Thursday, December 13, 2012

Doaku hari ini...

Salam readers...


Doaku untuk hari ini :-

Ya ALLAH ya Tuhanku,
Ampunilah segala dosa-dosaku, ibu bapaku, saudara-maraku dan sahabat handaiku.
Permudahkanlah segala urusanku pada hari ini.
Kurniakanlah aku dengan kesihatan yang baik.
Limpahkanlah aku dengan rezekiMU yang halal.
Sesungguhnya aku berlindung kepadaMU dari sebarang kesusahan dan kesulitan.

Ya ALLAH ya Tuhanku,
Bukakanlah pintu-pintu kebaikan keatasku.
Bukakanlah pintu-pintu kenikmatan, pintu-pintu kekuatan untukku mengharungi segala ujianMU, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki dan pintu-pintu keselamatan kepadaku.
Hanya Engkaulah tempatku bermohon, Ya ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Amin...




No comments: