Thursday, September 27, 2012

Parody 2 days of mc.. ngeee... :)

Salam readers...
Sorilah lame aku tak update.
Aku tak berapa sihat la lately.
So blog pun jadi tak sihat gak. huhu..

2 hari lepas, aku dapat mc 2 hari.
Itupun sebab tetibe kat opis mata aku gatal dan sakit.
Menggelupur gak la aku duk gosok mata.

Bos aku nampak aku duk gosok-gosok mata...
Dia apelagi, suruh aku amik mc 2 hari.
Aku refuse gak nak mc sebab kije berlambak.

Tapi dah bos pakse, katanya takut berjangkit. 


Terus teringat budak baru nak up yang buat video mc 5 hari tu...
Teruslah aku buat parody...

Siyes aku meluat dengan budak tu.
Makin buruk rupe dia bile buat duck face.
please la... sangat tak sesuai ok..

Aku ni pun nak buat mulut itik panjang-panjang, tak berani.
Sebab aku tau memang buruk rupe.
Nak-nak bile dah kertu macam ni kan...
Ntah sape la yang reka pose mulut itik nih.

Eh, hari ni pun aku sambung mc.
Demam plak. Pakej sekali dengan batuk.
Paling teruk, semalam aku batuk tak henti-henti sampai nak tido pon tak selesa.
Menangis jugak la... ai kan manje. huhu...

Pagi tadi pegi klinik siap kena cucuk.
Doktor nak check kot-kot aku ade sakit lain sebab demam aku on off sejak seminggu.
Malam-malam pulak aku ada semput.
Haihh.. banyak sungguh penyakit aku ni.

Ok la. 
Aku nak rehat jap. 
kejap lagi nak mkan nasi n pastu makan ubat n rehat.

Monday, September 24, 2012

Kerana kelas postpone, maka jom kite window shopping

Salam readers...

Entri ni kesinambungan dari entri open house rumah Kak Shidah tu.
Hari tu kan aku balik awal dari rumah Kak Shidah sebab FZ ada kelas nak mengajar.
Kelas baru tu kat Gaya Bangsar Kondo.

Aku gune map dalam tab je.
Senang.
Sekejap je dah jumpe kondo tu.




Student kelas baru ni namanya Priyanka.
Cantik orangnya.
Dia duk sorang-sorang je kat kondo ni.
Perghh... mesti anak orang kaya.

Priyanka asalnya dari India dan dia buat tesis kat sini.
Aku tatau dia amik course ape.
Malas nak tanya lelebih.

Tapi memang menyakitkan hati.
Tetibe dia cakap nak tangguhkan kelas pulak.
Katanya dia ada kerja penting pulak.
Haihhh... susah payah aku datang tetibe nak postpone kelas?
Dah la siap nego harge kelas...
Menyampah pulak.

Kalau aku tahu kelas postpone, aku duk kat rumah Kak Shidah tu lelama sikit.

Dah alang-alang ada kat bangsar, FZ ajak aku pergi MV je.
Lepak kat sana dan window shopping.

Sampai MV, punyalah ramai umat manusia.
Sesakk....

Tapi seronok pergi MV ni sebab setiap masa mesti macam-macam deko yang diorang buat kat tengah-tengah ruang mall tuh....
Cantik-cantik pulak tuhhh..


Uikss... pipi ku makin chubby la...


FZ pon makin chubby kan?
Heheheh...


Cantikkan pokok tu...
Aku pon tatau nama pokok tu ape..


Lepak-lepak kat situ sambil main tab.
Owh, aku dah jadi gile tenet sekarang. Huhuhu....

Dah lepak-lepak tu, tetibe tekak teringin nak makan benda sejuk pulak...
So, kitorang pergi ke Gelato Fruity.
Makan eskrem!

Dari bulan pose ari tu aku teringin makan eskrem gelato ni...
La ni barulah tercapai.
Nak makan time bulan pose ari tu tak boleh sebab nak jimat.
Duit banyak nak pakai untuk raya nanti.


Flavor coklat tu FZ punya...
Flavor vanilla tu aku punye.
Nak amik flavor yang pelik-pelik, takut nanti tak makan pulak.
Membazir je...

Eh, lepas kitorang makan gelato ni, kitorang singgah makan lagi tau.
Nak tahu kat mana?
Tunggu la next entri ye............. :)





Sunday, September 23, 2012

luah

Salam readers....

Aku tak tahu nak mulakan dari mana.
Dan aku jugak tak tahu sama ada patut ke tak aku publish benda ni untuk bacaan umum.

Aku dah tak tahu nak luahkan kat siapa.
Hanya blog laa tempat aku meluahkan perasaan.

Aku sebenarnya stress dengan hidup aku sekarang.
Pasal kije, psal kehidupan peribadi... semuanya lah!

Di opis, aku stress dengan kije.
Bukan senang nak bekerja dengan manusia dan fail pada masa yang sama.
Aku try buat yang terbaik dalam pekerjaan, tapi ape hasilnya?
Kerjaya secretary bukannya jiwa aku.
Bila dah jadi macam ni, aku teringat waktu aku bekerja di TTI dulu.
Happy, langsung takde masalah.
Malah, aku bekerja start pukul 8pagi sampai 7 petang.
Langsung aku tak merungut.
Siap aku buat OT lagi sampai kul 10 malam. Kekadang berlarutan sampai pukul 12 malam kalau ada event.

Tapi sekarang?? Aku balik sharp kul 5.30 petang.
Aku akan merungut kalau kena balik lewat.
Nampak tak how i hate my job now?
Entahlah, its getting worst day by day.
Mungkin aku kena tukar unit lain ataupun tukar jawatan atau tukar tempat kerja terus?
Oh Ya ALLAH, tolonglah beri petunjuk kepada hambaMu ini.
Aku dah bosan hidup tertekan macam ni.

Siapa kata best jadi Nuradiana?
Hanya Nuradiana sebenar je yang tahu apa yang dia alami.
Kehidupan peribadi yang tak seperti yang diharapkan.
Serba serbi aku pendam sensorang.
Kat sape aku nak mengadu??
Mungkin senang untuk berjumpa dengan orang yang sudi mendengar tapi amatlah susah untuk mencari orang yang memahami.

Makin banyak aku pendam, makin terbeban aku rasa.
Nak luahpada family, fahamkah mereka?
Silap-silap diorang kondem aku balik.
Aku kenal la family aku.

Nak luah pada FZ, dia mungkin mendengar dan faham.
Tapi fahamnya sekejap aje.
Nanti dia lupe dan buat aku stress lagi.
Aku dah masak sangat dengan perangai dia tu.

Nak luah pada kawan-kawan, aku mana ada kawan sangat.
Siapa sangat kawan aku kat kl nih?
Nak luah kat kawan-kawan kat KT nun, mustahil.
Diorang sendiri pun ada masalah diorang.

Entahlah... aku penat.
Penat hidup macam ni.


Friday, September 21, 2012

Mee sup terbaekk Kak Shidah.... teringat masakan kat kampung!

Salam Jumaat uollsss.....

Hadoii... hiruk piruk opis aku pepagi nih.
Bergosip-gosipan...
Tapi kerja tetap jalan.

Aku ni busy buat kerja.
Stress kejap bila kije berlambak.
Ai kan anje-anje... Mane leh buat kerja banyak...
Hahahah.... hak tuihh!

9 September lepas, aku dijemput oleh Kak Shidah untuk datang makan-makan kat rumah dia.
Dia buat makan kul 3 petang.
Aku pon tatau ape menu yang dia buat.

Kak Shidah ni orang Kelantan.
So, aku terbayang-bayang dah masakan kelantan.
Nyum...nyum......

Dia cakap kena datang berpasangan.
Iyolah...... aku pon datang dengan FZ.
Sape lagi yang nak temankan aku kan kalau bukan FZ?
Ye dak?

Ini pes time aku pergi ke rumah Kak Shidah.
Tak susah pon nak cari rumah dia.
Area Sentul memang aku dah biase.
Kitorang sampai dalam kul 3 lebih.


Kuih-muih ada..... kerepek.... nugget pon ada....
Nugget tu sedap la.....
Gebu elok je...
Acu kalau aku yang goreng, kompem kering kontang nugget tu.
Aku ni kalau bab menggoreng, memang failed!


Menu utama!
Mee sup...
Kak Shidah buatkan jugak bihun sup...

Memang sedap terangkat habis!!
Rugi pulak aku makan semangkuk je.
Itupun sebab perut aku dah kenyang sebab tengahari tu aku makan mi sup mi sedap 2 bungkus..
Yelah, nak tunggu kul 3 tu lambat lagi kan.....

Kalau aku tahu mee sup Kak Shidah sesedap ni, aku tak makan mi sup mi sedap tuuu....

Nak mintak tapau dengan Kak Shidah pon segan lak rasenye... hihihi...


Aku dan FZ.... :)


Ika dan encek tunangannye, alipp...
Eh, aku tatau nak eja nama tunang ko la, Ika...
Asal sebutan lebih kurang tu, kire ok la tuh kan?
Hikhik....

Weh, Ika....
FZ cakap muke tunang ko macam orang sekampung dia.
Nama Ujang kalo tak silap aku.
Terkezutt FZ mase memula tengok tunang ko.
Hahahah...


Tuan rumah....
Kak Shidah dan hubby...
Walaupun ni pes time aku jumpa hubby Kak Shidah, tapi bile sembang dah macam dah jumpa lama.
Ramah sangat... 
Takde la aku rase janggal sangat.

Mimy sampai lewat sebab ada orang datang beraya kat rumah dia.
Aku tak sempat jumpa mimy sebab petang tu FZ ada kelas nak mengajar.
Kelas baru di Gaya Bangsar Condominium.

Apepun, terima kasih sebab jemput Nana dan FZ makan-makan kat rumah Kak Shidah.
Lain kali ajak la lagi ye... hehehe... :)




Thursday, September 20, 2012

Sunway Piramid

Salam readers...

Aku baru je pasan dashboard blogspot ni dah berubah.
Adoyaii... kena adapt dengan design baru ni.
Tapi aku rasa lagi best design yang lama...
Tapi tatau la lelama nanti kot boleh selesa dengan design baru ni.

8 September lepas, aku bagitahu FZ aku nak pergi Sunway Piramid.
Dah lama sangat tak gi sane.
FZ macam biase la. Dia on jekk...

Sesat barat jugak la kitorang ke sane.
Yelah, aku dan FZ ingat-ingat lupa jalan ke sana.
Seingat aku last aku pergi SP dengan Ira dulu.
Dah lama kot... Itupun sebab kitorang pergi main boling.
FZ pulak last pergi dengan kawan dia.
Nama ape ntah....

Dah masuk area SP tu, Baby Alya menggelupur.
Yelah, kiri kanan ada patung binatang.
Singa la....unta la.. Gajah la...
Suke la dia sampai tatau dah nak pandang kiri ke kanan...
Excited tul!

Parking kat SP ni senang je nak tengok.
Just tengok censor atas kotak parking tu je.
Kalau censor tu kaler merah, maknanye kotak parking tu ada kereta.
Kalau censor tu kaler hijau, maknanya kotak parking tu available.
Dah namanya rezeki, kitorang dapat parking betul-betul depan pintu masuk.
Alhamdulillah.....

Sekarang ni aku dah tak dukung Alya lagi dah...
Aku bagi dia berjalan sendiri je.
Senang sikit.
Lagipun sekarang ni dia dah berat.
Tak larat aihhh aku nak dukung lama-lama.

Tapi tu la... budak ni kalau dah dapat kaki, bukannya nak berjalan....
Dia asik nak berlari aje...
Pantang aku lepas tangan, mesti dia berlari.
Aku ni takut dia jatuh je.
Kang luke lebam pulak anak orang nanti.
Tak pasal-pasal aku yang disalahkan pulak.

Tengah berjalan-jalan tu, dia nampak mainan banyak-banyak.
Rupa-rupanye kat SP sekarang ni dah ada banyak permainan.
Kereta langgar, merry go round, ferris wheel pon ada......

Baby Alya cam biase la..
Tunjuk sana sini.....
Siap nak melalak bagai sebab nak main...
Tapi tu la, kebanyakkan permainan belum sesuai lagi dengan dia.

FZ kesian tengok baby.
Terus dia ajak baby main merry go round.


Aku suruh FZ je temankan baby main benda alah tu.
Tak kuasa aku nak temankan.
Nanti kepala aku pening pulak.


Amboi... seriusnya muka dia!


Nampak sangat muka gayat.


Aku tak kire pulak berapa round benda tu berpusing....
Dah dapat main1 permainan, terus kitorang balik ke kereta sebab FZ baru perasan wallet dia takde dalam beg.
Punyalah cuak kot-kot wallet tu terjatuh kat mana-mana...
Tapi bila check kat kereta, mujurlah jumpa wallet tu betul-betul kat tepi pintu bahagian dalam kereta.
Fuhhh.....
Kalaulah wallet tu hilang, aku pun tatau cemana nak tenangkan dia...

Apepun, best jugak pergi SP ni sebab sekarang ni dah banyak butik-butik.
So lepas ni selain dari kat MV, bolehlah aku shopping kat SP pulak. :)

Wednesday, September 19, 2012

Tasik titiwangsa

Salam readers...

Korang apa khabar?
Aku cenggini la... sihat je...
Lepas cuti 3 hari baru-baru ni rasa cam lemau jekk nak datang kije.
Sumpah malasss sesangat!
Malas nak hadap kerja kat opis yang tak habis-habis tu....

Citer kali ni citer dah lama...
2 September ari tuh..
Aku dan FZ tatau dah nak gi jenjalan kat mana.
Habis seluruh pelusuk KL ni kitorang dah pegi.

FZ decide bawak aku dan Baby Alya jenjalan kat Tasik Titiwangsa.
Aku pon dah lama tak jejak kaki kat situ.
Biasenye lalu je tengok pemandangan, pastu blahh...

Sebelum pergi tasik, aku pastikan dulu baby tido.
Aku tak nak nanti kat tasik tu dia buat perangai.
Budak-budak kalau tak cukup tido kompem akan meragam.

Bila dia dah bangun tido, barulah aku siap-siapkan dia dan kitorang bertolak ke tasik.
Pergi tasik di hari minggu memang kompem la ramai orang.
Parking pon susah nak dapat.
Itupun mujurlah FZ berjaya selitkan kereta dia kat bahu jalan.


Aku - Alya - stroller pink kesayangannya...

Jangan memain tau!
Baby Alya pon ada stroller.
Dalam stroller tu pulak ada anak patung.
Dia sayang gile kat anak patung tu...
Patung barbie yang mak ayah dia kasi pon dia tak main.
Dia buang-buang jek.
Tapi anak patung RM10 yang aku kasi kat dia tu la yang dia sayang sangat.
Hahahah...


Serius jek muke Baby Alya bila tolak stroller.
Hahaha...
Tak boleh blah muke dia.

Korang jangan lak terkejut tengok aku pakai tudung.
Ari tu pun ntah tetibe hati ni terdetik nak pakai tudung.
So aku pakai la.

Lagipun aku pakai bukannya sebab nak ikut trend ke ape.
Mementang la orang lain ramai yang dah berhijrah, pastu kite pon sibuk nak berhijrah jugak...
Walhal hati tak rela sepenuhnya lagi.
No...no...no...
Aku pakai tudung sebab ALLAH SWT.
Bukan sebab trend, bukan sebab nak glamour, bukan sebab nak bajet baik.

Biarlah orang kata aku sekejap pakai, sekejap tak...
Macam main-main.
Lantak la orang nak kata apa.
Ader aku kesahh?
Aku tau hati aku.... aku tau niat aku.


Alya dan FZ.
Nak tak nak je Alya ni amik gambar kan?


Bila orang suruh buat peace, dia buat cenggitu pulak.
Macam meneran berakkk aje...

Kitorang pergi tasik ni pun sebab nak bawak Alya main kat taman permainan kat situ.

Uih, dari jauh dia nampak taman permainan tu, terus dia berlari tinggalkan stroller.
Laju lak tu dia lari.
Mujur la aku sempat tangkap.
Hamboiii, eksaited kemain!


Pasan tak rambut dia?
Aku la yang ikat tuu...
Tak suka la tengok rambut dia berserabai.
Dia pulak dah tahu dah, kalau aku nak ikat rambut dia, dia mesti duk diam.
Good girl sungguh!


Dah berlengas dahh...
Ya ampunnnn...
Mane laa tak berlengas.... berlari ke sana sini macam kan tak pernah main kat taman permainan.
Siap nak main gelongsor kot...
Budak lain sebaya dia gayat nak naik gelongsong.
Dia ni tak........... dia pulak gelongsorkan diri dia.
Nak jatuh jantung aku tengok kelasakan dia.


Ni pon aku bawak dia nak kat atas titi ni.
Penat dowhh layan dia.
Kalau dia ni betul anak aku, kompem sebulan badan aku jadi selim melim.


Cukup main kat taman.
Balik la pulak...
Dah la cuaca panas. Angin pulak langsung takde.
Kang nanti baby demam, susah lak.

Macam biase, dalam kereta dia tido lepas aku bagi dia isap susu.
Penat sangat lerr tuh.

Friday, September 14, 2012

Majlis hari raya GIA & SAU

Salam readers...

Kisah raya lagikkk!!
Hahaha... Hope korang tak jemu baca kisah raya aku ye.
Nak buat cemana...
Habis raya kat kampung, sambung raya kat KL lak.
Kat KL ni boleh tahan jugak meriahnya.

Minggu lepas opis aku ada buat majlis hari raya.
Nak kate besar-besaran tuu idok lerr...
Simple-simple je.
Seperti tahun lepas, kitorang buat konsep potluck.
Memasing bawak makanan memasing.


 Deko hari raya.... 
Siap lampu kelip-kelip lagik..


Me on that day...

Katanya buat tema purple and pink...
Nasib la baju raya aku tahun ni ada both color.


Garrett!
Pes time makan. Jakun gile kan?
Sedap sangat sebab memang betul-betul berkaramel.
Tapi tu la, kekadang ada jugak terasa pahit-pahit sikit.

Antara menu yang dihidangkan :-


Laksa Sarawak


Mee Bandung


Mee Rebus

Sedapppp!
Tapi aku sempat makan mee rebus jek.
Mee ni disponsor oleh big boss GIA.
Dia masak sendiri tau!


Chicken & beef lasagna...
5 tray semuanye tapi aku snap 1 tray je.
Disponsor oleh aku, Mimy, Ika, Kak Shidah dan Kak Noriah.
Hot selling kott!


Satay wajib ada.
Ponnnn aku takdan nak makan. Waaaaaaa......


Susunan yang dibuat.


Spaghetti carbonara pon ada.


Cupcakes... Comel je kann...
Nak makan pon rase sayangg... hehehe...


Deco of the desserts table..
Comel jek susunannye kan?


Big boss GIA sibuk layan tetamu.


Yang ni muke-muke staff unit aku.
Muke yang di censor tu boss aku laa... 
Dia tak suke muke dia masuk blog...
Nak crop gambor ni kang tak boleh... so censorkan je la jawabnye.


Boss GIA dan CEO TM...


Ha, baru nampak muke aku kann...
Aku duk kat belakang tabir je.
Sibuk bungkus mee untuk orang yang request untuk tapau.



Nampak benor dalam reramai tu, aku yang paling eksaited kannn....

Majlis start pukul 12 sampai kul 3 jekk.....
Dah habis majlis, kitorang sibuk menapau makanan yang tak habis.
Dah siap menapau, barulah acara snap-snap pulakk...
Agenda wajib kott...



Whole GIA group.

Then, only the ladies! :-


Memula amik gambar style biase je....
Dah 2-3 snap, barulah kitorang posing lain...


Sore eyes style!
Comel tak kami?
Hahaha...


**Pics credited to GIA's photographers & myself! :)

Thursday, September 13, 2012

Celeb Ulangtahun perkahwinan @Zie Corner

Salam readers...

Ni kisah mase balik raya hari tu.
24 Ogos adalah ulangtahun perkahwinan mummy dan daddy.
So, aku decide nak ajak mummy & daddy kuar makan malam.

Memula nak ajak semua join tapi diorang ni macam tak amik tahu je.......
So, aku ajak mummy, daddy dan adik bongsu aku je, Shazrin.

Plan asal nak bawak daddy aku makan tutti frutti.
Yelah, mase raya ari tu daddy merajuk sebab kitorang pegi makan TF tak ajak dia....

Aku : Daddy nok dok aiskrim goreng ni?
Daddy : Takboh makan aiskrim muroh... nok makan tutti frutti...
Aku : Ari tu orang kabo doh nok gi makan TF, tapi daddy takboh ikut.
Daddy : Nok ikut gane orang dok ajok...

Adoyaiiii....
Terasa hati pulak orang tua nih.

Cadangan aku untuk makan kat TF cancel sebab mummy dan daddy kate tak kenyang.
Tapi aku janji dah lain kali nak ajak daddy makan TF.
Kang kempunan pulak orang tua tu nanti!

Last-last ajak dia makan kat Zie Corner.
Zie Corner ni adalah satu restoran yang agak femes kat Terengganu.
Bukan femes ape pun....... katenya makanan western kat situ sedap especially chicken chop.


Daddy...
Sensitip tul dia sekarang.


Shazrin...
Oleh sebab dia ni rajin dan baik (tak nakal macam sesetengah remaja sekarang), so aku ajak dia jugak.
Kemain lagi dia suke.... :)


Mummy...

Mummy ni tekak kampungdotcom.
Kalau gi restoran je, mesti nak order mee hoon bandung.
Kali ni ajak dia makan western pulak.
Aku tengok elokkk je dia telan chicken chop tu.
Heheheh....


Gambor aku mestilah ada.
Aku ni dah macam mummy jarum dah..
Penuh barang kemass...
Nasib baik tak kena ragut.


Aku dan Shazrin order ice blended chocolate.
Mummy dan daddy minum fresh orange.


Inilah rupe chicken chop nye...
Sedap tu memang la sedap.
Tapi service............. out!

Aku datang pukul 8.45 malam...
Dekat pukul 10 baru dapat makanan.
Itupun diorang selalu je silap hantar.
Paling buat daddy aku naik hantu bile orang yang baru sampai dah dapat makanan...
Please upgrade your service, ok!

Ada 1 peristiwa yang berlaku mase kat kedai tu melibatkan orang terdekat.
Tapi aku malas nak citer kat sini.
Kang nanti jadi gaduh pulak.
Cume benda ni buat aku terasa hati yang teramat dan buat aku berfikir banyak kali.
Takpe lahh...


Apepun,

Happy 40th anniversary, mummy & daddy.
Semoga family kite tetap utuh dan bersatu sampai bila-bila!
Amin...