Wednesday, November 21, 2012

Mampu atau tak untuk tersenyum lagi?

Salam readers...

Malam ni dua entri sekaligus aku up.
Ha kau! Kemain berhari-hari aku tak update, hari ni up 2 terus.
Aku tak tahu lepas ni berapa hari lagi blog ni akan menyepi.

Petang tadi aku mendapat berita sadis dari seorang teman rapat.
Berita sadis ok!
Berita tu buat aku fikir panjang. 
Saat aku menaip ni pun, kepala otak aku masih berfikir.
Sah-sah malam ni aku tido tak lena. Kompem!

Aku mula berfikir untuk beredar je dari kawasan kecil itu.
Ataupun mungkin keluar terus dari perut gergasi itu.
Sebabnya aku tahu, politik disana tetap sama.
Masing-masing gila kuasa yang mahu conquer semua kawasan.
Yang tersepit adalah kawanan bawahan macam aku.
OMG! Aku sangka inilah tempat aku hingga ke akhir hayat.
Rupa-rupanya tak lama aku disini.
Tapi itulah.... sekarang ni aku hanya merancang.
Biarlah ALLAH yang menentukan.

Apapun, aku akan cuba mencari kawasan lain untuk bertapak.
Supaya aku boleh hidup aman damai seperti dulu.
Tapi sementara waktu, aku akan bersabar disini dulu.

Memang aku tak sanggup lagi nak hadap semua ni.
Tak pernah-pernah aku sakit kepala... sekarang ni tiap-tiap hari kepala aku berdenyut.
Tanda nak migrain mungkin.
Aku tahu ramai yang takkan setuju dengan keputusan aku.
Tapi kadang-kadang aku perlu mencari kebahagiaan sendiri.
Aku ingin tersenyum seperti dulu.
Orang takkan faham apa yang aku lalui.
Biarlah aku tentukan sendiri jalan mana yang aku nak pilih.