Wednesday, December 5, 2012

Hanya dia yang faham

Salam readers...

Hari ni masuk hari yang ke-4 aku demam.
Dah turun sikit suhu badan aku but still panas.
Kengkawan suruh aku pegi klinik check darah.
Tapi manelah aku ada masa...
Berkejar buat kerja time sakit macam ni memang menyeksakan.

Ader orang nak faham??

Aku ni sanggup laa datang kerja hari ni sebab ingat esok dan Jumaat aku ada training.
So, ingatkan hari ni boleh la aku settle kan apa-apa kerja yang penting.
Aku berdoa je dari pagi tadi supaya orang-orang kat opis faham keadaan aku macam ni.
Aku bukannya takleh mc hari ni.
Tapi aku malas nak mc.
Aku bukannya takleh buat kerja langsung hari ni.
Tapi takleh la expect aku cergas bergerak sana-sini macam orang sihat.

Kenapa ada orang susah sangat nak paham??
Kenapa susah sangat nak jadi orang yang penyabar??

Tengahari tadi pun aku tak sempat nak makan.
Bile tak makan, mane boleh makan ubat.
Entah laa... susah nak explain.
Agaknya kalau aku collapse baru nak faham kott...

FZ risau bile dapat tahu aku tak makan lagi.


Aku nak buat macam mana?
Dah aku busy...
Tapi terharu bile yang tersayang take care kite macam ni.

Ntah la...
Bile tengah sakit macam ni, hati pulak jadi sensitif je.
Orang marah, sentap.
Orang take care, terharu.
Cane tuh?

Apepun, aku bersyukur sangat sebab aku dikelilingi oleh cinta hati dan kengkawan yang memahami.
At least ader la tempat untuk aku mengadu.
Takde la aku duk pendam je.
Kalau pendam je makin la aku jadi sakit...



No comments: