Saturday, December 1, 2012

Hello Disember

Salam readers...


Pic : Shah photography
Edit : Me :)

Hari ni dah masuk 1hb Disember.
Sekejap je kan dah akhir tahun.
Cepat tul masa berlalu.

Sebenarnya aku takut dengan bulan Disember.
Bukannya apa....
Dah 2 tahun berturut-turut aku ditimpa bala pada 1 Disember.

1 Disember 2010, aku kehilangan duit RM400++ di dalam akaun Maybank.
Kebodohan aku gak sebenarnya sebab aku pegi klik kat phishing mail.
Tak pasal-pasal aku struggle nak hidup bulan tu.
Nasib baik ada FZ yang tanggung hidup aku.
Genap 31 Disember 2012, sekelip mata masalah settle.
Akaun Maybank baru aku diaktifkan dan gaji masuk pada hari yang sama. :)

1 Disember 2011 pulak, secara tiba-tiba aku diserang gastrik yang teruk.
24/7 aku menahan sakit.
Makan ke tak makan ke, sama je.
Mujurlah bulan tu bos aku jarang ada kat ofis.
So, aku banyak mengulor kuar dari opis untuk ke klinik.
Sampailah satu tahap doktor agak musykil dengan penyakit aku, dia suruh aku rujuk pada specialist Hospital Pantai.

Tapi aku kan non-exec je.
Mana boleh pergi Hospital Pantai cenggitu je.
Kena bagi dulu surat doktor pada HR dan HR akan decide boleh pergi ke tak...
Kalau ikut prosedur, maybe lebih dari seminggu baru aku akan dapat result.
Nak mamposs??
Banyak sangat prosedur kena buat.
Kalau memang dah tenat, sempat mampos dulu sebelum dapat result dari HR.
Kalau dah dapat surat doktor tu, sepatutnya HR kenalah bagi kebenaran terus.
Bukannya senang nak dapat surat doktor.
Memang aku frust gile dengan TM.
Sorry to say laaa.....

Banyak cekadak sangat, last-last aku decide pergi HKL je.
Siap kena cucuk masuk air lagi.
28 Disember 2011, automatik perut aku ok.
Dah tak pedih, dah tak rasa senak.
Time tu aku memang rasa lega gila.
Hilang segala kesakitan.
Cumenye bila aku terlewat makan ke, memang dada aku jadi senak.
Angin kann...

Hari ni 1 Disember 2012.
Aku harap sangat takde benda buruk yang berlaku.

pic : dianaaziz85's instagram

Semoga bulan Disember tahun ini membawa sinar yang baru kepada kita semua. :)


No comments: