Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah

Salam readers...

Esok 15 November 2012... bersamaan 1 Muharram 1434 Hijriah.
Bermulalah tahun baru di dalam kalendar Islam.
Dimana pengertian Muharram itu sendiri bermaksud 'diharamkan' atau 'dipantang' iaitu Allah SWT melarang peperangan atau pertumpahan darah.



*Credit pic to Shah Photography
*Pic edit by Diana :)

Oleh itu, sempena Awal Muharram ni marilah kita sama-sama tutup buku lama dan bukak buku baru.
Bak kata omputih, let bygone be bygone.
Hal yang lepas jadikan sejarah dan pedoman dalam hidup.
Jadikan pengajaran untuk hari esok dan seterusnya.

Sememangnya dalam tempoh setahun, terlalu banyak peristiwa yang berlaku dalam hidup.
Suka, duka, gelak, tawa, sedih, kecewa... semuanya ada.
Yang baik jadikan kenangan.
Yang buruk dijadikan pedoman.

Alhamdulillah kita semua masih diberi peluang oleh Yang Esa untuk bernafas dan menikmati hidup yang penuh warna-warni.
Syukur.

Dikesempatan ini, aku - Nuradiana - ingin memohon maaf andai aku ada buat salah dan silap terhadap sesiapa.
Mungkin ada yang terasa disebabkan kata-kata aku.
Atau perbuatan aku...
Ataupun......penulisan aku didalam blog ni.

Aku tahu aku terlalu jujur dalam menyampaikan sesuatu cerita.
Itulah diri aku tapi bukan semua orang boleh terima kan?
Tak apalah.
Sekali lagi aku memohon maaf kepada kamu semua.
Aku pun manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan.

Apepun, Salam Maal Hijrah!




No comments: