Friday, November 30, 2012

Sakit hati!

Salam readers...

Ni aku nak kabo sikit.
Aku dah diserang sakit hati.
Eeeiii.... hangin satu badan aku hari ni.

Kisahnya, sekarang ni aku tinggal 3 orang je 1 rumah.
Means sorang 1 bilik.
Quite selesa la kann...
Rumah besar, barang kurang... so kawasan memang jadi luas dan bersih.

Dalam rumah aku ni pulak, masing-masing buat hal sendiri.
Ko nak balik pukul berapa, ko nak hias rumah cemana...its up to u.
Yang penting kemas.
Aku taknak dah tengok rumah bersepah macam dulu.
Serabut mata nengoknye.

Malam-malam rumah aku sunyi je la...
Masing-masing ada tv sendiri.
So, masing-masing layan tv dalam bilik.
Kalau ada apa-apa barulah kitorang jumpa dan bersembang.

Tapi yang buat aku sakit hati sangat ni bile new housemate kitorang ni is too demanding.
Menyampah pun ada.
Aku pernah bagitahu dulu kan, dia anggap aku chief house the house.
Aku tak kisah la ko nak anggap aku apepun.
Chief ke....chef ke....chess ke.... Lantak la!
Tapi jangan la semua benda nak harapkan aku.

Contohnya laaa...... Eh, bukan contoh ye.
Memang hakikat.
Hari tu dia tanya aku cemana nak apply line phone rumah kat TM.
Aku ni citer la itu ini...
Tapi dia tanya aku balik,

"Bukan ke TM nak kontrak yang mengatakan kami tinggal kat sini?"
Itulah lebih kurang maksud ayat dia.
Aku pun lupe specific words yang dia pakai.

Aku jawab je la tak payah.
TM nak buat apa dengan kontrak tu kannn....
Lagipun rumah sewa cam aku ni buat ape nak berkontrak bagai.

Time tu dia angguk-angguk.
Esoknya, tengahari dia call aku.

Dia cakap, 

"I dah pergi TM Point tadi. Diorang kata diorang nak jugak the contract. I think u maybe know about the contract right?"

Dangggg!
Baru aku faham maksud dia.
Bukannya dasar nak line phone sangat tapi dia nak contract!
Kontrak ape jadahnya???
Dah 4 tahun aku duduk kat rumah tu, takde pulak kontrak-kontrak bagai!
Agaknya dia ingat aku menipu agaknye.

Teruslah aku sound,

"Kan I dah cakap, memang takde kontrak. Lagipun setahu I, tak pernah TM mintak kontrak rumah bagai."

Dia jawab,

"Maybe ni rules baru TM..."

Aku tak puas hati, aku pergi la ke TMP.
Aku tanya direct kat customer service tu pasal nak ape-apa kontrak tak when apply for phone line.
Dan staff kat situ cakap, tak payah bawak apa-apa. Just isi borang je.

Seeeeee..........
Tak ke aku hangin!
Rule baru TM konon.
Aku ni kerja TM. Ko ingat aku ni bodoh sangat ke sampai ko nak tipu.
Bingai!

Tu kes tipu.
Sebelum tu ada lagi yang dia mintak.
Banyakkkk aku cakap kau!

Sekarang ni aku just tunggu masa nak slow talk dengan dia.
Kalau boleh time husband dia takde.
Eh, lupe pulak nak cakap.
'Husband' dia tu sebenarnya bukan husband.
Tapi skandal je.
Dia sendiri yang mengaku.

Then I have to tell her, when she is not in the house, that man shouldnt be in the house.
Kekadang pompuan tu tak balik rumah.
Bile pompuan tu takde, that man still datang rumah.
Tapi dia berkurung dalam bilik je la.
But yang buat aku tak suka tu, jantan tu asik miskol aku.
Ape dia nak pon aku tak tahu la!!
Benci pulak aku.

Ikut hati nak je aku ketuk pintu bilik dia dan jerit,
"STOP DISTURB ME!!!! DO RESPECT ME AS A SENIOR IN THIS HOUSE!!!"
Ko tua dari aku ke ape, aku peduli hape??

Tapi yelah.... hati je nak buat tapi tak buat-buat pon.
Cume sekarang ni aku memang menyampah dan benci tahap gaban so aku takleh biarkan lagi.
I should tell him!
Respek la sikit.... Dengan FZ pun dia tak respek tau!
Bongok tul la!!
Manelah aku tak hangin!

Yang terbaru ni pasal sewa.
Ader ke patut dia taknak bayar ikut time.
Dia kata tuan rumah kena ikut flow dia.
Katanye gaji dia masuk 1st week every month. So, dia akan bank in duit sewa selepas dia dapat gaji.

Suke hati dia je kan nak suruh tuan rumah ikut flow dia.
Who is she???
Dah rule tuan rumah, setiap bulan sewa rumah kena bayar sebelum 30/31 haribulan.

Kitorang ber sms tadi.
Last sms aku cakap,

"Im getting tired to get involve in any problem!"

Aku dah muak ok.
Bosan sangat dah nak melayan orang tak reti bahasa ni.
Aku senang je...
Aku suruh dia deal sendiri dengan tuan rumah.
Aku malas nak masuk campur.

Nanti kalau masalah ni melarat, senang je.
Aku akan suggest dia keluar je dari rumah ni.
Aku tak perlukan housemate macam dia yang suke menyusahkan orang.
Cukup-cukuplah dulu aku ada housemate perangai macam dajal, pastu datang pulak housemate tak amanah dan sekarang ni housemate macam ni pulak.

Enough!


Thursday, November 29, 2012

aku tak sempurna

Salam readers...

Aku wanita penuh kekurangan,
Tiada rupa indah menawan,
Sekali pandang hanya sisipan.

Aku insan tak sempurna,
Sering terkhilaf dan tersalah laku,
Namun ku terima segala ketentuan takdirNya,
Kerana ku tahu ia hanya ujian untukku.

******************

Maaflah kengkawan.
Malam ni aku tersangatlah down.
Terasa macam diri aku ni bodoh sangat.
Benda senang pun boleh cuai.

Ya, aku memang sangat cuai.
Dari aku kecik sampailah sekarang.
Sikap cuai macam dah sebati dalam hidup aku.

Zaman sekolah dulu, mesti ada benda yang aku asik tertinggal.
Kekadang tertinggal alat tulis...
Kekadang tertinggal buku.
Pernah sekali aku tertinggal buku teks kat sekolah.
Dan apelagi, esoknya pergi sekolah buku teks dah takde.
So, kena beli baru.
Cuai sangat kannnn....

Sekarang pun sama.
Kekadang pintu bilik air pun aku lupa nak lock.
Tutup cenggitu je.
Mujurlah takde sape yang masuk.
Kalau tak, sesaje je orang boleh tengok free show.

Memang aku mengaku aku cuai sangat-sangat.
Ya ALLAH haiii......

Bukan aku tak cuba berubah tapi kadang-kadang... hmm...yelah, aku ni manusia.
Tak lepas dari buat kesalahan.
Aku ingatkan selama ni aku boleh mengatasi sikap cuai aku tu.
Rupa-rupanya tak.
Serius macam orang bodoh.
Orang lain pun bodoh gak tapi takde la macam aku.
Ya ALLAH, kecewanya aku dengan diri sendiri!

Aku tahu ni ujian Tuhan untuk aku.
Dan aku tahu aku harus bersabar.
Tapi Ya ALLAH, aku dah tak mampu nak menghadapi ujianMU.


Instagram

Salam readers....

Is it good or bad morning to u?
Wahh...speaking gituuuu.....
Bagi aku, pagi ni macam biase.
Boring...malas nak kerja...takde mood....
Ikutkan hati rasa malas nak datang kerja.
Sungguh tak ikhlas ok...

Eh, termelalut luah perasaan lak.
Padahal memula nak citer pasal instagram je.

Aku ni baru je masuk dunia instagram.
Eh, baru beberapa bulan kot.
Kire baru lagi la kannn...

1st time berinstagram, aku rasa cam bosan sikit.
Sebab all about the picas kan?
Status pon based on the picture je.
Tapi bila dah lama-lama rasa cam best pulak berinstagram ni.

Bagi aku, instagram ni macam satu tempat untuk simpan gambar.
Kirenye macam pengganti album gambar laa.
Pastu boleh edit lighting plak tu..
Bab edit-edit ni memang aku suke.


1st gambar yang aku upload dalam instagram.
Gambar ni kenangan aku 1st time kuar dating dengan FZ selepas 1st time aku mengaku sayangkan dia.
Sebelum tu tak ngaku sayang-sayang lagi.
Jual mahal la katekan.
Mase ni kitorang dating kat Taman Layang-layang.
Nostalgia kot...
Time ni aku kurus lagi kannnn...
Sekarang??? Hmmm... gedempol!


Ini salah satu gambar yang aku upload dalam instagram jugak.
Buah tangan dari FZ yang pergi ke Sarawak baru-baru ni.
Kek lapis Sarawak, gelang manik Sarawak dan fridge magnet.


Ini pulak handbag Lewre.
Beli time butik Lewre buat sale besar-besaran.
Sayang sangat dengan beg ni sebab cantik.
Tapi sekarang ni dah takleh pakai sebab zip rosak.
Tatau nak hantar kat mana untuk baiki zip.
Kalau korang tahu kat mana, bagi tahu aku eh.


Gambar ni aku snap mase bosan duk opis.
Takde kije kan.. so snap gambar aje la..


Ini pulak perfume Loewe yang aku beli kat Sogo.
Aku dapat beberapa jenis mini trial perfume dan leopard style handbag.
Handbag aku aku tak pakai lagi sebab terlalu besar.
Mungkin aku akan pakai bile untuk letak pakaian je nanti.


Ni gambar lama aku tapi saje je upload.
Kate instagram ni album gambar kannnn...
Gambar ni diambil masa aku dan FZ dating kat Tasik Titiwangsa.
Mase ni kitorang tengah tunggu turn nak naik benda ape ntah yang kayuh-kayuh kat tengah tasik tu... sampan kayuh eh??
Dah la mae tu ku 3 petang kot... 
Hazabnye tahan panas Tuhan je yang tahu.


Rantai leher murah yang aku beli kat Bukit Bintang.
RM10 je pon untuk 1 utas ni.
Cantik-cantik kan?
Banyak lagi yang cantik sebenarnya.. tapi sayang duit lak nak beli banyak-banyak.


Ini plak masa raya puasa baru-baru ni.
Aku janji dengan adik-adik dan anak-anak sedara nak belanja diorang tutti frutti.
So, time raya hari tu aku tunaikan janji aku.
Aku ni jenis tepati janji.
Sebab tu aku tak suke orang yang tak tepati janji kat aku.
Seingat aku belanje diorang ni semua kat tutti frutti ni, duit aku habis dekat seratus jugak la...
Pengsan!


Pavlova!
Ni 1st time aku buat.
Memang menjadi walaupun whipped cream agak cair.
Tapi sedap!
Bile aku try buat lagi lepas tu, terus tak jadi-jadi sampai ke sudah.
Frust okeh!



Ni quote yang aku buat.
Bukan quote sangat pun.
Tapi kata hati aku je.. 
Setiap hari Isnin kann aku selalu mengeluh.
Bosan kot nak buat kerja. Tak puas cuti weken katenye.

Tapi ramai jugak yang share gambar ni kat facebook.
Siap ada sorang akak tu cilok gambar ni dan publish kat fb.
Bila orang komen, dia cakap ni gambar dia.
Aku terasa jugak laa sebab tu kan gambar aku.
Sepatutnya dia credit kan laa nama aku kannn...
Tapi bile pikir balik, takyah credit-credit la... bukannya dapat duit pon.


Tako tao!
My favvy.
Sekarang ni setiap kali pergi MV, mesti beli tako tao.
Wajib okeh!
Aku suke chicken cheese & prawn.
Kalau octopus dan unagi tuu...eeuuwww tak tertelan la aku.
Geli.........

FZ siap cakap lagi kat aku,

"Sekejap je sayang ni.... lepas ni bila dah muak, dah tak nak beli dahh.. Makan laa sampai puas ayang.."

Hahaha...
FZ ni bukannya apa, dia malas nak tunggu sementara tako ni siap.
Kan amik masa dalam 15 minit nak siapkan.
Lagipun sekarang ni aku tak beli sekotak je...
Paling-paling 2 kotak... Hehehe..
Dasar bela jin memang la kena makan banyak.....


Ni pulak aku upload time aku bosan.
Aku lupa malam hari ape aku upload gambar ni tapi malam tu memang aku bosan tahap gaban.
Nak sms FZ, dia dah tido time tu.
Rancangan tv pulak tak best.
So, melangut sorang-sorang...

Inilah antara gambar-gambar instagram yang aku upload.
Nak tengok yang selebihnya??

Sila follow : dianaaziz85

hahaha... sempat lagi promote insta sendiri. :)


Wednesday, November 28, 2012

27 tahun? Muda lagi kottt

Salam readers...

Saat korang baca entri ni aku tengah berkursus.
Ni pun aku auto-publish.

13 Nov baru-baru ni adalah birthday aku.
Happy birthday to me.....happy birthday to me...!
Dah la time tu jatuh pada hari deepavali.
Ader jugak malaun wish birthday aku sekali dengan happy deepavali.
Cis...cis...cis!

Pagi birthday aku tu, aku plan nak bangun lewat tapi tak dapat sebab awal-awal FZ dah call aku.
Katanya nak hantar nasi lemak untuk breakfast.
So shuweeetttt...

Mamai jugak la aku nak bangun awal kannnn....

Masa dia hantar nasi lemak tu, dia bagi sekali hadiah besday aku.
Teruslah cerah mata aku kannn...
Terus tak jadi nak sambung tido.

Lepas FZ balik je, terus bergegas masuk bilik sebab tak sabar nak bukak hadiah.
Hehehe...


Jeng... jengg...
Berdebor nak bukak nih...

Pes, bukak kad dulu.


Auuuwwww....
Romantik jugak abam ai ni.
Hehehe....


Eh eh, ada bunjut... comel je bunjut ni kan?
Pasni boleh buat dompet untuk duit syiling. :)


Jam tangan.

Aku dah tahu dah hadiah ape yang dia nak bagi aku.
Sebab sebelum birthday tu, dia dah ajak aku pergi survey.

Start dari hari tu, aku terus pakai jam yang abam FZ bagi nih.
Jam lama ader lagi tapi simpan buat frame. Kihkih...

Terime kasih, abang..

I love u so much! :)


Tuesday, November 27, 2012

Durian crepe oh durian crepe

Salam readers....

Sekarang ni kan macam-macam musim makanan yang ada kan?
Kalau dulu kite duk tertunggu-tunggu musim buah.
Sekarang ni buah tumbuh pun dah tak ikut musim dah.
Sepanjang masa je ada.

Sebut pasal musim makanan ni.... dulu ada musim macaroon.
Kemain semua orang duk cakap pasal macaroon. 
Ramai jugak la kengkawan dalam fb yang try buat macaroon tu.
Aku pulak takde la try.
Aku beli kat kedai je.
Bagi aku macaroon memang tak masuk tekak aku la.
Manis bebenor.
Kaler memang cantik. Comel jekk.

Habis musim macaroon, kuar pulak musim pavlova.
Pavlova ni aku try buat.
Kali pertama buat memang menjadi walaupun whipped cream tu cair sikit.
Tapi bile letak dalam peti ais, whipped cream tu jadi keras.
FZ tak makan sangat.
So, aku bagi sikit kat mak ayah Alya.
Mak Alya kemain suke. Sedap katanya.
Tak manis sangat.
Memang la tak manis sangat sebab aku kurangkan gula.
Aku tak suke makanan yang terlalu manis.

Kali kedua, kali ketiga sampailah kali kelima kott aku buat, terus tak jadi.
Tak tau ape silap, meringue aku tak keras.
Dah la masa bakar tu amik masa sampai 3 jam.
Tetap tak keras-keras gak.
Now aku fed up.
Membazir telur aku je..
Dah la sekali buat gune 4 bijik telur.

Lepas musim pavlova, datang pulak musim durian crepe.
Semua orang cakap pasal durian crepe.
1st aku try durian crepe ni masa kat MV last month.
Aku singgah kat kiosk Sumptuous desserts.
Beli yang 2 bijik je dulu. RM4 kott...
Bagi aku mahal la sebab bendanya secoet je pon.


Bagi aku durian crepe ni sedap la.
Mungkin sebab aku ni peminat durian.
Tapi takde laa sampai tergila-gila selalu nak makan.
Cemana rasa durian, gitulah rasa crepe durian ni.
Lempeng tu macam tak bagi apa-apa rasa pun.
Ala, nama sebenarnye lempeng durian je kannn...
Saje je letak CREPE sebab nampak macam kelasss sikit.
Kang letak nama lempeng durian macam tak best pulak... kann?

Aku ada resipi crepe durian ni tapi tak buat-buat lagi.
Padahal berlambak je durian dijual kat pasar malam tu.
Takpelah... nanti-nanti aku buat.
Ingat nak buat 2 jenis.
Crepe durian dan crepe mangga.
Tengok sedap ke tak.... :)

Korang pernah makan crepe durian ni?

Friday, November 23, 2012

Tenkiu abam! :D

Salam readers...

28 Oct lepas (dah dekat sebulan baru nak citer eh! Huhu...), FZ ajak aku pergi MV.
Time tu kitorang tengah gaduh-gaduh manje... 
Lupe dah kenapa gaduh sebab banyak kali sangat bergaduh. Huhuuuu...
Yang pasti bukan ai yang bersalah... sebab ai tak pernah buat salah. *Hehehe!

Ok, back to the story.
Kat MV tu, FZ ajak pergi ke Metrojaya.
Aku ingatkan nak shopping baju dia.
Sebab kebiasaannya kalau pergi Metrojaya, mesti pergi ke bahagian pakaian Polo lelaki.
Dia sekarang memang suka baju Polo.

Tapi hari tu tetibe dia ajak pergi ke bahagian pompuan.
Pelik jugak aku nih.
Nak tanya, malas.... kan tengah gaduh.
So diam je.
Bila sampai kat bahagian handbag Guess, dia suruh aku pilih mana 1 yang aku berkenan.

Memang sebelum ni dia pernah janji dengan aku nak belikan handbag.
Dah lama tertangguh janji dia tu.
Bukan salah dia pun..... tapi aku yang taknak.
Hari tu takleh nak elak pulak. So, aku pilih laa...
Lagipun handbag aku yang lama dah tak elok sangat dah.
Kulit kat bahagian tali handbag tu dah terkoyak sampai nampak kain belah dalam.

Yang aku pilih takde la yang mahal sangat.
Kesian jugak kat dia kena bayar mahal-mahal.
Kaler dia sendiri yang pilih.


Thanks abam FZ! 

Dah beli handbag tu, teruslah berbaik.
Hehehe...
Memang dasar kannn..... :D



Wednesday, November 21, 2012

Mampu atau tak untuk tersenyum lagi?

Salam readers...

Malam ni dua entri sekaligus aku up.
Ha kau! Kemain berhari-hari aku tak update, hari ni up 2 terus.
Aku tak tahu lepas ni berapa hari lagi blog ni akan menyepi.

Petang tadi aku mendapat berita sadis dari seorang teman rapat.
Berita sadis ok!
Berita tu buat aku fikir panjang. 
Saat aku menaip ni pun, kepala otak aku masih berfikir.
Sah-sah malam ni aku tido tak lena. Kompem!

Aku mula berfikir untuk beredar je dari kawasan kecil itu.
Ataupun mungkin keluar terus dari perut gergasi itu.
Sebabnya aku tahu, politik disana tetap sama.
Masing-masing gila kuasa yang mahu conquer semua kawasan.
Yang tersepit adalah kawanan bawahan macam aku.
OMG! Aku sangka inilah tempat aku hingga ke akhir hayat.
Rupa-rupanya tak lama aku disini.
Tapi itulah.... sekarang ni aku hanya merancang.
Biarlah ALLAH yang menentukan.

Apapun, aku akan cuba mencari kawasan lain untuk bertapak.
Supaya aku boleh hidup aman damai seperti dulu.
Tapi sementara waktu, aku akan bersabar disini dulu.

Memang aku tak sanggup lagi nak hadap semua ni.
Tak pernah-pernah aku sakit kepala... sekarang ni tiap-tiap hari kepala aku berdenyut.
Tanda nak migrain mungkin.
Aku tahu ramai yang takkan setuju dengan keputusan aku.
Tapi kadang-kadang aku perlu mencari kebahagiaan sendiri.
Aku ingin tersenyum seperti dulu.
Orang takkan faham apa yang aku lalui.
Biarlah aku tentukan sendiri jalan mana yang aku nak pilih.

Kursus setiausaha

Salam readers...

Hari ni aku ke udara di malam hari.
Sebenarnya aku nak update blog pagi esok.
Tapi takut tak dan sebab dengar khabar mulai esok aku akan bizi tahap gaban kat opis tu.
So, bersedialah korang untuk mendengar keluh-kesah aku dalam blog ni nanti ye.

Back to main story, awal bulan hari tu aku dapat invitation untuk join training secretary.
Suke jugak la hati aku sebenarnye sebab at least capai jugak 40 hours training day aku per year.
Yelah, 40 hours tu kira lama jugak.
Paling-paling 5 hari.
Tapi training yang sesuai adalah yilekk...
Susah hati jugak aku takut tak sampai 40 hours tahun ni.
But now, alhamdulillah...
Terlebih-lebih dari 40 hours tu.

1st day start 9 Nov lepas.
Best gile la training nih.
Enjoy habis.... Hilang segala stress kat opis.
Tempat pulak memang jauh dari opis.
So, memang 1 hari tak nampak muke kat opis la... 
Plus makanan yang disediakan pun memang sedap.
Suke!

Korang layan je la eh gambar menu kat bawah ni.
Aku pun tatau apa nama menu nih.
Tapi yang aku tahu, hari tu kitorang disajikan dengan menu chinese style.
Bukan makanan Cina ye... tapi makanan yang dimasak cara Cina.






Makan sikit je......
Padahal perut laporr. Hehehe...


Bila nasik dah nak habis, barulah ikan ni sampai.
Ikan siakap asam pedas.
Terbaekkkk...!


Dessert.

Siang tadi adalah hari kedua untuk training.
Sangat enjoy sebab at least aku dapat lari 1 hari dari ofis tu...
Hilang beban atas bahu ni. Ya ALLAH, nikmatnya bila segala beban ditarik walaupun seketika.


Menu breakfast.
Sebenarnya ada kuih lapis...
Tapi tau je la aku nih.... mana la makan kuih lapis tu.


Menu tengahari.
Nasi beriyani + kari daging + ayam goreng.
Dalca ada tapi aku tak amik.
Dessert pun ada gak. Tapi aku kan tak makan buah.
Owh, sangat kg.com disitu. Huhu....

*Cemanalah berat aku nak turun camnih??

Presentation dari Mr.Wong sangatlah best sebab diselang-seli dengan video yang kelakar.
Memang have fun.
Tapi pengisian kursus memang bagus.
Betul-betul menumpukan hal-hal yang berkaitan dengan secretary.

Dalam training ni, aku duk 1 group dengan Kak Fara, Jen Jen dan Kak Era.
Nama kumpulan memang poyo habis.... Group Superb!
Hahaha... Superb la sangat kan........
Tapi ade 1 kumpulan tu nama Group Awesome.
Hahaha... lawak seyyy...


Aku dan Kak Fara.
Ibu beranak 3 yang lebih kurus dari aku...
Sedih tak??


Jen Jen dan Kak Era.
Kitorang sesuka hati lantik Kak Era jadi team leader.
Hahaha.... Kak Era pasrah je la.


Gambar ni cilok dari facebook Kak Fara.
Time ni aku dan Jen Jen tengah beratur nak amik makanan tengahari.
Bambam gile aku dalam gambar nih.. Huhuh...
Mencik!


Team Superb!
Hahaha...... eh, Kak Era takde la....
Mana dia pergi ntah.

Aku ternanti-nanti untuk date training seterusnya.
Bukannya nak enjoy sangat tapi aku nak release kan stress aku kat opis tu.
Nak amik cuti pun, cuti dah habis.
Hmmm....



Monday, November 19, 2012

Kerana hati ini sudah terkilan

Salam readers...

Aku terkilan............terasa hati.......... kecewa.......
TERsangat-sangat!
Nak luah tatau kat sape.
Bukan semua orang sudi mendengar.
Kalau dengar pun, mungkin tak siapa yang akan faham.
Jawabnye pendam aje lah.



Bukan sekali... tapi dah banyak kali.
Eh, aku kan kena sedar aku ni bukannya penting sangat pon!
Tak jejas hidup kalau takde aku. Kan??

Sudahlah.
Malas nak pikir.
Sedih-sedih pun bukannya masalah boleh settle.

Mata oh mata

Salam readers....

Aduss.... besar harapan aku andai bos tak datang hari ni.
Huhuhu.... Malas oh nak kerja.
*Matik laa kalau bos baca blog aku nih!

Semalam aku tido sekitar pukul 12.30malam.
Itupun tido paksa.
Tahu je la kalau tido paksa ni, manalah lena sangat.
Sekejap-sekejap bangun...
Haihh!

Sekarang ni aku tengah layan mata.
Tak leh celik dowh!
Serius rasa macam ade batu atas kelopak mata aku nih.
Alangkah bestnya kalau hari ni hari cuti.
Boleh sambung tido.

Sebut pasal cuti, minggu lepas aku just kerja hari Isnin dan Jumaat je.
Selasa, Rabu dan Khamis cuti.
Heaven sangat time kerja tu.
Buat kerja pun takde la dalam keadaan stress. Takde orang push.
Takde orang paksa-paksa.
Tapi end up, semua kerja settle dengan jayanya. Alhamdulillah.

Time cuti tu, kemain lagi aku tido lewat.
Bangun pagi pun mesti la lewat.
Kul 10.30 atau 11 pagi tu kire biase laa...
Syok oh bangun lewat. Rasa puas je tido nih.

Ok la... mata aku makin teruk nih.
Mengantuk tahap gaban.
Nanti ada masa aku update lagi ye....
Chow cincau! :)

Friday, November 16, 2012

Terengganu vs Kuala Lumpur

Salam readers.

Dah 4 tahun lebih aku duk kat KL.
Macam-macam orang yang aku jumpa.
Macam-macam benda jugak yang aku belajar.
Tapi yang paling penting, aku belajar hidup berdikari.
Selama ni hidup dekat dengan family. Tak pernah berjauhan.
Tetibe je dapat pulak kerja di perantauan.
Jauh tak jauh...walaupun semenanjung tapi amik mase 5-6 jam gak perjalanan.
Takpelah,, hidup ni takleh bergantung pada family sangat.
Kena jugak belajar berdiri atas kaki sendiri. Kan?

Walaupun masih di semenanjung, aku dapat rasakan perbezaan antara negeri kelahiran aku dan negeri tempat aku bekerja sekarang.
Sangat jauh perbezaannya.

Nak tahu ape perbezaannya?
Meh aku list kan......
Tapi kalu ader yang tertinggal tu, korang tambah sendiri la ye...

1) Cara berpakaian

Terengganu

Budaya masih lagi ketimuran. Kalau pergi jenjalan kat bandar Trg tu, still boleh tengok perempuan muda pakai baju kurung lengkap dengan bertudung.
Ayu manis jek...
Tapi tak semua laaa....
Pastu boleh nampak makcik-makcik still pakai baju kurung kedah dan berkain batik.
Oh, kebanyakan pompuan di Trg bertudung dan kurang make up ye.
Lagi 1, ada jugak pesen pompuan bertudung litup tapi pakai baju ketat lengan singkat.
Jangan pelik disitu sebabnya itulah trend disana.
Tapi bukan semua la yang macam ni.
Ada jugak yang dah up to date sekarang. Tapi jarang la jumpa.



Kuala Lumpur

Baju kurung?? Tak main la derrr.... tak moden langsung!
Itulah pendapat orang-orang KAY EL...
Kononnya tak cool kalau pakai baju kurung. Macam makcik katenye.
Kat sini, ramai yang berpakaian up to date. Tapi tengok tempat.
Kalau pergi Sogo, kita akan jumpa rakyat yang bertaraf sederhana.
Pakaian pun biase-biase je.
Kalau pergi MidValley, kite tengok pakaian masing-masing up to date sikit.
Tapi kalau pergi Bukit Bintang....... hambek ko!
Kejutan budaya kat situ sebab pesen pakaian adalah pelik-pelik dan seksi-meksi adalah pemandangan biasa.



2) Makanan

Terengganu

Negeri lain memang takleh celen laaa negeri Terengganu.
Takde lagi la makanan yang tak sedap kat sini.
Kuih-kuih tradisional semuanya sedap-sedap. Harga murah pulak tuu....
Lagipun kuih-kuih yang ada kat sini masih menggunakan resipi asal tanpa diubahsuai.
Pastu senang nak dapat seafood.
Adess terliur pulak teringat sotong goreng tepung..... makan tepi pantai sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
Ewaahhh...


Kuala Lumpur

Kat sini memang banyak kuih..... tapiiiiii... kebanyakannya....bukan semua ok...
tapi kebanyakannya tak sedap!
Dah la mahal. 
Pastu suka suki ubahsuai resipi asal.
Kalau makin sedap takpe la jugak.
Ini makin tak sedap. uweekkkk........

3) Budi bahasa

Terengganu

Aku rasa la...... jangan marah ye orang-orang ganu dengan statement aku.....
Aku rasa negeri aku tu sekarang semakin tak berapa nak berbudi bahasa laa...
Cakap main lepasss je. Tak jaga hati orang langsung.
Based on my friend's statement, kat opis dia kemain kena buli dengan PA opis tu.
Katanya PA kat situ dengki dengan result degree kawan aku ni.
Entah la.. kekadang macam tak munasabah.
Tapi itulah hakikatnya. 
Pastu jenis pendengki.
Memang ramai la aku perasan ada sifat dengki ni.
Kalau tak caya, acu korang pi Mydin Mall. Lepak kat situ sambil pakai baju yang up to date, pastu free hair, pastu sembang bahasa KL atau omputih.
Kompem pastu korang akan diumpat orang sebelah.
"Hek eleh, cakak omputih konongg... padahal balik dumoh kekgi makang budu!"

Jangan terasa hati ok....
Memang orang-orang sana macam ni....
Jenis orang yang tak pernah kuar dari Terengganu.
Well, aku pun pernah kena jugak.

Kuala Lumpur

Easy to say "sorry".
Kalau terlanggar bahu sikit, mesti diorang akan cakap sorry.
Yang ni memang aku respect dengan orang-orang kat sini.
Pastu yang aku perasan, orang-orang kat sini cakap berlapik.
Jenis jaga hati orang.
Ader jugak yang jenis cakap lepass tapi tak ramai la..
Paling suke kebanyakan lelaki kat sini gentleman.
Contoh kat opis aku...
Aku dan beberapa orang tengah tunggu lif.
Biasenya bila pintu lif terbukak, lelaki akan bagi perempuan dulu masuk.
Sama jugak dengan tempat duduk dalam LRT.
Tapi adu ada jugak terbaca status FB kengkawan yang jumpa lelaki yang tak reti bahasa.

4) Pembangunan

Terengganu

Yang ni memang aku tak nafikan Terengganu memang banyak ketinggalan di belakang.
Aku pun tak paham kenapa investor susah sangat nak invest kat negeri kesayangan aku nih.
Padahal market tinggi kot.
Kalau bukak butik Guess kat Terengganu, kompem laku sebab orang Terengganu kaya-kaya.
Pastu masing-masing dah kenal jenama Guess.
Ini tak, jenama kasut paling hebat kat sana pun Vincci.
Tak pun Nose...
Nak mahal sikit pergi Mydin Mall kat kedai Kasut You tu, ader jenama Clarks.
Tapi tak semua kott yang suka design Clarks.

Bangunan kat sini pun still di tahap biase.
Yang paling cantik pun Wisma Darul Iman.
Tapi negeri lain memang takleh lawan kecantikan masjid kat sini.
2 buah masjid yang gah kat sini ialah Masjid Terapung di Chendering dan Masjid Kristal.
Ada yang kata membazir buat masjid mahal-mahal.
Tapi lebih baik buat masjid mahal dari buat benda lain kann....
At least kalau buat masjid, ada laa yang guna untuk beribadat.

Kuala Lumpur

Pembangunan memang pesat gile membangun.
Jalan raya kerap bertukar-tukar sampaikan sesat jalan adalah perkara biase.
Bangunan tinggi-tinggi mencakar langit.
Bangga aku negara Malaysia maju macam ni.
Sebut je Malaysia, orang akan ingat KLCC.
Sana sini ada shopping mall.
Kedai makan berlambak-lambak. Antara sedap dan tak sedap je.
Opis ni aku pun salah 1 bangunan tertinggi kat sini.
Dah la unit aku duk tingkat 51.
Kalau kena fire drill, jenuh la kena turun tangga. huhuh...

5) Sale

Terengganu

Barang berjenama, tak ada.
Tapi harga mahal nak mampsss...
Kalau sale tak pernahnya lebih dari 15%. Mesti takat 10% je.
Kesian kan....
Cemana la orang sana nak bergaya dengan barang berjenama kalau macam ni gayanya?
Nak tak nak, ramai orang-orang sini pergi membeli-belah di Kuantan.
At least kat Kuantan tu ader la jugak butik-butik.
Tak ke kesian dengan orang-orang Terengganu ni?

Bukan nak katelah..... acu pergi kat Astaka.
Bahagian pakaian perempuan.
Jenama ape sangat yang ada? Dah la harga tak agak-agak.
Fesyen baju pun out dated. Serius kg.com.
Pergi Hock Kee Seng.... ader la jenama best sikit.. Dolly.
Tapi harga sendiri mau ingat la.....
Macam ni nak shopping?

Kuala Lumpur

Syurga membeli belah.
Barang mahal ader... barang murah ada.
Nak barang murah, pergilah Sogo dan Semua House.
Takat RM100, bolehlah dapat 2 helai baju.
Time sale pulak tak agak-agak... kekadang sampai 70%.
Kalau tilam atau cadar, boleh sampai 80% discount.
Nak barang sedang-sedang, pergi la One Utama ataupun MidValley.
Harga biase-biase tapi barangan berkualiti.
Nak barang mahal, pergilah Pavillion.
Shopping time sale adalah sangat berbaloi.
Macam aku shopping handbag Guess time diorang buat sale.
Harga bag RM480, time sale hanya RM180 je.
Kan berbaloi namanya.......

6) Yang ni adalah yang paling ketara perbezaannya.... MAT REMPIT.

Terengganu

I hate mat rempit Terengganu.
Eeeiii... rase cam nak tonyoh-tonyoh kepala diorang ni.
Nak berlagak tak kena tempat.
Siang hari sibuk duk pecut depan rumah orang.
Pastu buat kacau kat traffic light.
Tak caya, korang kuar la ke bandar KT petang hari Jumaat.
Tengok perangai sekor-sekor mat rempit kat sana cemana.
Kalau aku ada pistol, time tu jugak aku tembak sekor-sekor sampai mampos.
Hidup menyusahkan orang.
Terbaru, kawan aku mengadu dia di escort oleh beberapa orang mat rempit secara tiba-tiba.
Kalau aku jadi dia, kompem la aku cuak.
Yelah, bukannya kite kacau dia pun... tapi diorang ni sibuk nak kacau orang.
Nasib baik mat rempit tu tak buat apa-apa kat kawan aku.

Kuala Lumpur

Mat rempit kat sini kuar malam-malam je.
Pastu dia tak kacau orang lain melainkan bohsia atau pompuan-pompuan yang duduk melepak kat tepi jalan atau taman.
Sesape yang jenis tak kuar malam, memang takkan jumpe la dengan mat rempit kat sini.
Walaupun dalam berita kite tengok mat rempit kat KL ni teruk tapi sebenarnya bagi aku teruk lagi mat rempit kat KT tuh.
Tapi eh...........mana-mana mat rempit pun teruklah!
Jenis takde mase depan.
Menyampah!


*************************

Walau apepun, Terengganu tetap dihati.
Bak kata pepatah,

Hujan emas dinegeri orang, 
Hujan batu dinegeri sendiri,
Lebih baik di negeri sendiri......

Eh, jangan pulak sentap baca entri ni eh.
Aku cerita berdasarkan pengalaman dan pendapat aku je.
Senyum sokmolah ye!! 
:)

*credit pics to mr.google

Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah

Salam readers...

Esok 15 November 2012... bersamaan 1 Muharram 1434 Hijriah.
Bermulalah tahun baru di dalam kalendar Islam.
Dimana pengertian Muharram itu sendiri bermaksud 'diharamkan' atau 'dipantang' iaitu Allah SWT melarang peperangan atau pertumpahan darah.



*Credit pic to Shah Photography
*Pic edit by Diana :)

Oleh itu, sempena Awal Muharram ni marilah kita sama-sama tutup buku lama dan bukak buku baru.
Bak kata omputih, let bygone be bygone.
Hal yang lepas jadikan sejarah dan pedoman dalam hidup.
Jadikan pengajaran untuk hari esok dan seterusnya.

Sememangnya dalam tempoh setahun, terlalu banyak peristiwa yang berlaku dalam hidup.
Suka, duka, gelak, tawa, sedih, kecewa... semuanya ada.
Yang baik jadikan kenangan.
Yang buruk dijadikan pedoman.

Alhamdulillah kita semua masih diberi peluang oleh Yang Esa untuk bernafas dan menikmati hidup yang penuh warna-warni.
Syukur.

Dikesempatan ini, aku - Nuradiana - ingin memohon maaf andai aku ada buat salah dan silap terhadap sesiapa.
Mungkin ada yang terasa disebabkan kata-kata aku.
Atau perbuatan aku...
Ataupun......penulisan aku didalam blog ni.

Aku tahu aku terlalu jujur dalam menyampaikan sesuatu cerita.
Itulah diri aku tapi bukan semua orang boleh terima kan?
Tak apalah.
Sekali lagi aku memohon maaf kepada kamu semua.
Aku pun manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan.

Apepun, Salam Maal Hijrah!




Monday, November 12, 2012

Selangor Polo & Country Club

Salam readers...

3 November lepas, aku ada temankan FZ ke tempat dia mengajar renang.
Dah lama dia buat part time kat situ.
Cuma aku je yang tak pernah pergi.
Teringin nak pergi tapi malas sebab ada baby Alya.
Yela, susah kot nak angkut budak kannn...
Dah la kelas FZ kat situ 2 jam.
Takut baby bosan je.

Tapi hari tu terasa pulak macam nak pergi.
Nak-nak aku dapat rase penyelia renang kat situ semacam jeee....
So, FZ angkut la aku dan baby pergi ke SPCC tu.

Jauh jugak la perjalanan dari rumah aku ke SPCC.
Ditambah pulak dengan jalan jem.

Penyelia renang kat situ perempuan.
Umur dalam 40an dah kott... Cina.
Swimming instructor kat situ ada 4 orang termasuk FZ.
Aku just tengok je FZ mengajar.
Baby pulak sibuk ajak aku berjalan sana-sini. Tak padan dengan demam nyee....

Baby ni 1 je la perangai dia yang aku perasan.
Demam ke tak demam ke, sama je.
Aktif semacam.
Tak reti penat kott...
Makin dia besar ni, makin jenuh aku nak melayan.
Makin pandai protesssss... sape yang ajar ntah!
Mulut potpetpotpet macam bertih jagung.
Sensitipp plak tu.
Pantang kena tegur, dia punya melalak macam baru kena lempang.
Adoyaiii...
Aku pulak risau nanti dikatakan dera anak orang. tskkk...

Mase kat kelab ni, dia langsung taknak duduk.
Asik nak berdiri je...


Ni sekeping gambar baby....


Pegang perut macam orang mengandung..
Hihihiii..... comel je!


Ini pun aku paksa dia duduk.
Kalau tak, kesana sini dia berjalan.
Dah la jalan licin.
Aku risau dia jatuh terhentak kepala je.


Time ni ramai lagi student yang belum sampai.
Nampak FZ tak?


Aku tengok budak-budak tu bukannya nak belajar sangat pon.
Banyak main-main.
Tapi bak kata FZ, nak cari duit lebih terpaksa la jugak ajar....


Aku kenal FZ...
Dia tak berapa suka budak-budak yang tak serius nak belajar.
Dia suke fokuskan pada sorang student yang betul-betul nak belajar.
Kalau tak, nanti dia stress...
Itupun dia ada mengadu kat aku nak berhenti buat part time ni sebab penat.
Aku je yang suruh sabar sebab bagi aku selagi sihat, carilah duit lebih.
Boleh jugak buat menyimpan sikit-sikit. Ye tak?

Tapi kesian jugak kat FZ.
Aku tahu dia penat.
Kelas dia pulak makin bertambah.
Even sekarang ni weken takleh nak kuar sangat sebab jadual dia pack.
Aku takleh nak buat ape la....... dah dia cari duit kannn...

Owh, pasal penyelia renang tu....
Aku memang tak suke dia.
Ada ke patut dia mengumpat pasal aku depan FZ?
Dia cakap aku nampak lagi tua dari FZ.
Aku rasa macam *0%^#$%&!!!
Pastu dia cakap aku tak cantik....
Wadefak!!

Whats your point old lady?
Memang aku tak cantik.... so what??
At least aku ni takde la gemok gedempol sampai nampak macam dugong tua bila pakai bikini.

Bila diingatkan balik perempuan tua tu, aku rasa kalau FZ nak berhenti pon aku tak kisah.
Lagi aku suka.
Well, kalau dia perempuan baik, dia takkan kutuk atau mengata atau mengumpat tentang isteri atau girlfriend orang lain.
Lain laaaaa kalau dia tu ada hati dengan FZ.

Aku pernah gak usik FZ...

Aku : Abang, kalau C***y nak kat abang, abang nak kat dia tak?
FZ : Dia tu busuk okeh! Tak selera abang.
Aku : Eh, dia kan seksi.... berisi... sedap peluk....
FZ : Dari abang amik dia, baik abang amik A***e tu....

# A***e salah sorang swimming instructor kat situ.

Aku : Oh, jadi abang nak kat A***e laa?
FZ : Takde maknanye... Dia pun busuk gak.... Dua-dua la abang taknak. Abang kan dah ada yang...

Hmmm... lelaki khennnn.............
Selalu je ada ayat cover.......