Friday, November 16, 2012

Terengganu vs Kuala Lumpur

Salam readers.

Dah 4 tahun lebih aku duk kat KL.
Macam-macam orang yang aku jumpa.
Macam-macam benda jugak yang aku belajar.
Tapi yang paling penting, aku belajar hidup berdikari.
Selama ni hidup dekat dengan family. Tak pernah berjauhan.
Tetibe je dapat pulak kerja di perantauan.
Jauh tak jauh...walaupun semenanjung tapi amik mase 5-6 jam gak perjalanan.
Takpelah,, hidup ni takleh bergantung pada family sangat.
Kena jugak belajar berdiri atas kaki sendiri. Kan?

Walaupun masih di semenanjung, aku dapat rasakan perbezaan antara negeri kelahiran aku dan negeri tempat aku bekerja sekarang.
Sangat jauh perbezaannya.

Nak tahu ape perbezaannya?
Meh aku list kan......
Tapi kalu ader yang tertinggal tu, korang tambah sendiri la ye...

1) Cara berpakaian

Terengganu

Budaya masih lagi ketimuran. Kalau pergi jenjalan kat bandar Trg tu, still boleh tengok perempuan muda pakai baju kurung lengkap dengan bertudung.
Ayu manis jek...
Tapi tak semua laaa....
Pastu boleh nampak makcik-makcik still pakai baju kurung kedah dan berkain batik.
Oh, kebanyakan pompuan di Trg bertudung dan kurang make up ye.
Lagi 1, ada jugak pesen pompuan bertudung litup tapi pakai baju ketat lengan singkat.
Jangan pelik disitu sebabnya itulah trend disana.
Tapi bukan semua la yang macam ni.
Ada jugak yang dah up to date sekarang. Tapi jarang la jumpa.



Kuala Lumpur

Baju kurung?? Tak main la derrr.... tak moden langsung!
Itulah pendapat orang-orang KAY EL...
Kononnya tak cool kalau pakai baju kurung. Macam makcik katenye.
Kat sini, ramai yang berpakaian up to date. Tapi tengok tempat.
Kalau pergi Sogo, kita akan jumpa rakyat yang bertaraf sederhana.
Pakaian pun biase-biase je.
Kalau pergi MidValley, kite tengok pakaian masing-masing up to date sikit.
Tapi kalau pergi Bukit Bintang....... hambek ko!
Kejutan budaya kat situ sebab pesen pakaian adalah pelik-pelik dan seksi-meksi adalah pemandangan biasa.



2) Makanan

Terengganu

Negeri lain memang takleh celen laaa negeri Terengganu.
Takde lagi la makanan yang tak sedap kat sini.
Kuih-kuih tradisional semuanya sedap-sedap. Harga murah pulak tuu....
Lagipun kuih-kuih yang ada kat sini masih menggunakan resipi asal tanpa diubahsuai.
Pastu senang nak dapat seafood.
Adess terliur pulak teringat sotong goreng tepung..... makan tepi pantai sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
Ewaahhh...


Kuala Lumpur

Kat sini memang banyak kuih..... tapiiiiii... kebanyakannya....bukan semua ok...
tapi kebanyakannya tak sedap!
Dah la mahal. 
Pastu suka suki ubahsuai resipi asal.
Kalau makin sedap takpe la jugak.
Ini makin tak sedap. uweekkkk........

3) Budi bahasa

Terengganu

Aku rasa la...... jangan marah ye orang-orang ganu dengan statement aku.....
Aku rasa negeri aku tu sekarang semakin tak berapa nak berbudi bahasa laa...
Cakap main lepasss je. Tak jaga hati orang langsung.
Based on my friend's statement, kat opis dia kemain kena buli dengan PA opis tu.
Katanya PA kat situ dengki dengan result degree kawan aku ni.
Entah la.. kekadang macam tak munasabah.
Tapi itulah hakikatnya. 
Pastu jenis pendengki.
Memang ramai la aku perasan ada sifat dengki ni.
Kalau tak caya, acu korang pi Mydin Mall. Lepak kat situ sambil pakai baju yang up to date, pastu free hair, pastu sembang bahasa KL atau omputih.
Kompem pastu korang akan diumpat orang sebelah.
"Hek eleh, cakak omputih konongg... padahal balik dumoh kekgi makang budu!"

Jangan terasa hati ok....
Memang orang-orang sana macam ni....
Jenis orang yang tak pernah kuar dari Terengganu.
Well, aku pun pernah kena jugak.

Kuala Lumpur

Easy to say "sorry".
Kalau terlanggar bahu sikit, mesti diorang akan cakap sorry.
Yang ni memang aku respect dengan orang-orang kat sini.
Pastu yang aku perasan, orang-orang kat sini cakap berlapik.
Jenis jaga hati orang.
Ader jugak yang jenis cakap lepass tapi tak ramai la..
Paling suke kebanyakan lelaki kat sini gentleman.
Contoh kat opis aku...
Aku dan beberapa orang tengah tunggu lif.
Biasenya bila pintu lif terbukak, lelaki akan bagi perempuan dulu masuk.
Sama jugak dengan tempat duduk dalam LRT.
Tapi adu ada jugak terbaca status FB kengkawan yang jumpa lelaki yang tak reti bahasa.

4) Pembangunan

Terengganu

Yang ni memang aku tak nafikan Terengganu memang banyak ketinggalan di belakang.
Aku pun tak paham kenapa investor susah sangat nak invest kat negeri kesayangan aku nih.
Padahal market tinggi kot.
Kalau bukak butik Guess kat Terengganu, kompem laku sebab orang Terengganu kaya-kaya.
Pastu masing-masing dah kenal jenama Guess.
Ini tak, jenama kasut paling hebat kat sana pun Vincci.
Tak pun Nose...
Nak mahal sikit pergi Mydin Mall kat kedai Kasut You tu, ader jenama Clarks.
Tapi tak semua kott yang suka design Clarks.

Bangunan kat sini pun still di tahap biase.
Yang paling cantik pun Wisma Darul Iman.
Tapi negeri lain memang takleh lawan kecantikan masjid kat sini.
2 buah masjid yang gah kat sini ialah Masjid Terapung di Chendering dan Masjid Kristal.
Ada yang kata membazir buat masjid mahal-mahal.
Tapi lebih baik buat masjid mahal dari buat benda lain kann....
At least kalau buat masjid, ada laa yang guna untuk beribadat.

Kuala Lumpur

Pembangunan memang pesat gile membangun.
Jalan raya kerap bertukar-tukar sampaikan sesat jalan adalah perkara biase.
Bangunan tinggi-tinggi mencakar langit.
Bangga aku negara Malaysia maju macam ni.
Sebut je Malaysia, orang akan ingat KLCC.
Sana sini ada shopping mall.
Kedai makan berlambak-lambak. Antara sedap dan tak sedap je.
Opis ni aku pun salah 1 bangunan tertinggi kat sini.
Dah la unit aku duk tingkat 51.
Kalau kena fire drill, jenuh la kena turun tangga. huhuh...

5) Sale

Terengganu

Barang berjenama, tak ada.
Tapi harga mahal nak mampsss...
Kalau sale tak pernahnya lebih dari 15%. Mesti takat 10% je.
Kesian kan....
Cemana la orang sana nak bergaya dengan barang berjenama kalau macam ni gayanya?
Nak tak nak, ramai orang-orang sini pergi membeli-belah di Kuantan.
At least kat Kuantan tu ader la jugak butik-butik.
Tak ke kesian dengan orang-orang Terengganu ni?

Bukan nak katelah..... acu pergi kat Astaka.
Bahagian pakaian perempuan.
Jenama ape sangat yang ada? Dah la harga tak agak-agak.
Fesyen baju pun out dated. Serius kg.com.
Pergi Hock Kee Seng.... ader la jenama best sikit.. Dolly.
Tapi harga sendiri mau ingat la.....
Macam ni nak shopping?

Kuala Lumpur

Syurga membeli belah.
Barang mahal ader... barang murah ada.
Nak barang murah, pergilah Sogo dan Semua House.
Takat RM100, bolehlah dapat 2 helai baju.
Time sale pulak tak agak-agak... kekadang sampai 70%.
Kalau tilam atau cadar, boleh sampai 80% discount.
Nak barang sedang-sedang, pergi la One Utama ataupun MidValley.
Harga biase-biase tapi barangan berkualiti.
Nak barang mahal, pergilah Pavillion.
Shopping time sale adalah sangat berbaloi.
Macam aku shopping handbag Guess time diorang buat sale.
Harga bag RM480, time sale hanya RM180 je.
Kan berbaloi namanya.......

6) Yang ni adalah yang paling ketara perbezaannya.... MAT REMPIT.

Terengganu

I hate mat rempit Terengganu.
Eeeiii... rase cam nak tonyoh-tonyoh kepala diorang ni.
Nak berlagak tak kena tempat.
Siang hari sibuk duk pecut depan rumah orang.
Pastu buat kacau kat traffic light.
Tak caya, korang kuar la ke bandar KT petang hari Jumaat.
Tengok perangai sekor-sekor mat rempit kat sana cemana.
Kalau aku ada pistol, time tu jugak aku tembak sekor-sekor sampai mampos.
Hidup menyusahkan orang.
Terbaru, kawan aku mengadu dia di escort oleh beberapa orang mat rempit secara tiba-tiba.
Kalau aku jadi dia, kompem la aku cuak.
Yelah, bukannya kite kacau dia pun... tapi diorang ni sibuk nak kacau orang.
Nasib baik mat rempit tu tak buat apa-apa kat kawan aku.

Kuala Lumpur

Mat rempit kat sini kuar malam-malam je.
Pastu dia tak kacau orang lain melainkan bohsia atau pompuan-pompuan yang duduk melepak kat tepi jalan atau taman.
Sesape yang jenis tak kuar malam, memang takkan jumpe la dengan mat rempit kat sini.
Walaupun dalam berita kite tengok mat rempit kat KL ni teruk tapi sebenarnya bagi aku teruk lagi mat rempit kat KT tuh.
Tapi eh...........mana-mana mat rempit pun teruklah!
Jenis takde mase depan.
Menyampah!


*************************

Walau apepun, Terengganu tetap dihati.
Bak kata pepatah,

Hujan emas dinegeri orang, 
Hujan batu dinegeri sendiri,
Lebih baik di negeri sendiri......

Eh, jangan pulak sentap baca entri ni eh.
Aku cerita berdasarkan pengalaman dan pendapat aku je.
Senyum sokmolah ye!! 
:)

*credit pics to mr.google

2 comments:

Mimy Hamid said...

pro n kontra kan tganu...tganu di hati ku jugak ...especially bab makan...terbaekkk...bab budi bahasa tu mmg betul..org tganu kasar sikit..dan kerek...huhuhu

Diana Aziz said...

Mimy : bab makan mmg best..