Tuesday, February 28, 2012

Terima kasih abam... :)

Ari tu pergi jalan-jalan dengan FZ kat flea market.
Saje cuci mata tengok barang-barang.
Tetibe teringat pulak kat subang mutiara aku yang hilang dulu.
Aku sayang ooo dengan subang mutiara tu.
Tengah duk pakai tetibe hilang pulak sebelah.
So, dah tak leh pakai dah. tsk...

Alang-alang dah ada kat flea market, boleh la cari subang mutiara lagi.
Lagi pun time tu banyak sangat gerai yang jual aksesori.
So, banyak pilihan boleh dibuat...

Tengah duk pilih, aku berkenan kat 1 subang tuh..
Bagi aku cantik la..
Takde la besau sangat dan takde la kecik sangat.
Subang tu silver tapi ada mutiara.
Aku tanya harga... sambil tu kuarkan purse dari handbag.
Tetibe FZ cakap dia nak bayarkan..

Wahh....
Besar tapak tangan, nyiru aku tadahkan..
Hikhik....


Inilah subangnye..
Simple je tapi menarik la bagi aku...
Taknak la yang vogue-the-vass sangat... :)
Lagipun harge murah.
Berbaloi..

Bolehlah aku pakai ganti-ganti dengan subang emas yang FZ pernah belikan dulu.



Subang bentuk love.

Yang ni pun FZ yang belikan mase Wah Chan tengah buat sale besar-besaran akhir tahun lepas..

Apepun, terima kasih abam sayam! :)





Monday, February 27, 2012

Merempan

Salam readers...
Korang apa kabor?
Ada semangat ke nak mulakan kerja hari ni?
Maklum laa hari ni kan hari Isnin..

Aku ni jangan cakap la..
Tetiap hari pon rase malas nak pergi kerja.
Bukan setakat hari Isnin je.
Kuikuikui...
Malas nak bangun pagi sebenarnye..
Kan best kalu opis mule kerja kul 10 pagi.
Leh bangun lewat sikit.
Orang kata, tido kena cukup.
Barulah produktif..
Tak gitu... Hihi..

Eh, sape kat sini jadi fren dalam FB aku?
Sesape yang jadi fren aku, tentu nampak gambor 'broken heart' dan status aku dah tukar jadi 'single'..
Aku tarik balik la ehh benda-benda tu sume.

Kisahnya hari Sabtu hari tu aku bengang gila dengan FZ.
Ader la bendanye yang buat aku bengang tuh.
Tapi takde la melibatkan orang ketiga ke ape.
Aku punyelah marah sampai tahap cakap 'aku ko' lagi dah.
Haa.. korang bayangkanlah cemana aku punya bengang.

FZ pun satu!
Langsung tak nak ngaku salah.
Mintak maaf pun tak...
Mane la aku tak hangin.
Dia cakap benda kecik, aku nak besarkan.
Hek eleh, dia yang buat memang la dia rase benda tu kecik.
Aku yang sakit hati ni cemane?

Gaduh-gaduh siap declare putus.
Ok la...
Aku ok je. Sebab kalu putus pon aku tak rugi apa-apa.
Bukannya aku dapat title janda ke ape..

Sehari suntuk gak la aku tak contact dia.
Last-last tengahari semalam dia sms.
Itu pun gitu-gitu je.

Sama gak petang.
Dia sms aku tanya buat ape...
Aku balas gitu-gitu je.

Entah la rase cam tawar hati.
Tak habis-habis nak buat hal.
Mujur la dia ni takde curang ke ape...
Kalau tak, selamat jalan romeo la jawabnye!

Semalam dua-dua online FB...
Kitorang bertekak lagi dalam fb tuh.
Last-last dia bersumpah lepas ni tak nak buat lagi.

Tapi sumpah lelaki kan...
Tahan lama mane la sangat.
Tengok la 2-3 hari nanti, dia akan buat balik.
Caye laaa....

Tapi takpela..
Biarkan aje dia langgar sumpah tu.
Nanti dia yang termakan sumpah.
Aku nak tengok kan aje.

Now, kitorang dah berbaik balik.
Dari start berbaik tu, dia asik la tanya, "Sayang ada curang tak?"
Sampai dah naik muak aku dengar soalan tuh.

Kenapa dia tanya?

Sebab dulu aku pernah bagitau dia...
"Jangan sampai aku muak dengan hubungan ni dan aku akan curang."

Dia dah buat salah..
Dia takut kesalahan dia tu buat aku muak dengan hubungan kitorang.
Tambah pulak kat gambar 'broken heart' yang aku publish semalam tu, semua lelaki yang komen.
So, dia ingat chances untuk aku dapat lelaki lain adalah sangat besar.
Padahal lelaki-lelaki yang komen kat situ adalah kawan-kawan aku mase sekolah rendah dulu.

Tapi takpelah.
Aku lagi suke kalau dia takut aku curang so that lepas ni dia akan cuba minimize kan kesalahan dia.
Sebab aku dah muak nak hadap benda-benda yang menyakitkan hati.

Eh, tetibe TERcerita pasal aku dan FZ pulak eh. Huhuhu....
Terlajak pulak.

Ekceli, aku ngantuk..
Mata ni sebenarnye tak leh nak bukak sangat.
Asik nak pejam je.
Macam ada dumbbell plak atas kelopak mata aku nih.
Bile ngantuk macam ni, mulelah aku nak merempan bukan-bukan.
Daripada tak nak citer kat orang, tetibe TERcerita pulak.
Adesss....

Alang-alang aku dah habis menaip cerita tu, sayang la pulak nak delete.
Takpelah, aku publish aje la...
Kang ader pulak yang bising kat aku kata hari tu dah putus dengan FZ... tetibe dalam blog masih cerita pasal FZ lagi..
So, better aku explain sekarang.
Kepada uolss, aku dan FZ dah berbaik sekarang ye..

Eh!
Maaf ye sebab korang kena baca entri yang langsung takde input nih.
Jangan meluat kat aku yeh!
Huhuhu...

*entriapakahini*
*lempangdirisendiri!*

Friday, February 24, 2012

Khianat!

Malam ni aku nak meroyan sikit.
Eh, bukan sikit la! Banyak okeh!

Gini ceritanya....

Hari selasa baru-baru ni, aku dapat 1 mesej seseorang dari Indonesia.


-Klik untuk tumbesaran-

Mesej ni termasuk dalam inbox other.
Aku jarang check bahagian mesej atau other ni sebab aku bukan jenis mesej-mesej dalam FB.
Aku suke komen kat status orang je.

Bila dapat mesej macam tu, aku rase pelik.
Apehal lak Indon ni kan??
Tetibe meroyan sampai mesej kat aku.
Aku add dia as a fren.
Uihhh... dia approve terus..

Aku chat dengan Indon tu.
Biase la memula gaduh la kannn...
Yela, tetibe nak maki-maki aku. Aku hangin la.

Last-last dia cakap pergi tengok kat 1 page dalam FB.
Dia bagi link kat aku.
Page tu page yang kutuk karya-karya Indon laa...

Aku memang terkejut....
Banyak gila komen aku kat situ.
Siap gaduh-gaduh cakap pelacur la, bodoh la, dll.
Patutlah Indon tu meroyan hantar mesej macam tu kat aku.
Rupa-rupanya 'aku' jahat gila dalam page tu.
@#$%&*^%!!!!

Memang aku ada like page tu.
Tapi dah lama laa.... Awal tahun lepas kot.
Selama ni tak pernah pulak pikir nak komen-komen kat page tu.
Cume tetiap hari aku nampak la status admin page tu yang kutuk Indon.
Tapi aku tak amik port sangat.

Sekali....... amik ko!
Aku tengok 'aku' masuk page tu tetiap hari sejak akhir Jan lepas!
Komen pun ada tetiap hari kat page tu!
Ya Allah haiii....
Sape punya dajal la nih!
Mengucap panjang aku!

Patut la sejak bulan lepas aku perasan ramai gile yang add aku as a fren.
Ader jugak profile yang tak bergambar.
Walaupun tak ramai, tapi dalam sehari ader 3-4 orang yang add aku.
Tak ke pelik namanya??

Tadi aku check setiap page yang aku 'like' dan seangkatan dengannya.
Lagi buat aku bengang bila page lain pun ada jugak komen dari 'aku'!
B*h*bi betul la!!

Tahu tak benda-benda macam ni boleh memburukkan nama aku??
Haihhh... sape la yang sial sangat nih hah!!
Kalau aku dapat, memang aku cincang dia sampai lumat!
Tengok la!!!

Aku sebenarnya nak berubah.
Taknak dah buat entri meroyan bodoh-bodoh macam ni!
Tapi cemana nak berubah kalau benda-benda macam ni berlaku??
Aku rase kalau benda macam ni jadi kat korang pon, kompem korang marah punye.
Silap haribulan, korang buat report polis kott...

Salah satu sebab jadi macam ni adalah password.
Aku memang dah lama tak tukar password.
Dan password aku pulak memang senang orang nak agak.

Yela... aku kan pelupa.
Mana boleh letak password yang bukan-bukan..
Kang aku lupa pulak...

Dan mujur jugak 'orang tu' hanya kacau FB aku je...
Sebab password aku adalah selaras.
Password FB, Tagged, yahoo mail, blog... semuanya sama.

But, itu beberapa minit yang lalu...
Sekarang ni aku dah tukar semua.
Password fb lain...
Tagged password lain.
YM pun lain...
Blog lagiii la lain...
Senang!

Sekarang ni bahaya!
Orang boleh buat apa saja untuk sabotaj kita.
Tapi aku tak faham why 'orang' tu nak buat macam ni kat aku..
Ape motif dia??? Bodo betul la!

Oitt.... attack meng attack orang ni bukan tabiat aku ok!
Aku attack orang kalau orang tu attack aku dulu!

Aku jugak nekad pasni setiap seminggu sekali aku akan tukar password aku.

Beberapa bulan lepas, ada stalker dalam fb aku sampai buat aku takut nak approve fren request dari orang.
Sampai sekarang la aku takutt...
Tapi hari ni aku dapat tahu pulak ada orang kacau fb aku.
Benda ni lagiiii laa buat aku takut.

Owh, berbalik dengan Indon tu, dia still bencikan aku sebab dia tak caya bukan aku yang komen kat situ.
Biase la cakap dengan Indon ni bukannya diaorang nak faham.
Nak-nak diorang ni memang dah bencikan orang-orang Malaysia.
Kite explain sampai berbuih-buih mulut pon, memang diorang takkan percaya.
Paling takleh blah bila dia asik kutuk-kutuk aku.
Lonte malon la.... memek bau la..
Ntah... aku pon tak faham sangat pe yang dia cakap.

Dah tak pasal-pasal aku gaduh dengan orang yang aku tak kenal.
Memang dasar menyusahkan betul!!

Takpe....
Tuhan itu Maha Mengetahui...
Ada la balasan pada dajal yang buat aku macam ni!!
Tak kena kat dunia, tunggulah aku kat akhirat nanti!


Thursday, February 23, 2012

Ape celop?? Lempang diri sendiri....

Ape kes ni derr.....
Tetibe kuar pulak ayat rempit baru, 'Apa celop'...
Ya Allah haiiii..... rase cam nak tampor diri sendiri je bila dengar ayat tuh!

Ayat Apa Celop ni datang dari drama terbaru arahan Ahmad Idham.
Drama tentang kehidupan 2 orang mat rempit, Aman dan Sawi.
Err... AI ni dah takde idea mungkin...
Asik-asik buat drama/filem tentang mat rempit je.

Perkataan 'apa celop' tu sendiri buat aku rase menyampah.
Menyampah yang amat-amat-amat.
Tak tahu dah aku nak cakap cemana.
Sebab tahap menyampah aku tuh dah sampai level kronik.

Aku tak kisah dengan kewujudan perkataan rempit seperti, "ader aku kisah", "ape ni derr", "apa barang", "cilok" dll.
Tapi "apa celop" ni.... haihhhhh..... ayat ni busuk tahu tak?
Rempit la sangat kannn....
Rempit busuk!

Please la AI..
Kok ye pun nak tarik orang untuk tonton drama tu, gunekanlah ayat yang bagus sikit.
Kang tak pasal-pasal budak-budak kecik yang tengok drama tu tanya,

"Ma...apa maksud apa celop??"

Mak ayah nak jawab ape?
Takkan nak buat bodoh je.. ye dak?

Aku memang tak tengok pun drama ni.
Tengok tajuk pun cam hampeh je..
Apa Celop??


Monday, February 20, 2012

Salasilah Nabi/ Rasul

Hari tu aku dan FZ pergi makan kat 1 kedai makan area Taman Dato' Harun, PJ.
Lupe lak nama kedai tu.
Sementara tunggu makanan sampai, aku usha-usha la kat dalam kedai makan tu.
Tetibe aku ternampak 1 frame tergantung kat dinding kedai tu.
Nampak cam menarik je.
Tengok-tengok itu adalah gambarajah salasilah Nabi/ Rasul.
Balik opis terus aku klik mr. google.
Then, aku jumpe ini :-


Klik untuk tumbesaran 

Sebenarnye ada keraguan kat sini.
Betul ke ini salasilah sebenar?
Betul ke nama-nama yang tercatat dalam gambarajah tu?
Sebab setahu aku yang jahil ni, takde pulak disebut dalam hadis atau Al-Quran sendiri tentang salasilah nabi ni kan?
Ke ada orang zaman dulu yang catat salasilah nabi ni?
Wallahualam....

Tapi apepun, aku kongsi ni untuk pengetahuan korang je.
Percaya atau tak, terpulang la kan...
Orang kata, carilah ilmu sehingga ke negara China sekalipun.
Kita tak rugi apa-apa kan?

Holiday

Uiks... Tak sabarnye nak tunggu mase itu.

Date dah set.
Penginapan dah book.
Gune rate opis aku dapat la murah sikit.
Tempat nak pergi dah plan.
Bajet, agak-agak cukup la kot...

Nak berhepi-hepi kat sane.
Lari dari segala masalah opis dan personal.
Spend time dengan family puas-puas. :D

Sementara aku ni bujang, boleh la nak tanggung the whole family pergi sane sini...
Bila lagi kann nak berjasa kat family.
Ada sesetengah kite tak berkira pun time belanja boyfren/ girlfren.
Tapi time nak belanje family, singgit pun liat nak kuar.
Tul tak?

Tak sabar... tak sabar.
Boleh jugak photoshoot kat sane nanti.
Hoyehhh!


Thursday, February 16, 2012

Our lunch

Aku memang tengah sakit tekak + batuk..
Perghhh..... seksa gile laa..

Tapi tekak ni ngengade.
Time sakit ni la dia buat mengidam.
Nak makan itu la...ini laa...

Tengahari semalam aku teringin sesangat nak makan Kenny Rogers.
Dah lama tak makan ayam KR tu.
Nyum..nyum....

Roger kat FZ suruh dia bawak aku pi Amcorp.
Kat sane ada Kenny Rogers.
Nak pi MV, malas la pulak.
Dah la parking susah nak dapat.


Muffins KR yang sedap...
Tapi aku punye yang coklat tu tak habis sebab aku dah start batuk-batuk lepas makan.


Ini aku punye.
Macaroni cheese tu yang tak tahan sebenarnye..
Melting!
Makan panas-panas. Perghhh.... Terliuq!


Yang ni FZ punye.
Red beans tu favvy dia.
Ayam dia punyelah banyak isi sampai muak dia makan.
Tapi dia habiskan jugak sebab tak nak membazir katenye...


Dia...

Dan


Saya yang chubby...

Haihhh.. geram pulak tengok dagu sendiri!
Lemak banyak sangat!
Tu la.. suke sangat makan kulit ayam...


Wednesday, February 15, 2012

Padan muke.. kihkihkih... :D

Aku still demam.
Tapi suhu badan takde la panas sangat.
Suam-suam je.
Cume yang buat aku tak larat adalah batuk..
Aku batuk teruk.
Sampai tahap suara aku jadi sengau.
Nak kata selsema, tak pulak...

Petang semalam aku lepak dengan FZ kat kolam.
Sembang dengan penyelia FZ mengenai masalah management kat situ.
Sembang punye sembang sampailah maghrib.
FZ hantar aku balik lepas belikan aku makan malam.

Awek sakit, bf kena la take care kan?

Sampai rumah, aku rehat.
Tukar pakaian sume.
Aku tak mandi sebab takut sejuk dada.
Kang makin teruk batuk aku.

Pastu, makan...
Pas makan, layan FB.
Tengah-tengah layan Fb tu aku terlelap.
FZ mesej aku banyak kali tapi aku tak balas.

Dia ni meroyan sikit kalau aku tak balas mesej.
Last-last dia kol.
Tanya aku kat mana.
Bila aku cakap aku kat rumah dan tido, dia terus letak phone.
Sakit tul hati aku.

Tak lama lepas tu, dia hantar mesej. 
Meroyan lagi.
Dia tanya aku kat rumah ke atau kuar mana-mana?
Haihhh... menduga kesabaran betul la.
Dah la aku tengah ngantuk time tu.
Mesej punya mesej, barulah dia ok..

Kitorang mesej sampai kul 10.
Last-last dia cakap dia dah ngantuk dan nak tido.

Aku : Kalau berani, tidolah!
FZ : Kenapa pulak?
Aku : Jangan tido selagi tak pukul 11!
FZ : Ala, ayang. Abang ngantuk sangat-sangat dah ni.... tak kesian kat abang ke?

Memang selama ni pun dia tido sekitar jam 10-10.30malam.

Aku : Habis time sayang ngantuk tahap tak boleh bukak mata tu, ader abang kesiankan sayang?
FZ : Itu sebab awal lagi. Pukul 8.30 dah nak tido. Mana boleh.
Aku : Kenapa pulak tak boleh?? Kalau dah ngantuk, tak kire awal ke lewat tahu tak??
FZ : Abang ngantuk sangat-sangat dah ni.... plss...
Aku : Ape pls...pls.... Jangan berani nak tido eh! Sayang nak abang rase ape yang abang buat kat sayang tadi...
FZ : Ha, baguslah membalas...
Aku : Biarlah!

Kitorang mesej lagi.
Dia duk merayu-rayu mintak izin nak tido.
Bila aku kol pun, suara dia macam mamai nak tido.
Lantak ah kannn...

Padan muka dia.
Rasakan ape yang dia dah buat kat aku.

***

Pagi ni dia datang kerja lewat sebab bangun lewat + jem...
Kul 10 tadi dia kol aku bagitahu dia baru sampai kolam.
Huahahahaha...
Rasainnn!


Sunday, February 12, 2012

Tsunami

Korang pernah mimpi tsunami tak?
Kalu pernah, kerap tak?

Aku selalu mimpi tsunami.
Nak kata ada terfikir pasal tsunami, takde pulak...
Asal mimpi je, mesti ngeri gile...
Mesti aku yang jadi mangsa..

Cam semalam aku mimpi tsunami kat kampung aku.
Kengkonon aku dengan kazen aku Emma pi jenjalan sekitar kampung.
Oleh sebab Emma mengandung, so kitorang pi duduk kat 1 bangku..
In reality, kampung aku memang dekat dengan laut pun...

Tengah duk borak dengan Emma, tetibe aku tengok air laut naik tinggi.
Air kaler biru pekat.
Bunyi air naik tu macam bunyi hembusan raksasa...
Perghhh... tinggi plak tu.
Agak-agak ader la dalam 12 tingkat bangunan...
Betul-betul kat depan mata aku...!
Wehhh...... takut dolll....

Ni baru mimpi...
Belum realiti lagi..

Pastu aku diseret air tu.
But peliknya, aku terseret tak jauh.
100 meter je dari tempat duduk aku.
Time tu aku sempat lagi tarik Emma sekali...
Dia kan mengandung. So aku kena selamatkan dia jugak.

Habis pukulan ombak pertama...
Tak sampai seminit datang lagi ombak kedua.
Kali ni rendah sikit tapi still menakutkan...

Aku dah jerit, Ya ALLAH banyak kali...
Untuk kali kedua, aku tenggelam dalam air.....
Pastu air surut lagi sampai paras pinggang.

Dari jauh aku dengar bunyi siren.
Mungkin dari bandar.
Aku ajak Emma berlari cari tempat tinggi.
Tapi Emma tak larat.
Dia suruh aku pergi dulu.. Nanti dia akan ikut.

Nak tak nak aku kena selamatkan nyawa sendiri.
Aku lari ke jalan besar.
Plan aku nak naik ke Flat Kolam.
Flat tu dekat dengan kedudukan aku time tu.
At least aku boleh naik tangga samapi tingkat paling atas.

Tengah duk berlari menuju ke Flat Kolam, aku pandang jugak ke laut.
Dari jauh aku nampak air naik lagi...
Same tinggi macam yang pertama tadi..
Perghh... memang takut.

Orang ramai berlari-lari kat sekitar jalan besar tu untuk selamatkan diri.
Ader jugak orang-orang kampung yang still terpinga-pinga dan melepak kat tangga.
Dalam kepala aku duk fikir, mana family aku?

Mana mummy, mana daddy, mana adik-adik?
Sambil berlari sambil aku menangis ok..
Sobsob..

Takdan aku sampai kat Flat Kolam, tetibe aku terjage sebab enset aku berbunyi.
FZ bagi mesej.
Cit!

Mimpi tak habis lagi tapi aku dah terjaga.

Tapi tu laa...
Ngeri ok mimpi macam ni.
Itu mimpi...
Belum realiti lagi..
Kalu realiti tak tahu ape jadi.
Menangis tak berlagu la aku jawabnye.
Nauzubillah.

Tapi mujurlah aku mimpi siang hari.
Time tu dah pukul 10 pagi.
Orang kata mimpi siang hari ni mainan tido.
Kehkehkeh....

Friday, February 10, 2012

Asal dia balik kampung je mesti aku demam... :(


Aduhaiii...
Geli mat-mat-mat aku tengok gambor kat atas ni.
Time tu cinta sedang berbunga kembang gituu.... *muntoh!

Budak remaja baru nak up la katekan... *remaja ke?
Takde orang yang nak tolong snap.. so kitorang snap la gambor sendiri.. T________T

Kesahnya FZ balik kampung malam hari Selasa baru-baru ni...
Sebelum ni kalau dia balik kampung je, mesti aku demam.
So, hari Selasa tu aku hepi la sebab takde pun ura-ura nak demam ke ape.

Rabu pulak, aku datang kije cam biase.
Balik opis, beli makanan sume untuk makan malam.
Time ni badan rase kuat lagi.
Sampai rumah, rehat-rehat kejap.
Dalam kul 8 lebih, aku makan...

Dan-dan lepas makan, badan aku menggigil.
Takpe... tahan dulu.
Aku layan FB kejap.
Pastu badan aku jadi sekejap suam, sekejap sejuk.
Peluh kuar.
Kepala pun jadi berat.
Tekak jangan cakap la. Sakit gila/
Dah la aku ada bengkak tonsil.
Ok, memang sah la aku demam mengejut.

Sms dengan FZ bagitahu dia aku demam.
Dia kol aku.

FZ : Ayang ni, kalau abang balik kampung mesti sayang demam kan?
Aku : Tak tahu la kenapa...
FZ : Dah makan panadol yang abang bagi kat sayang hari tu?
Aku : Takmo...
FZ : Kenapa pulak taknak??
Aku : Takpe, sayang boleh tahan lagi ni. Tak teruk pun.

Alasan terbaekk punye.
Takut makan ubat punye pasal.
Padahal time tu aku dah berselubung dalam selimut.

FZ : Makan la ubat tu sayang. pleaseeeee...
Aku : Abang jangan risau k..

Takleh sembang lama sebab dia ada kerja.
Ada kenduri kat rumah dia hari Sabtu ni.
Adik dia kawin.
So, dia kena prepare macam-macam.

Hari ni pun aku still rase tak sedap badan.
Tekak pun sakit lagi but still minum ais.. huhuhu...
Sori la, aku memang takleh tinggal ais.
Sehari tak teguk ais @ air sejuk, aku akan jadi dahaga sepanjang hari.
Cemana nak baik kalau macam tu, kannn??


Jeruk

Aku sebenarnye bukanlah peminat jeruk.
Takdenye aku nak kuarkan duit walaupun singgit semata-mata nak beli jeruk.
Entah laa...
Pelik kan bila pompuan tak makan jeruk.
Biasenye pompuan kalu nampak jeruk, mesti beriya-iya nak beli.

Cumenye kadang-kadang kalau orang suruh rasa atau orang bagi, aku makan je.
Tapi bukan dalam kuantiti yang banyak.
1 pun dah cukup. Itupun aku amik saiz yang kecik.
Machamm....
Sebab jeruk kan dibuat daripada buah-buahan.
Aku memang tak makan buah.
Ada beberapa buah je yang aku makan like mempelam, rambutan dan durian.
Buah-buahan lain memang aku tak layan.

2 hari lepas, salah sorang manager opis aku tanya sama ada aku makan jeruk ke tak.
So, aku jawab la makan tapi sikit.... dan sebenarnye tak minat sangat pon.
Dia cakap hari tu dia ada pergi ke penang dan dia bawak balik banyak jeruk.
So dia ingat nak bagi kat aku.

Eh, kalau orang nak bagi, aku terima jelah kann...



1 paket jeruk buah pala dan 1 paket lagi aneka jeruk...


Jeruk mangga tu aku makan.
Ceri pun aku makan..
Yang lain bagi kat FZ je la kot..
FZ pun suke gak makan jeruk..


Jeruk buah pala.
Terus terang aku cakap, aku tak pernah rase buah pala tu cemane.
Ni alang-alang orang dah kasi, bolehlah aku try.

Tapi jeruk-jeruk ni aku tak makan lagi sebab now aku tengah sakit tekak + demam.
Tunggulah esok lusa cemana.

Thursday, February 9, 2012

Duit oh duit... kamu mengalir seperti air

 Lepas balik dari kampung ari tu, tetibe je laptop aku rosak.
Asalnye takleh tengok video internet je...
Last-last skrin crack pulak.
Sakit hati betul.

Aku decide laptop lama tu aku akan baiki dan jual.
Pastu beli laptop baru.
Awal-awal lagi FZ dah cakap dia nak beli dengan aku laptop lama tu.
Ok la... aku lagi suke kann..
Takyah susah-susah aku cari orang.

1 Feb ari tu kan cuti.
Aku ajak FZ temankan aku pergi Low Yatt...
Ni pes time aku pergi LY.
Hahahaha... jakun gile.
Dah bertahun-tahun stay kat KL tapi tak pernah jejak kaki kat LY.

Pilih punya pilih, aku beli laptop jenama Acer.
Laptop lama dulu dari jenama HP.

Lepas beli laptop, kitorang cari kedai makan pulak.
Ye la... mase tu tengahari.
Perut masing-masing dah lapar.
Kitorang singgah makan kat restoran Melayu dalam Plaza Low Yatt tu.


Dah lama tak tepek gambor dia kan?





Beriyani kambing - aku punya.


Beriyani daging - FZ punye...

Boleh tahan la nasi beriyani restoran ni.
Sedap. 
Banyak pulak tu...
FZ sampai tak habis sebab banyak sangat.

Lepas makan, balik rumah.

Petang, aku bawak si kenit Alya jenjalan kat MV.
Kesian dia...
Asik berkurung kat dalam rumah je...


Ni kat dalam JJ.
Bahagian permainan tu.
Muke excited gile time duduk atas kuda tu...

Pastu FZ belanje beli token, pastu kitorang bagi Alya main kereta bergerak yang ada muzik tu..
Melalak Alya sebab takut..
Yela... kereta tu bergerak ke kanan ke kiri...
Budak-budak kan.........
Hehehhe....

Tapi time pergi JJ tu, kemain lagi si kenit tu berjalan.
Ke sana ke sini....
Baru dapat kaki la katekan...
Tak nak orang pimpin lagi dahh...
Nak berjalan sendiri.

Pastu sekarang dah pandai pilih baju sendiri.
Aku perasan dia suke sangat kaler merah.
Asal pergi kat bahagian pakaian, mesti dia amik baju kaler merah.
Pastu bila kite letak balik, mulalah dia melalak.
Haihhh... kecik-kecik dah pandai berkenan-kenan dengan baju.
Pastu bila tak dapat, pandai pulak melalak...
Cium laju-laju baru tahu!


Bengong!

Tajuk adalah ditujukan kepada pompuan tua yang sewel dalam rumah aku tuh.

Time dia takde hari tu, kemain aman bahagia sentosa hidup aku.
Tengah malam semalam dia balik.
Itupun aku sedar sebab dia buat bising ape ntah.
Kuar masuk bilik air.
Gunting something la...
Lantak kau la dajal!
Asal kau bahagia sudah!

Cuma pagi ni aku hangin sebab dia alihkan barang aku lagi.
Memang dasar pompuan tak sedar diri kan?
Bodo gile... tak serik-serik kena sound!
Gatal tangan dah agaknya.

Agaknye dia tu fefeeling rumah tu dia punya kot.
Sorry to say la pompuan.
Tuan rumah sendiri pun tak sukekan kau.
Dia sendiri cakap kalau kau kuar dari rumah tu pun lagi bagus...
Dulu kau khianat kat adik tuan rumah.
Pastu kau khianat kat Ira pulak.
Now, kau nak khianat kat aku??
Dan kau ingat aku takkan melawan???
Kau sape untuk aku takut??

Kadang-kadang pompuan andartu memang macam tu kot.
Psiko..
Nak tarik perhatian orang dengan cara salah.
Maklumlah tak cukup kasih sayang...
Simpati betul aku.

Hopefully la kalau..........kalau la aku ni jadi andartu (harap2 tak), aku tak jadi bangang cam dia.
Perangai macam orang takde otak!
Dah tahu aku tak suke kau usik barang aku, so tak payah la usikkk...!
Memang dasar... haihhh...... tak tahu la aku nak cakap cemana.
Nak kate bodo, kau belajar tinggi.
Tak faham la aku dengan perangai bodo kau nih!
Jenis tak paham bahasa.
Nak aku cakap keling ke baru kau nak paham, hah?

Owh, lupe..... kau kan kekoreaan....
Agaknya BM kau tak paham sangat kan?
Kalau speaking korea kau paham la kan?
Hak tuiiihhhh laaa!

Wednesday, February 8, 2012

Azam bulan baru

Eh, dah masuk bulan baru kan?
*Buat-buat tak sedar lak...

Azam aku bulan lepas adalah nak kurangkan shopping.
Dan ianya failed 100%.
Malah aku semakin shopping!
Baju, seluar, makanan, kasut! OMG!
Eeeiiiii... marah diri sendiri tau!

Ok, takpe..
Kita buat azam baru lak untuk bulan ni.
Ape eh azam untuk bulan ni?

Erm.....ermmm....ermmm....



Ermmm.... ermmm... ermmm...



ermmm..


ermmmmmmmm....ermmmmmm...



ermmm... emmm....emmmmm........



Ape eh?
Jap nak pikir lagi....



ermmm... hmmm..... emmmmm...





ermmm...emmm... hurmmm........





adesss...... nak buat azam ape heh?




hurmm...hmmmm...........
*Usap-usap dagu...





ermmmmm.....ermmmm....




Eh, dah macam buat entri bodoh lak...
Asik ermmm ermmmmm ermmm je...

Ok, dah pikir dah.
Memandangkan azam bulan lepas adalah failed, so aku akan bawak azam yang fail tu ke bulan ini...
Harap-harap aku dapat mencapai azam aku dengan jayanya...

*walaupun awal bulan hari tu dah belanje 2K untuk beli laptop... *itu tak kire ok sebab itu sebelum berazam.*

Ok....
Selamat mencapai azam untuk diri sndiri!

Sesi keluh mengeluh...

Dari tadi asik publish entri best je kan?
Kali ni nak publish entri tak best pulak.

Ekceli pagi tadi mood aku sangatlah baik.
Pastu bertambah baik bila dapat buah tangan dari manager aku.
Tapi ku sangkakan laut tenang hingga ke petang.
Rupanya tsunami di tengahari.

Hari ni dia datang lewat lagi.
Dia?
Sape dia??
Ader la... sorang mamat dalam opis aku nih.
Nama takleh sebut.
Kang nampak sangat citer direct.
Aku rase dia baca blog aku ni.
Dulu dia stalk aku dalam fesbuk.
Disebabkan dialah aku jadi fobia nak approve orang yang aku tak kenal.

Aku bukan nak cakap apelah.
Kite semua malas nak datang kije pepagi kan?
Liat gile nak bangun awal pastu mandi dengan air paip yang sejuk kan?
Pastu selalu fikir, kan bagus kalau takyah kerja tapi duit masuk akun tetiap bulan.
Makan gaji buta... Sape yang taknak kan?
Tul tak??

Aku pun same...
Aku ni bukannya banyak kerja pun.
Ada hari aku bizi.
Tapi kebanyakan hari memang aku free.
Kadang-kadang pernah dalam 1 hari aku takde kerja langsung.
Pernah gak aku terfikir, baik aku duk rumah je dari melangut kat opis.
Kan?

Tapi aku tahu tanggungjawab aku.
Kite nak cari rezeki halal..
Untuk bagi diri sendiri makan, elaun bulanan family.... belanje boypren/ girlpren, beli barang-barang..
Dah jadual opis masuk kul 8.30 balik kul 5.30...
So, kalu time aku malas, paling lewat pun aku sampai 8.25.
Balik kompem-kompem la sharp pukul 5.30.
Takyah la cari aku kul 5.31.
Memang aku dah takde kat opis dah time tu.

Tapi 'dia' tuh...
Fuhhh..... opis ni milik makpak dia kot.
Datang dan balik sesuke hati.
Datang lewat... balik pun awal.
Alasan... anak sakit la, bini meroyan la, settle hal anak la...
Macam-macam la...
Tetiap hari ader je problem..
Aku rase sinetron indon yang banyak masalah tu pun kalah laa....

Itu 1 hal la kann....
Bab kedatangan memang fail.
Ini bab buat kerja pulak.
Dia petugas biase je.

Kadang-kadang benda senang pun dia susah nak buat.
Taraf jawatan aku lagi tinggi dari dia.
Tapi kadang-kadang aku pulak yang kena amik alih tugas dia.
Bab fotostat sepatutnya tugas dia.
Tapi akuuuu jugak yang kena buat.
Tapi yang tu aku tak kisahlah sebab fotostat dalam opis ni je pun.

Bab hantar surat memang aku takleh nak kompromi.
Sebab itu kena kuar dari opis.
Dan aku tersangatlah malas nak kuar dari opis.
So, kalau dia suruh aku buat pun, memang aku takkan buat.
Kau buatlah kerja kau tu.
Sorry ye.
No tolong-tolong....

Tapi suruh hantar surat pun tak reti.
Kena ajar satu-satu.
Kena bagitahu mana nak hantar.
Padahal dia dah berbelas-belas tahun kerja kat sini.
Aku ni baru je 3 tahun lebih tau!

Aku bukannya taknak tolong.
Tapi agak-agak la kalau semua benda kau nak serah kat aku.
Aku pun ada kije yang aku kena buat.
Kau ni makan gaji buta ke ape...
Orang lain balik opis kul 5.30..
Kau kul 3.30 dah blah.
Ape hal??

Ni ha...
Bab pintu opis.
Berat bontot betul dia nak pergi bukak kalau ada yang ketuk...
Padahal bukan jauh sangat pun.
10 tapak je!

Paling aku geram + menyampah bila aku tengah on the phone dengan client or sesape je...
Dia boleh buat-buat tak dengar pulak pintu tengah berketuk.
Nak tak nak aku kena cut cakap dengan client dan pergi bukak pintu.
Kalau tetamu bos takpelah.
Ini tetamu dia!
Datang nak amik barang dengan dia!
Sedangkan time orang ketuk pintu tu dia tengah layan movie kat pc!
Ptfghjfff!!!
Kang ader kaki naik kat muka!

Kadang-kadang susah kalau bekerja dengan orang macam nie...
Menyakitkan hati.
Rase down pun ada sebab kadang-kadang hasil kerja dia akan reflect kat aku balik.
Contohnya bab stationery.
Tak settle-settle dari tahun lepas.
Korang bayangkanlah stationery aku beli sendiri.
Suruh mintak quotation, katenye tak dapat respon dari supplier.
Once aku fax sendiri surat mintak hantar quotation, tak sampai 5 minit supplier call bagitahu diorang dah fax quotation barang-barang yang dikehendaki.
Tak cukup dengan tu, suruh deal dengan business support, katenye banyak karenah.
Memang la banyak karenah.
Namanye pon nak kuarkan duit.
Sape yang akan kuarkan duit dengan senang?? Takde!

Ape la salahnya kalau deal je.
Terus follow up. Teruskan email dan cc kat bos.
Biar bos nampak progress tu.
Ini tak........
Balik-balik nanti orang akan tanya aku.
Padahal itu kau punya kerja!

Nak marah kang, kau lagi tua dari aku.
Kang dikatakan tak hormat pulak.
Nak tegur kang, kau senior dari aku.
Ntah la...
Serba-salah aku dibuatnya.

Ape salahnya kalau buat kerja elok-elok?
Pasti orang lain pun akan suke kat kita.
Kita pun rase puas buat kerja.
Ini tak....
Buat kerja acuh tak acuh.
Cemana la nak dapat gaji berkat nak bagi anak bini makan?
Hmmm....
Manusia...manusia.....

Ramai lagi orang di luar sana yang bersusah payah nak dapatkan kerja.
Kita yang sudah ada kerja bagus pun, buat acuh tak acuh pulak.
Tak bersyukur langsung!

Boleh tolong bagi aku idea tak nak buat apa?

Hari ni adalah hari pertama bekerja selepas 4 hari bercuti.
Perghh...perghhhh.....
Penat siot.
Orang lain bercuti rehat kat rumah. Bersenang-lenang.
Haku??
Jaga cinonet Alya tu la...
4 hari papa dan mama dia bekerja.
So, diorang hantar Alya kat aku.
Bayaran pun dah dibuat hari Sabtu lepas.

Mujur la sekarang ni cinonet tu kuat tido.
So boleh la aku tido sekali dengan dia.
Qada' balik time aku kena bangun awal tu kan...
4 hari tu papa Alya hantar kat rumah aku kul 8.30 pagi...

Pastu aku bagi makan dulu cinonet tu.
Pastu mandikan dia pulak.
Pas mandi, bagi dia isap susu.
Pastu tidokan dia sekitar pukul 9.30 pagi.
Dia akan bangun balik kul 12 atau kul 1 nanti.
Ha, amacam? Lama tak dia tido?
Hehehehe... tengok la sape yang dodoikan dia.

Eh, tetibe melalut citer pasal Alya pulak.

Aku sebenarnye nak citer benda lain.
Gini citernye...
Pagi tadi manager aku panggil aku suruh masuk bilik.
Aku on je la kannn....
Maklumlaaa takde kerja katanye.

Ingatkan ada meeting tergempar ke ape.
Rupa-rupanya dia nak bagi ini :-





Aku tak tahu nak panggil ape benda ni.

Minggu lepas manager aku nih pergi ke Kemboja.
Saje jalan-jalan katenye.
Pastu dia tak tahu nak belikan ape kat opismate.
So, dia beli benda kat atas tu.

Cantik kan? Kecik aje. Comel.
Tapi masalahnya aku tak tahu ape fungsi dia.
Takkan nak buat hiasan je kot?
Ke letak kerongsang?
Ke letak potpourri?
Ke cane?

Apepun, thanks En.Zul.
Ingat jugak dia kat kitorang time bercuti tuh...
Comel!


Puding buih

Hallo...
Aku update lagi..
Hehehehe...
Kate tengah free kan...

Hari tu time balik kampung, aku cakap kat mummy aku nak makan agar ubi kentang.
Zasssss..... mummy aku terus buat.
Aku pun ngap-ngap-ngap jekk..
Tak sedar...
Dalam mase 2 hari aku habiskan 1 talam agar-agar tuh...
Pelahap sungguh aku nih!

Pastu 2-3 hari lepas tu, aku bangun pagi terbau something yang manis...
Intai kat dapur tak nampak pulak ada manisan.
Aku bukak pulak peti ais...
Tadaaaa....
Ada puding buih la... weeeeeeee.....


Aku terus sambar 2 mangkuk.
Hehehehe...

Puding buih ni kena makan dengan kuah dia.
Tapi aku tak suke makan dengan kuih dia sebab puding ni dah manis dan sedap.
Kalau tambah kuah, mesti lagi manis..

Aku ngap-ngap-ngap lagi..
Haishhh... gedabuk la aku kalu duk kampung lama-lama...
Silap-silap kawan-kawan kat KL ni tak cam aku kot nanti..

Syilling baru

 Salam readers...
Apa kabor semua?
Sihat?

Hari ni aku agak free laa...
So, awal-awal pagi dah update blog. Heheh...

Aku nak tanya korang la...
Korang pernah dapat duit syilling baru tak?

Aku tak pernah la dapat walaupun aku banyak pegi shopping.
Walaupun aku tak pernah dapat, tapi aku pernah tengok dan pegang syilling tuh.

Sorry to say la, aku tak suka syilling baru ni.
Macam takde nilai langsung.
Cantik tu memang la cantik..
Kaler gold pulak tu...
Tapi ringan macam token.
Kalau jatuh, kompem tak sedar sebab ringan sangat.



Cantik kan?
Tapi cantik saja tak guna.
Tul tak?

Syilling dalam gambar tu milik anak sedara aku, Misha..
Katanya dia tukar dengan papa dia.

Punyalah dia kesian sebab aku tak pernah dapat syilling tu, dia suruh aku tukar dengan dia.
Siap nak bagi free lagi..
Kan aku ada cerita ari tu, dia nak buktikan yang dia sayangkan aku.
Hahaha...

Tapi aku tolak.
Takkan la mak sedara nak amik duit anak sedara.
Ye tak?

Berbalik pada cerita, apepun, aku lebih suke guna duit syilling lama dari yang baru...
Pendapat korang pulak cemana?