Thursday, December 20, 2012

Cinta hati

Salam readers...

Semoga pagi ni memberikan keceriaan kepada kita semua ye...
Amin.

Kalau semalam aku up entri pasal mummy, hari ni aku nak up entri pasal cinta hati aku pulak.
Eh, ingat Shila Hamzah je ke ada cinta hati?
Aku pun ada tau.
Jangan jeles ye Shila Hamzah.... ngeee...

Nama cinta hati aku adalah Aziz @ Azmi.
Bukan Aziz atau Azmi tau. Tapi Aziz alias Azmi.
Ramai tau yang kompius.
Siap tanya aku lagi, kenapa nama ayah ada 2.
Halamakk korang ni....
Itupun nak tanya.
Dah memang tercatat dalam surat beranak dan IC dia nama macam tu, aku nak cakap ape.
Kreatif jugak atuk aku dulu bagi nama unik camni.

Kalau mak aku panggil as Mummy, ayah of course la aku panggil Daddy.

Bagi aku daddy ni the best dad in the world.
Dialah protector, dialah advisor, dialah supporter dan dia jugaklah banker. Hehehe...
He provide everything for our family.

Daddy adalah antara yang tercerdik di kalangan adik-beradik dia.
Pandai speaking... maklum la dulu dia bersekolah di sekolah omputih.
Aku pernah terjumpa buku rekod sekolah daddy.
Banyak A ohh dia dapat dalam akedemik.
Sebab tu la dia expect anak-anak dia pun jadi macam dia.
Tapi yang adoo...
Anak-anak dia semua jenis suke main dan malas belajar. Huhuhu....

Kalau mummy tak ramai kawan, daddy pulak sebaliknya.
Daddy memang ramai kawan.
Mase duk Dungun dulu, daddy memang agak terkenal.
Pergi mana-mana je mesti ada orang kenal daddy.
Sebut je CC Azmi, semua orang kenal kot...

Aku pun tak terkecuali dari terkena tempias.
Sebabnya time aku kecik-kecik dulu, daddy suke angkut aku pergi mana-mana.
Sampaikan aku pernah ada ayah angkat which is ayah angkat aku tu adalah kawan daddy sendiri.
Lupe dah nama ayah angkat aku tu.
Tapi dia still hidup lagi la sekarang ni. Cume lost contact.
Daddy selalu jugak bawak aku pergi opis dia.
Mule la orang-orang opis dia kerumun aku.
Sampai dah jadi rapat.
Asal aku pergi opis daddy je, mesti aku kena nyanyi.
Aku dah tak ingat kena nyanyi lagu ape.

Dalam kerjaya, daddy memang berjaya.
Tapi takde la sampai jadi GM ke ape.
Dia sempat jadi pengurus kat Syarikat Air Terengganu. :)

Daddy ni garang tau.
Sekali dia jerkah, maunya terkencing.
Suara daddy kalau time marah memang macam halilintar.
Tapi garang-garang dia pun, dia tak pernah pukul anak-anak dia.
Kawan-kawan aku dulu memang takut dengan daddy sebab muka daddy nampak garang.

Aku ni jenis anak derhaka.
Dengan mummy pun aku melawan. Dengan daddy pun sama.
Aku memang lantang bersuara.
Kalau rasa tak puas hati, aku cakap je.
Pastu kalau aku rasa benda tu tak betul, aku luahkan aje.
Sampai ada sorang aunty aku cakap,

"Awak ni anak kesayangan daddy awak. Segarang-garang daddy awak, dia boleh mengalah dengan awak."

Realitinya, bukan aku sorang anak kesayangan daddy.
Daddy sayang semua anak-anak dia dengan sama rata.
Tak ada lebih, tak ada kurang.

Teringat 1 peristiwa yang berlaku awal tahun lepas.
Sebenarnya benda ni dilakukan oleh orang lain kepada daddy aku.
Tapi yelah.... cubit peha kanan, peha kiri pun terasa jugak.
Aku nampak jelas orang tu mengecewakan perasaan daddy tanpa rasa bersalah.
Dan aku jugak nampak jelas wajah daddy yang terpinga-pinga.
Dah la mase tu daddy tengah batuk teruk.
Permintaan daddy yang kecil tu pun tak dapat ditunaikan.
Aku faham perasaan kecewa daddy.
Time tu aku terus masuk bilik air dan menangis sepuasnya.
Entah la... aku tak boleh tengok sape-sape kecewakan daddy.

