Friday, November 30, 2012

Sakit hati!

Salam readers...

Ni aku nak kabo sikit.
Aku dah diserang sakit hati.
Eeeiii.... hangin satu badan aku hari ni.

Kisahnya, sekarang ni aku tinggal 3 orang je 1 rumah.
Means sorang 1 bilik.
Quite selesa la kann...
Rumah besar, barang kurang... so kawasan memang jadi luas dan bersih.

Dalam rumah aku ni pulak, masing-masing buat hal sendiri.
Ko nak balik pukul berapa, ko nak hias rumah cemana...its up to u.
Yang penting kemas.
Aku taknak dah tengok rumah bersepah macam dulu.
Serabut mata nengoknye.

Malam-malam rumah aku sunyi je la...
Masing-masing ada tv sendiri.
So, masing-masing layan tv dalam bilik.
Kalau ada apa-apa barulah kitorang jumpa dan bersembang.

Tapi yang buat aku sakit hati sangat ni bile new housemate kitorang ni is too demanding.
Menyampah pun ada.
Aku pernah bagitahu dulu kan, dia anggap aku chief house the house.
Aku tak kisah la ko nak anggap aku apepun.
Chief ke....chef ke....chess ke.... Lantak la!
Tapi jangan la semua benda nak harapkan aku.

Contohnya laaa...... Eh, bukan contoh ye.
Memang hakikat.
Hari tu dia tanya aku cemana nak apply line phone rumah kat TM.
Aku ni citer la itu ini...
Tapi dia tanya aku balik,

"Bukan ke TM nak kontrak yang mengatakan kami tinggal kat sini?"
Itulah lebih kurang maksud ayat dia.
Aku pun lupe specific words yang dia pakai.

Aku jawab je la tak payah.
TM nak buat apa dengan kontrak tu kannn....
Lagipun rumah sewa cam aku ni buat ape nak berkontrak bagai.

Time tu dia angguk-angguk.
Esoknya, tengahari dia call aku.

Dia cakap, 

"I dah pergi TM Point tadi. Diorang kata diorang nak jugak the contract. I think u maybe know about the contract right?"

Dangggg!
Baru aku faham maksud dia.
Bukannya dasar nak line phone sangat tapi dia nak contract!
Kontrak ape jadahnya???
Dah 4 tahun aku duduk kat rumah tu, takde pulak kontrak-kontrak bagai!
Agaknya dia ingat aku menipu agaknye.

Teruslah aku sound,

"Kan I dah cakap, memang takde kontrak. Lagipun setahu I, tak pernah TM mintak kontrak rumah bagai."

Dia jawab,

"Maybe ni rules baru TM..."

Aku tak puas hati, aku pergi la ke TMP.
Aku tanya direct kat customer service tu pasal nak ape-apa kontrak tak when apply for phone line.
Dan staff kat situ cakap, tak payah bawak apa-apa. Just isi borang je.

Seeeeee..........
Tak ke aku hangin!
Rule baru TM konon.
Aku ni kerja TM. Ko ingat aku ni bodoh sangat ke sampai ko nak tipu.
Bingai!

Tu kes tipu.
Sebelum tu ada lagi yang dia mintak.
Banyakkkk aku cakap kau!

Sekarang ni aku just tunggu masa nak slow talk dengan dia.
Kalau boleh time husband dia takde.
Eh, lupe pulak nak cakap.
'Husband' dia tu sebenarnya bukan husband.
Tapi skandal je.
Dia sendiri yang mengaku.

Then I have to tell her, when she is not in the house, that man shouldnt be in the house.
Kekadang pompuan tu tak balik rumah.
Bile pompuan tu takde, that man still datang rumah.
Tapi dia berkurung dalam bilik je la.
But yang buat aku tak suka tu, jantan tu asik miskol aku.
Ape dia nak pon aku tak tahu la!!
Benci pulak aku.

Ikut hati nak je aku ketuk pintu bilik dia dan jerit,
"STOP DISTURB ME!!!! DO RESPECT ME AS A SENIOR IN THIS HOUSE!!!"
Ko tua dari aku ke ape, aku peduli hape??

Tapi yelah.... hati je nak buat tapi tak buat-buat pon.
Cume sekarang ni aku memang menyampah dan benci tahap gaban so aku takleh biarkan lagi.
I should tell him!
Respek la sikit.... Dengan FZ pun dia tak respek tau!
Bongok tul la!!
Manelah aku tak hangin!

Yang terbaru ni pasal sewa.
Ader ke patut dia taknak bayar ikut time.
Dia kata tuan rumah kena ikut flow dia.
Katanye gaji dia masuk 1st week every month. So, dia akan bank in duit sewa selepas dia dapat gaji.

Suke hati dia je kan nak suruh tuan rumah ikut flow dia.
Who is she???
Dah rule tuan rumah, setiap bulan sewa rumah kena bayar sebelum 30/31 haribulan.

Kitorang ber sms tadi.
Last sms aku cakap,

"Im getting tired to get involve in any problem!"

Aku dah muak ok.
Bosan sangat dah nak melayan orang tak reti bahasa ni.
Aku senang je...
Aku suruh dia deal sendiri dengan tuan rumah.
Aku malas nak masuk campur.

Nanti kalau masalah ni melarat, senang je.
Aku akan suggest dia keluar je dari rumah ni.
Aku tak perlukan housemate macam dia yang suke menyusahkan orang.
Cukup-cukuplah dulu aku ada housemate perangai macam dajal, pastu datang pulak housemate tak amanah dan sekarang ni housemate macam ni pulak.

Enough!


No comments: