Monday, October 8, 2012

Wajah baru bilik saya... :)

Salam monday blues readers... :)

Uolls cemana hari ni?
Aku lemau gile... bosan kot...plus tak cukup tido.
Semalam aku tido lewat.
Dekat pukul 1 baru mata nak lelap.
Pagi ni liat gila nak bangun tido.
Ada batu kot kat mata aku nih sampai mata rase takleh bukak langsung.

Pepagi ni aku nak kongsi gambar-gambar wajah baru bilik aku.

Kalau korang nak tahu, dulu aku kongsi bilik dengan si mak dajal tu.
Mase tu memang la bersepah sikit bilik sebab bilik kecik tapi kongsi 2 orang.
Tambah pulak barang aku banyak, barang mak dajal tu lagi la banyak...
Mak dajal tu sebesar-sebesar almari dia conquer dalam bilik tu.
Malu la aku nak bawak kengkawan atau family sendiri nak masuk bilik.

Tapi sekarang ni, alhamdulillah...
Tercapai jugak impian aku untuk deko bilik tu sampai nampak kemas.
Sakit la mata bila tengok bilik bersepah.
Banyak jugak aku melabur untuk deko bilik ni...


Langsir tu aku beli kat JJ Mid Valley.
Harga RM79.90 kot.. lupe dah...
Memula plan nak beli langsir jarang-jarang kat Ikea.
Tapi bile pikir balik taknak langsir jarang sebab nanti transparent pulak...orang luar nampak apa yang kite buat dalam bilik.

Tepi langsir tu sebenarnye jam.
Beli kat JJ MV jugak...
Murah je.. RM29.90.
Sebenarnya sebelum ni memang aku dah ada jam dinding. IKEA punya, yang harga RM3 tu...
Sesape yang pernah pergi IKEA mesti tahu jam dinding RM3 tuu...
Tapi biase la, mak dajal kebas yang aku punya.
Jam IKEA dia yang bertahun lamanya, dia tinggal kat aku.
Cam babss sangat kan!
Memang aku tak halalkan sampai bila-bila......

Sticker burung hantu tu pun aku beli kat JJ MV.
Sticker tu senang je nak tanggalkan..
Kirenya kalau tampal pastu nak buang balik pun tak efek kat cat dinding.


Sticker burung tu aku beli kat JJ MV jugak...
Kabinet tv tu pun sama...
Kabinet tu baru je beli 2 minggu lepas.
Seingat aku harga kabinet tv tu RM59.90. Ke RM69.90... Tak ingat dahh.
Aku rasa cam berbaloi jugak la sebab memang berkualiti.
Kayu kabinet tu memang berat gile.


Kabinet ni aku beli kat JJ MV jugak...
Ewahh... kaya betul JJ MV tuh.... banyak gile kot aku melabur kat situ.
Harga RM39.90.
Aku beli time JJ ada buat Jcard sale minggu lepas.
Kabinet ni aku beli sebab aku nak letak tepi katil.
Senang aku nak letak henset ke, remote tv ke...

Sebelum aku beli kabinet ni, aku selalu letak henset kat tepi bantal.
Aku kan tido ganass...
Tetengah pagi je mesti terkejut sebab dengar bunyi henset jatuh ke lantai...
Sayang la kat henset kannn...
Asik jatuh je... Kang rosak pulak.


Tikar buluh.
Tikar ni aku beli kat Hulu Langat.
Gigih ok sampai ke HL semata-mata nak beli tikar.
Padahal kat KL ni berlambak je..
Harga tikar buluh ni RM35.
Murah kan....

Asalnya plan nak letak karpet biase.
Tapi bile difikirkan balik, karpet kan berhabuk...
Aku ni ada resdung. Tambah pulak rambut aku ni banyak gugur.
Kalau letak karpet biase, nanti rambut aku melekat pulak kat situ.
So, lebih baik aku gune tikar buluh ni.
Senang sikit nak jaga...


Ayat suci Al-Quran tak dilupakan.
Beli kat JJ MV. Harga RM5.90 je.
Murah jugakk...


Ni la rak solek aku...
Bilik orang bujang, cenggini la rupanya...
Takde la nak beli set bilik lengkap...
Rak ni dah lama aku beli kat Carrefour MV.
Harga lupe... huuhuhu....



Tempat bersolek hari-hari...
Rak tu aku sengaja letak kat tepi sebab aku ni jenis suke hadap cermin depan-depan.
Kalau boleh muke tu nak bertepek kat cermin tu. Hehe...

Setiap hari lepas balik kerja, aku akan luangkan 10 minit untuk sapu bilik ni...
Debu-debu kat tv dan atas kabinet pun aku sapu gune polywood duster.
Kalau hari cuti pulak aku akan kemas bilik 2 kali sehari.
Sekali waktu pagi lepas bangun tido.
Pastu sekali lagi malam sebelum tido.
So, memang bilik aku ni kemas dan tak berhabuk cam dulu.

Baby Alya datang pon, suke kemain sebab dia boleh tergolek-golek atas lantai.
Bilik kan luas..
Serata alam la dia jelajah bilik tu.

Nanti aku update pasal the whole rumah aku.
Tengok perbezaan dulu dan sekarang...




4 comments:

iena_gie said...

cantiknyee bilik dia.. (^__^)

Girl Girl said...

Iena_gie : terima kasih... :)

Anonymous said...

tgk lh sape yg cat blik ni kn....haha

Anonymous said...

tgk lh sape yg cat blik ni kn....haha