Wednesday, December 19, 2012

Engkaulah ratu hatiku...

Salam readers...

Ibu.....ibu.........
Engkaulah ratu hatiku........

Ewahhh.. menyanyi pulak pepagi ni.
Korang mesti ingat lagu ni kan...
Femes kot.

Sesuai dengan tajuk, entri kali ni aku tujukan untuk ibu aku.

Mummy... nama panggilan yang diberi.
Moden? Takde la...
Bila di translet ke BM, mummy tu maksudnya mak. :)

Mummy adalah suri rumah tangga sepenuhnya.
Dia tak bekerja opis mahupun dimana-mana.
Dia hanya berkhidmat di dalam rumah.
Mummy ni tak ramai kawan tau.
Kengkawan dia hanyalah anak-anak, adik-beradik dan sedara-mara dia je.
Dulu aku pernah la tau kawan dia sorang.
Tapi ntah... lost contact kot.

Semua adik-beradik aku, mummy aku yang uruskan.
Dialah yang membesar, dialah yang mendidik.
Bukan senang tau nak jaga 6 orang anak-anak.
Macam-macam perangai.

Mummy pernah cerita kat aku.
Mase dalam pantang (40 hari) selepas kelahiran aku, setiap sejam aku akan terjaga.
Bukan terjaga nangis melalak.
Tapi aku just bukak mata pastu diam.
Mummy cakap bila aku terjaga camtu, dia akan bagi aku susu.
Pastu baru aku terlelap balik.
Tunggu sejam lepas tu, aku akan terjaga semula.
Sangat behave tetapi amat menyusahkan, kan?
Tak pepasal setiap sejam mummy kena bangun untu check aku terjaga ke tak...
Sian mummy.

Aku teringat 1 peristiwa.
Mase tu aku darjah 4 atau 5 camtu la... Lupe dah umur berapa.
Waktu tu pagi, mungkin dalam kul 10 atau 11 pagi.
Mase tu aku kat kampung nenek.
Mummy dan aunty aku tengah masak.
Mummy dah bising-bising suruh aku mandi.
Ya, mummy aku jenis pembersih.
Dia tak suke kotor-kotor dan anak-anak dia nampak selekeh.

Aku pulak time tu sibuk nak main-main dengan kawan-kawan kampung.
Dengan tak mandinye, dengan pakai baju tidonye, aku kuar dengan kawan-kawan pergi main keliling kampung.
Kazen aku la (Emma) yang ajak main dulu.
Mase tu bukannya tau malu ke ape.
Mandi ke tak mandi ke, belakang kire.
Yang penting main.

Sekali mummy naik angin.
Terus dia kejar aku dengan Emma.
Tapi budak kecik kan panjang akal.
Aku dan Emma sempat sembunyi kat bawah rumah jiran nenek.
Memang masuk celah rumah laa...
Mummy tak dapat jumpa. Padahal time tu mummy dekat je dengan tempat persembunyian kitorang.

Last-last Emma surrender.
Dia kuar je, terus kena libas dengan mummy aku.
Aku pulak tunggu dulu.
Takut dowhhh...
Bila mummy dah balik rumah sambung masak, barulah aku balik.
Time tu rupenya mummy tak reda lagi.
Dilibasnya aku pulak....
Hahaha... Kelakar pulak bila diingatkan balik.

Mummy aku ni jenis rajin terlajak.
Kul 5 pagi dia bangun, mandi, cuci pakaian dan solat Subuh.
Pastu dia bersihkan satu rumah. 
Lantai rumah tu...dari ruang tamu sampai ke dapur dia sapu.
Lepas tu dia pergi ke halaman rumah pulak.
Dia bersihkan halaman rumah dan usik pokok-pokok bunga kesayangan dia dan dia akan sidai pakaian yang dicuci tadi.
Dalam pukul 9 pagi, dia masuk rumah dan masak.

Bila dah settle masak, dia akan rehat kejap.
Dalam kul 12 camtu, dia angkat semua pakaian yang dah kering.
Time ni la dia duduk kat lantai pastu dia akan iron semua baju yang dah kering.
Eh, bukan baju je tau...
Seluar dalam, boxer..semua dia iron.
Ko adoo??

Aku pernah gak bunyik suruh takyah gosok semua baju.
Just lipat pastu bila nak pakai nanti baru gosok.
Tapi dia cakap, kalau gosok nampak kemas sikit bila susun dalam lemari.
Ikutkan memang betul pon cakap dia tu....
Compare lemari aku kat KL ni dengan lemari aku kat kampung tu memang bagai langit dengan bumi laa...

Aku ni banyak sangat buat dosa dengan mummy.
Time aku remaja dulu, aku suka sangat protes cakap mummy.
Asal mummy membebel je, mesti aku melawan.
Kononnya time tu aku panas telinga laa..
Remaja la katekan.
Aku rasa dalam ramai-ramai adik-beradik, aku la yang kuat melawan cakap.
Pastu bila mummy suruh aku buat apa-apa, mesti aku tangguh.
Tak pernahnye nak buat on the spot.
Pastu bila mummy bising, barulah terhegeh-hegeh nak buat.
Tapi buatnye tak ikhlas... mesti ada unsur-unsur protes.
Memang dasar pemalas kan?

Sorry mummy.
Walaupun selama ni Nana banyak lawan cakap mummy, tapi sebenarnya Nana tetap sayangkan mummy dunia akhirat.
Walaupun mummy pernah piat Nana dengan bulu ayam, pernah libas Nana dengan kain, Mummy tetap ibu terbaik bagi Nana.


Vogue tak mummy aii?
Kalah haku yang muda ni tau!


Mummy memang suke bergaya.
Tapi dia tak suke pakai make up.
Biasenya dia just pakai bedak debu 3A tu pastu calit lipstik sikit kat bibir.
Tapi mummy tetap nampak cantik. :)

Eh, bedak 3A?
Bedak ape tu??
Korang search sendiri bedak tu cemana.
Nenek-nenek kite dulu pakai bedak tu.
Bedak yang duk dalam bekas bulat kaler ijau.


Mummy, terima kasih sebab sabar jaga Nana selama ni.
Love u so much!


5 comments:

Mimy Hamid said...

salute mummy nana sebab rajin gosok baju....pehh kagum..

Anonymous said...

Hi, i think that i saw you visited my web site thus i came to
“return the favor”.I'm attempting to find things to improve my web site!I suppose its ok to use some of your ideas!!
Feel free to visit my web blog :: means player

Diana Aziz said...

Kannn... org lain xdenye nk gosok spender bagai... tp mummy ni rajin terlajak.

emi mohamad said...

mummy mmg rajin..arwah mok dulu pon puji..dia ckp spender pon gosok..hihi..n rumah mummy mmg bersih n kemas

Diana Aziz said...

Emi : kannn... mmg dr dulu mummy camtu...