Thursday, October 4, 2012

Ubat batuk paling best di dunia!

Salam readers...

Alhamdulillah batuk aku makin sembuh dengan drastik.
Petang semalam bos & manager unit aku tegur aku ada semput ke sebab bunyi napas aku kuat.
Aku iyekan aje...
Memang semalam aku semput...
Semput teruk.

Lunch semalam aku kuar dengan FZ.
Pegi makan kat Amcorp Mall.
Lepas makan, singgah Giant kat dalam tu sebab nak beli oren sunkist.

Iye la... ubat aku dah telan.
Malam-malam aku tido tak on kipas... sampai berpeluh-peluh aku tido.
Ais aku tak minum dah beberapa hari.
Korang tahu je la kannn aku ni takleh hidup tanpa ais.
Batuk punya pasal, aku tak sentuh ais beberapa hari tau!

Dah macam-macam aku berpantang, tapi batuknya tak jugak sembuh.
Aku search google, ramai yang cakap kena makan oren sunkist.
So, beli 5-6 biji oren sunkist.
Tapi... yang ado.......
Tekak aku jadi perit. Dahaga pulak tu.
Mungkin cara tu tak sesuai dengan aku.

Last-last update status kat FB.
Ader la 2-3 orang kengkawan yang respon.
Ade yang suruh makan limau + madu.
Ader yang suruh kemam cengkih.
Macam-macam la petua nye...
Tapi yang paling menarik perhatian aku ialah komen dari Mimy.

Dia cakap makan aiskrim vanilla tanpa apa-apa campuran.
Katanya dia pernah try dan sangat mujarab.

Idea tu memang best sebab aku kan penakut nak makan segala-mala ubat-ubatan.
Tapi tak confident sangat...
Yela,,, batuk makan aiskrim??
Tak ke makin batuk nanti??

Tapi atas saranan kawan, aku akan cuba jugak.
Lagipun dah lama aku tak makan aiskrim nih.
Padahal macam-macam aiskrim ada dalam peti ais aku tuh.

Balik rumah, terus pergi cari aiskrim vanilla dalam peti ais.
Amik 2 scoop letak dalam cawan.
Uikss... leganya tekak bila makan benda sejuk.

Dah makan, rehat-rehat dalam bilik sambil tengok tv.
Time tu aku memang perasan dada aku makin lapang.
Takde semput-semput lagi dah.
Batuk pun takde...
Uikss.... memang mujarab sungguh la!

Sampailah pukul 12 tengah malam, semput aku datang.
Itupun sebab mase tengok tv tu aku baring meniarap atas tilam.
So, mungkin sebab dada aku tertekan.
Cepat-cepat pergi amik aiskrim tu 1 scoop.
Tak lama lepas makan tu, semput aku hilang...

Fuhh... memang tak sangka aiskrim vanilla tu boleh jadi ubat yang sangat mujarab.
Semalam aku tido pun lena.....
Langsung tak diganggu oleh batuk.

Lepas ni kalau batuk, bolehlah makan aiskrim vanilla je...
Sedap pon sedap...
Hehehe...







5 comments:

Anonymous said...

syg2....ubat x mau mkn mcm mna lh sakit tu nk cpat baik kn....

Mimy Hamid said...

pasni rasa tekak perit ke hapa cari la aiskrim vanila..mimi mmg sesuai..mungkin kandungan dalam aiskrim tu kot yang membantu

Anonymous said...

Aiskrim brand pe admin?? sy nak tcabut kerongkong da dok batuk 24jam

Diana Aziz said...

xkisah brand apapun. yg penting aiskrm vanilla. takmo yang campur coklat sikit2 ke... atau yg campur ape2 perisa lain. Vanilla yg kosong saje...

Syazwani Mohd Noh said...

anak2 saya batuk dah lama sangat. nak bg aiskrim cm takut. Lepas baca ni rasa naj balik skarang bgi ais krim vanilla. Tq sis atas perkongsian