Wednesday, November 7, 2012

Beraya di I-city

Salam readers...

Ewah..ewaahh.....
Tajuk pon beraya di I-city..
Kemain lagi kan?
Orang lain time raya pergi berkumpul sesama sanak-saudara.
Tapi aku sefamilia sibuk merendekk kat I-city.

Sebenarnya FZ dah lama janji nak bawak aku jenjalan kat I-city tu.
Tapi ntah la dia tuuu...
Lupe ke buat-buat lupa ntah.
Sampai sekarang tak bawak-bawak.
Sentap hati mak okeh!

Raya haji ari tu kan family aku ada datang KL.
So, kitorang reramai plan pergi I-city.
Mati-mati la ingat time raya camni I-city lengang.
Rupe-rupenya penuh yang amat dengan umat manusia.
Siap jalan jem lagi.
Nak dapat parking kemain susah sampai Kak Long pun dah merungut-rungut.

Kitorang pergi 2 buah kereta.
Kalau pergi sebuah kereta je memang macam sardin la....
10 orang kot.
Family Kak Long dah 4 orang... Campur mummy, daddy, aku, Iwan, Shahril.
Pastu sorang kawan Iwan nama Azlan pon ikut gak.
Azlan tu memang dah berkawan dengan Iwan dah lama.
So, family kitorang memang kenal dia.
Sekarang ni dia bekerja kat The Chicken Rice Shop kat Giant Gombak.

Kitorang bertolak lepas maghrib.
Sampai dalam kul 9. Jalan jem punya pasal.

Aku tengok malam tu I-city penuh dengan apek-apek dan orang luar.
Indon pun ada.
Aku risau gile kot-kot ada penyeluk saku ke ape.
Yela, kan orang ramai tuu...
Mestilah kena hati-hati kan...



Photographer by my lovely daddy.

Kemain daddy sekarang.
Siap pakai kamera DSLR lagik...
Anak-anak semua pakai dslr, daddy pon taknak kalah.
Tapi gambar snap stail biase je..
Hahah... daddy..daddy.


Gambar tuan punya tanah..
Aku pose cenggini pon, orang keliling duk pandang.

Ape buruk bebenor ke aku pose gini?
Ke tak pernah tengok model XL berposing?
*Dan2 model........ *jangan muntah hijau okeh!


Memasing muke excited.
Nak-nak baby Fifi.

Owh, ni pes time mummy dan daddy jejak kaki kat I-city.
Suke la diorang.
Aku pun suke sebab at least kalau orang sembang-sembang pasal I-city, takde la mummy dan daddy ternganga mulut tatau apa-apa... :)


Fifi sempat beli cekak rambut Minnie Mouse.
Siap ada lampu lagi.
Comel.


Pasan tak dalam setiap gambar mesti Alia (anak sedara aku) mesti nak duk sebelah aku?
Kak Long pulak mesti duk sebelah mummy...
Alia dengan aku dah jadi cam geng.
Dia baru umur 12 tahun tapi dah nampak cam sebaya dengan aku sebab dia tu tinggi.


Eh, korang layan gambar je la...
Tatau dah aku nak letak caption ape...




Body mummy lagi kecik dari aku.. huhu...
Mummy tegur,

"Perut mu ni dah macam orang ngandung 5 bulan.."

Tskkkk....... :(


Mummy dan daddy!
Gambar ni aku yang snap.
Aku bukannya reti sangat gune DSLR ni.
Terus gambar jadi tak center.

*Gambar sebenarnya ada banyak lagi tapi tu la... nak tunggu adik aku, Iwan tu nak upload memang berjanggut la jawabnya.
Bila aku tanya bila nak upload, selalu ader je jawapan dia..
Busy la, ape laa....
Malas aku nak tanya banyak kali.
Dah memang gitu perangainye takleh nak ubah.
Tapi kalau bab girlfren suruh, cepat je dia buat.

No comments: