Monday, December 31, 2012

Pahit manis suka duka 2012

Salam readers...

Lagi beberapa jam kite akan melangkah ke tahun 2013.
Sekejap je rasa berada dalam tahun 2012, kan?

Segala yang telah berlaku dah pun menjadi sejarah.
Kasih sayang, kebencian, kegembiraan, kedukaan, kesetiaan, kecurangan, kesedihan, kemurungan dan cinta.
Segala yang baik dijadikan teladan.
Segala yang buruk dijadikan sempadan.
Pengalaman mengajar kite untuk menjadi semakin matang. Tul tak?

2012 memang tahun yang sangat mencabar untuk aku.
Terlalu mencabar.
Terlalu banyak perkara buruk berlaku.
Tapi dalam buruk-buruk pun, tetap ada perkara baik yang terjadi.

Bulan Februari 2012, aku mendapat rezeki yang lebih.
So, aku berniat ajak family aku bercuti.
Sejak adik-beradik semua dah besar, kami makin susah untuk berkumpul sama-sama.
Bagi aku, dengan holiday macam ni, the whole family boleh berkumpul.
Tapi sayanggg.... plan tak jadi.

Iwan tak dapat join.
Kak Long dan family pulak boleh berkumpul di hari kedua holiday je.
Takpe la...
Nak buat cemana.
Lagipun aku happy tengok family aku happy.
Ape la salahnya laburkan sedikit duit untuk membahagiakan family sendiri.
Tul tak?


Hari kedua di A Famosa Resort.


Suke sangat gambar ni.
Time ni FZ buat lawak ape ntah sampaikan semua orang gelak....


We are family! :)


Tahun ni aku jarang balik kampung.
Sebabnya mummy dan daddy kerap sangat datang KL.
Setiap bulan kot diorang datang.
So aku takyah susah payah nak balik.
But watever it is, aku tetap rindukan kampung.


Aku belanja family di Le Cheteau De Puah.
Suke bebenor family aku dapat makan macam ni.
Aku pun happy tengok diorang suke makan kat situ.


Bersama family lagi.
Kali ni aku yang balik kampung.
Kitorang plan pergi berkelah di Sekayu.
Sangat happy!
Serius aku sayangkan family aku.


Aku join program opis.
Program turun padang ke Kelantan.
Sambil buat kerja, sambil berholiday.
Bila dah holiday, mestilah enjoy.
Yela, semuanya ditanggung.
Hotel, makan.... siap ada elaun lagi.
Aku just bawak duit untuk shopping kat Pasar Siti Khadijah je... haha...


FZ tunaikan janji dia untuk bawak aku pergi Cameron Highlands.
Pegi 1 hari je.
Itupun FZ ajak bertolak awal pagi.
Lepas Subuh je terus bertolak.
Tapi sampainye lewat jugak.....


Bunga...
Terpengaruh dengan drama Nora Elena punye pasal.
FZ janji nak belikan 1 bonet bunga untuk aku.
Last-last takde penuh 1 bonet.
Sayang duitt la jugakkk...
Bunga mana boleh buat makan.
So, beli la 1 peluk bunga.
Itupun lepas pergi Rose Valley, beli lagi 1 peluk bunga...
Dah terlalu banyak bunga yang dibeli.
Last-last bunga tu aku buat mandi.
Hehehe...


Jalan-jalan ke Bukit Tinggi.
Tak puas la snap-snap kat Bukit Tinggi sebab time aku pergi tu cuaca panas gile.
Memang berpeluh aku dibuatnya.
Lagipun bawak Baby kann...
Kesian pulak nak duduk tengah panas je.
Kang demam pulak anak orang nanti.
Apepun tetap seronok...

Banyak lagi benda menarik yang berlaku dalam tahun 2012 yang menjadi lipatan sejarah dalam hidup aku.
Nak-nak bab makan....
Aku ni asik makannn je..
Lupe terus nak control sampaikan badan pun jadi bambam.
Ha, cane tu?

Apepun, selamat tinggal 2012.
Dannn....... selamat datang 2013.
Semoga 2013 akan membawa kebahagiaan dalam hidup aku.
Amin..

*Azam 2013?
Tunggu next entri! :)

Tak free lagi rupenyeee...

Salam readers...

Last Friday kannn aku cakap tepat jam 23:59, aku nak jerit "I'm free like a bird".
Tapi aku tak jerit pon...
Cancel uollsss...
Sebabnya aku tak free lagiiii...
Arghhhhh!!!

Tensi mak tau!
Mati-mati la hari Jumaat lepas semuanya akan settle.
Rupe-rupenye takdan jugakkk...
Eeeiiii...!


Friday, December 28, 2012

Hari ni je lagi...........

Salam readers...

Aku sedang menghitung waktu untuk menamatkan hari ni.
Genap je jam 23:59, aku nak jerit "I'm freeeeeeeee like a bird!"
Yeayyyy!

Kenapa?
Ader laaaaaaaa...
Tunggu next year nanti baru aku citer eh.
Hahaha...

Takpe Diana.
Whatever happened today, i will face it with patient.
Hari ni je lagiiiii.....
Sabar...sabar....

Dah la esok weken.
Boleh relax-relax sampai new year.
Owh, nampaknye aku kena fikir azam untuk tahun depan nih.
Ape eh target aku tahun depan?
Hurmmm.........

Monday, December 24, 2012

Cerita kursus yang very the fun!

Salam readers...

Hari ni hari Isnin.
Semua warga TM HQ kena cuti paksa kottt...
Haruslah berhappy-happyan sebab tak masuk opis.
Plus esok Christmas, cuti lagi....
Rabu, aku ade training. Ponnn tak masuk opis.
Heaven!
Owh, lately aku memang tensi bile masuk opis.
Semua benda buat aku jadi takde mood.
Kije dah settle betul pon dianggap tak betul.
Soooo frustrated disitu.
But its ok....
Mungkin ada sinar menanti lepas ni. Ewaahhh...
Moga-moga kannn..
I hope uollss faham why aku happy bila berada diluar opis.

4 hari sebulan aku kena attend secretarial course.
Training ni ada 3 batch.
Aku termasuk dalam batch 2.
Training ni kengkonon untuk meningkatkan prestasi kerja as secretary.
Best atau tak best jadi secretary ni sebenarnye bergantung pada attitude bos.
Kalau bos ok, kerja secretary jadi best la.
Kalau bos tak ok, jadi tak best laa.
Well sape pun tak suka kannn kalau bos tak ok...
Buat kerja pon macam tak ikhlas. Iye dok?

Jadi seretary ni bukan senang uollss...
Kitelah admin, kitelah bos, kitelah technician, kitelah tong sampah, kitelah punching bag.
Huhuhu...
Secretary ni kena involve jugak dalam kerja-kerja admin.
Cam aku, aku manage file semua staff unit.
File cuti, file HR, file claim... even hal petty cash pon aku in-charge.
Kite jugak kena jadi bos pada diri sendiri dan orang bawahan sebab kite kena buat keputusan on behalf our boss.
Ingat senang ke nak decide on behalf orang lain?
Susah ohhh...
Silap haribulan keputusan yang kite buat tu dipertikaikan.
Tak ke naya??
Kalau projector tetibe rosak ataupun tetibe mesin fotostat buat hal, orang akan rujuk kite dulu.
Orang akan tanya why is it happen? Kat mana eh rosak??
Secara automatik, secretary bertukar jadi technician untuk check kerosakan yang berlaku.
Kenapa aku cakap secretary ni kekadang jadi tong sampah?
Sebabnya kadang-kadang semua kerja remeh-temeh, orang akan mintak tolong secretary akan buatkan.
Kalau secretary tu tengah free takpelah nak tolong-tolong pon.
Tapi kalau time tu secretary sibuk, cemana?
Nak say no kangg nanti cakap malas buat kerja pulak...
Punching bag?? Kalau bos tengah bad mood, mesti secretary akan takut kan??
Yelah, biasenya secretary akan jadi tempat luahan perasaan bos..
Kalau luahan perasaan secara lembut dan berhemah, takpe la jugak.
Kalau luahan perasaan jenis maki-hamun, carut-mencarut bagai, cemana??
Terpaksalah secretary ni buat hati batu.
Relakan diri tu ditibai dengan kata-kata yang menyakitkan.
Kalau tanya aku, memang la aku tak takut....
Tapi aku jadi tak senang duduk. Sebab aku tahu kalau dia bad mood, semua kerja aku akan nampak tak betul.

Teringat bos pertama aku dulu.
Dia memang super duper baikk...
Macam bapak-bapak.
Bersikap penyabar dan memahami.
Time daddy aku masuk IJN, dia datang melawat.
Time aku pakai seksi-seksa, dia bagi nasihat agama.
Kalau ada ceramah agama kat opis, mesti dia join kalau dia tak bizi.
Kalau dia kuar travel mana-mana mesti dia belikan aku hadiah.
Memang tak lokek.
Kalau buat kerja cepat, mesti dia bagi upah duit makan untuk lunch sampai kekadang aku segan nak amik.
Time raya pulak mesti dia bagi duit raya dan 2 balang kuih untuk aku bawak balik kampung.
Setiap kali aku balik kampung, dia mesti akan kirimkan salam kat mummy dan daddy aku.
Setiap kali lepas aku balik semula ke KL, mesti dia akan tanya parent aku sihat ke tak.
Semua orang cakap aku bertuah dapat bos macam tu.
Yalah, mana nak cari bos baik macam tu kan...
Inilah yang dikatakan leader dan bos yang baik.

Eh, aku dah termelalut pulak dah duk puji-puji bos lama.
Ok, back to main subject.

Kursus ni habis bulan March 2013.
Ada assessment & exam uollss...
Kena cuci balik karat-marat dalam kepala otak ni kasi bersih.
Kasi senang dapat ilmu.
Hehehe...

Aku pernah buat entri pasal kursus ni..
Tapi time tu kursus tu baru masuk modul kedua.
Baru start laa kirenye.
Sekarang ni kitorang dah masuk modul kelapan.

Kursus dibuat di :-


Area Taman Tasik Perdana.
Tempat kelasss kemain.
Parking pun senang nak dapat.


Aku - mase ni modul berapa ntah.
Dah tak ingat.
Bebaju kurung sebab seluar jeans semua aku basuh takdan nak kering.
Hehehe...
Tapi pakai baju kurung la nampak ayu sikit kannn...


On that day, aku dan Jen Jen Izaicun sempat pergi snap gambar time lunch.
Sempatt okehhh...


Eh, macam tertutup mata lak..
Padahal tak pon....
Ni mesti sebab pipi bambam sangat.


Jen Jen Izaicun yang memang cun.
Hehehehe...
Jeles denga kerampingannnya.
Bile la aku nak jadi kurus balik nehh?


Pose jangan tak pose....



Suke tengok gambar ni...
Cantik...
Nampak fresh dan suci murni.
Ada proses 2 pemeringkatan ke ape nih, jen?
Hahaha...



Dah puas pose berdiri, pose duduk lak eh?
Kihkih...


Yang ni pulak modul ke4 atau ke5.
Tak ingat dah.
Pakai tudung bawal jahit yang dibeli dari Kak Fara.
Best ohh pakai tudung bawal ni.
Senang sebab takyah pakai banyak brooch.


Eh, ader lagi gambar Jen Jen?
Hahahah... dia kan best fren aku dalam training ni.
Kitorang sama-sama blogger.
Ko amik gambar aku, aku amik gambar ko...
Gitu la kekdahnya.
Hahaha...


Jen, dalam gambar ni awk nampak cun...
Tukar profile pic FB sekarang.
Kihkihkih...


Ni lepas lunch...
Rehat-rehat dan bersantai sementara tunggu kelas bermula.


Adehhh.... buruk gile kottt muke aku time ni..
Berkilat semacam je.


Nama group kitorang, group Superb.
Hahaha.... cam hape je nama kumpulan.
Kitorang berempat je 1 group.
Jen jen, aku, Kak Era dan Kak Fara.


Me dalam modul 7.
Berbaju kurung sekali lagi.
Bosan kottt time ni sebab trainer mengajar macam lecturer.
Huhu...


Ingat tak kontroversi surat khabar KOSMO tertipu dengan gambar hantu tu?
So aku gunakan jugak camera 360 tu untuk edit gambar ni.
Pastu buat modal takutkan Jen Jen dan Kak Era.
Hahahaha.....


Masuk bab makanan pulak.
So far makanan kat sini takde la sedap sangat dan takde la sampai tak sedap langsung.
Sedang-sedang je....
Tapi kalau asik menu yang sama je muak la jugak kannn...
Asik-asik masakan melayu tapi chinese style.


Pernah sekali aku TERmakan ikan sungai yang masih terasa lumpur dan hanyir.
Ohmmmgeyyy.... mati terus selera aku.
On that day, semua orang tak sentuh pun ikan tu.


Makanan pagi so-so je....
Ade yang sedap, ader yang tak sedap.
Tapi paling best mase Jen Jen bawak sandwich chicken mayo dan karipap sebab semua kawan-kawan request.
On the same day, Kak Zana pun ada bawak cempedak goreng tepung.
Sedapnye........ kebetulan pulak memang aku teringin nak makan cempedak goreng tepung. 
Batch 2 ni dah macam kenduri makanan dah.
Thanks Jen Jen superb dan Kak Zana yang ohsem! :)
**Lain kali bawak la makanan lagi ye... hahaha.


Makanan tengahari biasenye banyak lauk.
Ikan, sotong, sayur... kadang-kadang ada ayam.
So, kenyang laa...
Tapi tau la kann.. bila perut kenyang, mulelah timbul rasa mengantuk.



Dalam banyak-banyak menu sarapan pagi, aku paling suka nasi lemak Kampung Baru.
Aku kan peminat tegar nasi lemak.
Makan nasi lemak tetiap hari pun takpe.


Group Superb with Encik K.
Encik K, Kak Fara, aku, Kak Era dan Kak Azah.
Ni mase modul kelapan baru-baru ni.
Encik K as trainer...
Wahhh... panggil Encik K... tak agak-agak.... hahaha...


Group Sexytary...
Kak Suryati, Ayu, Zatil dan Izzrin.
Jangan terkejut ye kengkawan...
Batch 2 tu memang gitu...
Nama group tak agak-agak.. hahaha....


Eh, group Superb lagi.....


Group Watever.
Malia, Sherina, Nora dan Ziana.
Khusyuk tul Ziana tu sampai tak sedor orang amik gambar. Hehehehe...
Group paling sempoi dalam batch 2..
Diorg buat hal sendiri je.
Suke attitude diorang yang sempoi tu. :)


Group Ohsemm...
Kak Aziyah, Kak Azlina, Kak Zana, Kak Norlim dan Dayang (duduk membelakangkan kamera).
Group ni group senior.
Tapi sangat boleh masuk kepala.
Takde la nak banding-banding exec tak exec, senior tak senior....
Diorang ni very the sporting terutamanya Kak Zana.
Pecah perut kalau Kak Zana start bukak mulut.
Adoyaii... kecoh suasana.
Hahaha...


Kak Era dan Kak Azah tengah ralit buat group assignment.
Aku plak duk sibuk posing.
Hahahaha...


Batch 2 yang sangat happening!
Next modul ada sesi photoshoot lagi... Ade tema lak tuu...
Mane la aku nak cari baju ni??
Huhuhu....


Thursday, December 20, 2012

Cinta hati

Salam readers...

Semoga pagi ni memberikan keceriaan kepada kita semua ye...
Amin.

Kalau semalam aku up entri pasal mummy, hari ni aku nak up entri pasal cinta hati aku pulak.
Eh, ingat Shila Hamzah je ke ada cinta hati?
Aku pun ada tau.
Jangan jeles ye Shila Hamzah.... ngeee...

Nama cinta hati aku adalah Aziz @ Azmi.
Bukan Aziz atau Azmi tau. Tapi Aziz alias Azmi.
Ramai tau yang kompius.
Siap tanya aku lagi, kenapa nama ayah ada 2.
Halamakk korang ni....
Itupun nak tanya.
Dah memang tercatat dalam surat beranak dan IC dia nama macam tu, aku nak cakap ape.
Kreatif jugak atuk aku dulu bagi nama unik camni.

Kalau mak aku panggil as Mummy, ayah of course la aku panggil Daddy.

Bagi aku daddy ni the best dad in the world.
Dialah protector, dialah advisor, dialah supporter dan dia jugaklah banker. Hehehe...
He provide everything for our family.

Daddy adalah antara yang tercerdik di kalangan adik-beradik dia.
Pandai speaking... maklum la dulu dia bersekolah di sekolah omputih.
Aku pernah terjumpa buku rekod sekolah daddy.
Banyak A ohh dia dapat dalam akedemik.
Sebab tu la dia expect anak-anak dia pun jadi macam dia.
Tapi yang adoo...
Anak-anak dia semua jenis suke main dan malas belajar. Huhuhu....

Kalau mummy tak ramai kawan, daddy pulak sebaliknya.
Daddy memang ramai kawan.
Mase duk Dungun dulu, daddy memang agak terkenal.
Pergi mana-mana je mesti ada orang kenal daddy.
Sebut je CC Azmi, semua orang kenal kot...

Aku pun tak terkecuali dari terkena tempias.
Sebabnya time aku kecik-kecik dulu, daddy suke angkut aku pergi mana-mana.
Sampaikan aku pernah ada ayah angkat which is ayah angkat aku tu adalah kawan daddy sendiri.
Lupe dah nama ayah angkat aku tu.
Tapi dia still hidup lagi la sekarang ni. Cume lost contact.
Daddy selalu jugak bawak aku pergi opis dia.
Mule la orang-orang opis dia kerumun aku.
Sampai dah jadi rapat.
Asal aku pergi opis daddy je, mesti aku kena nyanyi.
Aku dah tak ingat kena nyanyi lagu ape.

Dalam kerjaya, daddy memang berjaya.
Tapi takde la sampai jadi GM ke ape.
Dia sempat jadi pengurus kat Syarikat Air Terengganu. :)

Daddy ni garang tau.
Sekali dia jerkah, maunya terkencing.
Suara daddy kalau time marah memang macam halilintar.
Tapi garang-garang dia pun, dia tak pernah pukul anak-anak dia.
Kawan-kawan aku dulu memang takut dengan daddy sebab muka daddy nampak garang.

Aku ni jenis anak derhaka.
Dengan mummy pun aku melawan. Dengan daddy pun sama.
Aku memang lantang bersuara.
Kalau rasa tak puas hati, aku cakap je.
Pastu kalau aku rasa benda tu tak betul, aku luahkan aje.
Sampai ada sorang aunty aku cakap,

"Awak ni anak kesayangan daddy awak. Segarang-garang daddy awak, dia boleh mengalah dengan awak."

Realitinya, bukan aku sorang anak kesayangan daddy.
Daddy sayang semua anak-anak dia dengan sama rata.
Tak ada lebih, tak ada kurang.

Teringat 1 peristiwa yang berlaku awal tahun lepas.
Sebenarnya benda ni dilakukan oleh orang lain kepada daddy aku.
Tapi yelah.... cubit peha kanan, peha kiri pun terasa jugak.
Aku nampak jelas orang tu mengecewakan perasaan daddy tanpa rasa bersalah.
Dan aku jugak nampak jelas wajah daddy yang terpinga-pinga.
Dah la mase tu daddy tengah batuk teruk.
Permintaan daddy yang kecil tu pun tak dapat ditunaikan.
Aku faham perasaan kecewa daddy.
Time tu aku terus masuk bilik air dan menangis sepuasnya.
Entah la... aku tak boleh tengok sape-sape kecewakan daddy.

Daddy memang jaga aku dengan baik.
Kalau aku on the way balik ke kampung dengan bas, dia selalu pesan kalau aku dah sampai kat Chendering, aku kena sms dia sebab dia akan bersiap untuk datang amik aku kat stesen bas.
Tapi biasenya aku baru masuk Dungun, dia dah terpacak kat stesen bas.
Padahal perjalanan dari Dungun ke KT amik mase dalam 1 jam lebih.
Dialah orang yang paling bersungguh nak jemput aku kat stesen bas.

Banyak kott jasa daddy kat aku.
Tak terbalas aku dibalasnya.

Daddy pernah kena masuk wad sebab sakit jantung.
Akulah yang jaga dia dari waktu tengahari sampai maghrib.
Seminggu jugak kott aku jaga dia kat wad.
Tapi dalam tempoh tu, daddy tak pernah menyusahkan aku.
Takde suruh aku buat itu ini.
Semua dia buat sendiri.
Ya, daddy memang jenis berdikari.

Daddy memang disenangi dikalangan kawan-kawan dia dan sepupu-sepapat dia.
Even baru-baru sepupu daddy dari Singapore datang ke Semenanjung sebab nak jumpa daddy.
Diorang siap hadiahkan daddy macam-macam barang dan bagi sejumlah duit.
Bayangkanlah betapa orang lain amat menyukai daddy.
Kalau sedara-mara kahwin, daddy la yang paling bersungguh tolong.
Cuma sekarang ni dia tak berapa sihat sangat, so tak dapat la bantu sangat.

Ada 1 kisah lucu berlaku antara daddy dan adik bongsu aku, Shazrin.
Time tu aku just jadi pemerhati je.
Daddy sedang ajar Shazrin buat latihan maths.
Ntah la ape yang jadi, time ajar tu tetibe daddy melenting.
Marah-marah.
Tetibe daddy cakap,

"Mana kayu rol?? Pegi amik kayu rol sekarang!!"

Shazrin terpinga-pinga.
Kayu rol?? Ape tu??

Tetibe je aku gelak.
Terus aku cakap,

"Daddy, pembaris la... orang dah tak guna ayat kayu rol tu. Tu zaman daddy.. Memang la adik tak tau."

Pastu daddy pun gelak sekali.
Terus dia tak jadi marah.
Hehehe...

Kalau nak bercerita pasal daddy, memang sampai minggu depan pun tak habis.


Daddy ketika istiadat penanugerahan pingat dari Sultan Terengganu.
Dalam hidup daddy pernah dapat 2 pingat.
Salah satu pingat PLB.
Yang satu lagi tak ingat.
I'm proud of u, daddy!


Daddy ku yang ensem!
Walaupun dia dah berusia 64 tahun this year, tapi daddy tetap nampak kuat.
Sama macam mummy, daddy jugak jenis pembersih.
Baju yang dia nak pakai, wajib kena gosok.
Sebelum tido pun daddy suke berbedak tau... ha, jangan memain!
Daddy aku suke wangi-wangi.


Daddy suke bercakap... nak-nak kalau dengan orang yang dia suka.
Potpetpotpet mulut dia tak berhenti sembang.
Ader je benda yang dia nak citer.


Time raya, daddy la yang paling kecoh.
Bukan kecoh sebab ape... dia kecoh sebab dia nak orang tolong dia pakaikan sampin.
Dan biasenya akuuu la yang jadi mangsa sebab aku yang bersiap paling awal.
Setiap raya kott macam tu..
Tapi seronok.
Kecoh-kecoh la best!


Daddy kesayangan....

Bila diingatkan balik, aku banyak kali jugak mengecewakan daddy.

Maafkan Nana, Daddy.
Nana cuba sedaya upaya untuk menjadi anak yang baik untuk daddy dan keluarga kita.
Maafkan Nana sebab banyak derhaka kat daddy.
Nana memang anak yang tak baik tapi Daddy tetap sabar layan karenah Nana.
I love u daddy...
Nana taknak tengok daddy sakit-sakit lagi.
Nana nak daddy sihat macam muda-muda dulu.
Nana nak daddy kuat macam dulu-dulu.
Nana takleh hidup tanpa daddy.
Kalau daddy takde, nanti takde sape yang akan sokong ape yang Nana buat...
Kalau orang hentam Nana, nanti takde sape yang akan backup Nana.
Nana sayangkan daddy sangat-sangat...

Wednesday, December 19, 2012

Engkaulah ratu hatiku...

Salam readers...

Ibu.....ibu.........
Engkaulah ratu hatiku........

Ewahhh.. menyanyi pulak pepagi ni.
Korang mesti ingat lagu ni kan...
Femes kot.

Sesuai dengan tajuk, entri kali ni aku tujukan untuk ibu aku.

Mummy... nama panggilan yang diberi.
Moden? Takde la...
Bila di translet ke BM, mummy tu maksudnya mak. :)

Mummy adalah suri rumah tangga sepenuhnya.
Dia tak bekerja opis mahupun dimana-mana.
Dia hanya berkhidmat di dalam rumah.
Mummy ni tak ramai kawan tau.
Kengkawan dia hanyalah anak-anak, adik-beradik dan sedara-mara dia je.
Dulu aku pernah la tau kawan dia sorang.
Tapi ntah... lost contact kot.

Semua adik-beradik aku, mummy aku yang uruskan.
Dialah yang membesar, dialah yang mendidik.
Bukan senang tau nak jaga 6 orang anak-anak.
Macam-macam perangai.

Mummy pernah cerita kat aku.
Mase dalam pantang (40 hari) selepas kelahiran aku, setiap sejam aku akan terjaga.
Bukan terjaga nangis melalak.
Tapi aku just bukak mata pastu diam.
Mummy cakap bila aku terjaga camtu, dia akan bagi aku susu.
Pastu baru aku terlelap balik.
Tunggu sejam lepas tu, aku akan terjaga semula.
Sangat behave tetapi amat menyusahkan, kan?
Tak pepasal setiap sejam mummy kena bangun untu check aku terjaga ke tak...
Sian mummy.

Aku teringat 1 peristiwa.
Mase tu aku darjah 4 atau 5 camtu la... Lupe dah umur berapa.
Waktu tu pagi, mungkin dalam kul 10 atau 11 pagi.
Mase tu aku kat kampung nenek.
Mummy dan aunty aku tengah masak.
Mummy dah bising-bising suruh aku mandi.
Ya, mummy aku jenis pembersih.
Dia tak suke kotor-kotor dan anak-anak dia nampak selekeh.

Aku pulak time tu sibuk nak main-main dengan kawan-kawan kampung.
Dengan tak mandinye, dengan pakai baju tidonye, aku kuar dengan kawan-kawan pergi main keliling kampung.
Kazen aku la (Emma) yang ajak main dulu.
Mase tu bukannya tau malu ke ape.
Mandi ke tak mandi ke, belakang kire.
Yang penting main.

Sekali mummy naik angin.
Terus dia kejar aku dengan Emma.
Tapi budak kecik kan panjang akal.
Aku dan Emma sempat sembunyi kat bawah rumah jiran nenek.
Memang masuk celah rumah laa...
Mummy tak dapat jumpa. Padahal time tu mummy dekat je dengan tempat persembunyian kitorang.

Last-last Emma surrender.
Dia kuar je, terus kena libas dengan mummy aku.
Aku pulak tunggu dulu.
Takut dowhhh...
Bila mummy dah balik rumah sambung masak, barulah aku balik.
Time tu rupenya mummy tak reda lagi.
Dilibasnya aku pulak....
Hahaha... Kelakar pulak bila diingatkan balik.

Mummy aku ni jenis rajin terlajak.
Kul 5 pagi dia bangun, mandi, cuci pakaian dan solat Subuh.
Pastu dia bersihkan satu rumah. 
Lantai rumah tu...dari ruang tamu sampai ke dapur dia sapu.
Lepas tu dia pergi ke halaman rumah pulak.
Dia bersihkan halaman rumah dan usik pokok-pokok bunga kesayangan dia dan dia akan sidai pakaian yang dicuci tadi.
Dalam pukul 9 pagi, dia masuk rumah dan masak.

Bila dah settle masak, dia akan rehat kejap.
Dalam kul 12 camtu, dia angkat semua pakaian yang dah kering.
Time ni la dia duduk kat lantai pastu dia akan iron semua baju yang dah kering.
Eh, bukan baju je tau...
Seluar dalam, boxer..semua dia iron.
Ko adoo??

Aku pernah gak bunyik suruh takyah gosok semua baju.
Just lipat pastu bila nak pakai nanti baru gosok.
Tapi dia cakap, kalau gosok nampak kemas sikit bila susun dalam lemari.
Ikutkan memang betul pon cakap dia tu....
Compare lemari aku kat KL ni dengan lemari aku kat kampung tu memang bagai langit dengan bumi laa...

Aku ni banyak sangat buat dosa dengan mummy.
Time aku remaja dulu, aku suka sangat protes cakap mummy.
Asal mummy membebel je, mesti aku melawan.
Kononnya time tu aku panas telinga laa..
Remaja la katekan.
Aku rasa dalam ramai-ramai adik-beradik, aku la yang kuat melawan cakap.
Pastu bila mummy suruh aku buat apa-apa, mesti aku tangguh.
Tak pernahnye nak buat on the spot.
Pastu bila mummy bising, barulah terhegeh-hegeh nak buat.
Tapi buatnye tak ikhlas... mesti ada unsur-unsur protes.
Memang dasar pemalas kan?

Sorry mummy.
Walaupun selama ni Nana banyak lawan cakap mummy, tapi sebenarnya Nana tetap sayangkan mummy dunia akhirat.
Walaupun mummy pernah piat Nana dengan bulu ayam, pernah libas Nana dengan kain, Mummy tetap ibu terbaik bagi Nana.


Vogue tak mummy aii?
Kalah haku yang muda ni tau!


Mummy memang suke bergaya.
Tapi dia tak suke pakai make up.
Biasenya dia just pakai bedak debu 3A tu pastu calit lipstik sikit kat bibir.
Tapi mummy tetap nampak cantik. :)

Eh, bedak 3A?
Bedak ape tu??
Korang search sendiri bedak tu cemana.
Nenek-nenek kite dulu pakai bedak tu.
Bedak yang duk dalam bekas bulat kaler ijau.


Mummy, terima kasih sebab sabar jaga Nana selama ni.
Love u so much!


Tuesday, December 18, 2012

Photo Contest : Be Yourself ! by Hanna Nabiella

Salam readers...

Kali ni iolss gedik-gedik nak join segmen.
Sokong iollss ye...


Klik banner

Gambar-gambar yang dipertaruhkan :-

.1.



.2.



Kata-kata inspirasi :-

"Jika semalam tidak berakhir seperti yang kamu inginkan, ingatlah : Jika Tuhan inginkan hari semalammu adalah sempurna, maka DIA tidak perlu ciptakan hari ini"

-Ingatlah, semua manusia tak terlepas dari dugaan ALLAH S.W.T-