Thursday, November 29, 2012

aku tak sempurna

Salam readers...

Aku wanita penuh kekurangan,
Tiada rupa indah menawan,
Sekali pandang hanya sisipan.

Aku insan tak sempurna,
Sering terkhilaf dan tersalah laku,
Namun ku terima segala ketentuan takdirNya,
Kerana ku tahu ia hanya ujian untukku.

******************

Maaflah kengkawan.
Malam ni aku tersangatlah down.
Terasa macam diri aku ni bodoh sangat.
Benda senang pun boleh cuai.

Ya, aku memang sangat cuai.
Dari aku kecik sampailah sekarang.
Sikap cuai macam dah sebati dalam hidup aku.

Zaman sekolah dulu, mesti ada benda yang aku asik tertinggal.
Kekadang tertinggal alat tulis...
Kekadang tertinggal buku.
Pernah sekali aku tertinggal buku teks kat sekolah.
Dan apelagi, esoknya pergi sekolah buku teks dah takde.
So, kena beli baru.
Cuai sangat kannnn....

Sekarang pun sama.
Kekadang pintu bilik air pun aku lupa nak lock.
Tutup cenggitu je.
Mujurlah takde sape yang masuk.
Kalau tak, sesaje je orang boleh tengok free show.

Memang aku mengaku aku cuai sangat-sangat.
Ya ALLAH haiii......

Bukan aku tak cuba berubah tapi kadang-kadang... hmm...yelah, aku ni manusia.
Tak lepas dari buat kesalahan.
Aku ingatkan selama ni aku boleh mengatasi sikap cuai aku tu.
Rupa-rupanya tak.
Serius macam orang bodoh.
Orang lain pun bodoh gak tapi takde la macam aku.
Ya ALLAH, kecewanya aku dengan diri sendiri!

Aku tahu ni ujian Tuhan untuk aku.
Dan aku tahu aku harus bersabar.
Tapi Ya ALLAH, aku dah tak mampu nak menghadapi ujianMU.


No comments: