Thursday, May 31, 2012

Jurnal # 3

Salam....

Thanks abang sebab call sayang pagi tadi.
Abang janji petang nanti nak call lagi..
Sayang tunggu panggilan abang eh.
Hilang rindu kat abang. *ewahhh!

Semalam sayang balik lewat.
Pukul 8 baru kuar opis.
Padahal bukannya sayang terlibat dengan meeting bos dengan staff exec pon.
Saje je dia suruh tunggu.
Sampai sayang tak sempat nak panaskan enjin kereta abang.

Nasib baik semalam sayang dah beli makanan malam awal-awal.
Balik je dari opis, terus menonong ke rumah.
Tak pandang kiri kanan dah.
Sampai je rumah, terus masuk dapur.
Makan aiskrim coklat 1 cawan penuh...
Pastu baru makan malam.
Lupa nak snap gambar.
Tapi makanan malam yang sayang makan 2 hari lepas sayang snap pulak...
Hari tu sayang makan :-


Kueh teow Kungfu.
Sayang beli kat gerai kaki lima tu.
Sedap...

Tengahari tadi manager sayang belanja 1 opis.
So, takyah susah-susah turun lunch.


Saya order nasi ayam.
Tapi tu la, mana ada selera makan sangat.
Sayang makan sikit je.

Petang ni tak tahu lagi balik awal ke lewat.
Kalau boleh nak laa balik TEPAT WAKTU sebab nak rehat.
Kalau asik kena balik lewat je, matii laaa...
Dah la OT tak pernah nak kire.

Jujur sayang cakap, kekadang sayang bosan kerja camni.
Balik tepat waktu pun nak jeling-jeling.
Kite ni bukannye macam orang Jepun yang memperhambakan diri kat syarikat.
Macam takde private life.. Kan?

Eh, lari tajuk pulak...

_______________________________________________________________________

To readers,
Salam.

Jurnal ni aku akan update setiap hari.
Kononnye sebagai report apa yang aku buat sepanjang ketiadaan FZ disini.
Jadi, diharap semua reader faham dan kalau tak suka, silalah jangan baca.
Aku tak nak korang ada perasaan meluat/menyampah dengan aku disebabkan entri ni.
Terima kasih. :)

Wednesday, May 30, 2012

I miss him :'(

-Copyright pic-

Just to share my feeling tonight..

Im just...miss him damn much!

Petang tadi dia ada call through public phone.
Now, aku dah save nombor public phone tu.
Tu je satu-satunya telefon yang boleh digunapakai kat situ.
Line telefon bimbit adalah yilek!

Telefon tu duk jauh dari penempatan dia.
Katanya telefon tu duk berhampiran dengan sekolah dan klinik desa.
Mustahil dia boleh call aku malam-malam sebab dia kena redah hutan untuk telefon aku.
So, dia boleh call petang je.
Lagipun dia guna kad phone.
Kad phone tu ada jual kat bandar je.
So, kene jimat kredit.
Takleh cakap lama-lama.
5minit pon dah cukup.

Takpelah.
Sekali sehari pun takpe.
At least ok la daripada takde langsung.

Sunyinya malam ni...
Hp memang senyap terus.
Biasenye time-time macam ni kitorang call atau sms.
Tapi malam ni........................ T_______T

Sabar...sabar...
8 hari je lagi....
8 hari sekejap je kan?
T______T

Bila buat kerja tak ikhlas

Salam readers...

Petang-petang hari ni rasa cam nak meroyan pulak.
Yela, aku tak suka tau bekerja dengan orang yang tak ikhlas bekerja.
Bila tak ikhlas, mulalah buat kerja sambil lewa je.
Pastu mulalah itu tak kena, ini tak kena.
Bosan!!

Benda senang pon susah nak buat.
Dah banyak kali dah tegur, tapi tak reti-reti bahasa gak!
Manusia jenis hape ntah!
Kalau rasa kerja luar tu lagi penting, dah kau berhenti kerja je!
Ramai lagi orang nak bekerja kat sini!

Hadoiii...
Dah naik pening kepala aku dengan perangai kau ni la!
Bila KPI rendah kau bising!
Tapi kau tengok la ape yang kau dah buat.

Sekarang ni kerja aku dah stuck.
Kau punya pasal!
Ape pun tak boleh!
Benda ni memang kecik pon tapi kalau dah terlalu banyak kau buat silap dalam hal kecik, lama-lama benda ni jadi besar jugak.
Eeiii... bosan lah!

Readers, ape aku nak buat dengan staff camni eh??
Bagi cadangan sikit.
Takkan nak buat bodo je kott...


Jurnal # 2

Salam abang...

Pagi tadi adalah last kite communicate.
Saat ni dah tentu abang dah masuk hutan belantara.
Alamakk.... dah tiba sayang duk sorang-sorang kat sini.
Henset sayang pun kompem akan sunyi selama beberapa hari.
Yela, sape yang nak call sayang kan?

Semalam sayang tido awal abang.
Sayang kan tak sihat.
Kul 8 sayang dah tido. tapi kul 10 sayang bangun sekejap pergi toilet.
Lepas tu terus tak sedar diri sampai lah pagi tadi.

Owh, petang semalam sayang sempat hidupkan enjin kereta abang.
Sambil tu lap-lap kereta sikit.
Ada taikk burung laaa... eeeiiii.....
Tengok la petang nanti ke sayang cuci...*walaupun gelii....

Pagi tadi sayang sempat check gitu-gitu je kereta abang.
Sayang lambat ke opis tadi.
Sayang sempat check pintu dan naikkan wiper je.
Pagi tadi kat sini hujan lebat.
Nasib baik sayang sempat sampai opis sebelum hujan.

Sayang dah bagitahu abang pagi tadi sayang dah breakfast nasi lemak.
Tapi sayang tak sempat nak sms abang bagitahu lunch ni sayang tak makan.
Kul 10 tadi sayang try hantar sms, tapi mungkin line kat sana dah takde......
Takpelah...
Abang bagitahu sayang tadi abang dah beli kad phone.
Abang call la sayang kalau ada masa terluang.
Harap-harap public phone kat sana tak rosak dan line senang nak dapat. T______T

Ok... ini je la report yang sayang boleh buat.
Takde ape sangat yang sayang buat hari ni..
Tapi tak tahu la petang nanti cane.
Sayang doakan abang selamat kemana-mana je abang pergi.


__________________________________________________________

To readers,
Salam.

Jurnal ni aku akan update setiap hari.
Kononnye sebagai report apa yang aku buat sepanjang ketiadaan FZ disini.
Jadi, diharap semua reader faham dan kalau tak suka, silalah jangan baca.
Aku tak nak korang ada perasaan meluat/menyampah dengan aku disebabkan entri ni.
Terima kasih. :)


Tuesday, May 29, 2012

Kalau dah bajet-bajet masuk syurga.....

Salam readers....

Hari ni aku ada terlebih masa untuk rehat.
Memang tak banyak kerja yang nak dibuat.
So, apelagi mase terluang camni la kite amik peluang untuk up entri banyak-banyak.
Rajin pulak aku menaip hari ni ye...

Aku ada cerita nak kongsi.
Aku bukan nak hentam sesape tapi sama-samalah kita fikirkan mana 1 baik, mana 1 yang buruk.


Dah tengok gambar diatas?

Lokasi gambar diambil adalah di tempat kerja FZ.
Time ni aku tengah lepak dengan FZ sambil layan fb.

Kesahnya lelaki diatas (aku namakan dia sebagai LT).
LT? Apa tu?
LT tu stand for lelaki tua.

LT tu datang dengan family dia.
Kalau tak silap aku, ada la dalam 6orang.
Semuanya pompuan kecuali dia.

Uiks.. pakaian alim-alim...
Dia pakai jubah....
Anak-anak pakai tudung labuh walaupun baju singkat nampak bontot.
Tak kisahla kan...
Hak masing-masing.

1 hal nye pulak, taknak ikut rules.
Dah peraturan kolam, kalau nak mandi, kena pakai pakaian renang.
Tak pun pakai T-shirt dan seluar tight.
Tapi dia biarkan aje anak-anak dia pakai seluar track.
Kawan FZ tegur suruh pakai tight labuh, tapi diorang buat derk.
Last-last semua staff kat situ biarkan.
Kang nanti kate tak sensitif pulak.

Mase tu aku dan FZ duk lepak kat meja staff.
Kirenye dari meja staff tu boleh la nampak 1 kolam.
At least boleh pantau kalau apa-apa jadi kat kolam tu.
Si LT ni pulak tetibe berjalan menuju ke meja staff kedua.
Kebetulan pulak atas meja tu ada paper Harian Metro.
Dia dengan selambanye duduk dan baca paper tu WITHOUT mintak izin.

Uiks.... pakai jubah kopiah kemain lagi..
Tapi perangai jenis suka guna barang orang tanpa mintak izin.
Aku ni pantang sebenarnye dengan orang-orang macam ni.
Berat sangat mulut tuh.
Walaupun tu bukan paper aku, tapi aku geram la jugak.
Sesama Melayu Islam kott..
Takkan la sampai tak reti jaga adab?

Dah la sesuka hati duk kat meja staff.
Pastu baca paper orang.
Sungguh aku tak faham dengan manusia macam ni.

Memula dia sorang je duk kat situ.
Pastu, datang la lagi 4 orang family dia berhimpun melepak kat situ sambil makan-makan.
FZ dah jeling-jeling kat aku dah.
Aku just geleng kepala.
Opis orang tapi buat macam tempat sendiri.
Haih........ meluat laaaa aku tengok orang-orang macam ni..

Sebab tu aku selalu bertegas, ape-ape hal jangan judge orang dengan pakaian dia.
Berjubah, berkopiah, bertutup litup tak semestinya perangai elok.
Kadang-kadang yang pakai baju tak cukup kain tu lebih reti bahasa dengan orang lain.

Kite duk laung-laung kite ni Islam.
Tapi nama adab kite sebagai seorang Islam?
Islam suruh kite berperangai baik...... bukan suruh bajet baik...
Jangan kerana pakaian kite keIslaman, kite ingat orang akan hormat kite.
Jaga dulu perangai kite, jangan nak bajet ahli syurga sangat.
Pakai tutup litup, tapi perangai macam hampagas, satu sen pon tak gune!

Uikss... teremosi pulakss..
Dah la aku demam nih.
Tapi tu la... menyakitkan hati dengan manusia-manusia macam ni.
Buat sesuke hati dia je...
Gune barang orang without permission, masuk tempat orang without permission, tak ikut rules....
Ape jadahnye macam tu?
Mulut tu ada emas bertongkol-tongkol ehh sampai berat sangat nak mintak izin??

Aku dah kenal dengan ramai orang yang jenis bajet ahli syurga.
Pakai jubah, tudung labuh kemain.
Tapi mulut cam cibai.... perangai poyo jek....
Ahli syurga la katakan....
Aku ni ahli neraka.
Tak pakai tudung.
Reti bahasa cemana pon, tetap ahli neraka.
Diorang pakai pakaian elok..... Tuhan suke.
Perangai hampeh pon tetap masuk syurga.
Tak gitu?

Belanja

Salam readers...

Tengahari tadi opismate aku, Leen belanja 1 opis sempena gaji bulan kedua dia bekerja disini.
Mujur laa unit aku ni ada 8orang je.
Kalau 80 orang, pengsan jugak.

Punyalah dia berahsia tak bagitahu kat mana lokasi dia nak belanja.
Kitorang ni menonong je ikut.
Siap naik LRT lagi...
Rupa-rupanya dia nak ajak makan di Madam Kwan's KLCC.

Hamboiii.... sampai ke KLCC nun hah!
Tapi tak jauh pun dari opis aku.
Naik LRT  putra 20minit dah sampai.

Ramai bebudak student yang datang.
Siap rombongan lagi.
Maklumlaa sekarang kan cuti sekolah.


Aku kan demam...
Tapi ais tetap ais..
Aku order..... laici ais.
Ubat untuk tekak aku... wuwuwuwwu...



Nasi bujori.
Sedap.
Ada ayam goreng, sambal udang dan rendang daging.

Nampak je nasik sikit camtu tapi hazabnye aku nak habiskan.
Kenyang gila.
Lately perut aku takleh sumbat makanan banyak-banyak sangat.
Cepat kenyang tapi badan aku tak kurus-kurus pun.
Huhuhu...

By the way, thanks Leen sebab belanja.
Semoga murah rezeki!


Jurnal # 1

Salam readers...

Entri ni khas untuk FZ.
Now, dia ada di luar Semenanjung. Jauh dari aku untuk beberapa hari... T___T
And the worst, kami langsung tak dapat contact each other sebab dia berada jauh dalam hutan.
Pagi tadi dia call aku, katanya dia dah sampai kat airport sana.
Tunggu mase nak naik bas je kul 11.30 nanti.
Bertolak dari LCCT jam 7.40pagi tadi.

Jurnal ni aku buat untuk dia sebab untuk makluman apa yang aku buat sepanjang dia takde.
Dia asik la duk pesan kat aku, suruh aku jaga diri elok-elok, jangan curang, jaga kesihatan.
OMG! 
Sebak pulak rasanye.
Ni baru kapel... belum kawen lagikk.
Cane tuh?

____________________________________________________________

Abang,

Semalam sayang tido tak lena langsung.
Yela, asik duk pikir hidup tanpa abang.
Sayang ni manalah ada sape-sape selain abang.
Sayang sakit, abanglah yang jaga sayang.
Sayang susah, abanglah yang tolong sayang.
Selama ni kuar lunch tetiap hari pun dengan abang.
Now, sayang tapau jekk makan sensorang kat opis. Y_____Y

Pagi tadi badan sayang kemain lemah.
Tak larat. Sayang demam.
Tekak pun rasa gatal-gatal.
Tunggu la tengahari nanti kompem segala pakej-makej selsema dan batuk akan sampai.
Segan pulak nak amik mc sebab Jumaat baru-baru ni sayang dah mc sebab gastrik.
Takpelah.. balik rumah pun bukannya ada apa.
Tahan je la selagi boleh tahan.

Hari ni, opismate sayang akan belanja lunch.
Memang dah set lama dah.
Sayang takde selera makan abang.
Tapi dah orang nak belanja, rezeki tuu..... takkan nak tolak kan?
Huhuhu...

Start esok, sayang akan breakfast dulu.
Turun beli makanan dalam kul 9.
Time tu orang tak ramai sangat kat food court.
Pastu pukul 11.30, sayang akan turun lagi ke food court sebab nak tapau lauk untuk makan malam.
Makcik Kelantan yang jual nasik kat kaki lima tu akan balik kampung.
Nanti sayang takde makanan untuk makan malam.
Nak masak, sayang penat abang. *alasan sangat kan? Huhuh.

Owh ye.... pagi tadi sayang dah check kereta abang.
So far, kereta elok.
Tengok la petang nanti lepas balik kerja, kalau larat sayang hidupkan kejap enjin kereta.
Sambil tu boleh lap-lap kereta sikit.
Harap-harap burung tak berak atas kereta abang.
Sayang geli nak cuci taikk burung ni... uwekkk.. huhu...

Sekarang ni sayang berkira-kira nak balik rumah.
Badan rasa makin lemah je...
Tak sabar nak tunggu pukul 5.30, nak balik...nak rehat.

Sayang doakan abang selamat pergi dan selamat balik.
Jangan lupa belikan sayang buah tangan.
Kalau abang tak beli, abang balik nanti sayang merajuk.
Boleh? Heheh...

Monday, May 28, 2012

Layak ke bergelar suami & ayah?

Salam readers...

Ingat tak pasal kawan aku yang bercerai sebab husband dia curang?
Akhir-akhir ni kerap jugak la kawan aku tu contact aku.
Aku tahu dia perlukan sokongan kawan-kawan.
Yela, sape yang tak sedih bila diceraikan suami?
Kalau ditinggalkan pakwe pon dah meroyan nak bunuh diri kat KB Mall, inikan pulak ditinggalkan suami.
Nasib baik la kawan aku tu rasional lagi.
Dia still fikir anak dia kat kampung tu.

Hal ni pon aku ceritakan kat FZ.
FZ kate, lelaki itu ntah ape-ape.
Bodoh!

Tapi FZ pesan kat aku, suruh kawan aku tu ubah penampilan.
Bila kawan aku tu dah cantik nanti, kompem ex-husband dia menyesal.



Aku print screen status FB kat wall ex-husband kawan aku tu.
Kalau gambor ni terlalu kecik, sila klik untuk tumbesaran.

Aku tak paham betul.
Sakit ati pon ada.
Ade ke dia cakap "aku tak perlukan anak-anak aku lg"..
Ptffffffff...!!!
Buat anak pandai... pastu suka-suki kau nak tinggalkan anak tu.
Anak tu kecik kot...
Tak sampai setahun lagi duk kat dunia.
Anak pompuan pulak tu.
Bengong!


Semalam kawan aku contact aku lagi.
Katenye dia terima sms dari nombor yang tak kenal...
012-3654427.

Pastu tetibe dia dapat sms lagi.
Kali ni dengan nombor lain pulak..
017-3696184.

Rupa-rupanya nombor pertama tadi adalah nombor perempuan itu.
Dia duk maki-maki kawan aku.
Orang Kelantan pulak tu..
Sori ye, aku bukan bersifat kenegerian tapi tu la...
Sepatutnya orang Timur ni perangai elok-elok.
Asal dari negeri Serambi Mekah kott.....
Tapi perangai... haremmmm!!

Nombor kedua tu pulak adalah nombor ex-husband kawan aku.
Pun duk maki-maki kawan aku tu.

Sepatutnya perampas tu yang kena maki.
Dah la rampas hak orang, pastu nak marah-marah pulak.
Suruh jadi bini nombor dua, taknak...
Lelaki macam tu memang takleh diharap.
Entah-entah bila kau dah beranak nanti, dia pi cari pompuan lain dan tinggalkan kau pulak.
Mase tu barulah kau tahu erti penyesalan.

UPDATE :

Tengahari tadi aku lunch dengan FZ.
Tetibe ex-gf dia yang duk Kelantan tu call.
Siap tanya dah makan, makan ape.. buat apa...
Huihhh... hangin aku.
Tapi aku dah sampai 1 tahap malas nak amik port sangat.
Pompuan tu pun dah kawin...
FZ tu pun dulu kata dah taknak main pompuan lain lagi dah.
Ape-ape jela.
Masing-masing dah besor.
Pandai la jaga hubungan masing-masing.
Tapi FZ yakinkan aku, dia tak pernah contact pun dengan mana-mana pompuan selain dari aku.
Dia pun tak sangka ex dia akan call lagi.
Hmm.. ye-ye kan aje la...
Jangan sampai 1 tahap aku mengamuk, habis huru-hara 1 kolam tu nanti.

Tapi...erkkk... perempuan kelantan lagi??

Terlupa

Salam readers...

Tadi aku baca entri sendiri.
Saje je la kann...
Padahal kerja banyak yang kena settlekan.
Bila kerja kita deal dengan orang, memang susah sebab kite kena tunggu orang tu respon.
Pastu barulah kerja kita settle.
Selagi takde respon, selagi tu la kerja kite tertangguh.

Owh, berbalik pasal tadi.
Aku belek-belek entri sendiri.
Kelakar pon ada bila kite baca blog sendiri pastu kutuk-kutuk penulisan sendiri.
Hahahah..
Tapi siyes, aku mengaku aku bukannya penulis yang baik.
Ayat tunggang terbalik.... pastu ada certain ayat aku ulang 2-3kali.
Halamakkkk....

Aku baca entri pasal CH.
Rupa-rupanya aku lupa nak upload gambor bunga-bunga yang FZ bagi kat aku.
Kan dia janji nak bagi bunga 1 bonet.
Tapi bila difikirkan balik aku rasa cam membazir pulak.
Baik duit tu dia buat belanja aku makan nasik dengan ikan siakap 3 rasa.
Sedap gakk...
Beli bunga banyak-banyak pon bukannye boleh makan.
Balik-balik nanti buat mandi bunga aje laa... buat naik seri muke aku yang tak berapa laku nih.
Huhuhu...



Tadaaa.....

Takde la penuh 1 bonet pon.
Tapi cukuplah banyak ni...
Macam-macam kaler ade.
Merah (of course kena ada), biru, kuning, oren, purple, putih, pink....
Wahhhh.... seronok kemain mase dapat bunga.
Sekarang ni dah beberapa minggu berlalu, bunga-bunga ni aku letak dalam peti ais.
Still segar kot.

Bunga-bunga kat atas tu FZ la yang susun dalam bonet...
Dia kata kalau aku susun nanti nampak berterabur...
Iye iye kan aje la...
Y____Y


Friday, May 25, 2012

Gastrik

Salam readers...
Korang apa khabar hari ni?
Aku tak berapa ok hari ni sebab diserang gastrik yang teruk.

Semalam aku tido dalam kul 1 pagi.
Ntah kenapa mata ni rasa cerah je...
Ingatkan tido awal.
Sebelum tido aku dah rasa semacam dalam perut ni.
Rase cam sejuk semacam je...
Aku agak angin biase je.

Tup-tup pukul 4 pagi automatik aku terjaga sebab perut aku sakit yang amat.
Ditambah pulak bila aku celik mata, kepala aku jadi wengg...
Semua benda kat depan aku ni macam berpusing.
Serius sampai tahap aku nak muntah.
Aku sentuh kepala aku.... terasa berlekuk-lekuk.
Memang aku tahu, kalau kepala rasa berlekuk tu mesti urat kepala aku naik sebab angin dah naik ke situ.

Aku baring lagi.
Bajet nak tido balik sebab teringatkan pagi nanti nak pergi kerja.
Sekaliii perut aku rase menekan... keras dan perit.
Ya ALLAH, sakitnya Tuhan je yang tahu.

Aku bergegas ke toilet.
Makanya, duduk la aku atas mangkuk tandas tu selama 30minit...
Naik kematu bontot aku duduk atas mangkuk tandas tu without apa-apa pun yang berlaku....

Pastu aku masuk bilik.
Time tu dah hampir pukul 5 pagi.
Aku cuba tido sekali lagi tapi gagal.
Kul 5.15 pagi, aku sms FZ.
Dia kan tido mati.
Manelah sedar aku sms....

Takpe, aku tahan lagi.
Try tido tapi tak dapat. So, aku bangun bersiap-siap pergi kerja.

Punyalah usaha aku nak pergi kerja walaupun sakit.
Sakit sampai tahap aku berjalan pon terbongkok-bongkok..
Kaki ni lemah macam tulang dah reput.
Pinggang ni takyah cakap la,... dia punya rasa lenguh macam 10orang pijak pinggang kite mase tu.

Aku pergi opis dengan teksi.
Tak larat aihhh nak naik LRT.
Sampai opis, perut aku ok sekejap.
Sempat la aku check email dan balas email-email yang penting.
Tapi tak lama....... 8.15 pagi perut aku sakit balik..
Aku tahan sampai pukul 8.30pagi sebab aku nak amik MC.
Memang kalau boleh aku nak balik rumah, nak rehat.

Klinik pulak bukak lambat.....
Menggigil kaki aku tahan sakit.
Aku jalan slow-slow pergi duduk kat lobi opis aku dulu.
8.45pagi, aku gamble pergi balik ke klinik.
Alhamdulillah, klinik dah bukak dan aku adalah patient yang pertama.

Dapat MC, aku terus contact FZ.
Bagitahu dia aku dapat MC dan dah nak balik rumah.
Time tu dia pulak ada kat HQ.
Jauh dari opis aku.
Dia sms suruh aku balik dengan teksi.
Tapi aku cakap aku balik dengan LRT.

Time aku kat basement, tetibe FZ sms bagitahu dia akan datang amik aku.
Punyalah dia berkejar dari HQ ke opis aku...
**Thanks abang... :)

Lepas tu dia hantar aku balik rumah....
Aku apelagi, bukak tv pastu lelapkan mata.
Itupun lepas makan mee goreng yang FZ bagi kat aku.
That time perut aku ok sikit tapi terasa perit juga kesan dari sakit pagi tadi.

Tengahari, betis kiri aku pulak cramp.
Terjerit-jerit aku dibuatnya.
2 kali pulak tu cramp!
Sakit dowh...

Sampai 1 tahap aku bagitahu FZ,

"Sayang rasa umur sayang tak panjang sebab muda-muda lagi dah banyak penyakit...."

FZ : Ajal tu kan ditangan Tuhan... Janganlah cakap macam tu, sayang.
Aku : Memang la... tapi lebih baik mati awal daripada mati lambat tapi selalu sakit-sakit...

Serius... aku dah fed-up sakit-sakit ni...
Kekadang datang jugak fikiran bodoh aku ni,,,, aku terfikir orang lain pun ada gastrik gak tapi kenapa diorang ok je....?
Kalau dulu aku selalu cramp kaki...
Hilang cramp kaki, datang pulak penyakit kencing tak lawas.
Setiap 3 bulan mesti aku diserang kencing tak lawas..
Terseksa jiwa aku time tu.
Hilang penyakit kencing tak lawas, datang pulak sakit gastrik teruk.

Memang penyakit datang tandanya Tuhan nak uji kita.
Tapi aku rasa terlalu berat aku nak pikul ujian DIA kali ni..
Nak kata aku makan benda yang bukan-bukan, takde.
Nak kata aku selalu skip makan, aku makannnn je selalu.
Tapi kenapa aku kena gastrik?
Pelik tak?

Ya ALLAH, sembuhkanlah penyakit hambaMU ini.
Amin.

Thursday, May 24, 2012

Tidur

Salam readers...
Hari ni lewat sikit aku update blog sebab pagi tadi ada kerja nak dibuat.

Lately aku tak tahu la kenapa aku selalu tidur awal...
Kalau tidur awal, esok pagi bangun cergas takpe..
Ini tak, tidur awal tapi esok pagi liat gak nak bangun.

Rutin tidur aku hari-hari adalah lebih kurang sama.
Cuma hari Isnin dan Selasa aku akan tidur lewat sebab tunggu nak tengok citer Revenge kat channel 711 kul 10.45 malam.
Hari Rabu lagiii lewat aku akan tidur sebab layan citer hindustan tv2.
Hari Khamis bergantung pada rancangan tv.
Kalau best, aku akan tido lewat.
Kalau tak best, aku akan tido awal.
Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad aku akan tido lewat.

Tapiiiiii......... sejak minggu lepas aku asik tido awal je.
Dah banyak kali terlepas tengok citer Revenge.
Dah banyak kali jugak terlepas tengok citer hindustan...
Macam semalam aku tido kul 9.55...
Lagi 5 minit nak start citer hindustan.
Dah la semalam citer tu best.. "Mein Prem ki Diwani Hoon" atau bile di translet ke BM jadi "Aku Tergilakan Prem (Kekasih)".
Wahhh... siap translet lagi.
Ko buleh? Hahaha

Walaupun aku tido awal, tapi still liat nak bangun pagi.
Cam ada batu je atas mata aku nih.
Haihh... susah bebenor.
Pastu mulelah rasa malas nak pergi kije.
Adoyaiii.... tak produktif langsung!

Tapi yang peliknya kalau tido lewat (dalam kul 12-2pagi), elok je aku cergas time bangun pagi.
Pelik sungguh...
Korang ader ke masalah cam aku nih?
Ke aku sorang je yang ganjil? Huhuhu...



Wednesday, May 23, 2012

Uncle Chili

Salam readers..

Setiap hari biasanya aku akan lunch dengan FZ.
Sebab tu kadang-kadang kawan opis bengang je sebab susah nak kuar lunch dengan aku....
Paling tak pun, kena bagitahu aku 2-3 hari sebelum kuar.
Lebih kurang cam buat appointment la.
Poyo je kan kena buat appointment bagai.
Cam VIP lakk... *haktuihh!

Kitorang biase lunch kat AmCorp Mall.
Dekat sikit dengan opis aku.
Lagipun kat situ banyak restoran.
Pilih je nak makan kat restoran mana.
Tapi aku dan FZ suka makan di Uncle Chili.
Makanannye boleh tahan la..
Kena la dengan tekak aku ni.
Lagipun banyak pilihan boleh dibuat.


Iced chocolate with float - aku punya.
Honey lime - FZ punya.

Memang iced chocolate tu pilihan aku setiap kali makan kat situ.
Maklum la aku tak berapa gemor minum jus-jus nih..
Tak masuk tekak la.
Tekak aku ni kan tekak kampung.


Uncle Chili fried rice.
Sedapp...
Aku biase jugak makan mee kari uncle chili.
Sedap jugak.
Tapi semalam rasa lapar pulak.. perut nak makan nasi.


Singapore fried mee hoon - FZ punya.
Yang ni pon sedap.
Secukup rasa.


FZ saya...... -jangan curik dia dari saya ye. :)


Saya la ni...
Acu compare body aku sekarang dengan body aku setahun lepas..
Berbeza sangat uolss!
Sebab tu lately aku asik pakai baju yang sama je sebab baju lama dah tak muat.
T______T


Hidangan sampinga.... fried wantan.
Sedap jugak.
Rangup. Isi ayam kat dalam wantan tu pun lembut dan manis.

Lepas makan semalam, aku sempat pergi tempah baju.
Yela, baju kurung aku yang lama dah banyak tak muat tang kain...
Sampai takleh nak cangkuk dan zip.
Taikk tul la!
Nampak sangat aku kena diet sekarang ni.
Tapi tu la.. bukan senang nak diet.
Nak-nak orang macam aku ni yang pantang tengok nasik mesti terliur dan menggelupur nak makan.
Ha, cane tuh?



Cameron Highlands - Ed 4

Salam readers...
Korang ape khabar pagi ini?

Entri ni adalah edisi terakhir cerita aku mengenai CH.
Jenuh tul nak upload gambar.
Katanye storage dah penuh....
Halamak!

Entri yang lepas aku citer aku pergi Butterfly Garden.
Kat Butterfly garden tu aku sempat la beli kaktus dan beberapa cenderahati.
Ye la... pergi sane takkan tak beli ape-ape dokk?
Paling tak pon beli fridge magnet..

Dah habis shopping, kitorang singgah pulak ke Rose Centre..
Kat sini bukannya pusat bunga ros pon..
Tapi lebih kurang cam pasar.
Kat situ jugak ada banyak kedai yang jual bantal strawberry.
RM8 je dowh!
Murah je...
Aku beli 1, Mimy 1..
Mimy tu kirim kat aku je..
Dia yang bagitau aku bantal tu harga RM8.
Kalau tempat lain mahal.. sampai berbelas-belas hengget!

Kat Rose Centre ni FZ belikan aku bunga lagi.
Kali ni dia beli bunga lavender...
Perghhh comel gila bunga lavender..
Kaler purple campur biru campur kuning.
Pastu tambah lagi sejambak bunga ros kaler putih dan biru.

Jalan-jalan lagi beli sayur.
Geramm tengok sayur-sayur kat situ.
Semuanya segar-segar.
Sori ye... gambar adalah yilek!
Sebab tak cukup tangan nak pegang kamera.
Mau taknye... shopping sampai penuh tangan.

Dah puas jalan-jalan, kitorang pun decide nak balik...
Dah berlengas tubuh aku.
Ingatkan cuaca dingin..
Tapi rupanya, panas gile.

Sebelum balik, kitorang singgah kat Bharat Tea Plantation dulu.
Nak pergi ke ladang teh Boh Ombak rindu tu dah tak larat sebab jauh sangat.
Kat sini pun dah kira ok.


Cantik betul pemandangan kat sini.....
Tenang je..
Bila dah turun sini, barulah rasa angin dingin sikit.
Itupun kalau duk kat tempat teduh.


Cameron Valley- Bharat Tea House


Bukti kitorang dah sampai sini... :)


Gambar gedik of course la ada....


Nak tengok gambar selebihnya, sila ke FB aku ye...


Cuba cari mana FZ?
Dia ni nak main sorok-sorok pulak....

Bila dah snap dua-dua gelak sebab kelakar...
Dia ni macam dah takde idea nak posing cemana..


I'm here!


Pose macam ni pun idea aku.
At least ader la kelainan bila snap gambar..
Tak gitu?





Kitorang berteduh kat sini jap sebelum balik ke KL...


Ada kisah misteri mase kitorang on the way ke CH ni...
Mase tu kitorang kat area hutan Tapah tuu...

Kiri kanan jalan kann hutan.
Pastu ader la 2-3 gerai orang asli tapi gerai tu tutup.
Mungkin awal lagi masa tu.
Jalan pulak lengang.
Ada la kekadang 1-2 kereta dari jalan bertentangan..

Tengah drive tu, tetibe ada proton waja memintas kereta kitorang.
Ada omputih yang drive sorang-sorang... laju pulak tu...
Dah la jalan bengkang-bengkok.
Sekejap je kereta dia dah hilang dari pandangan.

Pastu tak sampai 5 minit, kereta omputih tu memintas lagi kereta kitorang.
FZ dah cuak.
Yela, kitorang tak nampak pon kereta tu berhenti kat mana-mana.
FZ pulak mana ada memintas kereta orang lain sebab jalan pon lengang je....

Fikiran aku dah teringat KERETA KUNING kisah kat karak tu...
Halamakkk......

Aku tanya FZ kot-kot tadi dia ada memintas kereta tu...
Manalah tahu kot-kot aku tak sedar ke ape..
FZ kate takde pon sebab mana ada kereta pon kat jalan.
Nak kata kereta tu berhenti kat bahu jalan, takde la pulak sebab jalannye kecik aje.
Even kalau kereta tu berhenti kat bahu jalan, mestilah aku atau FZ akan nampak..

Uikss..... misteri sungguh....
Dalam pale otak aku duk fikir, "Ke omputih ni penah accident kat sini dan rohnya tak aman?"

Haiyoohhh...
Pale otak aku ni tak habis-habis nak fikir yang bukan-bukan....
Nasib baik la time balik KL, ader banyak kereta kat jalan..

Aku tanya FZ,

"Bang, kalau tetibe kereta Waja tadi pintas kereta abang lagi cemana?"

FZ : Mestilah abang takut.... tu bukan manusia dah tuuuu.....
Aku : Hahaha... doa-doa la kita tak jumpa lagi kereta tu..

Alhamdulillah kitorang tak jumpa kereta tu lagi dah.....

*Jangan biarkan diri anda diselubungi misteriiiiiiii....
**Penutup cam haremm kan? hahaha..


Tuesday, May 22, 2012

Cameron Highlands - Ed 3

Salam readers...
Korang apa khabar pagi ni?
Aku ni Tuesday Blues..
Malas nak bangun pagi, malas nak pergi kerja dan malas nak buat kerja...
Bukannye sesaje malas tapi badan aku dah start sakit-sakit dek tak cukup rehat mase weken hari tu.

Ok, sambung balik cerita pasal CH.
Ingatkan boleh habiskan terus edisi CH...
Sekali takleh upload gambar banyak-banyak daaa...

Lepas kitorang pergi Rose Valley, kitorang singgap pulak ke Butterfly Garden.
Banyak jugak rama-rama kat situ..
Geram tengok.
Siap ada yang landing atas tangga..
Tak takut kena pijak langsung.


Anda nampak rama-rama tak dalam gambar di atas?


Eh, pokok buah anggur pon ada kat sini...
Kali pertama tengok pokok buah anggur.
Comel je buah anggur tu.
Macam-macam kaler ada.


Banyak kann rama-rama.......


Cantik kan?
Rase cam nak penyet-penyet je..


Bukan rama-rama je yang ada kat sini tau.
Kura-kura pon ada.



FZ tengok je rama-rama tu...
Bila nak pegang je, terus rama-rama tu lari.

Lama jugak kitorang duk dalam Butterfly Garden ni..
Lepas tu kitorang pergi ke Kok Lim Strawberry Park.
Plan nak pergi petik buah strawberry.

Time tu panas gile..
Sampai berpeluh aku dibuatnya.
Pergi ni pon sebab Mimy pesan strawberry petik.
Strawberry yang dah siap packing tu dia taknak.
Macam-macam sungguh mama Fayel ni.. hehehe..


Aku main picit-picit je buah strawberry kat situ.
Hahaha... geram laa...
Comel sangat tekpun...


Ini kali pertama FZ jumpa pokok strawberry.
Kemain excited lagi dia petik strawberry tu.
:)


Seee... berjuntaian.


Yummy!


Geram kannnnn.....


Dah puas petik, kitorang pergi bayar.
Setengah kilo = RM30.

Itupun kira murah sebab aku pergi hari orang bekerja.
Sesape yang pergi hari bercuti, setengah kilo pun dah RM50.

Kitorang singgah kat 1 kedai makan ni..
Ape ke benda ntah namanya....
Nyesal gak pergi makan kat situ.
Makanan tak sedap.
FZ la yang beriya sangat nak pergi makan kat situ.
Aku ni tengok kedai pon dah tahu tak bestt...
Dah dia nakk sangat makan kat situ, hambikk...
Bayor mahal, makan tak habis.


Ape-ape hal, snap tetap snap... :)


Muke adalah berkilat sebab cuaca panas.

Tunggu next entri pulak ye.....
Entri last untuk edisi CH.


*Nak tengok gambar-gambar selebihnya, sila tengok dalam FB aku ye....
TQ


Monday, May 21, 2012

Bila si dia curang...

Salam readers...
Korang semua dah makan malam ke belum?
Jangan makan lewat-lewat tau.
Tak elok untuk tubuh badan.

Aku dah makan tadi.
Nasi lemak ayam goreng beli kat pasar malam Kerinchi.
Pergi dengan FZ..
Tadi dia datang jemput aku kat opis.

Memandangkan buat mase ni aku takleh upload gambar, so terpakse la up entri membebel..
Dalam loghat Terengganu, membebel ni disebut "BLEBER"...

"Kuat sungguh la mu bleber opp! Puahsang doh aku dengor!"

Hahahaha..
Kompem ada readers yang tak paham ape yang aku tulis kan?
Takpe...takpe.
Buat-buat faham sudehh.

Aku sebenarnye ada kisah nak kongsi dengan korang...
Mengenai sorang kawan dalam fesbuk aku.
Dia ni sebenarnye rakan sekolej aku dulu.
Tapi lepas habis sem, terus lost contact.
Mase belajar dulu pun aku takde la rapat sangat dengan dia.

Aku dah lupa bila dia jadi kawan aku dalam FB sebabnya aku ni jarang add orang.
Kisahnya sejak bulan lepas aku perasan dia punya status lain macam...
Sekejap marah-marah..sekejap mohon kekuatan dari ALLAH SWT.

Bukan nak kepochi, tapi sekadar nak tahu...Aku pegi masuk kat wall FB dia.
Kat situ barulah aku faham, rumah tangga dia tengah bergolak.
Isunya macam biase laaa.... husband dia curang.

Kawan aku ni siap publish lagi gambar skandal laki dia tu...
Pompuan tu muka manis je...
Tapi lawa lagi kawan aku tu.
Cuma bezanya kawan aku ni tak reti bergaya.
Pakai baju pun macam makcik-makcik.
Maklum la dah beranak satu.

Tapi tu la masalah orang-orang sekarang ni kan? *dah nak start membebel nih!
Sebelum kawin, janji akan terima seadanya...
Lepas kawin, mula laa merungut itu ini..
Ungkit itu ini....
Pastu cari pompuan lain yang lebih bergaya.
Haih... gerammm nih!

Lagi satu, kalau ada niat nak kawin lain, jangan la sampai abaikan bini tua...
Apa-apa hal, ingat sikit time ko susah dulu bini tua lah yang ada bersama ko..
Takkan bila dah senang, ko nak buang dia macam tu je?

Berbalik kat kisah kawan aku tu, husband dia langsung tak jenguk anak kecil dia.
Anak diorang baru 10 bulan kott..
Nafkah tu jauh sekali la nak hulur...
Ya ALLAH, ape punya bapak la camni??
Bila dah digoda nafsu, segala-gala yang baik pun langsung tak dipandang.

Hari Jumaat baru-baru ni kawan aku tu diceraikan melalui sms...
Cerai talak 1.
Kawan aku up satu status dalam FB untuk umumkan betapa leganya dia bila diceraikan.
Anak dia dibawa balik ke Terengganu...
Mak ayah dia yang akan jaga buat sementara waktu.
Kesian kan?

Tapi aku faham perasaan kawan aku tu...
Time putus cinta pon dah terasa pedih dan perit yang amat, inikan pulak putus kasih dengan suami sendiri.
Dengan insan yang pernah tinggal sebumbung dan tido sekatil dengan kita..
Memang sedih kan?
Tambah sedih bila perceraian itu berlaku disebabkan orang ketiga.
Walaupun dia cakap lega diceraikan, tapi dalam hati dia hanya Tuhan saja yang tahu...

Serius aku tak faham dengan lelaki sekarang.
Kenapa susah sangat nak jadi lelaki berkualiti eh??
Kau nak bini kau setia kat kau.
Tapi akhirnya kau yang curang.
Apedehal??
Alasan kau sebab bini kau dah macam orang tua.
Tak reti nak make up?
Tak reti nak pakai baju sendat-sendat?
Tak reti nak manja-manja sebab bini kau asik lebihkan anak?
Erghh!!

Kecantikan tu akan luput...
Semua orang akan berkedut jugak nanti...
Body shape akan berubah jugak lepas beranak dua tiga orang nanti.
Yang harus dicari adalah kualiti sebagai seorang isteri dan ibu yang baik; bukannya kualiti sebagai seorang gadis yang cantik, muda dan menjadi perhatian orang..

Isteri bukan untuk ditayang-tayang...
Walaupun isteri kau pakai pakaian macam makcik-makcik, tapi at least dia menutup auratnya dihadapan orang lain...
Auratnya hanya untuk kau!
Walaupun isteri kau tak reti nak make up dihadapan orang lain, tapi dia berwangi-wangian bila disisi kau.
Walaupun isteri kau sibuk dengan anak, kau sedar tak dia sedang menguruskan zuriat kau sendiri???

Ha, kau!
Tak pasal-pasal aku berhujah....
"Bila au nok habis bleber nih....?"

Memang payah nak jumpa lelaki yang mempunyai kualiti yang sebenar-benarnye..
Yakni yang boleh membimbing, yang boleh menghargai, yang boleh menyayangi dan yang boleh memahami.
Yang ada, pandai bercinta tapi tak pandai menghargai..
Yang pandai berkata-kata tapi tak pandai nak tunaikan..

Entahlah....
Susah nak duga hati budi orang walaupun kita dah kenal berpuluh tahun lamanya...
Yang penting, banyakkan berdoa kepada Tuhan semoga jodoh kita adalah dari kalangan orang yang baik-baik.
Amin....



Ok..... aku dah habis bleber untuk malam ni.... :)