Daddy memang jaga aku dengan baik.
Kalau aku on the way balik ke kampung dengan bas, dia selalu pesan kalau aku dah sampai kat Chendering, aku kena sms dia sebab dia akan bersiap untuk datang amik aku kat stesen bas.
Tapi biasenya aku baru masuk Dungun, dia dah terpacak kat stesen bas.
Padahal perjalanan dari Dungun ke KT amik mase dalam 1 jam lebih.
Dialah orang yang paling bersungguh nak jemput aku kat stesen bas.

Banyak kott jasa daddy kat aku.
Tak terbalas aku dibalasnya.

Daddy pernah kena masuk wad sebab sakit jantung.
Akulah yang jaga dia dari waktu tengahari sampai maghrib.
Seminggu jugak kott aku jaga dia kat wad.
Tapi dalam tempoh tu, daddy tak pernah menyusahkan aku.
Takde suruh aku buat itu ini.
Semua dia buat sendiri.
Ya, daddy memang jenis berdikari.

Daddy memang disenangi dikalangan kawan-kawan dia dan sepupu-sepapat dia.
Even baru-baru sepupu daddy dari Singapore datang ke Semenanjung sebab nak jumpa daddy.
Diorang siap hadiahkan daddy macam-macam barang dan bagi sejumlah duit.
Bayangkanlah betapa orang lain amat menyukai daddy.
Kalau sedara-mara kahwin, daddy la yang paling bersungguh tolong.
Cuma sekarang ni dia tak berapa sihat sangat, so tak dapat la bantu sangat.

Ada 1 kisah lucu berlaku antara daddy dan adik bongsu aku, Shazrin.
Time tu aku just jadi pemerhati je.
Daddy sedang ajar Shazrin buat latihan maths.
Ntah la ape yang jadi, time ajar tu tetibe daddy melenting.
Marah-marah.
Tetibe daddy cakap,

"Mana kayu rol?? Pegi amik kayu rol sekarang!!"

Shazrin terpinga-pinga.
Kayu rol?? Ape tu??

Tetibe je aku gelak.
Terus aku cakap,

"Daddy, pembaris la... orang dah tak guna ayat kayu rol tu. Tu zaman daddy.. Memang la adik tak tau."

Pastu daddy pun gelak sekali.
Terus dia tak jadi marah.
Hehehe...

Kalau nak bercerita pasal daddy, memang sampai minggu depan pun tak habis.


Daddy ketika istiadat penanugerahan pingat dari Sultan Terengganu.
Dalam hidup daddy pernah dapat 2 pingat.
Salah satu pingat PLB.
Yang satu lagi tak ingat.
I'm proud of u, daddy!


Daddy ku yang ensem!
Walaupun dia dah berusia 64 tahun this year, tapi daddy tetap nampak kuat.
Sama macam mummy, daddy jugak jenis pembersih.
Baju yang dia nak pakai, wajib kena gosok.
Sebelum tido pun daddy suke berbedak tau... ha, jangan memain!
Daddy aku suke wangi-wangi.


Daddy suke bercakap... nak-nak kalau dengan orang yang dia suka.
Potpetpotpet mulut dia tak berhenti sembang.
Ader je benda yang dia nak citer.


Time raya, daddy la yang paling kecoh.
Bukan kecoh sebab ape... dia kecoh sebab dia nak orang tolong dia pakaikan sampin.
Dan biasenya akuuu la yang jadi mangsa sebab aku yang bersiap paling awal.
Setiap raya kott macam tu..
Tapi seronok.
Kecoh-kecoh la best!


Daddy kesayangan....

Bila diingatkan balik, aku banyak kali jugak mengecewakan daddy.

Maafkan Nana, Daddy.
Nana cuba sedaya upaya untuk menjadi anak yang baik untuk daddy dan keluarga kita.
Maafkan Nana sebab banyak derhaka kat daddy.
Nana memang anak yang tak baik tapi Daddy tetap sabar layan karenah Nana.
I love u daddy...
Nana taknak tengok daddy sakit-sakit lagi.
Nana nak daddy sihat macam muda-muda dulu.
Nana nak daddy kuat macam dulu-dulu.
Nana takleh hidup tanpa daddy.
Kalau daddy takde, nanti takde sape yang akan sokong ape yang Nana buat...
Kalau orang hentam Nana, nanti takde sape yang akan backup Nana.
Nana sayangkan daddy sangat-sangat...

No comments: