Wednesday, December 12, 2012

Luah perasaan..

Salam readers....

Cantik kan tarikh hari ni...
12.12.12...
Ader sesape kawin ke hari ni?
Selamat pengantin baru ye.. kihkih..

Eh,
Aku nak luah perasaan nih.
Mesti korang kepochi nak tau kan...?
Ha, baik ngaku...

Aku rasa bila aku luah camni, mungkin beban aku akan berkurangan kot.
Rase sesak sangat kat dada ni bile banyak sangat beban terpendam.
Serius aku rasa macam dah tak tertanggung.
Berat kepala, sesak dada... ingat best ke jadi orang dewasa?
Macam-macam benda kot kena pikir.
Rasa nak putar mase jadi budak kecik balik.
Takde masalah pun nak kena fikir.

Peribadi

Aku memang seorang yang penyabar.
Aku boleh bersabar dengan semua benda tapi dengan syarat, peluang yang aku bagi hanya 2 kali je.
Ok, diulang 2 KALI SAHAJA.
Kali ketiga, no more chance.

Mase zaman sekolah dulu, aku selalu kena buli.
Ade la bebudak yang suke amik kesempatan.
Dulu mane laa aku reti nak lawan balik.
Orang lepuk kepala aku, aku sengih je.
Orang tarik tudung aku, aku diamkan je.
Eh, dulu banyak la nama gelaran aku.
Epal la... anaconda la...
Orang gelar aku epal tu sebab dulu aku terkena 1 penyakit ape ntah.
Macam beguk gitu....
Ada ketulan makin membesar kat belakang telinga kiri aku.
Bentuknya cam epal.
Bebudak haram jadah sekolah tu panggil aku epal.
Sekarang parut tu masih ada kat belakang telinga kiri aku.

Anaconda pulak sebab gigi depan aku ni pernah patah separuh.
So, nampak tajam kat depan.
Time tu pulak tengah femes cite anaconda.
So, melekat la orang panggil aku nama tu.
Cit!

Zaman sekolah menengah pun sama.
Siap berdengki-dengki sebab diorang nampak aku pakai singlet kat rumah.
Cam haramm gile perangai.
Duk rumah je pon aku pakai singlet.
Itupun nak dengki.
Tapi biaselaa... budak baru nak up la katekan.
Pesen takleh tengok orang lebih sikit.
Benda simple camtu pun diperbesarkan.

Tapi tu la... sabar tu sabar la jugak.
Tetap ada hadnya.

Kehidupan peribadi aku so far berjalan lancar.
Aku dengan family, aku dengan boifren, aku dengan kawan-kawan.
The rest aku malas nak amik kisah sangat.
Dengan family, aku rasa happy.
Diorang faham kerja aku, diorang tahu ape yang aku buat.
Semua aku update kat family.
Contohnya, kalau aku dan FZ plan nak pergi Genting, aku akan bagitahu family dulu.
Takut la jadi apa-apa kat sana kann...
Bukannya mintak tapi just in case...

Dengan boifren pun ok.
Eh, ada jugak kekadang tak ok sebab dia suka desak aku balas mesej cepat-cepat.
Kalau aku ada kerja ke ape, memang jadi conflict.
Dah berbuih mulut aku pesan kat dia suruh faham kerja aku, tapi tak jugak paham-paham.
Sebagai secretary, kerja aku ni selalu on standby mode.
Kadang-kadang ada kerja.
Kadang-kadang takde kerja.
Time ada kerja tu memang busy sangat-sangat sampai tak sempat nak makan.
Time takde kerja tu sampai bosan tatau nak buat ape.

Dengan kawan-kawan, alhamdulillah.
Tuhan mempertemukan aku dengan kawan-kawan yang baik.
Ada kawan yang sporting, ada kawan yang boleh simpan rahsia, ada kawan yang suke menolong, ada kawan yang boleh dibuat rujukan mengenai agama, ada kawan yang boleh sembang-sembang tentang fesyen, ada kawan yang pandai masak.... ramai la...
Seronok kann ada kawan yang ramai.
Macam-macam karenah.
So far sekarang ni aku dah takde kawan-kawan yang perangai pelik dan mengjengkilkan.
Alhamdulillah...

Cume... ha, ada pulak cuma nih...
Housemate baru aku tu...
Semalam dah kena sound dengan aku.
Tak pasal-pasal kannn...

Ceritanye cenggini.
Semalam kan Selangor cuti.
So, dua-dua housemates aku tu tak kerja.
Kisahnya housemate aku yang nama Kak Siti tu ada la pergi slow talk dengan housemate aku yang sorang lagi tu.. nama Kasturi.
Kak Siti discuss la pasal bil air...bil elektrik... hal-hal rumah..
Pastu nak dijadikan cerita, Kak Siti merungut pasal boifren Kasturi.
Katanya Kasturi takleh berkhalwat dalam rumah tu.
Yela, boifren Kasturi dah macam stay kat situ je.
Tetiap hari ada muke dia kat rumah tu.

Aku faham la Kak Siti tak selesa.
Even aku pun rasa tak selesa.
Sebab tu aku berkurung je dalam bilik sekarang nih.
Mase Kak Siti bagitahu tu, Kasturi macam pelik la..
Khalwat apenye sebab diorang tu non-muslim.

Semalam pulak FZ ada datang jenguk aku kat rumah sekejap.
Time FZ balik tu, si Kasturi dan Billy (boifren Kasturi) ada kat ruang tamu.
Billy tu memang dari awal aku tak suka dia sebab demanding.
Billy panggil aku tapi aku buat derk je.
Malas nak layan.

Time aku rehat kat dalam bilik, Kasturi datang ketuk pintu bilik aku.
Kengkonon nak slow talk dengan aku la pasal apa yang Kak Siti bagitahu dia.
Dia macam tak puas hati la Kak Siti cakap dia berkhalwat.
Time dia bagitahu aku tu, aku iye kan aje.
Malas nak amik port sangat.

Pastu Billy datang dan menyampuk,

"Why I kena jugak bayar electricity and water bill? Then why your boyfriend tak kena bayar?"

Ehh, aku pun apelagi...
Hangin laaa.... Tetibe serang aku camtu pulak.
Aku balas la...,

"Eh, my boyfriend datang 5-10 minit je! Datang pun sebulan sekali! But you?? You stay here!! Tiap hari u datang. U have to pay laa...! Takkan nak duduk free??"

Kang dah kena sedassss dengan aku!
Terus dia diam..
Berdiri tercengang je kat depan pintu bilik aku.

Kasturi quite rational laa berbanding dengan Billy.
Poyo jek nama Billy...
Padahal nama Balwinder je pon....

Pasal khalwat tu, aku bincang dengan Kasturi cemana nak clear it out.
Kalau boleh taknak gaduh-gaduh.
Dah settle antara aku dan Kasturi, Billy datang menyampuk lagi,

"Panggil Siti now... kita habiskan cerita ni..."

Sekali lagi aku sound,

"Hey, why u always want to make it worst?? U pernah jumpa Siti and u know dia tu cemana. U ingat u boleh simply ketuk pintu dia dan ganggu dia ke?? Let her be!! Tak payah ganggu dia!"

Well, aku memang dah lama kenal Kak Siti.
Dia memang jenis tak suke diganggu malam-malam dan time dia tengok tv.
Si Billy bongok tu pulak sibuk nak kacau Kak Siti.
Mane boleh??
Nak buat benda ni jadi makin teruk ke??

Terus la lepas tu dia diam dan masuk bilik dia.
Dia ingat dia tu sape?
Even umur dia dah 40years old, ko ingat aku nak tunduk dan ikut perintah??
Ko ingat ko dah tua, aku takleh nak lawan??
Eh, please la...

Kerja/ Karier

Ni salah 1 prob dalam hidup aku sekarang.
Im not happy maaaa....
So how?
Berhenti eh?
No...no...no....
Bukan senang kott nak dapat kerja sekarang.
Orang lain sedaya-upaya nak dapatkan kerja, aku lak sibuk nak berhenti?
Tukar unit??
MAYBE......

Tu la plan aku sekarang.
Aku ni bukannya ape.
Susah kot jadi secretary.
Serba-serbi nak update bos.
Oo em gee.... tak larat haih...
Nak-nak aku ni bukan jenis bodek dan hipokrit.
Aku tak suke, aku akan tunjuk aku tak suke.

Jadi secretary ni kekadang kena jadi hipokrit.
Tu yang aku tak suke.
Takpe laa... kalau jadi admin biasa pun takpe.
Aku tak kisah asalkan aku happy.
Aku nakkk sangat datang opis dengan gembira dan bersemangat.

Bukannya tak bersyukur..
Aku bersyukur sangat-sangat Tuhan dah hamparkan aku dengan rezeki macam ni.
Tapi gitu laaa...
Aku tak happy. Thats the point.
Contohnya orang minat melukis tapi terpaksa bekerja sebagai doktor.
Memang la tak hepi kan?
Happy pun bile dapat gaji. Kan?
Aku memang happy boleh bekerja dalam opis yang selesa.. ada air-cond, ada kemudahan.
Tapi job scope aku tu yang buat aku tak happy.
Aku lebih selesa buat kerja tanpa ada yang push dan tanpa tekanan.
Sebab kalau aku bekerja dibawah tekanan, kerja aku akan jadi tunggang-langgang.
Resultnya nanti memang tak efektif la kannn...

Aku just tunggu tahun depan je.
Kalau aku tak happy jugak, so confirm aku tukar unit dan cuba benda baru.
In shaa Allah...

Kewangan

Ohhhhh eemmmmm geeee.....
Terdesak!
The correct word to describe my financial right now.
Duit mengalir cam air.
Dapat gaji hari ni, esok dah habis dah.
Bukannya aku joli ke ape..
Tapi duk bayar hutang.
Hutang tu means bil-bil, sewa rumah and so on.
Belanja tetap aku setiap bulan dah 1500++.
Tu tak campur makan minum.

Kewangan aku jadi camni lepas aku menyewa 1 bilik sorang.
Pastu aku upgrade astro.
Huhuhu.....
Tapi takpe.
Aku boleh hidup lagi.
Kena jimat-cermat.
Aku bukannya takleh kongsi bilik tu tapi barang aku banyakk...
Kalau kongsi bilik, susah.
Kompem bilik bersepah nanti.
Lagipun kalau duk bilik sorang-sorang selesa sikit.
Nak solat pun ada ruang.
Kalau kongsi bilik, nak solat kut celah mana?
Bilik sempittt...

So far sekarang ni FZ banyak bantu aku dari segi kewangan.
Eh, tanggungjawab laki kot nak tanggung pompuan kann?
Kate sayang.....
Kate sanggup buat ape aje.... kannnn?
So, tunaikanlah kata-kata tuuu..
Hehehehe....

Aku bajet kewangan aku akan ok sikit bile masuk bulan 2 tahun depan.
Tapi tatau la...
Dengar kata tuan rumah nak naikkan sewa.
Baru nak start kumpul duit balik.
wuwuwuwu......

**********

So, inilah pengakuan aku.
Eh, bukan pengakuan eh?
Nak panggil luahan perasaan?
Ahh, ape-ape je la...
Yang aku tahu, aku dah lega sikit sekarang...
Menulis dari hati ni memang akan rasa lain kan?
Rase lepas semua beban.




2 comments:

Emynz said...


apekes tah mamat tu..

Diana Aziz said...

mamat tu bengong.. Bajet sume org tkt dgn dia...