Thursday, June 28, 2012

Jom terjah make up apa yang aku guna

Salam readers...
Korang cemana kat opis/ tempat belajar/ rumah?
Ok?

Aku sedang berehat-rehat kat rumah.
Nak kata heaven tu tak laa sebab tengah sakit kannn...
Dah makan banyak pun perut still menggigil lagi mintak disumbat makan.
Agak-agak laaa...
Cane la aku nak kurus macam ni?

Aku bosan sebenarnya kat rumah.
Tak tahu nak buat apa.
Nak mengemas, tak larat.
So, aku baring-baring sambil update blog pon bagus kan....


Sekadar gambar hiasan.
Pic ni aku ambil semalam kat opis.
Edit tang lighting je, terus muka aku nampak glossy dan suci murni.
Hahahah....

Owh, aku sebenarnya tak cantik mane pon.
Nak nampak cantik kena la make up.
Touch up sikit-sikit pon jadik laa...
Kalau tak make up, cik ponti pon kompius aku ni sedara dia ke...
Ha, gituuu...

Tapi apepun bagi aku sebagai pompuan, make up bukannye kehendak tapi keperluan.
Nak turun pergi kedai bawah rumah pun kena calit bedak dengan lipstik.
Ha cane tuh?
Padahal bukannya ada orang pandang pon.
Tapi entahlah.
Memang dasar tak confident je bila tak make up.

Nak tahu ape yang guna untuk mencantikkan rupa aku yang tak berapa cantik nih?


Pencuci muka Olay Cream Cleanser.
Pencuci muka ni ada 2 jenis.
1 cream cleanser... 1 lagi jenis foam cleanser.
Aku lagi suka cream clenser sebab rasa cam cuci je muka aku lepas pakai.
Kalau yang foam tu rasa cam buih je lebih.
Tapi tatau la kann...
Taste masing-masing.

Aku setia kat olay ni pun sebab olay ni berkesan untuk lenyapkan jeragat.
Muka aku nih memang la banyak jeragat kecik-kecik.
Jeles je aku tengok pompuan lain muka takde jeragat.
Lagipun masa aku mula-mula dapat kerja TM nih, muka aku sunburn kesan aku kerja kat TTI dulu.
2 minggu je aku pakai olay, sunburn aku hilang.
Terus kulit muka jadi sekata je.

Ni bukan nak promote tau.
Tapi memang aku alami sendiri.


Foundation, aku prefer Stage.
Sebab foundation dia memang lekat kat muka aku dan tak berminyak.
Aku pernah tukar ke produk lain, tapi ya ALLAH, hidung aku jadi berminyak gila.
So far, foundation stage memang sesuai dengan kulit muka aku.
Tapi harga sendiri mau ingat la...
RM90++....
Sayang duit ohhh....
Tapi nak buat cemana.
Takde foundation macam tak best pulak nak make up lelebih.
Buleh camtu? Huhuhu...


Bedak, aku guna produk ZA.
Aku memang setia pakai bedak ni sejak beberapa tahun lepas.
Bedak ni sangat ok berbaloi dengan harganya.
Bila bedak habis je, aku beli refill je.
Murah sikit.
Bedak ni kalau aku pakai waktu pagi, petang time nak balik kerja pon still melekat lagi.
Takyah pakai tebal-tebal pun takpe.


Eye shadow memang aku guna produk Stage.
Color dia sangat natural dan senang lekat.
Tahan lama pulak tu.
Time nak cuci muka, kena gonyoh kuat-kuat.
Aku suka dengan color dia yang tak berapa striking sangat.


Bila dah pakai eye shadow, memang aku akan lengkapkan dengan eye liner.
Yang ini wajib okeh!
Takde yang ni, aku rasa make up aku tak sempurna.
Aku prefer brand In2it.
Harga murah dan memang sangat berbaloi.
Tahan lama pulak tu...
Aku suka yang liquid punya. Tak suka yang jenis pensil.
Memang ini je brand eye liner yang aku suka.


Untuk lipstik pulak, aku pakai brand stage jugak.
Color dia sangat cantik.
Aku memang tak suka color yang striking macam mak ngah.
Aku suke color brown dan fushia.
Red aku tak berani pakai.
Uiksss... rasa tak confident je pakai kaler merah. Huhuhu...


Dan tak lupa jugak blusher.
Aku pilih brand in2it.
Murah jugak dan tahan lama bila dipakai.
Sangat suka dengan brand ni.

Inilah alat-alat make up yang aku pakai.
Ada yang mahal, ada yang murah.
Aku tak suke stick pada 1 jenama je sebab tak semua jenama barangnya elok-elok.
Sebab tu aku campur-campur brand.
Yang penting, sesuai dengan kulit aku.

Korang cane?
Apa produk yang korang pakai?
Kongsi-kongsi la dalam blog korang ye.... :)


Pics alat makeup : ehsan dari mr.google.


Gastrik datang lagi

Salam readers...
Korang apa khabar hari ni?
Aku tak sihat.
Gastrik...

Aku tak tahu la sampai bila aku kena hadap gastrik ni.
Sakitnye tu sampai menggigil lutut aku.
Saat aku menaip ni pun, aku baru je sudah makan.
Tadi aku sempat order mekdi delivery.
Nak masak pun dah tak larat.
Terlentang je la aku atas katil ni.. huhu....

Aku tak larat nak taip panjang-panjang.
Nanti ada masa aku update lagi.

Spain vs Portugal

Salam readers...
Now aku ke udara dari restoran mamak kat Kota Damansara.
Aku tatau apa nama restoran ni. Tak terperasan plak tadi.

Ni kije FZ la ni ajak aku join dia n the gang tengok bola..
Dari awal dia cakap dia akan pick up aku sekitar kul 11.
Aku pun plan lepas isyak terus tido.
Alarm jam kul 10:30.
Tapi macam biasa la off alarm, bangun kul 10:45. hahah...

Now, aku dah rasa ngantuk sikit-sikit.
Tapi boleh tahan lagi.
Tak sedar langsung dah dekat pukul 4. Huhu...

Matikk la esok nak pegi kije...
Kompem mata selebet gile nak celik....
Jumpa doktor, berlakon sakit n amik mc,,,,,aci tak?
Hahaha....

**update bola : aku sokong spain, FZ sokong portugal.
Takde gol pon lagi nih...
haiyooh!

Wednesday, June 27, 2012

Lunch for today

Salam readers...

Tajuk kemain lagi omputih bagai.
Amboiii...

Tengahari tadi aku kuar makan dengan FZ.... as usual.
Tetiap hari memang kuar dengan dia je laaa...
Jarang-jarang yang amat kalau aku kuar dengan orang lain.
Itupun kawan-kawan kena booking aku at least 3 days before.
Mengalahkan menteri betul aku nih!
Harap kawan-kawan paham ye...

Tadi aku kuar awal sikit. Kul 12.30 tengahari.
Itupun dengan keizinan bos.
Hahaha... bos aku ni dah paham PA dia cemane.
Asik nak kuar awal jekk!

Plan asal nak makan kat Mahbub je.
Tapi si boiprengg ni pulak tetibe teringin nak makan kat pizza hut.
Ikutkan aje la...
So, tadi kitorang terus ke Pizza Hut kat Lucky Garden Bangsar.


Kalau kuar dengan dia nih, tab aku kompem jadi yang dia punye.
Dia je la yang duk pegang.
Tengok fb la, tengok video laa...


Aku pulak kalau makanan dah ada depan mata, aku ngapp je terus.
Takde nak tunggu-tunggu lagi dah.
Perut tengah lapar kottt...


Kitorang order tempura calamari rings & tempura fried prawns.
Prawns tu best.... Rangup, isi pun manis...
Nyum-nyumm....!


Tengok la FZ tu....
Rakus tul. Hahaha....
Sebenarnye dia saje pose camtu.
Gedik sungguh.


Ini FZ punye.
Spaghetti meatballs.
Tapi kedekuittt betul la pizza hut nih.
2 ketul je meatball yang dia kasi.
Lain kali bagi la lebih sikit macam kat Secret Recipe tu....


Honey BBQ Chicken, FZ yang beriya sangat nakk...
Nasik tu aku punye.
Ape benda ntah namanye... Lupe plak.
Tak sedap langsung.
Tawar!
Uweekkkk!
Kalu macam ni la punya masakan, aku pon 10 kali layak jadi chef kat situ.


Akhirnye, inilah hasilnya.
Semuanya berjaya disumbat dalam perut kecuali nasik yang tak sedap tu.
Eh, honey bbq tu pun tak habis gak sebab kenyang.
Ingatkan nak tapau tapi terlupa.
Bila aku dah sampai opis barulah teringat pasal ayam tu.
Rugi sesaje je...
Tapi aku anggap takde rezeki.
Nak buat cemana kannnn....
Salahkan diri sendiri je la.

Jumlah semua sekali = RM56.60.
Baru dapat gaji la katakan..

Dah tak tahan

Salam readers...
Korang dah breakfast?

Aku ni tengah makan sebenarnye.
Makan sambil menaip.
Tadi FZ datang opis hantar nasi lemak kat aku.
Suweeetttt nyeee boipreng aku.
Hahaha.

Pagi ni aku hangin betul dengan si kitol botak tu...
Opis aku sekarang ni tengah busy buat MAPS/KPI.
Aku dah siap lama dah...
Si kitol botak ni baru je nak buat pagi tadi.
Aku tak kisah la kann dia buat bila pon sebab due date 30 Jun nih.

Yang buat aku hangin tu sebab belum apa-apa lagi dah tanya aku.

"Na, nak masuk cane dalam sistem eh? TMintra eh?"

"Na, nak buat apa dulu eh?"

"Na, kenapa bila aku tekan ni dia kate tak boleh eh?"

"Na, cane nak tambah kotak eh?"

Rimassssss la weiiii!
Duk tanya....tanya!
Ko ingat aku ni kaunter pertanyaan ke ape??

Aku ni cukup menyampah dah dengan dia.
Try la buat dulu.
Bila dah tak boleh, barulah tanya.
Mase aku buat maps ari tu pun, aku try & error je.
Kalau silap, tekan back.
Bukan susah sangat pon.
Ni tak............... tanya...tanya!
Bosan la aku!
Lagipun aku tak rasa sistem tu susah sangat.

Dah la memang aku tension dengan dia semalam.
Isnin dan Selasa (semalam) dia mc.
Semalam aku dapat call dari opis sebelah.

Opis sebelah : Diana, hari tu "dia" ada pinjam troli tapi tak pulangkan balik.
Aku : Ooo... yeke? Saya tahu la dia pinjam hari tu tapi saya ingatkan dia dah pulangkan sebab dah lama.
Opis sebelah : Itulah. Hari tu akak dah pesan, kalau pinjam barang kitorang, cepat-cepat pulangkan terus.
Aku : Maaf ye kak. Nanti saya tengok kat mana dia letak troli tu. Kalau ada nanti saya terus hantar kat opis akak.
Opis sebelah : Yalah. Cepat sikit tau. Kitorang nak guna.

Terus time tu darah aku naik.
Benda macam ni bukan sekali dua tau jadi.
Dah banyak kali.
Mangsanya adalah aku.
Aku yang takde kena-mengena tetibe kena mintak maaf bagi pihak dia.

Mase aku pulangkan troli tu, aku nampak akak tu jeling semacam.
Padahal sebelum ni aku dengan akak tu kamceng.
Siap lunch sama-sama lagi.
Tebal gila muka aku masa tu!
Memang tambah mendidih laa darah aku kann...

Aku memang dah tak tahan dengan perangai acuh tak acuh dia.
Then, tak fikir panjang lagi dah, aku shoot email kat si kitol nih!


-Klik untuk lihat lebih jelas-

Pagi tadi lepas dia baca email tu, dia mintak maaf kat aku.
Ya...ya...ya......
Mintak maaf pastu buat lagi.

Aku sebenarnya bukannya bencikan dia.
Tapi aku menyampah dengan perangai dia.
Selama ni aku diam je depan dia.
Hari tu bos mengamuk depan aku pun sebab dia.
Siap baling dokumen kat dinding depan aku lagi.
Mujur la aku tahu nak tenangkan bos.
Sekarang ni hubungan aku dengan akak tu jadi tak berapa elok.
Takkan aku nak diam lagi!?

Apa yang dia buat selalunya akan efek kat aku jugak.
Sampai bila aku nak biarkan dia rosakkan reputasi aku?
Sedangkan bukan aku pon yang buat silap!

Menyampah!!

Tapi sebenarnya patut ke aku hantar email kat dia macam tu eh?
Rasa cam jahat pulak...
Macam tak reti nak sabar langsung. 
Ke cane?

Tuesday, June 26, 2012

Teksi

Salam readers...
Happy Tuesday!

Pepagi ni mood aku swing sebenarnya.
Tak cukup tido.
Pale otak duk ingat katil jek.
Mata aku ni celik macam kan taknak celik.
Tambah pulak lampu opis aku ni kaler kuning.
Perghhh...dapat tido sekejap pon jadik laa!

Pagi tadi aku datang opis dengan teksi.
Sebab aku dah terlewat.
Terbabas tido pulak tadi.

Sebut pasal teksi ni, aku ada beberapa benda nak kongsi dengan korang.
Tapi kalau korang ada pengalaman yang menarik, boleh je nak kongsi sekali.
Dialu-alukan...

Aku ni jenis manusia yang kalau boleh serba-serbi nak senang.
Takmo hidup susah langsung.
Jangan ikut perangai aku tau.
Ni perangai pemalas namanya.

Kekadang kalau aku nak kuar kemana-mana time FZ takde, aku memang akan naik teksi.
Contohnya kalau nak ke MV.
Padahal ader je bas pergi MV tu.
Tambang baru je RM2.
Tapi memang dasar diva takde kelas kannnn..... nakkk jugak aku bayor RM5 untuk teksi.
Alasannya naik bas tak selesa.
Kongsi dengan indon-indon.... ishkkk! Tak suke ok.

Kekadang aku pergi opis naik teksi gak.
Itupun sebab aku terlambat bangun tido.
Padahal bos aku tak bising pon datang kerja lewat sikit tapi tak sedapp la jugak kann...
Reputasi kena laa jaga kan?

Pengalaman aku dengan driver teksi ni memang banyak.
Salah satunya driver teksi kerek.
Hok alohhh.... nak pilih-pilih customer plak.
Apedehal kann?
Memang tolak rezeki betul!
Tak nak hantor yang dekat-dekat.
Nak hantor yang jauh-jauh je.
Aku selalu je kena driver macam ni.
Kalau kat vista tu, aku dah aim dah yang mana satu.
Kalau aku nampak je teksi dia, memang aku takkan naik.
Menyampah! 

Ada jugak yang pesen memilih penumpang.
Kalau dia nampak ada pelancong asing, dia dah tak pandang dah orang negara sendiri.
Sebabnya dia nak pau duit pelancong asing tu.
Tambang yang sepatutnya RM10 boleh jadi RM20.
Dajal sangat kann...
Rezeki tak berkat langsung.
Padahal duit-duit tu la buat bagi anak bini makan.
Kesian.

Ada jugak teksi penipu.
Aku pernah kena. Time tu aku masih baru kat KL ni.
Aku ni nak pergi ke Hentian Putra.
Nak balik kampung.
Driver teksi keling ni bawak aku ke mana-mana ntah.
Masuk bandar, kuar bandar.
Dekat sejam jugak la aku baru sampai kat hentian.
Padahal biasenye 15 minit pon dah sampai.
Tambang biase RM12 dah jadi lebih RM20.
Sial tul laaa!

Aku pernah jugak terkena dengan driver teksi gatal.
Asik cakap benda-benda lucah.
Uikss... ngeri sungguh masa tu.
Ingat lagi, time tu daddy aku datang KL dan stay rumah Kak Long.
Aku pulak lepas balik kerja je terus siap-siap nak pergi ke rumah Kak Long.
Mula-mula driver tu ok lagi.
Sembang-sembang elokk je.
Pastu makin lama makin lucah.
Aku macam dah cuak.
Hati ni dah tak sabar nak sampai ke rumah Kak Long.
Tapi time tu jalan jem pulak... yela, time orang balik kerja kannn...

Aku ingat lagi ayat driver tu,

"Saya aaa sukarelawan. Tak bole kawin seumur hidup. Jadi nak buat macam mana? Saya main saja la sama pompuan. Itu cina, india saya hentam jugak. Melayu pun ada... Bila sudah dapat main, saya tinggal saja maaa...Tiap-tiap malam lain orang maa..."

Ngeri tak? Ngeri tak?
Uiksss.... Time tu aku ye-ye kan aje.
Kang nanti aku marah-marah, dia bawak aku masuk semak kangg.... tak ke naya.
Mase tu aku rasa macam dah tobat taknak naik teksi lagi dahh...
Tapi kejap je perasaan serik tu............

Driver teksi emo pun ada.
Sepanjang perjalanan dari vista sampailah ke segambut, asik sembang pasal politik.
Emo pulak tu. Maki-maki.
Adoiii makk aihh!
Ntah ape masalah ntah.
Bawak je la teksi tu.
Takyah sembang-sembang.... senak otak aku dibuatnya.
Aku bayar bukan sebab nak dengar ko membebel.
Erghhhh! Bosan tul!

Aku pernah naik teksi yang bagi aku driver dia tu saiko kott...
Dalam teksi dia penuh dengan gambar pompuan cantik.
Siap tampal-tampal kat atas bumbung teksi.
Cuak jugak la kann...
Mana la tahu kot-kot driver tu perogol bersiri ke... huhuhuh....

Tapi sebenarnye ada je driver teksi yang baik-baik.
Ramai.
Tapi tengok nasib la kann...
So far, walaupun aku banyak kali terkena driver yang bukan-bukan, at least aku sampai jugak ke destinasi.
Alhamdulillah sangat.

***************************

Driver teksi pon ada yang perangai dajal.
Tapi penumpangnya pon tak kurang dajalnya jugak.
Potong que!
Yang ni memang aku hangin.
Tapi biasenya pompuan Melayu kite je yang tak reti bahasa!
Bertudung, pakai baju kurung tapi takde adab!
Aku tengok kalau bangsa lain, diorang reti je ikut barisan.
Tapi kalau jadi kat aku, aku sound je.
Senang!

Ko nak cepat, aku pun nak cepat!
Jangan pentingkan diri sangat!

Monday, June 25, 2012

Neelopak lawang Inzalna, eh Anzalna

Credit pic to Mr. Google.

Salam readers...

Petang-petang cenggini aku dah takde kije.
Bosan-bosan, bukak blog beautifulnara.
Terbaca gosip pasal 2 orang aktress baru yang tak berapa nak femes sangat dengan bakat-bakat diorang nih.
Diorang nih bergaduh sesame sendiri.
Yang sorang tu gatal mulut pegi bukak citer lama.
Yang sorang lain manusia tersentap sebab dituduh sebagai busuk hati.


Inzalna eh....silap lagikkk... Anzalna.

Versus


Neelopak....

Terinzal la jugak aku baca pasal pergaduhan diorang nih.
Haihhh.....
Dua-dua baru nak naik.
Tapi aku lebih kenal neelopak dulu dari Anzalna yang terinzal tu.

Bukannya aku nak kata apa laaa...
Selesaikan dengan cara baik pun boleh sebenarnya.
Ni nak naik mahkamah bagai.
Tak tau la nak cakap ape.

Tapi aku sebenarnya sebelahkan Neelofa.
Even orang kata dia ni busuk hati, tapi sebenarnya bagi aku tak ponn....
Asal-asalnye kan Neelofa ni komen pasal kemenangan Tasha Shilla dalam ABPBH yang lepas.
Aku peminat biase pon terkejut dengan kemenangan Tasha.
Memang tak jangka sebab bukannya terkenal sangat pon si Tasha tuuu....
Aku memang buat speku yang Tasha menang sebab undi diri sendiri.
Memang kesian.

Tapi tu la.... Neelopak ni pon buduss...
Pi publish status pasal tu dalam twitter.... eh FB ke? Ke ape?
Lupe laa....
So, tak pasal-pasal jadi kontroversi.

Walaupun Tasha tu menang sebab undi sendiri, tapi kalau aku jadi Tasha pon aku akan sentapp...
Lain kali, Neelopak dendiam je dah laa...
Lagipun dah rezeki Tasha kottt...
Relax je dah ahh!
Takyah la nak kecoh-kecoh.
Tahun depan ko undi la diri sndiri lagi.

Pastu si Anzalna pulak gatal mulut pi bukak citer lama.
Yang ni pon sorang buduss....
Dah makin hangat isu ni.
Si Neelopak sentap, terus nak saman Anzalna.

Si Anzalna ni pon satu.
Sekejap nak mintak maaf. Sekejap tak nak pulak.
Sekejap kata dah ada bukti, sekejap kata masih nak kumpul bukti.
Apedehal nih??
Yang budus nye, ape salahnya kalau ko mitak maaf je kat Neelopak tu?
So, takde la panjang citer.
Hal boleh settle kat luar, lagi nak seret masuk court jugak.
Pesen nak mengkayakan lawyer je diorang nih.
Orang banyak pitih la katekan...

Antara Anzalna dan Neelofa, dalam hal ni aku rasa yang salahnya adalah Anzalna.
Sebab dia yang bukak mulut dulu.
Hal lama takyah la nak dikenang lagi.
Walaupun dipendam lama dalam hati tapi takyah la nak kecoh-kecoh.
Tak pasal-pasal gaduh besar.
Malukan nama sendiri jek!

Masing-masing dah femes.
Tahniah!
Tapi femes pasal kontroversi buruk je pon.
Ntah hape-hape la dunia artis nih.

Bak kata kawan aku,

"Muka cantik tapi otak bodoh".

Ha cane tuh?
Baik jadi cam aku kan...?
Muke tak cantik mana pon tapi cerdik bertingkat-tingkat...
Kan?
Hahaha... *puji diri sendiri pulak!

***Tetibe nak jadi penulis gosip artis lakkss!

Ni la jadinya kalau asik tangguhkan kerja... sori ye uolss

Salam readers...

Aku kembali lagi dengan citer yang lama berkepam...
Opss... sori ye.
Ni sume sebab tabiat tangguh kerja.
Entri yang sepatutnya publish awal bulan lepas pon still tak publish-publish lagi.

Entri ni sebenarnye kesinambungan dari entri INI.


Time ni perhimpunan bodoh kuning yang mengotorkan negara tu diadakan.
Memula bajet nak pergi Taman Burung tapi taman tu ditutup.
Pastu kitorang pergi ke MidValley.
Aku kan ajak Iwan pergi jalan-jalan.

Petang FZ hantor aku pergi ke rumah Kak Long.
Tak dan nak rehat pon, Kak Long ajak kuar pergi One Utama pulak.
Fuhhhh......... aku dah la penat.
Tak nak buat cemana kan... ikutkan aje la.



Muke penat gile...
Tapi snap tetap snap.
Depan kamera haruslah senyum. Tak gitu?


Anak sedara dah macam sebaya mak sedara dah...
Dah boleh jadi kawan dah ni...

Time ni sebenarnye cik bon-bon dah masuk.
Duit ada lagi sebab time tu aku tak belanja apa-apa lagi melainkan bagi kat parent kat kampung.
So, tahun ni aku nak belanja anak buah aku barang yang dia suka.
Aku suruh diorang pilih 1 barang yang diorang nak.


Baby Fifi pilih barbie.
Botol air tu mama dia yang belikan.


Time pilih barang.
Fifi dah memberontak dah sebab orang duk pilih barang kakak dia dulu.
Hahaha.. Budak-budak kan...
Paham-paham je la.
Diorang ni mane laa reti sabar.


Seee....
Sampai terduduk-duduk.
Anak-anak sedara aku nih kalau berjalan dengan aku memang diorang akan pegang tangan aku.
Mama dan abah dia kompem dilupekan.
Dah tak heran dah kat parent sendiri.
Hehehe...

Dah habis shopping, kitorang pergi makan kat Pizza Hut.



Tengok la tu...
Diorang tu asik berkepit dengan aku jek...
Tak tenang angah korang nak makan tau!
Huh!


Kalau dah jumpa adik beradik, kepochi la jadinya...
Macam-macam gosip la yang kuar.

Dah habis makan, jenjalan lagi.
Halamakkk...patah la kaki aku camni.
Tapi mujur lah time tu Kak Long ajak masuk butik Coach.
Cerah sikit mata aku.
Ok, aku dah aim satu handbag ni...
Target nak capai sebelum raya.
Tak tahu la dapat ke tak.... huhuhu...
Kalau tak dapat in reality, dapat dalam mimpi pun jadik laa..


Aku duk sibuk tengok handbag, si kenit ni sibuk photoshoot.
Pandai lak tu buat gaya..
Hamboiii...
Nak celen angah la nih!


Eh, aku pun nakkkkk jugak!


Boleh jadi model la anak sedara aku yang sorang nih.

Pastu barulah balik...
Naik pengsan aku dibuatnya....


Gambor selingan...

Gambar ni diambil sehari selepas kejadian diatas.
Taman Burung dah dibuka.
So aku ajak Iwan join sekali.

Ye, aku pakai baju yang sama sebab tak bajet pon aku pakai sehari suntuk baju ni semalam.
Tak kisah la....
Badan aku bukannya berbau pon.
Berpeluh pon idakk...
Orang lain bukannya tahu aku pakai baju yang sama 2kali.
Hikhik........

Layan mata

Salam readers...

Korang cane hari ni?
Ok? Ke monday blues?
Malas nak datang kerja? Malas nak buat kerja?

Pagi ni aku blurrr...
Dari tadi duk layan mata yang ngantuk.
Mana tak nye.... semalam aku tido pukul 3 lebih pagi.

Eh, aku tak tengok bola ok.
Bukan tak minat tapi bukan team aku yang main.
Aku sokong Jerman dowh!
*update : England KALAH wehh... hahaha... hampa FZ sebab dia sokong England.

Aku tak leh tido bukan sebab apa.
Ni kes aku terover tido time pagi tu.
Kemain lagi aku bangun lewat kul 12.15 tengahari baru bangun.
Bagusss sangat kann anak dara bangun lewat.
Amalkan laa selalu amalan mulia tu ye, Cik Diana!

Bangun je, terus menggelabah pergi goreng ayam.
Perut lapor maaa...
Pas goreng ayam, baru mandi.
Pas mandi barulah la makan ayam goreng tadi.
Konyang perut den.
Pastu bersiap-siap sebab nak kuar dengan FZ.

Sebab bangun lewat tu la mata aku ni segar sampai tengah malam.
Try gak pejam mata. 
Tergolek ke kanan, tergolek ke kiri, ponnnnn tak lelap gak.
Last-last on tv, tengok masterchef selebriti tengah-tengah malam.
Hahaha....
Itupun tak lelap jugak.
Layan tv lagik sampai kul 3pagi.

Tetibe je time aku nak lelap tu FZ antor mesej.
Dia bangun nak tengok bola.
Italy layan England.
Tapi siannn... England kalah.

Layan sms dengan dia kejap.
Tapi biase la, lelaki kannn...
Jangan diganggu time dia tengok bola.
Huh!! Tak suke!! *sambil jelir lidah

Last-last aku tertido jugak.
Tak dan lama mane pon tido, alarm jam aku berbunyi.
Cis...cis...cis!!
Aku tak puas tido lagi weehhhhh!
Waaaaa....

And now, aku tengah layan mata.
Ngantuk gile dowh!
Terbayang-bayang katil, bantal dan selimut depan mata aku nih.
Adesss!

Sunday, June 24, 2012

Syukur

Salam readers...

Aku sebenarnya nak up entri ni dah lama.
Tapi biase la... malasss.

Tadi aku tengok movie KL Gangster kat channel 131.
Tengok babak Jai (adik Malek) selimutkan 2 orang kanak-kanak yang tido di jalanan.
Ya Allah haiii..... babak tu mengingatkan aku tentang 1 perkara.

Beberapa minggu lepas aku ada pergi ke Low Yatt dengan FZ.
Mase tu kitorang parking kat bawah BB Plaza.
So, jalan kaki sikit, baru sampai LY.

On the way jalan kaki tu, aku ternampak ada 2 orang budak tengah main-main kat tepi laluan pejalan kaki.
Sorang pompuan, sorang lelaki.
Yang pompuan tu aku agak berumur 7-8 tahun kott...
Yang laki tu pulak baru berumur 4-5 tahun.

Aku tengok je gelagat diorang.
Rupa-rupanya diorang stay kat situ.
Sebabnya aku nampak ada bantal, kotak besar dan kertas surat khabar yang dilapik atas simen.
Dua kanak-kanak tu pakai baju compang-camping dan kotor.
Muka diorang pun macam berkerak sangat.
OMG!!Sebaknya aku.
Aku pandang FZ. FZ pandang aku.
Dua-dua tak terkata.

Serius aku kesian dengan kanak-kanak tu.
Dah la macam tu, duduk pulak kat tepi longkang busuk.
Tak tahu la tahap kesihatan diorang macam mana.
Nakkkk je aku sedekahkan kat diorang makanan tapi tak terbuat.
Yela, otak blank teruss.

Masa tu aku terfikir gak mana mak ayah diorang.
Sanggup tinggalkan anak-anak kecik macam tu.
Macam tak takut anak-anak tu diculik langsung.
Entahlah, aku tak berada di tempat diorang, so aku tak tahu situasi sebenar diorang cemana.

Bila dah tengok benda macam ni buat aku jadi bersyukur.
Kadang-kadang aku rasa hidup aku ni suckk gile.... tapi sebenarnya masih ada hidup orang lain yang lagi teruk.
At least aku hidup dalam keadaan yang serba lengkap.
Tak pernah kebulur, tak pernah putus makanan.
Apa saja aku nak, aku dapat walaupun kena kerja keras.

Tapi mereka?
Ya ALLAH, KAU bantulah mereka-mereka yang berada didalam kesempitan hidup.
Kanak-kanak itu deserve untuk hidup dalam kehidupan yang lebih baik.


*******

Aku tengok kanak-kanak tu tersenyum riang je walaupun mereka hidup macam tu.
Apalah yang mereka tahu tentang hidup merempat?
Tapi kite...
Kalau dalam wallet hanya ada RM10 pun dah rasa macam hidup huru-hara, kan?
Padahal dalam bank tu ada beribu-ribu lagi.
Yalah, betapa mewahnya kita dan betapa sempitnya hidup mereka.
Nampak kan perbezaan disitu?
Apapun, bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
Jangan banyak merungut.


Wednesday, June 20, 2012

Jualan

Salam readers.....(stalkers takyah jawab sebab aku bagi salam kat readers je)

Sepatutnya aku citer benda ni 2 minggu lepas.
Tapi maklum la.... kemalasan melanda.
Dah sebati kott sifat malas dalam diri aku nih.
Huhuhu...
Sangat tak elok okeh!

2minggu lepas ada jualan dari Mizi Sport kat lobby opis aku nih.
Sekarang ni kan demam EURO 2012...
Tema awards nite opis aku pon tema bola.
So, sesape yang pergi awards nite tu kompem beli baju kat sini kannnn....


2 minggu jugak la diorang buat jualan kat situ.
Meriah gile opis aku.


Seee..... Time kije pon ada staff turun shopping beli baju kat diri sndiri, bini dan anak-anak...
Hamboiii.... suke nau ngulor.
Nanti terserempak dengan CEO baru tahu.

**Pandai je aku ni mengata kat orang.
Padahal aku pun ngulor jugak. Hehehe...
Bezanye aku ngulor atas keizinan bos. :)


RM59 je??
Yeee, adik-adik... RM59 je sepasang.
Murah kan?

Jangan tak tau..... ader jugak sandal Ipanema.
Ipanema? Ape tu??
Kalau korang nak tahu, sila KLIK SINI.

Kalau tak silap aku brand Ipanema ni datang dari Brazil.
Harge boleh tahan mahal....
Mahal la bagi aku untuk selipar dia yang macam selipar jepun tuu...
Aku ada gak beli 1... tapi aku tak beli mase jualan ni.
Aku beli kat Berjaya Times Square.


Kasut sukan memang berlambak dijual kat sini.
Pilih je design mana yang korang berkenan.

Time jualan ni aku tak beli apa-apa pun.
Sekadar cuci mata je.
Lagipun aku tak berapa minat barang-barang sukan nih.
Seronok tengok orang lain sibuk pilih barang.

Kadang-kadang bila ada jualan macam ni best jugak.
Hopefully la lepas ni ada jualan pakaian branded pompuan pulak.
Kompem aku beli berhelai-helai... :)

Tuesday, June 19, 2012

Gadget baru

Salam readers....

Akak kembali lagi.... :)
Suke la tuh hakak update kan...
Dah bersawang bebenor taman pink hakak nih sebab lama benor tak hapdate with picca. Kan?
Sabar...sabar....
Hakak dah bagitau dah, kalu hakak rajin hakak update.
Puaka sangat uolls ni caci maki hakak sebab malas nak hapdate kan?
Auwww... bajet blogger terkenal gitu... walhal follower 2-3 kerat aje. T_____T

_______________________

Uiks... geli-geleman pulakkss aku ber'hakak-hakak' nih..
Rasa macam nyah sangat uollss...
Eeeuuwww!

Ok la, back to the story.
Awal bulan baru-baru ni aku ada beli new gadget.
Saje je la kann.... duit tak habes orang kate...
Huhuhu......
Padahal 'biar papa asal bergaya'...
Choiiiii sangat!

Banyak kali jugak aku fikir, nak beli ke tak nak...
Hati berat kate 'tak payah' sebab tak perlu pon.
Tapi keinginan nafsu tu kate, "beli la...beli la...."

Last-last, aku kalah pada nafsu sendiri..
Sob...sob...
Nampak benor iman lemah disitu.




Samsung Galaxy Tab 10.1

Harga deal terbaekkk...
Aku bagitahu kawan-kawan terdekat, diorang semua kata murah...
Siap diorang pun nak rembat jugak kalau ada peluang.
Wahhh!

Dah 2 minggu lebih aku pakai, memang best...walaupun agak berat nak bawak ke hulur ke hilir.
Nasib baik nipis dan kecik.
Sekarang ni benda alah ni aku bawak kemana je aku pergi.... except TOILET.
Agak-agak la nak bawak menatang ni ke toilet.
Jakun ke hape??

Dengan benda ni, aku ralit sangat layan FB dan instagram.
Syok jugak layan instagram eh...
Aku kan suke amik gambar dan bergambar.

Bile dah guna, baru rasa best.
Then baru terfikir, benda ni berguna time aku balik kampung nanti.
Biasenya aku balik kampung dengan bas kannn...
Perjalanan dari KL ke Terengganu dengan bas makan mase 6 jam lebih gak....
Tensi mak! Lame benor...

So, bila dah ada tab ni at least takde la aku bosan sangat duk dalam bas tu.
Boleh layan movie, boleh layan FB.
Kan besttt...
Line takde, no hal.... boleh layan lagu dan games...
Kirenye tak rugi jugak la aku beli benda alah ni.

**AKU MAMPU, AKU BELI.
AKU TAK MAMPU, AKU TENGOK SAJE.
TAPI ALHAMDULILLAH... TUHAN MURAHKAN REZEKI AKU.
SYUKUR, YA ALLAH!

Short update

Salam readers...

Petang-petang cenggini baru aku nak update blog ye....
Sori la... badan aku rasa tak berapa sedap la lately.
Rasa cam nak demam tapi tak demam-demam jugak.
Hadoiii...

Aku ingat nak update beberapa citer.
Tapi tak larat uollss...
Kalau sekadar nak update pendek-pendek, boleh je.
Entri panjang-panjang macam biase tu, aku tak mampu uolss..

Ari tu aku ada mengadu pasal aku tido tak lena kan...
Alhamdulillah, start beberapa hari yang lepas aku boleh tido lena without terjaga di tengah malam lagi dah.
Syukur sangat-sangat.
Itupun aku rasa liat je nak bangun pepagi.

Tapi sekarang ni ada pulak sakit baru.
Asal malam je, aku sakit kepala macam ditekan-tekan.
Sampai aku malas nak kuar bilik pergi dapur minum air.
Nak pergi bilik air pun jadi malas.
Terlentang atas katil je la jawabnye.
Pastu takleh tengok citer hantu-hantu, tak leh tengok citer ganas-ganas.
Nanti kepala aku jadi makin sakit.
So, aku tengok top model... tak pun tengok kartun ataupun citer lawak.
Barulah kurang sikit rasa sakit kepala....
Pelik kan....?
Dah la aku suke nau tengok citer ngeri malam-malam.
Sekarang ni dah tak boleh dah.... tsk! T____T

Ni, kat opis... ader lagi yang bagi hint suruh aku beli makanan.
Please la... ko nk makan, ko beli sendiri!
Jangan suruh aku.
Kang ada yang kena sembur kang...
Dah la aku tengah tak sihat nih...
Aku yang tak sihat ni pun kuar pegi cari makan sendiri.

Eh, tajuk short update kan?
Hahaha... kang tak pasal-pasal tukar jadi long update pulak..
Ok la.. len kali aku update lagi.
Itupun kalu kadar kesihatan aku ok.

Babai all... :)

Monday, June 18, 2012

As-salam

Salam readers...

Kusss semangat..
Rasa macam dah lame sesangat aku tak update blog ni...

By now, aku agak penat + malas.
Penat sebab weken ari tu aku buat banyak sangat aktiviti sampaikan badan aku rasa sakit-sakit.
Dan efeknya buat aku jadi malas nak menaip, malas nak bekerja dan malas segala-galanya.

Beg pakaian pon tak kemas lagi.
Bilik tido aku pun bersepah jugak. Malas nak kemas.
Mujurlah sebelum aku pergi rumah Kak Long baru-baru ni aku dah cuci pakaian dan sidai...
Sebelum bertolak, aku angkat pakaian yang dah kering & sepahkan atas katil je..

Semalam malas-malas pon kena lipat pakaian jugak... T_____T
Kan best kalau ade orang gaji.
Boleh suruh-suruh je...

"Bibik, pegi lipat pakaian skarang!"

"Bibik, pegi buatkan air untuk saya skarang!"

"Bibik, picit kaki saya skarang!"

"Bibik, ko blah skarang!"

Ha, cenggitu la kekdahnye.
Habis madu sepah dibuang. Huahahaha....
Ok, tak klaka.

Mujur la minggu ni bos aku cuti.
So, boleh la bersenang-lenang merehatkan badan.
Siyes aku lupe bos aku cuti.
Pagi tadi datang opis kemain awal.
Kul 9, aku tengok bos tak sampai lagi.
Pelik la kan.... tertanya-tanya mana bos pergi.
Sekali aku check kalendar dia, rupa-rupanya dia cuti.
Hahaha..
Oit, PA apakah ini?

Tapi bosan gile siot takde kije...
Ingat petang ni nak kemas workstation aku laa...
Nampak banyak bebenor kertas-kertas lama... tak pakai pon...
Buang mana-mana yang tak penting.
At least takde la aku dapat gaji buta, ye dok?

Ok la... aku nak pi sembang jap dengan orang opis.
Nak gosip-gosip pasal malam award baru-baru ni.
1 opis aku pegi kecuali aku (exception sebab family datang).
Nak dengar gak citer-citer diorang ni pasal malam tu...
Aku dengar ramai retis yang datang...

Ok, babai!