Monday, December 3, 2012

Tanjung Harapan, harapan ku musnah... huhu!

Salam readers...

Please dont get mad on me, yea....
Aku tau entri ni sepatutnya aku publish dah lama.
Tapi biase la... aku kan suke tangguh-tangguh.

13 Nov lepas adalah birthday aku.
Thanks mummy coz melahirkan Nana! :)

Hari tu FZ plan nak bawak aku pergi makan seafood kat Tanjung Harapan.
Bawak Alya sekali sebab hari tu aku kena jaga dia.

Tengahari barulah kitorang bertolak ke TH.
Alhamdulillah jalan tak jem sangat.
Lancar je.
Baby plak tertido dalam kereta.

Sampai TH, terus kitorang pergi ke restoran seafood favvy kitorang.
Sg. Bagan Seafood Restaurant.
Klik entri INI.

Tapi hari tu restoran tu tutup plak.
Bukan tutup terus tapi dia bukak lewat. Kul 6 petang.
Time aku sampai kat situ baru pukul 2 lebih.
So, tak kuasa haihh nak tunggu.


Sempat amik gambar kat dalam restoran tu.... hihi


Temok..temoknye aku.. huhuhu....


View kat sini cantik kan.....


Tetap senyum walaupun hampa takleh makan seafood.

FZ ajak pergi cari restoran lain.
Tapi kat situ banyak restoran Cina.
Aku ni agak tipikal sikit pasal tempat makan.
Restoran Cina memang aku takkan masuk.

So dia ajak patah balik ke Shah Alam.
Cari restoran kat sana.



Akhirnya kami singgah di Restoran Bisik-bisik kat seksyen 7 kott...
Restoran ni pernah masuk JJCM.
Specialty kat sini adalah mee bandung.


Tapi time tu kitorang order nasi putih, ikan siakap 3 rasa, telur dadar n tomyam je.
Boleh tahan la makanan kat sini.
Nak kata sedap sangat tu takde lah sangat.
Nak kata tak sedap tu, boleh je masuk tekak.

Tapi sebelum balik, kitorang sempat order mee bandung.
Tapau buat balik rumah.
Hehehe...

Mee bandung kat sini best la...
Makan time panas kannn...
Memang terbaekk..

Tu je la cerita time hari jadi aku.
No cakes, no celebration.
Tapi takpelah. FZ kan dah bagi hadiah jam.

FZ ada cakap dia hutang aku makan seafood.
Tatau la bila lagi nak pergi TH tu...
Jauh kottt....

1 comment:

sgbaganseafood@hotmail.my said...

hi nana, jika de time ke TH, singgah ke sg. bagan seafood yea. Bagi pihak restoran, nana leh tunjuk komen ni tuk dapat diskaun 10%. C U soon. - Lim WC, BDM, SG BAGAN SEAFOOD RESTORAN, TANJONG HARAPAN. Ps. Cl wat rsvstn dlu k. Tk. Hp 012 2978972