Friday, December 14, 2012

Garden Restoran, Mid Valley

Salam readers...

Sorry la lately banyak sangat entri merungut dan keluh kesah aku dalam blog ni.
Maklum la aku rase hidup aku lately macam haremmm je.
Tak happy.
Serabut perut orang Ganu kate....

Thanks to readers yang masih setia tetiap hari bukak blog ni walaupun tak berupdate...
Even kalau update pon, entri tak best yang dipublish.. huhu
Thanks sebab korang tetap sokong blog ni.
Love uollss..

Ok, welcome back to a normal life!
Kali ni aku nak share citer bergambar.
Macam style aku update dulu-dulu. :)

November lepas, a week before my birthday, FZ belanja aku di The Garden Restaurant.
Kalau sesape yang familiar dengan Midvalley dan The Garden Mall, mesti tau restoran ni.
Berada di 1 st floor MV, betul-betul di tepi laluan dari MV ke The Garden.

Nama pun The Garden, deko restoran pun mestilah macam garden.
Cantik ok dekorasi restoran tu...


Gambar cilok dari google.
Nak snap sendiri cam segan pulak.
Cantik kan?
Ingatkan makanan kat restoran ni mahal-mahal.
Tapi rupanya standard Delicious je.
FZ cakap, makanan kat sini lagi best dari Delicious.
Bagi aku pulak dua-dua lebih kurang sama je.
Tekak masing-masing kan.


Pes time datang memang over excited sampaikan gambar camni pon nak snap.
Jakun gile... hahaha


Buah hati saya...
Pergilah restoran mana pon, kalau time tunggu makanan sampai mesti dia sibuk dengan tab.
Bukannya dia nak layan sangat aku nih.
Menyampah!

Main tab pulak bukannya cari info ke ape ke...
Dia duk sibuk main game Temple Run.
Game tu la kegilaan dia sekarang. huh!


Aku yang gemokk...
Adess.. mane la tak gemokk.. asik makan je.
Makan sedap-sedap lak tu.


Air yang kaler oren tu FZ punye - Garden Punch.
Aku pulak cam biase - Ice blended chocolate.
Memang dasar peminat tegar coklat kan...
Tapi ice blended chocolate dia memang sedap.
Siap ada koko krunch lagikk.


Aku tatau ape motiff benda alah ni ada kat atas meja.


Terbukti kannn....
Aku amik gambar pun sampai tak sedar.
Sibuk sangat main game katenye.... grrrrrrrrrr!!


Ni makanan aku.
Sea bass ape ntah namanya.
Tapi memang sedap.
Sea bass ni dalam bahasa Melayu = ikan siakap.
Ari tu aku just ratah ikan je.
Itupun dah buat aku kenyang gile.
Malas nak makan nasi sebab takut makin mok-mok...

Tapi menu ni memang sedap.
Kulit ikan tu crispy dan isi ikan tu tak hanyir dan masak elok.
Memang terbaekk...

*Eh, tetibe komen makanan macam juri masterchef lak.. hehe..


Ni pulak menu FZ.
Salted Egg Fried Rice.
Ala, dalam BM = Nasi goreng telur masin je...
Yang ni pun sedap... Memang sangat sedap wa cakap luu.
Dah la portion dia banyak sampai FZ tak habis makan.
Last-last aku jugak kena jadi DBKL..
Tukang habiskan makanan. 
Hilangkan makan ikan sebab nak diet, last-last kena jugak makan nasik... :(


Harga makanan yang kitorang makan tadi.
Sekali-sekala makan kat sini ok la kannn...

Tapi masa makan tu, aku cam nampak blogger kreatif, Phattgurll.
Tapi mata aku kan rabun.
Macam cam tak cam la...
Nak gi tegur kannn takut salah orang.
So, pandang-pandang dari jauh je.

Then bila Kak Siti dah bangun nak balik, baru aku perasan tu memang dia.
Itupun sebab aku perasan rantai yang dia pernah publish dalam blog dia.
Time tu la aku memang confirm memang Kak Siti.
Huhu...
Sorry ye Kak Siti sebab saya tak tegur.
Bukan sombong tapi takut salah orang. huhu....

No comments: