Friday, November 23, 2012

Tenkiu abam! :D

Salam readers...

28 Oct lepas (dah dekat sebulan baru nak citer eh! Huhu...), FZ ajak aku pergi MV.
Time tu kitorang tengah gaduh-gaduh manje... 
Lupe dah kenapa gaduh sebab banyak kali sangat bergaduh. Huhuuuu...
Yang pasti bukan ai yang bersalah... sebab ai tak pernah buat salah. *Hehehe!

Ok, back to the story.
Kat MV tu, FZ ajak pergi ke Metrojaya.
Aku ingatkan nak shopping baju dia.
Sebab kebiasaannya kalau pergi Metrojaya, mesti pergi ke bahagian pakaian Polo lelaki.
Dia sekarang memang suka baju Polo.

Tapi hari tu tetibe dia ajak pergi ke bahagian pompuan.
Pelik jugak aku nih.
Nak tanya, malas.... kan tengah gaduh.
So diam je.
Bila sampai kat bahagian handbag Guess, dia suruh aku pilih mana 1 yang aku berkenan.

Memang sebelum ni dia pernah janji dengan aku nak belikan handbag.
Dah lama tertangguh janji dia tu.
Bukan salah dia pun..... tapi aku yang taknak.
Hari tu takleh nak elak pulak. So, aku pilih laa...
Lagipun handbag aku yang lama dah tak elok sangat dah.
Kulit kat bahagian tali handbag tu dah terkoyak sampai nampak kain belah dalam.

Yang aku pilih takde la yang mahal sangat.
Kesian jugak kat dia kena bayar mahal-mahal.
Kaler dia sendiri yang pilih.


Thanks abam FZ! 

Dah beli handbag tu, teruslah berbaik.
Hehehe...
Memang dasar kannn..... :D



2 comments:

Mimy Hamid said...

abam pojie pun tau minat cinta hati dia..GUESS??

Diana Aziz said...

Dh lama dia jnji, mimy... Ari tu bru je dia tunaikn jnji dia. Guess tetap pilihan hti. Tp yahudi pnye kan.......... Huhu....