile siap cakap nak menjenamakan perkataan "Apa Celop" tu..
Haihh... Ahmad Idham, Ahmad Idham...
Geleng kepala aku dibuatnya.
Meluat pun ada orang macam ni.

Eh, aku ni macam sakit hati dengan AI ni kan....

Korang jangan pulak cakap aku dengki dengan AI nih.
Aku langsung tak dengki.
Tapi tu la..... dia buat filem sampah.
Aku tatau la ada orang yang memuja AI ni kann..
Tapi bagi aku, dia ni perosak bahasa la..

Aku ni pun perosak bahasa gak sebab aku eja KITA as KITE.
Aku eja kadang-kadang jadi KEKADANG.
Tapi takde melampau siap nak menjenamakan perkataan tu.

Apepun, masing-masing punya pendapat sendiri.
Aku punya pendapat macam ni.
Korang punya pendapat macam tu.
Buah fikiran masing-masing kan berbeza.

Tapi aku tetap tak suke bila dia buat macam tu.
Aku rasa pihak yang berkenaan harus amik tindakan dengan penggunaan perkataan yang bersesuaian untuk dijadikan tajuk bagi satu filem atau drama atau apa-apa saja supaya tiada pihak boleh sesuka hati menggunakan perkataan yang bukan-bukan untuk ditayangkan kepada umum.

Pendapat korang cane?


2 comments:

umyhafiza said...

salam lawatan.. dah follow..sudilah follow saya juga k. thanx :)

Anonymous said...

Very nice article and straight to the point. I am not sure if this is actually the best place to ask but do you people have any thoughts on where to hire some professional writers? Thx :)