Thursday, April 26, 2012

Pochh ke?

Uihh... Ya ALLAH....Ya ALLAH!
Pepagi lagi aku dah dapat berita menyeramkan...
Huhuhu...
Meremang aku dibuatnya.

Aku sampai opis tadi agak lewat.
Ngam-ngam time orang duk baca doa.
Habis doa, bos aku pulak suruh amik barang dia tertinggal dalam kereta.
Aku ok je sebab takde kije lagipon nak buat.
Alang-alang dah turun bawah, aku belilah breakfast sekali.
Tetibe rase lapar pulak.

Dah naik opis, aku terus makan.
Dan-dan lepas habis makan, ada kenalan dari opis sebelah datang jumpa aku.
Katanya nak tanya pasal bilik stor unit aku.

Aku : Nak pergi sane ke?
Kak S : Akak just nak tengok je...
Aku : Kalu akak nak masuk, akak masuk la. Saya tak berani...
Kak S : Akak taknak masuk.. akak nak tengok dari luar je...

Aku pun bukak lampu kat area bilik stor unit aku sambil Kak S kuakkan pintu utama sebelum masuk ke stor unit aku.

Kak S : Macam ni je ke kat dalam ni?
Aku : Yela... Kenapa kak?

Kak S mulakan cerita.

Semalam dia balik lewat.
Dalam kul 8.30 malam camtu.
Dia lalu depan bilik stor unit aku.
Sekali pintu utama bilik stor aku tuh terkuak dengan sendiri...

Kreeekkkkkkkkkk..................... *bunyi pintu terkuak.

Kak S intai-intai la dari jauh kot-kot ada orang kat dalam tu.
Lagipun kalu tengok pintu tu, mustahil la angin tolak sebab pintu tu pintu kayu yang tebal.
Tambah musykil, area situ mana ader tingkap.
So, memang takde angin la.

Kak S berjalan lagi menuju ke lif.
Baru 2-3 tapak, Kak S terbau kapur barus!
Huhuhu....
Agak-agak la wehhh.....

Mase Kak S citer tu, aku terbayang-bayang Mr. Poch.....
Kan Mr.Poch berbalut dengan kain.
Mungkin kat dalam kain tu ada kapur barus.

Terbayang-bayang aku bau kapur barus.
Kan benda tu baunye kuat.

Tapi alhamdulillah la Kak S tak nampak ape-ape...
Tak agak-agak la..
Sejak awal tahun ari tu level aku ni kena usik.
Makin hari makin menjadi-jadi pulak tu...

Awal tahun hari tu dengar bunyi-bunyi je...
2-3 minggu pastu opismate aku nampak "dia" berdiri dan melayang depan mata kat depan lif.
Sebulan lepas tu, manager aku pulak nampak "dia" tercegat kat dalam opis aku...
Sekarang ni terbau-bau pulak dahh...

Huhuhu... Takutnye aku..
Please la..please laaa...
Jangan la ganggu aku.
Tak aman aku nak bekerja wehhh....

Sekarang ni nak ke toilet pon kena berteman.
Takut laa......
Alangkan nak kencing, tetibe terberak pulak aku nanti.
Huhu.....

Wednesday, April 25, 2012

Pulangkan.... :D

PULANGKAN (lagu misha omar)..cite pontianak harum

[dinyanyikan oleh pegawai ptptn ngan ex-student..]


(Ex-Student)
 
Sedikit bunga yang menggoda

... Sekadar dipandang usah dibayar

Kau pasti tak percaya

Duitku bukan untukmu sayang


(Pegawai PTPTN)

Tiada kusangka kau sungguh kejam

Kau peram hutang yang kau pinjam

Namun takkan bahgia kehidupanmu

Bila engkau berkonvo

kau milikku


Pulangkan hutang-hutangku-(Pegawai PTPTN)


Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex-Student)


Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN)


Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student)


Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN)


Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-Student)


(Pegawai PTPTN)

Tiada kemaafan di sini

Kau hutang tanpa bayar sesen
 lagi


Akan ku jejakimu kemana jua

hingga akhir masa..ooo syang..


Mak bapak zaman sekarang

Petang semalam aku lepak kat tempat kerja FZ.
Dah lama tak lepak lama-lama kat situ.

Petang tu all staff kat kolam ada.
Meriah la sikit.
Biase la lelaki kalau dah gelak ramai-ramai, boleh gegar 1 kampung.

Tengah-tengah duk lepak tu, ader 1 family datang.
4 beranak.
Si bini duk pangku baby.
Mungkin bini tu baru sudah pantang kot sebab baby tu kecik lagi.
Yang laki tu pulak pimpin sorang anak lelaki.
Aku tengok umur anak dia mungkin dalam lingkungan 2 tahun.
Sebab cara anak dia berjalan pon tak berapa stabil lagi.

Si bini tak berenang sebab jaga baby.
So laki dan anak lelaki dia je yang berenang.

Aku duk perati je kat diorang ni...
Aku hangin betul dengan laki bini tu...
Macam bodo gile...
Ader ke patut dia biar anak lelaki dia main air sensorang kat dalam kolam kanak-kanak tu?
Yang bini duk pantau kat tepi kolam.
Yang laki tu pulak duk bersenang lenang berenang sensorang kat kolam dewasa.

Sekali, anak dia terjatuh dalam air.
Terkapai-kapai gak la nak bangun balik.
Yela, ikutkan air dalam kolam tu cecah paras dada anak dia tau.
Kawan FZ, Man bergegas berlari nak pergi selamatkan budak tu.
Tapi bapak budak tu sempat angkat anak dia.
Yang bini dia pulak diam je sambil pangku baby.

Aku tengok dia tepuk-tepuk belakang badan anak dia.
Pastu dia letak balik anak dia dalam kolam dan dia pegi sambung berenang kat dalam kolam dewasa tu.

Aku dah macam, "wtfffffff!!!"
Dah jadi macam tu pon still tak serik-serik.
Dibuatnya anak lemas tadi cemana??

Memang la bini tu pantau kat tepi kolam.
Tapi kalau anak dalam kolam tu lemas ke hape, bukannye boleh tolong pon.
Dengan pakai baju kurung nyee... dengan dukung baby nyee......
Tolong jerit boleh la.

Uihh.. kalau korang tengok kejadian semalam, korang boleh tengok kebodohan pasangan suami isteri tu.
Bodo kottt...
Anak ko tu kecik lagi.
Bukannye tahu berenang pon.
Lagiii ko nak biar dia mandi sensorang kat kolam tu.

Sebelum ni pon aku dah banyak kali jumpa mak bapak yang bodoh.
Tapi dalam banyak-banyak, aku paling ingat sorang lelaki ni.
Biasenye dia datang kolam bawak ketiga-tiga anak dia.
Tiga-tiga still sekolah rendah. Darjah berapa aku tak sure.

Laki ni jenis suke tinggalkan anak-anak dia.
Biasenye kalau dia datang, dia bayar tiket dan pastikan anak-anak dia pakai pakaian renang dulu.
Pastu bile anak-anak dia dah masuk dalam kolam, dia pon blah.
Tak tahu mane dia pergi.
But sure bukan duk dalam kereta..
Mungkin lepak kat mana-mana. Aku pon tak tahu.
Ni memang perangai dia setiap kali datang kat kolam.
Ishhh.... langsung tak risau keselamatan anak, kan?
Pastu bila kolam dah nak tutup, barulah dia datang amik anak dia.

Memang la kat kolam tu ada staff penyelamat.
Tapi pikir la sikit.
Staff penyelamat tu bukannya nak jaga anak-anak ko je.
Anak-anak orang lain pon ada gak yang mandi kat kolam tu.
Kalau jadi apa-apa, sape yang nak bertanggungjawab??
Balik-balik penyelamat ni jugak yang kena bambu kan??
Balik-balik penyelamat ni jugak yang kena hentam kann??
Silap-silap penyelamat ni jugak la yang kena buang kerja.

Sebab tu aku tak paham dengan mak bapak sekarang.
Macam takde otak langsung.
Otak tu letak kat mana ntah!
100% letak keselamatan anak di tangan orang lain.
Cam bodo gile.

Mak bapak jenis macam ni la yang buat peningkatan kadar jenayah culik dan mati di kalangan kanak-kanak.
Pesen tak berwaspada.
Pesen suke lepas tangan.
Pastu bila jadi apa-apa, salahkan orang..
Padahal tak sedar diri tu bangang tak bertempat....

Kepada readers yang ada anak-anak (kecil ke besar ke..) atau yang bakal jadi ibu atau ayah, please la jaga keselamatan anak-anak.
Jangan main lepas tangan je.
Jangan letakkan keselamatan anak-anak kite kat tangan orang lain.
Jangan sampai bila dah jadi, baru kita nak menyesal.
Bukan susah untuk pantau anak-anak.
Macam mana kita jaga barang-barang berharga like barang kemas dan kereta, macam tu jugaklah kita jaga anak-anak...
Ok....
*Pesanan ikhlas dari diana.com. :)


Monday, April 23, 2012

Luahan


Semalam sebelum tido, aku sempat nangis sensorang.
Tetibe je aku terasa hati dengan seseorang.
Yang mana orang tu adalah orang terdekat aku.
Bila dia susah, memang dia akan cari aku dan aku akan tolong dia memandangkan dia ada sangkut-paut dengan aku.
Tak sampai hati pulak kalau tak tolong.

Kadang-kadang aku rasa macam aku ni lilin.
Aku menggembirakan hati orang, aku mengorbankan diri aku untuk menyenangkan hati orang lain...
Tapi ape yang aku dapat?
Budi langsung tak dihargai...
Jasa aku langsung tak diingati.


Buat baik pon tak kena... tak buat baik lagii laa tak kena..
Tapi bila difikirkan balik, lebih baik takyah buat baik..
At least kalau kite tak buat baik, kita takkan terasa hati sangat kalau orang tu tak buat baik kat kite..
Kan?

Tapi tu laaa...
Aku ni lembut hati...
Cepat sangat simpati kat orang.

Aku ingat lagi mase dia perlukan sokongan aku.
Mase tu dia ada masalah dengan seseorang.
Sebagai orang terdekat, kemain lagi aku bagi sokongan kat dia eventhough aku tak tahu cerita sebenar.
Tapi dengar citer, dia yang hangin dan cari pasal dulu.
Dia suruh aku buat A, aku buat.
Dia suruh aku buat B, aku buat...
Memang 100% aku bagi sokongan kat dia.

But by the time aku ada masalah, dia langsung tak sokong aku.
Malah menyalahkan aku.
Dia join dengan orang lain untuk hentam aku.
Bukan setakat sentap, malah hancur hati aku.
Bagus sangat kan balas jasa aku macam tu...

Tapi tu laaa...
Aku sabar lagi.
Try to settle down dan cube untuk berbaik.
Bermacam-macam aku korbankan.
Ingatkan dah settle.
Tapi rupe-rupenye, baru aku dapat tahu semalam.
Dia hipokrit!

Haiii Ya Allah.. terasanya hati aku!
Tapi takpelah kann.
Aku mampu bersabar je.
Mungkin sekarang ni dia rase senang sikit dan dah tak perlukan pertolongan aku.
Tapi kite harus ingat, tak selamanya kite diatas.




Kadang-kadang lebih baik kite bersendirian dari mempunyai ramai kenalan tapi masing-masing tak mempedulikan kita...


Friday, April 20, 2012

Pusat Sains Negara

Salam dan selamat pagi readers.
Korang cemane pagi ni?
Aku agak badmood.
Kenapa?
Nanti aku citer dalam next entri..
Itupun kalau aku rase rajin nak menaip.

Last weken, aku dan FZ pergi ke Pusat Sains Negara.
Wahhh..... macam mengigau pulak tetibe pergi ke PSN nih.
Padahal bukannye aku minat sains pon.

Aku sebenarnya dah tak tahu nak pergi kemana kat KL nih..
Semua tempat kot aku dah pergi..
Search kat google tempat-tempat menarik kat KL, semuanye aku dah pergi.
Bosan gak asik pergi tempat yang same je..
Sebab tu aku suggest pergi ke PSN.
Lagipun tiket masuknye murah je..


Masuk je kat entrance, dah ada akuarium ikan air tawar.


Besor-besor ikan kat sini....
Kalau buleh tangkap buat masak 3 rase pon sodapp...

Lepas akuarium ni, ader bermacam-macam peralatan sains..
Ader jugak permainan yang korang boleh test sendiri...

Tapi dalam banyak-banyak, aku suka pasal sistem pencernaan manusia...
Boleh tengok macam mana sistem percernaan kita berfungsi.
Lama jugak laa kitorang duk kat dalam tu...
Bile dah penat, kitorang rehat jap.


Mase ni dia dah ngantuk tau.... 
Suruh tido, taknak...
Rela tahan mata tu duk tengok orang bermain-main-main...


Termenung ape tu, sayang oiii....
Alahaiiii..... serius muka dia nampak penat.


Dia ni dah macam anak aku kan....
Keman-mana je mesti ader dia.
Baju yang dia pakai tu aku yang belikan...
Aku kan suke polkadot dan renda-renda..
Beli kat JJ je..


Lorong sesat.
Korang masuk dalam lorong ni pastu tengok korang boleh cari jalan kuar ke tak...
Hehehe...
Mule-mule aku takut nak masuk sebab takut jalannye berliku-liku..
Padahal,....alahaiii...sonang ajo...

Bagi aku tak rugi pon pergi ke PSN.
Dah la dapat belajar ilmu sains, kite jugak enjoy duk kat sana sebab suasananye tak membosankan.
Paling aku suke staff kat situ memang ramah.

Bagi yang tak pernah pergi tu, pergilah.
Kompem tak rugi..
Tambah pulak kalau korang ada anak yang dah bersekolah.
Bagi dia enjoy dan belajar at the same time..
Berfaedah la sikit daripada duk bawak anak-anak pergi main lumba kereta token kat shopping mall tu.
Kan?


Thursday, April 19, 2012

Akhirnya menjejakkan kaki jua di Subang Parade


Dah banyak kali jugak la aku ajak FZ pergi Subang Parade.
Tapi asik cancel je.
Katenye tak tahu jalan dan tak pernah pergi sane..
Tapi aku kan jenis pakse..
Nak pergi jugak...nak pergi jugak.... *sambil hentak kaki banyak kali kat lantai.

Akhirnya kitorang menjejakkan kaki jugak disini...
Nak dapat parking punyelah payah.

FYI, Subang Parade pernah dinobatkan sebagai sebuah pasaraya terbesar di Malaysia.
Besarnya diibaratkan sebesar 7 buah kapal terbang boeing.
Tengok dari luar pon kite dah tahu shopping mall ni besar.
Kompem letih nak berjalan.


Budak kecik ni selalu camtu...
Orang nak amik gambar mulelah paling muke kat lain..
Ni dia korek hidung pulakk..
Halamakkk..


Banyak kali snap, barulah tak blur..
Kalau tak, ader je si kenit tu bergerak...

Kat sini memang banyak sangat restoran.
Pilih je nak makan kat mana..
Tapi aku pilih The Manhattan Fish Market.


Tetibe rase teringin nak makan kat sini.
Lagipun hari tu diorang ada buat promosi.
Pakej set memang murah.


Rindunye laa kat si kenit nih...
Lama tak jumpe dia...

Sekarang ni semua benda dia cakap taknak kecuali MAKAN.
Kalau bab makan, memang dialah no.1.
Sumbat la apepun dalam mulut dia, semua dia telan..
Yang pedas, yang masam, yang masin...semuanye dia bedal.
Sampai naik pening aku dibuatnya..
Makanan dia sendiri taknak makan.
Asik nak makan makanan orang dewasa je..
Camne tuh?


Kali ni dia yang belanje makan...
Tu yang buat aku excited nak order macam-macam tuh.
Hehehe...


Chocolate brownie with vanilla ice cream..
Marbelessss sangat-sangat.
But still takleh lawan Delicious.. :D
*teruk kan nak compare2 pulakk...


Salad...
Yang ni FZ dengan Alya yang makan..
Aku kan bukan penggemar sayur..
Masam gile salad nih.
Tapi elok je Alya telan walauponn sampai berkerut-kerut dahi.
Terseksa sangat aku tengok dia makan salad ni.
Last-last aku tak bagi dia makan dah.
Sampai memberontak laa dia marahkan aku.
Haiyoohhh... kecik-kecik pon dah pandai memberontak.


Spaghetti seafood.
Sedap walaupun kering.

Ader lagi 1 makanan...
Ape mana ntah...
Nasi dengan filet ikan.
Super sedap..
Lain kali kalau makan kat sini lagi nak order nasi tu laa...

Lepas makan, kitorang jalan-jalan lagi.
Tapi tak shopping ape-ape pon.
Just tengok-tengok barang je.
Takde barang pon yang nak dibeli.

Tapi mase jalan-jalan tu aku nampak 1 kiosk ni.
Tempat cuci handbag, baiki handbag, baiki kasut....
Aku ni memang dah lama cari servis untuk cuci handbag.
Sebab aku nak cuci handbag-handbag Guess aku yang dah ada kesan kotor.
Bila ditanya, orang tu kate starting harga untuk cuci handbag adalah RM160.

Gile kau!
Baik aku beli handbag baru je sebab harge handbag baru Guess time sale pon lebih kurang RM180 je...
So, tak jadi...
Mungkin servis cuci handbag ni sesuai untuk handbag yang mahal-mahal je like Prada, LV, Gucci...
Harge yang beribu-ribu...
Berbaloi la kalau nak cuci pon, kan?
Hmm...

Wednesday, April 18, 2012

Dating dengan kengkawan sec's di San Francisco

Citer ni pon dah lama berkepam dalam draft aku.
Heheh...
Lupe lak nak citer.

Kesahnya, 9 April baru-baru ni Yani ada suggest untuk berdating-datingan dengan aku, Mimy dan Ika sekali di San Francisco.
Dah lama tak berkumpul sesame secretary 4 orang.
Kang bila dah berkumpul, boleh la bergosip-gosip.
Kompem ada berita hot punye....

Pukul 12.30 memasing turun pergi SF bawah opis aku ni.
Aku turun lewat sikit sebab ada kiije.
Lewat 10 minit je pon..

Ni first time aku makan kat SF.
Sebelum ni aku just beli air je.
Tu pun take away.. tak pernah nak duduk makan kat situ.

So far service kat sini cepat kalau nak banding Secret Recipe kat bawah opis aku ni jugak...
SR punyelah lembab sampai kekadang lepas sejam tunggu barulah makanan ko sampai.
Kalau ko kena gastrik, aku rase dah kena sawan dah tunggu makanan sampai kat SR tu.


Makanan Yani dan Mimy...
Yani order spaghetti bolognese..
Mimy pulak order fetucini meatball carbonara..
Croisant kat sebelah tu mimy punye jugakk...
Dia ni terliur tengok croisant tu...
Kemain 2 menu lagi dia order.. 
Croisant tu namanya croisant chicken mayo.
Nampak sedap kan?
Rase cam nak try je....... 
Tapi kena tunggu gaji nanti la.. :D


Ni air aku dan Ika.
Aku order chocolate chip frappe.
Air Ika aku tak sure pulak air ape....


Chicken lasagna pilihan aku..
Dah lama sangat kan tak makan lasagna..
Sedap...
Kena dengan tekak aku...
Lagipun kuah banyak.
Tu yang aku suke tuh..


Aglio Olia ni Ika yang punye...
Ika cakap kering kontang.
Tak sure sedap ke tak sebab aku tak rase..

So far harga SF takde la mahal sangat.
Lebih kurang cam SR jugak..
Cumenye tax dia rendah sikit nak banding SR.

Boleh la pergi lagi lepas ni..
Nak try makanan lain pulak... :D

Isu PTPTN

Salam readers..
Ape khabar korang pagi ni?
Ok ke tak?
Aku macam biase..
Pepagi mesti bermalas-malasan..
Maklum la badan baru nak start enjin.
Bila enjin dah panas nanti barulah aktif.

Seperti yang korang tahu, aku memang suke amik tahu perkembangan politik semasa.
Setiap hari mesti aku akan baca at least 1 blog politik.
Kije tu kije jugak tapi pengetahuan am kena la ada.
Nanti kalau orang bersembang takde la kite ternganga tak paham ape-ape. Kan?

Isu yang masih hangat sekarang ialah isu PTPTN.
14 April baru-baru ni ada 1 demonstrasi diadakan kononnye untuk memansuhkan PTPTN.
Orang-orang yang join pulak majoritinya adalah student.
Minoritinye pulak adalah dikalangan orang-orang tua/berusia dan penyokong parti politik.

Apa yang dilaung-laungkan oleh diorang ialah diorang nak FREE EDUCATION.
Persoalannya, sape yang nak bagi free education zaman sekarang ni??
Tok guru ajar mengaji pon nak upah tau sekarang ni.

Tentang PTPTN ni, aku bersetuju la kalau dimansuhkan saje interest dan charge-charge lain sebab tak dinafikan ianya terlalu mahal.
Tapi yang aku tak bersetujunya ialah budak-budak ni nak free education!
Kalau nak free, takyah belajar kat U.
Belajar je kat U-mah!

Aku ada tengok video demo tu dalam youtube.
Uihhh... sangat kurang ajar student-student ni!
Siapkan kalungkan bunga pada gambar seseorang mengikut cara orang India yang dah mati.
Aku tengok pon dah macam, "Wadef@#$%"..

Kok ye pon tak puas hati, patut ke diorang buat macam tu?
Nampak sangat biadap!
Pastu kemunculan ahli politik dari pihak pembangkang pulak.
Nampak sangatlah diorang adalah dalang demo nih..
Tapi no wonder la kann... diorang ni memang suke berdemo-demo..
Pesen takde kije tapi saje buat-buat kerja.

Seorang ahli politik yang bertudung litup yang dikatakan 'lemah-lembut' dan 'alim' *bluwekkk* langsung tidak ambil tindakan ke atas kebiadapan dan sikap kurang ajar students terbabit malah lagi dia sokong kononnye students itu berani dan bersemangat untuk mempertahankan hak diri.

Come on la!
Kok ye pon tamakkan undi, jangan sampai menyokong tindakan tak rasional budak-budak tu.

Yang budak-budak ni pon satu hal!
Semua pesen nak jadi cam AA.
Nak jadi hero.
Nanti kena gantung study baru tahu erti penyesalan.

Aku rase budak-budak yang join ni adalah penghutang pinjaman tu.
Diorang dah sedap-sedap guna duit untuk beli henpon, beli laptop, shopping, melancong, tetibe buat demo untuk mansuhkan pinjaman.
Hamboii...hamboii..hamboiii.....
Time sign agreement, korang ye-ye je angguk kepala.
Kononnya semuanya sanggup.
Semuanya setuju.
Tapi bila time bayar??
Liat!
Sekarang pandai dahh nak mintak mansuh.

Eh, kalau kerajaan mansuhkan pon, korang tetap kena bayar ape yang dipinjam, tahu tak??
Kalau tak bayar kat dunia ni, korang sanggup ke hutang-hutang korang tu dihitung kat padang Masyar nanti?
Sanggup??
Islam sendiri MEWAJIBKAN membayar hutang.
Kalau bab lain pandai cakap halal haram.
Habis yang korang taknak bayar hutang tu, halal ke??
Fikirlah sikit sebelum nak buat sesuatu.

Alasan datang dari keluarga susah dan susah nak dapat kerja adalah 2 alasan yang biase didengar.
Ok la, fine...
Keluarga korang susah..
Tapi ape sangkut-paut dengan hutang korang?
Korang yang berhutang, why nak kaitkan dengan family?
Korang yang pakai duit tu... korang la yang bayar sendiri.
Kenapa nak bebankan family?
Ke korang gune duit PTPTN tu untuk tanggung family korang?
Walaupun niat korang tu suci murni, tapi ianya tetap salah!
PTPTN adalah pinjaman untuk pembiayaan pelajaran.
Bukan untuk tanggung sesiapa.
Tapi pokok pangkalnya duit tu adalah duit hutang...
Hutang wajib dibayar!

Alasan susah nak dapat kerja.
Hek elehhh.... baru graduate local U dah berangan nak kije opis terus.
Siap bajet lagi gaji at least nak RM2500.
Pesen memilih kerja.
Padahal berlambak je kije.

Aku lepas habis semester, aku kije dengan aunty aku dengan gaji hanya RM350.
Kije angkat karpet je, tahu tak?
Pompuan angkat karpet, korang leh bayangkan tak?
Bukan karpet alas kaki tu.
Karpet belgium yang 8X12 kaki tu..
Dah la tebal, berat lak tu.
Mujur tak terjatuh rahim aku time angkat karpet tu.

Pastu aku apply kije kat Taman Tamadun Islam pulak.
Gaji aku RM750 je as pembantu pegawai khidmat pelanggan cum tour guide.
Aku dah bersyukur habis dahhh dapat gaji camtu.
Nak duit lebih, aku buat OT.
Kekadang join budak-budak F&B jadi pembantu dapur kalau ada function kat dewan.
Kul 11 atau 12 aku balik rumah.
Takde pon merungut.

Tak lama lepas tu barulah aku dapat kije TM macam sekarang.
Gaji pon makin naik.
Alhamdulillah.
Kalau kita buat kerja dengan ikhlas dan penuh syukur, insyaALLAH rezeki kita takkan tersekat.

Budak-budak yang berdemo ni pulak berangan lebih!
Tak dapat kije, salahkan kerajaan sebab tak bagi peluang pekerjaan kat diorang.
Tak pernahnya nak salahkan diri sendiri yang asik memilih kerja.

Time belajar sibuk mintak free education.
Nanti bila dah dapat kije, silap-silap buat demo untuk free tax pulak..
Tak nak bayar cukai pendapatan.
Gaji nak besar, tapi taknak bayar tax.
Makin dilayan budak-budak ni, makin melampau dibuatnya.
Makin hari, makin kurang ajar.

Duit nak... bayar tak nak.
Diorang ni pesen takleh bagi pinjam barang.
Nanti kompem liat nak pulangkan balik.
Diorang ni bukan leh percaya sangat.

Saranan aku :

KERAJAAN SELANGOR BAGI FREE EDUCATION DULU KAT UNISEL.
BILA DAH DILAKSANAKAN 100%, BARULAH ORANG TAK BISING KALAU KORANG NAK BERDEMO KAT KERAJAAN PUSAT.
JANGAN PANDAI CARI SALAH ORANG JE....
BUKTIKAN DULU YANG KERAJAAN SELANGOR MAMPU BAGI FREE EDUCATION UNTUK RAKYATNYA.
SALAH ORANG, NAMPAK... SALAH SENDIRI, BUAT SENYAP!

Tuesday, April 17, 2012

Kekurangan diri

Salam readers..
Aku ke udara sekejap sebelum waktu balik kerja.
Saje rase cam nak menaip.


Korang pernah tak tetibe rase cam blur atau lost?
Maksud aku tetibe je korang rase macam korang tak ingat ape yang korang pernah buat.
Tetibe fikiran jadi kosong.

Contohnye laaa...
Beberapa minit lepas, ada orang serahkan fail kat aku.
Pastu aku terima dan aku letak dalam kabinet berkunci.
Lepas tu, orang tadi datang pinjam balik fail yang dia bagi kat aku tadi...
Mase dia nak pinjam tu, aku kelam-kabut dengan tugasan lain.
So, time kelam kabut tu aku bagi dia fail yang dia nak tu..

Pastu beberapa hari kemudian, ada orang lain pulak datang nak pinjam fail tu.
Aku pun tercari-cari dalam kabinet berkunci.
Pastu terus blur bila tengok fail takde.
Panik pon datang dan aku akan check ke semua kabinet yang ada.
Padahal aku lupa fail tu takde di tangan aku tapi di tangan orang lain.

Thats means memori aku mase aku serahkan fail time kelam-kabut tu lost terus.
Aku langsung tak ingat yang aku dah serahkan fail tu kat orang lain.
Tapi bila dah jumpa, barulah aku ingat ape yang dah berlaku.

Korang pernah alami tak benda macam ni?

Aku stress sebab aku ada masalah macam ni.
Nak-nak unit aku ni banyak fail yang confidential yang perlu disusun dan disimpan rapi.
Serba-serbi kena ingat.
Nasib baik aku ni jenis letak barang setempat.
Kalau pesen letak barang-barang merata, kompem merana la bila kena cari balik.

Bukannya aku tak cuba memperbaiki diri tapi susah laa...
Dah banyak kali aku sengaja uji diri sendiri.
Tapi tak berjaya.
Push cemana pon, tetap tak jadi.
Bila gagal, mulelah aku rase frust sensorang.
Kekadang aku nak sangat orang paham keadaan aku.
Tapi ader ke orang nak paham?
Mungkin yang mengutuk tu, ramai laaa... :(

Terlajak ke Plaza Alam Central


Hari ni aku free sikit...
Sikit je la..
Mood swing tapi apepun aku nak update jugak blog ni taknak bagi bersawang.

Cerita ni dah lama.
Tapi biase la... aku malas nak update.
Takde mood nak menaip.

Benda ni jadi hari Ahad 2 minggu lepas rasenye..
Ke 3 minggu lepas macam tu la..
Aku ajak FZ pergi Subang Parade.
Dia pulak tak pernah pergi sane.
So, pakat redah je.

Kitorang dah lalu depan Subang Parade tu.
Last-last cemane ntah FZ drive tetibe je dia ikut corner masuk highway ke Shah Alam..

So kitorang tukar plan jenjalan ke Shah Alam.
Dah lama tak jejak kaki kat Shah Alam ni.
Alang-alang ke sane, aku suruh FZ drive ke Plaza Alam Central.

Punyelah ramai orang kat situ.
Parking kemain penuh.
Nasib baik FZ nampak ada kereta nak keluar.
So, dapatlah parking.

Orang ramai sangat sebab ada pc fair.
Uihhh...serabut sangat.
Tak lama pon kitorang kat dalam.
Aku terus ajak FZ kuar.
Me dun like bersesak-sesak.

Kitorang singgah kat The Big Mug.
Lunch kat situ.



Si kenit ni memang kena bawak..
Dah merata-rata dah dia pergi.



Haku ni dah macam syok sendiri pulak amik gambor.
Si budak nyee buat derk je...
Agaknye Alya ni dah bosan kot asik amik gambor je..
Hehehe....

Shah Alam ni tenang je...
Takde pon traffic jam ke ape...
Kalau kat KL, jem tak kire mase.
Weken pon jem sekarang ni.
Tak paham aku...


Friday, April 13, 2012

Jejak kaki ke JJ AU2 buat pertama kali

Ni cerita weken minggu lepas.
Kesahnya takde ape-ape plan nak kuar.
Aku pulak bosan nak jage Alya kat rumah.
Lagipun baby Alya dah sihat.
Dah aktif dah macam dulu-dulu.
So, better ajak dia pergi jenjalan amik angin luar.
Kalau asik terperuk kat rumah pon tak elok jugak kan?

Berkali-kali FZ tanya aku nak gi mane.
Tapi aku tak tahu nak gi mane.
Last-last teringat JJ AU2.
Aku tak pernah pergi sane.
Kekadang aku terbaca juga ada blogger suke pergi sane.
Nak tahu la jugak kan ape yang best sangat tuh.

So, kitorang terus pergi sane.

JJ AU2 ni macam tak ramai sangat la orang.
Lengang je.
I likee.....
Aku kan tak suke tempat ramai orang. Rimas.

Kitorang pergi ke food court.
Makan.


Si kenit ni kalu suruh berjalan sendiri, kompem merata-rata la dia pergi.
Pastu bile nampak cleaner India, cepat-cepat berlari & peluk kaki aku.
Tahu pun takut. Hahaha...


Dia jadi keras kejap sebab aku jerit stop.
Kalau tak, asik nak berjalan je kijenye..
Nak amik gambar dia pon susah.


Muke dia cam 'hmmm.....asik amik gambor je...bosan!"
Eeiii....cubit pipi tu kang baru tau!

Lepas makan makanan yang tak best, kitorang jalan-jalan kat dalam JJ tu.




Nampak permainan ni...
Terus pergi beli token.


Suke sangat bile tengok budak-budak hepi kan?
Muke baby teruja gile boleh main mainan ni..
Hehehehe...


Jadi driver bas pulak.. Hehehehe...
Habis button kat dalam tu dia tekan.
Kuat lak tu...


Pastu aku nampak game racing kereta ni.
Terus aku cabar FZ main.


Time nak balik, hujan pulak.
Nak tak nak, kena duduk rehat jap.
Payung tak bawak.
Nasib baik ada kerusi kosong.
Boleh bagi baby hisap susu kejap.


Lapar pulak baby ni.
Habis 1 botol susu dia hisap.

Bosan pulak asik duduk je..
Aku ajak FZ turun bawah.
Jalan-jalan lagi.

Mase turun eskalator, aku nampak ada kiosk yang sewakan kereta control kanak-kanak.
FZ beriya-iya nak bagi baby main.
Aku ok je selagi tak membahayakan baby.


Suke benor dia duk dalam kereta control ni...
Siap goyang-goyangkan lagi kereta tu.
Aku risau takut dia tergolek je...
Haishhh!


Time ni dah sudah main.
Aku pun dah penat nak kejar baby sane-sini.
Hujan berhenti je, terus aku ajak balik.....

Time balik, aku tengok mata baby kuyu je.
Baringkan dia atas tangan, tak sampai seminit dia dah tido.

JJ AU2 ni takde ape sangat la bagi aku...
Bosan jeee.........
Ke aku je yang rase cam tu?

Thursday, April 12, 2012

Kasut baru

Aku memang gilekan kasut dan handbag.
Nampak je kasut, macam meronta-ronta nak beli.
Tapi terpaksa tahan nafsu sebab takde duit..... T_____T

Memang aku suke barang-barang yang berjenama.
Terutamanya Guess.
Tapi aku tetapkan harge la....
Kalau handbag, jangan lebih daripada RM500.
Kalau kasut, jangan lebih dari RM250.
Nak lagii jimat, beli time sale.
Kalau sale 10%, jangan beli lagi.
Tunggu sampai sale 30% - 50%...
Berbaloi.....
*Tapi aku biasenye TERbeli yang new arrival... mengom tul!

Mase beli jam Guess untuk birthday FZ baru-baru ni, aku cari jugak kasut baru untuk gantikan kasut Guess aku yang dah lusuh.
Ingatkan nak beli dari jenama Guess jugak..
Tapi takde pulak yang berkenan...

Cari punya cari, akhirnya aku jumpa kasut yang berkenan.
Dari jenama JWest.
JWest pon JWest laa....
Yang penting selesa.
Tapi harga...umangaiiii!
Dah sale pon but still RM200++...
Huhuhu...
Takpe la, sambar je.



Nampak biase je but selesa sangat bile pakai.
Langsung tak letih walau berjalan jauh.


Genuine leather.
Ni bukan pig skin yee...
Aku dah confirmkan dengan salesman kat situ,
Kasut kulit ni akan elakkan dari kaki kite berbau.


Wedges tertutup yang rendah.
Kaler pon senang nak matching dengan baju.
Mengikut spec yang aku nak.
Aku tak nak high heels.
Nanti sakit betis laaa.

Bulan depan nak cari kasut lagi....
Maybe nak cari kaler biru, pink dan putih pulak.
Handbag hold dulu sampai dah nak raye nanti baru beli. :)

Wednesday, April 11, 2012

Hello Wednesday!

Hello....hello....hello readers!
Just a short update.
Saje je la update di hari cuti ni.

Korang pergi mana hari ni?
Ke kije jugak?
Rajin nau korang ye....
Aku ni kalau hari cuti malas nak pergi kije.
Malas nak hadap kije-kije kat opis tu.

Hari ni aku pergi jalan-jalan kat Subang Parade je.
Best jugak kat sana kan?
Kedai makan banyak.... Parkson pon ada...
Kedai baju pon banyak.
Nanti aku update kat entri lain ye...

Aku ada banyak entri tertangguh sebenarnye.
Tunggu la ada mase nanti aku update.
Malam ni takleh update sebab line internet slow.
Kalau nak upload gambor, kompem berjanggut aku tunggu.

Eh, aku dengar ada gempa bumi kat Indonesia eh?
Ada tanda-tanda nak tsunami ke?
Harap dijauhkanlah negara kita dari bala bencana alam macam tu.
Aminn...

Sebut pasal bencana alam ni, aku bersyukur sangat dilahirkan di Malaysia.
Sebuah negara yang bebas dari bencana alam yang teruk.
Tengok saja diluar negara.
Ada tragedi puting beliung, ribut taufan, gunung berapi, tsunami....
Perghhh... dahsyat ok...
So far negara kita tak terkena benda-benda macam tu.
Terkena tempias tu ader la..
Itupun dah terseksa yang amat untuk hadapi kan?
Nauzubillah!

Ok la... Aku nak tengok hindustan kat TV2 pulak...
Duplicate.
Best citer ni..
Aku dah tengok beratus-ratus kali kottt...
CD pon ader but still nak tengok kan?
Hahahaha... kate 'hantu' filem hindustan.
Ok la... babai!



Tuesday, April 10, 2012

Alhamdulillah

Alhamdulillah...
Kad bos aku dah siap.
Aku dah pergi test parking dia tadi.
So far, berfungsi.

Pompuan yang nama Ayu (bukan nama sebenar) dah kena bambu dengan management dia tadi sebab
ketidakprofesional dalam menjalankan tugas.
Even, email aku yang dia reply pon aku forward kat bos.
Dan bos pulak reply dan cc kat top management opis & pegawai SCU.
Hopefully, dia akan lebih professional lepas ni dalam menangani masalah pelanggan.
Sebabnye mule-mule aku tak naikkan suara pon kat dia tapi dai dah bentak-bentak aku sebab takleh terima ape yang aku komplen.
Hari kedua (semalam) pun dia still tunjuk muke protes mase aku check ke SCU sampaikan aku kena deal dengan Ina je.
Dia buat-buat jawab phone dan langsung tak layan.
Pagi ni pon same...
Malah dia tujuk muke protes dia depan manager aku.
Langsung tak hormat kat manager seolah-olah dia tu jawatan besar sangat...
Padahal MS jabatan keselamatan je pon.
Harap dia boleh belajar dari kesilapan.

Jo (bukan nama sebenar) pulak sangat baik dan sabar melayan karenah aku.
Bila orang baik dengan kite, kite pon akan baik dengan orang kan?
So, lepas ni aku akan deal dengan Jo je.
Senang hati bile deal dengan orang tak emo.

Kepada kawan-kawan se opis aku, aku suggest korang deal la dengan Jo.
Senang.
Isma dah takde.

Apepun, alhamdulillah semuanya dah settle.
Lega hati aku.


Tak efisyen langsung!

Hari tu aku de citer pasal aku mengamuk kat SC Unit.
Bile dah mengamuk camtu, dan-dan masalah aku diorang settlekan on the spot.
Tahu pulakk kan?
Kalu tak, mesti diorang nak tangguh sampai berhari-hari.

Semalam passcard bos aku patah.
So, passcard tu langsung takleh berfungsi.
So, pepagi lagi aku hantar kad bos aku dan apply for the new one.

Aku : Bila agak-agak passcard bos saya akan siap?
SCU : Dalam masa 5 hari bekerja...
Aku : Hah?? Tak leh awal lagi ke? Nanti bos saya bising pulak. GM kottt....
SCU : Memang itu prosedur kami, cik.
Aku : Ok, boleh saya dapatkan temporary card untuk dia tak?
SCU : Jap ye.....

Then, dia pergi check dalam laci.

SCU : Cik, kami takde stok temporary card.

Damn!
She's already switch on the RED button of mine!

Aku : So, macam mana dia nak keluar masuk opis??? Takkan temporary card pun takde???
SCU : Macam ni lah, cik. Kami cuba dapatkan kad sementara after lunch ni.
Aku : Ok.

Then, aku balik opis.
Bagitahu bos ape yang berlaku.
Bos aku potpetpotpet.
Bukan marahkan aku.
But marahkan pengurusan unit tu.

Bos : Ok, kite tunggu sampai lunch.

Aku bagitahu manager aku pasal benda ni.
Kebetulan pulak manager aku ada link dalam SCU tu.
Pompampompam, akhirnya dalam pukul 11, temporary card untuk bos aku sampai.

Boleh pulak dapat temporary card sebelum lunch.
Tadi kate nak dapatkan selepas lunch!
Ishhhhh!!!

Ok la...
Settle masalah.

Aku jumpa Leen.
Tanya dia boleh access ke tak parking sebab last week dia takleh access parking.
Asik kena bayar je.
Sekali Leen cakap dia still takleh access parking.

Astaghfirullah al-azim...
Ape ke benda kerja yang SCU buat nih?
Serba-serbi tak kena!

Aku hantar email kat staff SCU.
Ayu (bukan nama sebenar).
Ayu ni la yang bentak-bentak dengan aku hari tu.
Semalam aku tak deal dengan dia pon.
Aku deal dengan Ina (bukan nama sebenar).
Ayu ni duk buat muka.
Aku sepak muka tu kang baru tahu!

Aku hantar email in BI.
Korang nak tahu ape yang Ayu balas?

Access Parking has bee to Leen…

we are trying to find a temporary card for you,
we can not promise to you,
we have to wait if there are practical Leasing @ return the card temporary.

Ape kejadahnye nak tunggu budak praktikal / leasing pulangkan kad tu???
Takkanlah korang takde stok kad langsung????
Haihh... aku kata bodoh kang marah!
Dah la BI tunggang langgang!

Menurut email, kad Leen dah boleh akses parking.
Bos pulak dah dapat temporary card.
So, settle buat sementara waktu.
Cumenye nak tunggu passcard yang baru tu siap je.

Dalam kul 8.55 malam semalam, tetibe aku dapat call dari bos.
Time tu sebenarnye aku dah tido.
Ngantuk gile.

Bos aku bagitahu temporary card dia takleh access parking.
Mujur ada security guard yang jaga.
So, bos aku dapat kuar.
Kalu takde security guard, takkan bos aku nak tido kat opis???

Uiksss... serta-merta darah aku naik kepala.
Adoiiiii!!!! Ape lagi yang tak kena nih????
Bosannye aku bile sebut pasal passcard nih!

Terus aku bukak email opis dan hantar email kat Ayu.
Tegas kemain ayat aku time tu.
Ye la, sape yang tak sakit hati.
Diorang ni buat kerja macam main-main tau tak!
Uihhh, sakit jiwa aku!

Pagi ni sampai opis, aku terus pergi jumpa security guard yang jaga parking GM.
Bagitahu kalu nampak kereta bos, bagi dia masuk sebab passcard dia tak berfungsi.

Ok, settle.

Pagi tadi once again aku dan manager turun pergi SCU.
Manager aku hangin gile!
Kalah kalau aku hangin.

Aku tengok Ayu menggelabah je buat kerja.
Muke dia tu cam biase laa...
Buat muke protes.
Eeeeii...serius geram tengok muke dia!

Berpuluh-puluh email aku hantar kat dia.
Biar penuh kotak email dia dengan email yang aku hantar.
Padan muke!

Dia asik-asik duk cakap, "prosedur kami 5 hari"...
5 hari wakluuuuuu!!!!

Prosedur 5 hari tu adalah untuk korang settlekan masalah passcard tu WITHIN 5days.
Bukan hari yang ke-5 baru siap!!!
Lagipun bukan banyak sangat application baru yang korang dapat dalam 1 hari.

Acu tengok JPN...
Sehari beribu-ribu IC diorang kena siapkan.
Elok je dalam mase 1 jam diorang boleh siapkan IC orang.
Takde masalah pon.

Tengok pulak passport.
Sekarang ni nak buat passport kemain lagi senang.
Dalam mase 1 jam passport leh siap.
Padahal nak buat passport tu lagi la complicated.
Banyak security code kena masuk.
Takde masalah pon!

SCU?? Berapa application je yang diorang dapat 1 hari?
Bukan beratus-ratus pon!.
Puluh-puluh pon mungkin.
Itupun nak amik mase 5 hari bekerja???
Pukimak kau la!!

Aku bukannya ape.
Diorang ni saje je nak kumpul application banyak-banyak dan pastu diorang akan buat sekali harung.
Sebabnya diorang malas nak turun naik pusat server banyak kali.
Sebab tu sampai kena 5 hari tu.
Padahal benda ni boleh siap dalam mase 10 minit je pon.

Tadi aku baru dapat berita, passcard bos aku dah siap.
Sekarang diorang tengah test.
By lunch nanti akan dapat.

Seeee................
Boleh pun buat cepat.
Ni nak kena tunggu sampai 5 hari kenapa??

Budus!!!