Monday, December 31, 2012

Pahit manis suka duka 2012

Salam readers...

Lagi beberapa jam kite akan melangkah ke tahun 2013.
Sekejap je rasa berada dalam tahun 2012, kan?

Segala yang telah berlaku dah pun menjadi sejarah.
Kasih sayang, kebencian, kegembiraan, kedukaan, kesetiaan, kecurangan, kesedihan, kemurungan dan cinta.
Segala yang baik dijadikan teladan.
Segala yang buruk dijadikan sempadan.
Pengalaman mengajar kite untuk menjadi semakin matang. Tul tak?

2012 memang tahun yang sangat mencabar untuk aku.
Terlalu mencabar.
Terlalu banyak perkara buruk berlaku.
Tapi dalam buruk-buruk pun, tetap ada perkara baik yang terjadi.

Bulan Februari 2012, aku mendapat rezeki yang lebih.
So, aku berniat ajak family aku bercuti.
Sejak adik-beradik semua dah besar, kami makin susah untuk berkumpul sama-sama.
Bagi aku, dengan holiday macam ni, the whole family boleh berkumpul.
Tapi sayanggg.... plan tak jadi.

Iwan tak dapat join.
Kak Long dan family pulak boleh berkumpul di hari kedua holiday je.
Takpe la...
Nak buat cemana.
Lagipun aku happy tengok family aku happy.
Ape la salahnya laburkan sedikit duit untuk membahagiakan family sendiri.
Tul tak?


Hari kedua di A Famosa Resort.


Suke sangat gambar ni.
Time ni FZ buat lawak ape ntah sampaikan semua orang gelak....


We are family! :)


Tahun ni aku jarang balik kampung.
Sebabnya mummy dan daddy kerap sangat datang KL.
Setiap bulan kot diorang datang.
So aku takyah susah payah nak balik.
But watever it is, aku tetap rindukan kampung.


Aku belanja family di Le Cheteau De Puah.
Suke bebenor family aku dapat makan macam ni.
Aku pun happy tengok diorang suke makan kat situ.


Bersama family lagi.
Kali ni aku yang balik kampung.
Kitorang plan pergi berkelah di Sekayu.
Sangat happy!
Serius aku sayangkan family aku.


Aku join program opis.
Program turun padang ke Kelantan.
Sambil buat kerja, sambil berholiday.
Bila dah holiday, mestilah enjoy.
Yela, semuanya ditanggung.
Hotel, makan.... siap ada elaun lagi.
Aku just bawak duit untuk shopping kat Pasar Siti Khadijah je... haha...


FZ tunaikan janji dia untuk bawak aku pergi Cameron Highlands.
Pegi 1 hari je.
Itupun FZ ajak bertolak awal pagi.
Lepas Subuh je terus bertolak.
Tapi sampainye lewat jugak.....


Bunga...
Terpengaruh dengan drama Nora Elena punye pasal.
FZ janji nak belikan 1 bonet bunga untuk aku.
Last-last takde penuh 1 bonet.
Sayang duitt la jugakkk...
Bunga mana boleh buat makan.
So, beli la 1 peluk bunga.
Itupun lepas pergi Rose Valley, beli lagi 1 peluk bunga...
Dah terlalu banyak bunga yang dibeli.
Last-last bunga tu aku buat mandi.
Hehehe...


Jalan-jalan ke Bukit Tinggi.
Tak puas la snap-snap kat Bukit Tinggi sebab time aku pergi tu cuaca panas gile.
Memang berpeluh aku dibuatnya.
Lagipun bawak Baby kann...
Kesian pulak nak duduk tengah panas je.
Kang demam pulak anak orang nanti.
Apepun tetap seronok...

Banyak lagi benda menarik yang berlaku dalam tahun 2012 yang menjadi lipatan sejarah dalam hidup aku.
Nak-nak bab makan....
Aku ni asik makannn je..
Lupe terus nak control sampaikan badan pun jadi bambam.
Ha, cane tu?

Apepun, selamat tinggal 2012.
Dannn....... selamat datang 2013.
Semoga 2013 akan membawa kebahagiaan dalam hidup aku.
Amin..

*Azam 2013?
Tunggu next entri! :)

No comments: