Tuesday, January 31, 2012

Busy

Aku ada beberapa citer menarik nak kongsi dengan korang semua.
Cume takde mase panjang nak update sebab busy...

Nanti kalu aku ader mase, aku update entri banyak-banyak ye...

Salam....

Zaman sekarang memang susah nak berterus-terang... kan?

Korang sayang family korang tak?
Sayang atuk nenek korang tak?
Sayang sedara mara korang tak?

Aku sayang semua......

Korang rindu tak pada sedara mara atau nenek moyang yang dah meninggal dunia?
Apa yang korang buat kalau korang rindu? 
Sedekahkan doa?

Alang-alang benda ni dah terjadi kat aku, better aku cerita kat korang.
Korang fikir la ape yang aku buat ni betul ke salah.
Tapi bagi aku, aku sekadar menegur.
Nak terima atau tak, terpulang pada diri masing-masing.
Terasa?
Mungkin hanya orang yang bersalah saje yang akan terasa dengan teguran aku.

Ekceli, sebelum menegur, aku dah pikir masak-masak.
Memang selepas aku menegur, aku akan dihentam dan mungkin dibenci.
Tapi ader aku kesah??
Better aku tegur sekarang dari tunggu diorang yang tak sedar-sedar.

Gini ceritanye....

Atuk (aku panggil to'ki) dan nenek (tok) aku sebelah daddy dah lama meninggal.
Atuk aku meninggal tahun 1992.
Nenek aku pulak meninggal 2007.

Itu sebelah daddy.

Sebelah mummy, nenek (aku panggil as Mak) masih hidup.
Syukur alhamdulillah..
At least aku masih sempat nak berjasa kat dia, lebih-lebih lagi sekarang ni aku dah bekerja.
At least bile aku balik kampung je, aku akan bagi dia hadiah ataupun duit.
Walaupun sikit tapi memadai la kan...
Atuk (aku panggil as ayah) pulak dah meninggal....
Adesss, lupe plak tahun bila.
Tapi rasenye sekitar 2000 atau 2001.
Tak sure laa....

Sejak ayah meninggal, saban MINGGU aku akan ikut mummy dan daddy berkunjung ke kubur ayah.
Alang-alang dah pergi ke kubur ayah, kitorang pergi sekali kubur To'ki dan Tok.
Kubur diorang dekat-dekat (di tanah perkuburan yang sama).

Mase tu kemain bersih la kubur ayah, toki dan tok...
Ye laa... kitorang je duk bersihkan.

Tahun demi tahun berlalu........
Sampailah ke minggu lepas.

Last week kan aku balik kampung.
Selama ni kalau aku balik kampung, kompem aku akan berkunjung ke kubur ayah, toki dan tok.
Aku pergi ke sana hari Khamis minggu lepas dengan mummy, daddy, shazrin, alyssa dan misha.

Memula pergi ke kubur ayah dulu.
Dekat kubur ayah, ada jugak kubur moyang dan kakak aku.
Aku ada seorang kakak lagi tapi dia meninggal mase dia kecik.
Nurhaida namanye.
22hb baru-baru ni adalah birthday dia...

Kubur ayah dan kakak memang bersih sebab mummy dan daddy selalu pergi melawat.
Walaupun selalu pergi, tapi tetap ada lalang yang tumbuh kat sekeliling kubur.
Daun-daun kering usah cakap laa...
Memang banyakk..

Lepas pergi ke kubur ayah dan kubur kakak, kitorang pergi ke kubur toki dan tok..
Kat sini usah cakap laaa.... SEMAK!

Toki dan tok ada 12 orang anak.
2 orang dah meninggal.
Tinggal 10 orang.
Itu tak campur cucu cicit cuit yang dah berkahwin.
Dalam ramai-ramai anak, sorang je yang duk KL.
Cucu tu ramai jugak la yang duk luar Terengganu.
Ada yang belajar, ader yang bekerja...

Aku tak nak cakap pasal anak beranak yang duk kat luar Terengganu.
Yang aku nak cakap ni anak cucu cicit cuit yang duk kat KT nih...
Yang dekat sangat dengan tanah perkuburan toki dan tok.

Dalam ramai-ramai waris yang ada, HANYA MUMMY DAN DADDY aku saja yang rajin melawat kubur.
Korang bayangkanlah!
Mujurlah mummy dan daddy aku ada banyak mase terluang.
Kalu tak, aku rase dah terabai dah kubur toki dan tok tuh.

Mase kitorang duk bersihkan kawasan kubur, siap ada anak ular lagi kat situ!
Korang bayangkanlah betapa semaknya kawasan kubur tu...

Kitorang memang siap-siap bawak penyapu lidi dan cangkul kecik dari rumah...
Habis bersih kawasan kubur tu kitorang bersihkan.
Alyssa dan Misha yang kecik tu pun ikut bersihkan sekali.

Aku hangin la....
Kazen-kazen aku dalam FB kemain lagi cakap rindu kat arwah.
Sikit-sikit cakap rindu... sikit-sikit cakap rindu....
Kalu rindu pergilah melawat kubur tu....!
Jangan main cakap aje.


Memanglah boleh sedekahkan doa pada arwah-arwah selepas solat.
Tapi kan lebih baik kalau kita ada mase, kite pergi melawat 'rumah' arwah.


Kitorang ada create 1 group yang hanya disertai oleh anak-beranak kitorang je.
Then aku tegur diorang kat dalam tu...
Aku just cakap,



"Busy sangatkah kita dengan urusan duniawi sampaikan kita lupa pada yang dah tiada?"
Pastu aku attach sekali gambar-gambar kubur arwah tok dan to'ki yang semak tu.

Bukannya aku marah atau menyindir tak tentu pasal.
Aku rasa ayat yang aku tulis dah habis lembut dah.
Ke aku je yang rase lembut?

Niat aku cuma nak menegur.
Pastu ader pulak yang cakap aku ni bajet baik...
Pastu kata aku ni melawak la, sakit jiwa laa...

Honestly aku cakap, aku sedih sangat-sangat.
Macam kan aku ni salah besar sebab berterus-terang.
Padahal bukannya aku saje nak create isu.

Ya, memang aku yang mulakan teguran tu dulu.
Tapi perlu ke nak hentam-hentam aku?
Bukannya aku reka.
Benda ni hakikat.
Realiti.
Usahkan hari biase, time raya tu pun aku dan family je yang bersihkan kubur tu.
Kau tak terasa ke kalau kubur mak ayah kau sendiri diabaikan?

Takpelah...
Benda dah jadi.
Dah tak boleh nak patah balik.
Bagi yang terasa, aku mintak maaf.
Tapi 1 je la yang aku nak cakap, aku bukan buka isu ni suka-suka.
Sumpah Lillah, aku hanya nak tegur.

Moga-moga selepas ini sama-samalah kita mengingati asal keturunan kita.
Tak rugi kalau kita berbuat baik walaupun pada yang sudah tiada.
Tanpa mereka, tiadalah kita.

*******


Manfaat atau tujuan yang boleh
diperolehi dari amalan menziarahi kubur itu seperti yang
disarankan oleh Islam, antaranya ialah:

(1) Supaya dikasihi oleh Allah  Subhanahu wa Ta‘ala, dengan
sebab kita mengikuti Sunnah Rasulullah  Shallallahu ‘alaihi
wasallam.
 
(2) Untuk mengingati asal-usul kejadian kita manusia, iaitu dari
tanah dan kembali semula kepada tanah.

(3) Menginsafi diri tentang hari kematian, alam kubur (barzakh)
dan Hari Kiamat, dengan menghisab diri sama ada akan
menuju ke syurga atau ke neraka.

(4)     Mengambil iktibar atau  pengajaran dari apa yang telah
berlaku, untuk melembutkan kekerasan hati dan menggamit
kesedihan yang membawa kepada kesedaran.
 
(5)  Mengingat kembali terhadap  orang-orang yang berjasa dan
orang-orang yang berjihad kerana menegakkan kalimah
Tauhid.

(6)  Mendidik diri agar bersifat zuhud, iaitu tidak rakus dan tidak
tamak akan harta benda dunia seperti dalam hadits riwayat
daripada Ibnu Mas‘ud Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


Maksudnya: “(Pada mulanya) aku  telah melarang kamu 
menziarahi kubur, (kini) kamu ziarahilah kubur, kerana 
sesungguhnya menziarahi kubur itu boleh menzuhudkan 
kehidupan di dunia dan mengingatkan akhirat.” 
  (Hadits riwayat Ibnu Majah) 


(7) Berlaku ihsan kepada penghuni kubur dan menggembirakan
mereka dengan memberi salam, berdoa dan memohon
keampunan untuk mereka.

*******

Teringat kata-kata daddy :

"Lepas ni kalau daddy dah takde, anak-anak macam ni la... Takde nak datang kubur daddy."

T________T

Hopefully aku takkan jadi anak yang lupakan mak ayah walaupun mereka dah tiada kelak.
Sebab aku TERsangat sayangkan family aku.

Thursday, January 26, 2012

Gambar berphotoshoot dengan adik-adikku tersayang.... seronok kalau ada adik beradik yang ada kamera DSLR nih..

Hamboiii... tajuk kemain panjang..
Macam nak buat karangan pulak..
Hihihi..

Kesahnye, 24 Jan baru-baru ni aku dan adik-adik ada plan baekk punye.
Bajet-bajet nak pergi main boling.
Pastu berphotoshoot reramai.

Kitorang serbu Terengganu Equestrian Resort kat Kuala Ibai tu...
Sebelah dengan Masjid Terapung.
Mati-mati ingat pegi tengahari kompem ader lane boling.
Sekali habuk pun tarak!
Lane penuh.
Adoyaiii...
Nasib laaa... Lane sikit tapi ramai gile yang datang serbu nak main boling.

Balik dalam nada kehampaan.
Hampessss, gedebussss, hampussss!
Huh!

Last-last kitorang tukar plan.
Pergi photoshoot terus.
Cuaca elok.. Tak panas terik sangat.

Korang layankan aje la gambar-gambar ni ye...
Ni pun banyak gambar aku tak publish.
Nak lagi banyak, pi tengok kat Fesbuk aku.


Amboiii... kemain lagi kan?
Posing macam model.
Walhal badan gajah...
Gituuuu....


Amacam?
Comel tak mak?
Hahahaha... matikk la perasan sendiri.


Teleng-teleng nampak dagu berlapis.
Korang ada petua tak nak hilangkan lemak kat dagu selain dari diet?
Mak takleh diet uolls...
Mak gastrik...


Kasik zoom sikit.
Aduuhaiiii... Tombamnye haku.
Lagi sikit nak jadi sebijik cam michelin. T__________T


Bajet-bajet letak tangan cenggitu leh tutup dagu berlapis.
Sekali nampak daaa....
Fail!
Huhuhuhu....


Adik aku, Shahril.
Adik aku yang ni memang jenis sempoi.
Pose tengah cabut rumput pon jadikk...


Alamakkk aiihh...
Tetibe terbaring pulak kat tengah padang tuh...
Tengok perut panda dan kaki gajahku...
Adoyaiii....
Tobat kena kurus nih!


Kasik zoom sekali lagi.
Memule senyum tetibe jadi sengih sebab Iwan lambat sangat snap.
Dah la aku tahan miang kat badan sebab baring kat rumput tajam tuh.

Pastu amik gambar reramai pulak...


Kite lompat!


Yea!!
Aku kan berat.
So, memang rendah aje laaa leh lompat.


Ok, get ready.......... . .  . . . .  . . . . . 


Sembam!

Oit..oit! 
Nape muke kak Ngah tak nampak pulak neh??

Ok, kite snap sekali lagi...


Kire ok laa nampak muke..
Tutup badan gajah takpe... :)

Pastu adegan gocoh..
Korang tahu tak ape maksud gocoh?
Gocoh = gaduh.


Gocoh 1


Gocoh 2


Gocoh 3! Yea.... Menjadik...!
Suke susunan gambar nih.
Shazrin macam betul-betul terajang Shahril...


Ok, back to my photo..
Hehehehe...


Comey aku kan...kan...kan...kan...
Hahahaha....
Poyo gile perasan sendirik!
Korang jangan muntah pulak ye.. :)


Barang-barang kitorang.
Handbag aku harus tindih barang orang.
Tak boleh letak atas tanah.
Nanti kotor.
Barang orang lain kotor, takpe..
Hahaha... gile keji aku kan?


You, watch out!
Pic ni Shazrin yang snap.
Cantik kan?


Kami 4 beradik!
Geng poyo gedik...
Dalam ramai-ramai, aku yang paling katik dan gedempol kan? T______T


Yea.. terbukti kami ini gedik... hahahaha


Katam tak badan kami?


Ensem-ensem dan cute kan?
Hahahaha...
Tak habis-habis perasan!


Laaaa.... gocoh lagi??


Tengok-tengok...
Tak habis lagik?



Pesen tak puas hati nih!
Hahahaha

Bila dah puas amik gambar kat padang, kitorang beredar ke benteng berdekatan.


Duduk atas benteng sambil tengok air laut....
Cantik je pemandangan..


Angin kuat kemain..
Kebanyakan pantai kat KT takleh mandi.
Bahaya sebab kebanyakannya memang 'makan nyawa'.


Berlatarbelakangkan padang dari atas benteng...

Then, kitorang beredar ke Chendering.
Kitorang pergi ke Pantai Pandak...

Time tu dah pukul 5 lebih.
Kitorang sambung snap-snap...


Gambor ni Shahril yang snap..


Inilah gambor candid photographer dan pemilik kamera... :)


Penat dowh panjat batu...
Dah la batu tajam-tajam...

Ok, kite snap-snap lagi ye...


Perutku dah takleh nak cover... T_______T


Ewahhhh...
Kemain lagi....


Bolat gile pipi aku.
Adoyaiiii....


Kebetulan bawak shawl...
Baik kite pose cara lain pulak kan?


Tutup perut panda dengan shawl..
Terbaekkk... :D


Tajam tak jelingan mata makk?
Hehehehe...

Pastu bosan-bosan.....
Aku amik kamera Iwan, pastu snap gambar Shahril dan Shazrin di kejauhan.
Diorang ni sibuk duk cari ketam..



Gambar yang ni pun aku yang snap.
Hehehehe...
Aku tak pro.
So, gambar yang aku snap takde seni...
Hehehehe...

Lepas habis photoshoot, singgah kat gerai makan berdekatan.
Makan sotong dan udang goreng tepung, keropok dan mee goreng.
Perghhhhh...
Best gile...
Perut kenyang, teruslah kitorang balik..

Tapi sebelum balik, kitorang tengok drama sinetron yang terjadi kat pantai tu..
Ada seorang budak pompuan muda dan seorang pompuan tua yang kurang waras duk bergaduh.
Yang bodohnye budak pompuan muda tu la...
Dah tahu makcik tua tak waras, lagi nak bertempik kat makcik tu.

Makcik tu tak betul.
Kalau dia kacau gerai ko pun, bukannya ko luak ape-ape...
Ko bagi je air secawan.. Takpun keropok yang ko jual tu.
Kompem makcik tu blah.

Ini ko duk halau-halau makcik tuu...
Kompem la makcik tu makin jadi gile..
Adoyaiii...
Dah la tu, ramai pulak yang jadi penonton.
Malu wehhh....


Ntah pape...
Bagi aku, although makcik tu gile atau tak waras, kite tetap kena hormat dia.
Kalau taknak dia kacau kita, kite buat derk je kalau nampak dia.
Kalau dia kacau jugak, hulurkan dia minuman atau makanan.
Lepas tu kompem dia blah.

Kalau dia tak blah jugak??
Korang pi lari kat tempat lain.
Habis citer... :)


Tuesday, January 24, 2012

Lepas makan laksam kat Kedai Kak La, aku cadangkan kat daddy singgah ke Pantai Teluk Ketapang.
Ye la...
Mase aku cadangkan kat daddy, kemain lagi anak-anak sedara aku suke.
Siap jerit "Yea!" lagi.
Maklum laa walaupun diorang duk kat KT, mak ayah diorang bukannya ada masa nak ajak diorang main-main kat pantai.

Aku pulak memang rindukan suasana pantai.
Rindu nak jejak pasir halus pantai.
Rindu nak rase angin kencang pantai.

Petang tu memang ramai orang kat Pantai Teluk Ketapang.
Siap ada yang berkelah dan ber BBQ lagi.
Rajin sungguh diorang tu.

Ikutkan hati daddy, dia taknak turun kat pantai. 
Sekadar jalan-jalan dalam kereta tengok pemandangan aje.
Tapi aku yang beriya suruh turun.
Daddy kalau dengan aku memang lembut sikit.
Dia ikutkan ajelah kemahuan anak pompuan bongsu dia nih.

Dapat je parking, terus kitorang turun.
Paling excited, kompem la Alyssa dan Amisha...
Macam tak pernah pergi pantai diorang tuh.


Diorang pulak yang cepat jalan pergi ke gigi air...
Aku macam biase la..
Tertinggal kat belakang...

Yelaaa.... diorang semua pakai selipar.
Aku je yang pakai kasut.
Pasir masuk dalam kasut aku.
Kompem la aku tak selesa nak berjalan cepat.


Shazrin tukang snap gambar...
Aduhaiii muka aku...
Mencebik jekkk...


Mummy, aku dan daddy...
Eh, apesal aku dan mummy nampak sama tinggi pulak dalam gambar nih?
Padahal aku tinggi 5 inci dari mummy...


Shazrin, mummy dan daddy...
Anak-anak sedara sibuk pi kutip kulit kerang.
Sakit betul hati aku...
Bila dah kena jerit banyak kali, barulah datang amik gambar.


Tangan masing-masing tu sebenarnye dah genggam kulit kerang.
Sebab tu tangan masing-masing sembunyi kat belakang...


~Me~ :)


Tengok...
Mummy bawak diri..
Hehehehe..... Aku panggil dia forever alone..
Tergelak dia..


Aku cakap gambar ni macam ustazah pilihan...
Pastu dia cakap macam ustazah PAS...
Hahahaha...


Daddy ku yang ensem...
Tahu tak daddy dah umur berapa sekarang?
64 tahun...
Nampak tak umur dia 64 tahun?



Adik aku yang pemalu...
Nak posing depan kamera pun segan.



Alyssa...
Korang tengok la kat tangan dia tu ada ape...
Haihhhh.....



Tetibe aku terjumpa lubang ketam...
Last-last aku timbus dengan pasir lubang nih..
Hahahaha....


Ok fine...
Perut aku dah macam orang mengandung 6 bulan...
Memang nampak sangat-sangat... T___________T


Aku rindukan dia..... T___________T


Gambar ni memang buat aku dan adik-adik tergelak besar.
Mummy macam berdiri tegak dah ready nak nyanyi lagu Negaraku.
Hahahaha...
Lawak sungguh..


Himpunan kulit kerang.....


Suasana di Pantai Teluk Ketapang yang nyaman...
Terus terang aku cakap, pemandangan kat sini jauh lagi cantik dari Pantai Morib dan PD...



Itu layang-layang burung je..
Bukan burung sebenar.
Cantik je kann...

Puas jalan-jalan kat Pantai Teluk Ketapang, daddy ajak kitorang tengok suasana kat Pantai Tok Jembal pulak..
Tapi kitorang tak turun dari kereta pun...

Hanya gambar di bawah yang sempat aku snap:-


Macam pekan zaman-zaman kesultanan Melayu Melaka kan?
Seriously, aku tak sangka benda-benda macam ni still ada di zaman moden sekarang.

Pastu kitorang balik rumah....

Dalam banyak-banyak gambar di atas, gambar kat bawah ni adalah yang paling mahal...


-


-



-





-






-




-




-




-




-




-





-




-



-





-





-




-





-






-






-




-





-





-









Gambar gedik pemilik blog....
Huahahaha...
Saje je nak suruh korang bagi pelempang kat aku kan?
Huahahahahaha....