Friday, November 2, 2012

Tertekan

Salam readers...

Lately aku dilanda masalah.
Bermacam-macam masalah sampai tertekan jiwa raga.
Aku ni kalau ada masalah, 24 jam la duk berfikir.
Pastu mula la takde mood nak buat kerja.
Emosi pun jadi tak menentu.
Ya ALLAH, aku tak suka perasaan macam ni.

Sekarang ni housemate Sarawakian dah pindah sebab diorang gaduh sesame sendiri.
Aku memang taknak campur hal diorang.
Lantak la diorang nak gaduh ke ape.
Then, the new housemate move in.
Tapi barang-barang dia tak bawak lagi.

The thing is, the new housemate tu banyak komplen.
Eh, bukan new housemate.
Husband housemate ni banyak komplen.
Macam-macam.
Itu, ini... pastu bajet bagus.
Bajet terror.
Menyampah aku kalau husband dia datang.

Yang buat aku tertanya-tanya is kalau dah kahwin, why nak tinggal asing-asing?
Wife duk vista, husband duk ampang.
Ikut cerita, kononnya husband dia kena jaga parent sakit.
Kalau betul, kenapa dua-dua tak jaga parent tu je??
Pelik tak?

Hati aku kuat kata diorang ni skandal je.
Tapi lantak laa...
Malas nak amik tahu.

Tapi yang buat aku stress sekarang ni bile the husband anggap aku ni Chief of the house.
Itu ini nak report kat aku.
Pastu serba-serbi letak atas bahu aku.
Pastu tanya aku macam-macam seolah-olah aku ni tahu semua.
Hal toilet pun nak tanya aku.
Why bocor? Why tak boleh flush? Why itu? Why ini...?
Bosan tahu tak??
Aku biase bagi jawapan mudah, "I don't know".

Yela, benda yang takde kena mengena dengan aku.
Kalau aku tahu, aku bagitahu la jawapan.
Selama ni pun, dalam rumah tu kitorang buat hal masing-masing.
Ko dengan hal ko.. aku dengan hal aku.
Toilet ko rosak, nothing to do with me. Takde kena-mengena pon.

Pasal deposit bilik pon sibuk nak libatkan aku.
Padahal aku tak tahu ape-ape nih.
Deal je  la dengan budak Sarawak tu...
Serius aku menyampah!

Sekarang ni pasal parking pulak.
Punnn serah atas bahu aku!
Ya ALLAH, kenapalah KAU temukan aku dengan manusia seperti mereka?

The wife umo 45 tahun.
And aku rasa the husband mungkin dalam umur 50 and above.
Maybe la... sebab tengok dari rupe diorang.
But i hate her husband! Sebab dia ni poyo gile!
The wife tu quite ok...
Mujur la wife tu je yang stay kat rumah tu.
Kalau laki dia pon stay kat situ, tobat aku kuar je dan cari rumah lain.

Btw, thanks to mak dajal - AIZA - sebab confuse kan budak-budak Sarawak & the new housemate pasal deposit.
N me myself, sampai bile-bile pon aku takkan halalkan setiap 1 sen duit lebih yang ko amik dari duit deposit.
Jumpa la kat akhirat nanti.

Ok, habis pasal rumah.
Ni pasal career & office.
Ya ALLAH, stress aku!
Dah tak larat dah nak tanggung.
Berat dah bahu ni nak pikul segala masalah.

Dulu datang kerja dengan hati yang berbunga-bunga.
Rasa semangat.
Tapi sekarang, nak datang kerja pun macam tak ikhlas.
Datang kerja pun sekadar nak dapatkan gaji setiap bulan untuk bayar hutang dan bagi duit untuk mummy & daddy.

Aku dah tak fikir diri sendiri dah...
Makan minum sekarang dah tunggang-langgang.
Mujur la ada FZ yang manage makan minum aku.
Ntah la.... saat aku menaip ni pun air mata aku menitik.
Hidup tunggang-langgang disebabkan orang lain.
Kalau hidup aku jadi macam ni sebab kesalahan diri sendiri, itu lain cerita.

Walaupun aku ni bujang, aku still ada komitmen lain.
Setiap hari nak balik on time pun rasa takut-takut.
Macam buat kesalahan besar.
Memang aku tahu as a PA, balik lewat is perkara biasa.
Tapi kalau balik lewat sebab melangut.. buat apa?
Baik aku balik rehat kat rumah kan??
At least ada la masa untuk aku uruskan hal rumah.

Kadang-kadang apa yang aku buat tak pernah nyee nak nampak elok.
Hal baik, tak pernah dipuji.
Hal buruk, semua atas kepala aku.
Salah kecik pon, diperbesarkan.
Pastu nak dijaja kat depan orang lain.
Kalau bab panggilan nama tu, usah cakaplah.
Macam-mana nama panggilan aku terima.
Lama dah aku tahan tapi tak terluah.
Nak luah pun tatau kat sape.
Air muka aku seolah-olah dipijak-pijak macam tu je.
Mentang-mentang la aku ni secretary je kan... kuli batak orang!

Orang mungkin cakap, "tengok entri lepas, macam hepi je dengan kerja..."

Ya, memang.
Aku enjoy kerja sebagai secretary.
Tapi ada sesetengah perkara yang aku pendam.
Takkanlah benda buruk pun aku nak citer semua kan?
Ada benda yang kite boleh kongsi.
Ada benda yang kita tak boleh kongsi.
Tapi kali ni memang aku tak tahan sangat-sangat.
So, i need and i have to release my stress through this blog.

Kalau dulu hal opis aku takkan bawak balik kat rumah.
Tapi sekarang terbawak-bawak sampailah aku tido malam.

Kalau dulu hari Isnin - Jumaat rasa sekejap je berlalu.
Tapi sekarang... terasa lembab gila masa berjalan.
Tak sabar nak tunggu pukul 5.31 pm hari Jumaat.

Kalau dulu aku happy bila tiba hari Sabtu dan Ahad.
Tapi sekarang ni masuk je hari Ahad, aku dah start fikir, "Ape la yang terjadi hari Isnin?"
Hari Ahad aku dah tak tenang macam dulu.
Even hari Sabtu dan Ahad tu rasa sekejap je berlalu.

Ya ALLAH,
Aku tahu aku banyak sangat merungut akhir-akhir nih.

Aku tahu readers pun mungkin ada yang dah jelak baca entri-entri aku.
Takpe la...
Aku just meluahkan apa yang terbuku dalam hati ni.

2-3 hari ni kepala aku pun dah terasa berdenyut-denyut.
Aku yakin kepala aku jadi macam ni sebab stress yang teramat.
I need a rest or vacation tapi balance cuti tinggal sehari je lagi.
So, dengan hati berat, aku terpaksa jugak hadapi semua ni...

Ya ALLAH, kurniakanlah hambaMu ini dengan sifat sabar dan tabah dalam menjalani segala ujianMU.
Amin.





No comments: