Wednesday, November 7, 2012

ulser mulut

Salam readers...

Rajin bebenor aku update blog minggu ni kan?
Ni hormon tak kena la nih...
Nak kate Miss P nak datang, rasenye lambat lagi kot.

Aku sekarang ni rase tak selesa nak bercakap lelebih.
Sebabnya mulut aku ni ada ulser kat gusi.
2 bijik lak tu.
Time gosok gigi jangan cakap laaa.... merembes air mata aku kuar.
Pedih dowhh...
Tu tak masuk lagi time makan.
Mesti kena cover supaya tak kena kat ulser tu.
Seksa....seksa......

Pastu time dia berdenyut tu, semua gigi aku terasa sakit.
Macam sakit gigi lak.
Haihhh! Dugaan sungguh.

Aku dah sapu ubat kat ulser tu.
Pedih la sikit tapi nak baik cepat kannn.....

Ader orang cakap berkumur dengan air garam.
Uihh.. tak sanggup aku.
Kompem menangis kalau berkumur air garam.
Sedangkan makan fries yang ada garam sikit tu pun buat air mata aku menitik, inikan pulak makn berkumur.
Menggelupur aku nanti!

Ader jugak petua suruh letak ubat gigi colgate.
Sorilah... aku gune ubat gigi fresh & white ye...
Tak gune colgate.
Takkan aku nak beli colgate semata-mata nak letak kat ulser kan?

Aku search dalam tenet, ader jugak petua kata gune asam keping / asam gelugur.
Tekap je kat ulser tu.

Huhuhuhuuhu..... takut..takut...
Takpelah. Takyah gune petua pun takpe.
Ubat yang aku pakai ni pun dah elok.

Eh, aku tak gune bonjela tau.
Sebab bonjela tu agak cair sikit dan tak melekap kat tempat ulser.
Kekadang aku tertelan jugak.
So, aku gune ubat ni :-


Tatau apa nama ubat ni.
Biasenye kalau aku pergi klinik menara bawah opis, aku akan bagitahu "aku nak ubat ulser mulut yang tiub".
Staff nurse kat situ dah tahu dah ubat yang mana satu.

Tapi aku rekomen la ubat ni.
Ubat ni pekat likat dan memang selesa letak kat ulser sebab dia melekat je.
Takde la kite rasa tak selesa dan asyik tertelan.
Biasenya pakai 2 hari, terus ulser elok.
Tapi pedih sikit laa.... sikittttt je.


So,... jadilah aku pekerja yang pendiam.
Ulser ni buat aku malas nak bercakap sangat.
Lagi bercakap, lagii laa sakit.

Jadinya, aku hadap pc je la sepanjang hari.
Buat-buat ada kerja.
Hehehe...


4 comments:

NanieZara said...

ko letak garam sebijik garam jer kot....pastu konferm ulser ko baik terus...

Girl Girl said...

Nanie : Pedih kottt letak garam.. :(

Mimy Hamid said...

cari cream nama bonjela..pun ok..takpun sapu vaselin cream

Anonymous said...

letak clorin trus elok syg....hahaha