Tuesday, December 4, 2012

demam

Salam readers...

Semalam aku adalah mc.
Demam teruk + batuk.
Memang tak larat sangat.
Memula ingat taknak pergi klinik tapi makin lama makin lemak plak badan aku rasa.
So, pergi klinik terus mintak mc.

Cerita pasal klinik, geram betul aku dengan doktor tu.
Susah bebenor nak bagi mc.
Nak kena mintak dulu, barulah bagi.
Dah orang sakit kottt..... bagi je la mc.
Takyah tunggu orang mintak.

Aku balik rumah pukul 11 lebih.
Sampai je rumah, terus baring melepekk atas katil.
Pastu tido sampai petang.
Kekadang je aku bangun sebab jawab call FZ dan call orang-orang opis.

Pukul 4 petang, aku gagahkan diri untuk makan.
Itupun aku makan nasi putih dan sup ikan je.
Time demam camni, makan camtu pun kire dah cukup nikmat dah...
Acu time sihat, macam-macam lauk ada dalam pinggan.
Ye tak?

Dah makan, sambung balik tido sampai 9.30malam.
Sempat gak la aku tengok Adam & Hawa kejap.
Kul 10.15, sambung tido balik sampailah pagi tadi.
Kirenye semalam kerja aku adalah tido je.

Pagi ni aku gagahkan diri untuk datang opis.
Ikut hati nak amik mc lagi.
Tapi malas haihh nak tebalkan muka amik mc banyak-banyak...
Kang nanti kate aku amik mc tipu plak.

Tapi memang aku tak larat sangat-sangat.
Sekarang ni pun aku duk melepek je landing kepala atas meja.
Macam orang tak cukup zat. Huhuu....

Nak balik awal pun dah tak boleh sekarang sebab opis aku sekarang ni ada team spy leman duk kawal staff.
Pantang orang datang lewat, terus di snap gambar.
Motifnye aku tatau.
Yang aku faham, diorang tak boleh control staff yang beribu orang ni dengan cara macam tu.
Masing-masing ada hal masing-masing.
Ntah... aku rasa macam kat sekolah pun ada.
Kul 8.30 sampai kul 1, kena berkurung dalam opis.
Kul 1 sampai 2, kuar rehat.
Kul 2 sampai 5.30 petang, berkurung lagi dalam opis.
Kul 5.31 petang, baru boleh balik.

Kalau semua staff hanya boleh kuar kul 1 je, cemana pulak dengan staff yang ada meeting dari kul 12 hingga kul 2 (contohnya)??
So, dia dah takleh kuar makan la sebab waktu rehat hanya pukul 1-2 je??

Cemana pulak dengan staff yang ada gastrik macam aku?
Takleh makan awal la??
Camtu??

Tobat kelakar!

Adesss... demam-demam cenggini buat aku takleh gelak laa...



No comments: