Thursday, November 29, 2012

Instagram

Salam readers....

Is it good or bad morning to u?
Wahh...speaking gituuuu.....
Bagi aku, pagi ni macam biase.
Boring...malas nak kerja...takde mood....
Ikutkan hati rasa malas nak datang kerja.
Sungguh tak ikhlas ok...

Eh, termelalut luah perasaan lak.
Padahal memula nak citer pasal instagram je.

Aku ni baru je masuk dunia instagram.
Eh, baru beberapa bulan kot.
Kire baru lagi la kannn...

1st time berinstagram, aku rasa cam bosan sikit.
Sebab all about the picas kan?
Status pon based on the picture je.
Tapi bila dah lama-lama rasa cam best pulak berinstagram ni.

Bagi aku, instagram ni macam satu tempat untuk simpan gambar.
Kirenye macam pengganti album gambar laa.
Pastu boleh edit lighting plak tu..
Bab edit-edit ni memang aku suke.


1st gambar yang aku upload dalam instagram.
Gambar ni kenangan aku 1st time kuar dating dengan FZ selepas 1st time aku mengaku sayangkan dia.
Sebelum tu tak ngaku sayang-sayang lagi.
Jual mahal la katekan.
Mase ni kitorang dating kat Taman Layang-layang.
Nostalgia kot...
Time ni aku kurus lagi kannnn...
Sekarang??? Hmmm... gedempol!


Ini salah satu gambar yang aku upload dalam instagram jugak.
Buah tangan dari FZ yang pergi ke Sarawak baru-baru ni.
Kek lapis Sarawak, gelang manik Sarawak dan fridge magnet.


Ini pulak handbag Lewre.
Beli time butik Lewre buat sale besar-besaran.
Sayang sangat dengan beg ni sebab cantik.
Tapi sekarang ni dah takleh pakai sebab zip rosak.
Tatau nak hantar kat mana untuk baiki zip.
Kalau korang tahu kat mana, bagi tahu aku eh.


Gambar ni aku snap mase bosan duk opis.
Takde kije kan.. so snap gambar aje la..


Ini pulak perfume Loewe yang aku beli kat Sogo.
Aku dapat beberapa jenis mini trial perfume dan leopard style handbag.
Handbag aku aku tak pakai lagi sebab terlalu besar.
Mungkin aku akan pakai bile untuk letak pakaian je nanti.


Ni gambar lama aku tapi saje je upload.
Kate instagram ni album gambar kannnn...
Gambar ni diambil masa aku dan FZ dating kat Tasik Titiwangsa.
Mase ni kitorang tengah tunggu turn nak naik benda ape ntah yang kayuh-kayuh kat tengah tasik tu... sampan kayuh eh??
Dah la mae tu ku 3 petang kot... 
Hazabnye tahan panas Tuhan je yang tahu.


Rantai leher murah yang aku beli kat Bukit Bintang.
RM10 je pon untuk 1 utas ni.
Cantik-cantik kan?
Banyak lagi yang cantik sebenarnya.. tapi sayang duit lak nak beli banyak-banyak.


Ini plak masa raya puasa baru-baru ni.
Aku janji dengan adik-adik dan anak-anak sedara nak belanja diorang tutti frutti.
So, time raya hari tu aku tunaikan janji aku.
Aku ni jenis tepati janji.
Sebab tu aku tak suke orang yang tak tepati janji kat aku.
Seingat aku belanje diorang ni semua kat tutti frutti ni, duit aku habis dekat seratus jugak la...
Pengsan!


Pavlova!
Ni 1st time aku buat.
Memang menjadi walaupun whipped cream agak cair.
Tapi sedap!
Bile aku try buat lagi lepas tu, terus tak jadi-jadi sampai ke sudah.
Frust okeh!



Ni quote yang aku buat.
Bukan quote sangat pun.
Tapi kata hati aku je.. 
Setiap hari Isnin kann aku selalu mengeluh.
Bosan kot nak buat kerja. Tak puas cuti weken katenye.

Tapi ramai jugak yang share gambar ni kat facebook.
Siap ada sorang akak tu cilok gambar ni dan publish kat fb.
Bila orang komen, dia cakap ni gambar dia.
Aku terasa jugak laa sebab tu kan gambar aku.
Sepatutnya dia credit kan laa nama aku kannn...
Tapi bile pikir balik, takyah credit-credit la... bukannya dapat duit pon.


Tako tao!
My favvy.
Sekarang ni setiap kali pergi MV, mesti beli tako tao.
Wajib okeh!
Aku suke chicken cheese & prawn.
Kalau octopus dan unagi tuu...eeuuwww tak tertelan la aku.
Geli.........

FZ siap cakap lagi kat aku,

"Sekejap je sayang ni.... lepas ni bila dah muak, dah tak nak beli dahh.. Makan laa sampai puas ayang.."

Hahaha...
FZ ni bukannya apa, dia malas nak tunggu sementara tako ni siap.
Kan amik masa dalam 15 minit nak siapkan.
Lagipun sekarang ni aku tak beli sekotak je...
Paling-paling 2 kotak... Hehehe..
Dasar bela jin memang la kena makan banyak.....


Ni pulak aku upload time aku bosan.
Aku lupa malam hari ape aku upload gambar ni tapi malam tu memang aku bosan tahap gaban.
Nak sms FZ, dia dah tido time tu.
Rancangan tv pulak tak best.
So, melangut sorang-sorang...

Inilah antara gambar-gambar instagram yang aku upload.
Nak tengok yang selebihnya??

Sila follow : dianaaziz85

hahaha... sempat lagi promote insta sendiri. :)


No comments: