Tuesday, November 6, 2012

Mengidam

 Salam readers...

Aku ngaku aku ni memang jenis mengada-ngada.
Pengakuan berani mati nih! Huhu...

Mana tak nyee.... 
Ade je benda yang aku demand dari FZ.
Itu ini... sampai kekadang FZ cakap,

"Ayang ni mengada-ngada tau tak? Macam-macam.."

Hahaha... ade aku kesah?
Ape gune laki kalau tak treat her gf like a princess kan?
Huahahaha...

Ekceli aku ni takde la teruk sangat pon...
If he treat me like a princess, then i'll treat him like a prince.
Give n take la kan.... Tak gitu??

Hari tu.... err... rasenya awal Oct ari tu kot....... (ok..ok... i know citer ni sepatutnya aku publish dah lama),
aku tetibe rasa mengidam semacam.
Macam-macam benda la yang aku mengidam.
Kirenye mengidam aku ni mengalahkan orang pregnant.
Sekejap nak makan western food, sekejap nak makan karipap inti ikan, sekejap nak makan mee rojak.
Ader macam-macam la makanan yang aku request nak makan.
Nasib tak mengidam nak makan daging unta.
Kalau mengidam benda tu, ceruk mana FZ nak cari? Haha... sian kan?

Mase teringin nak makan western food tu, aku gedik-gedik la suruh FZ belanja aku makan kat Kg. Baru tu.
Kat kedai kapal tu. Ape nama ntah restoran tu. Lupe dah...
Tapi bizi punya pasal kan......
Last-last pegi Secret Recipe je... makan fish n chips.
Jadik laaa kann untuk hilangkan kempunan.

Pasal karipap inti ikan tu, memang sampai sekarang tak dapat-dapat.
Mana ada karipap inti ikan kat KL nih!
Kat KL ni inti sardin, ubi kentang ader laa.
Kat Terengganu je ader karipap inti ikan...
Sedap oh! Nak-nak kalu makan time panas, baru lepas goreng...
Pergghhh... nikmat dunia.
Boleh terjuling mata ko bile makan karipap tu.
Uikss.... teringat mase aunty aku, Mak Dang, hidangkan karipap tu time raya lepas.
Tapi mase tu haruslah control makan. Kat rumah orang la katekan.
Makan 2-3 bijik je.
Padahal dalam hati nak makan semua karipap yang Mak Dang hidang. Huhuhu...
Kesopanan harus dijaga beb!

Pasal mee rojak, aku request kat FZ nak makan kat Titiwangsa tu.
Kalau korang selalu pergi ke Titiwangsa, mesti korang perasan ada 1 van mamak kat tempat parking kereta.
Mamak ni kire femes jugak la..
Ramai jugak yang datang makan rojak dia.
Kalau datang petang, kompem takde tempat nak duduk. Penuh.
Aku biase pergi tengahari.



Inilah van mamak tu...
Nampak je van buruk, tapi pelanggan dia bukan calang-calang orang tau.
Orang kenamaan pun datang makan rojak + cendol kat sini.


Mee rojak. Ke rojak mee? Huhuhu... tatau mana 1 betul.
Yang ni aku punya.

FZ just makan rojak biase je.. yang takde mee...

Rojak dia memang sedap.
Tak muak la makan.
Mee dia pun banyak. Tak kedekut.
Kekadang sesetengah peniaga, kedekut gile nak bagi mee lebih.



Cendol dia pun sedap...
Aku ni sebenarnye bukannya penggemar cendol.
Kalau nampak cendol kat mana-mana, takde pon aku terliur.
Tapi cendol mamak ni memang kena dengan tekak aku.
Rasa lemak dia, manis dia memang secukup rasa.


Seee... sampai penuh mulut FZ makan rojak...

Kat sini tak disediakan meja ye.
So pinggan kena pegang sendiri.
Sebab tu kalau nak datang sini, aku tak bawak Alya.
Means time Alya takde dengan aku.
Sebab susah nak makan kalau bawak anak kecik.


Muke teruja sebab dapat makan rojak mee...
Heheh!



**Diana, lepas ni kalau berat badan naik, sila jangan melalak melolong macam pontianak hilang anak yeeee...


3 comments:

Jen Jen Izaicun said...

betol2... bukan ngada2 saja nak manja2... ahakss.. kata sayang menyayang kan... kikiki

Girl Girl said...

Jen2 : tau xpe.. hehe

cik nurulan said...

kan..susah nk carik karipap inti ikan kat sini =(