Sunday, January 13, 2013

Aku dan baby

Salam readers...

Korang apa khabar hari ni?
Aku ok-ok je.
Sekarang ni sedang layan tv Oggy and the cockroaches sambil menunggu kedatangan Baby Alya.
Tengahari nanti kot dia sampai.

Pagi ni KL hujan lebat.
Seronok betul kalau hujan pagi di hari cuti.
Boleh sambung tido... hehehe
Tapi kan...tapi kannn...... baru je nak sambung tido, perut aku pulak memulas..
Memulas tak agak-agak lak tu.
Dan-dan je suruh aku berlari pergi toilet.
Tau je la kann... bila badan dah kena air, kompem mata jadi segar.
Cisss.... cancel plan nak sambung tido.
Grrr...

Sekarang ni aku lapar.
Rasa macam nak gi KL Sentral je nak beli makanan.
Wahhh sampai pegi KL Sentral semata nak cari makan kan? hehe
Tapi tatau la...
Rasa cam malas.
Nak masak pun, takde lauk dalam peti ais tu.
Beras pon dah habis.
Bila ntah nak pegi beli.
Kalau beli kat kedai runcit bawah ni mesti harga mahal.

Hari ni tatau lagi ape plan aku.
Biasenya kan setiap weken memang aku kuar.
Tapi tu la...
Kalau kuar pun mestilah dengan FZ kann...

Pagi ni dia ada kelas kat Damansara.
Petang kul 2 nanti shift kije dia kat kolam tu.
Kul 5 nanti baru free.
Adesss... bosan..bosan...

Sebut pasal kuar, hari tu FZ ajak aku pergi The Garden.
Saje jenjalan.
Kitorang ni memang duta Mid Valley- The Garden.
Situ je la tempat kitorang pun.
Sampai naik muak dah aku jenjalan kat situ.
Sebut je nama kedai ape, aku boleh tahu kat area mana.
Sampai macam tu sekali tau!

Tapi muak-muak pon aku tetap suke pergi sana sebab ada Tako Tao.
Hahaha... voleyy??


Si budak kecik ni mesti ada punya...
Petang tu aku yang culik dia kat taska. :)
Eh, korang jangan salah faham lak..
Aku amik dia pun with permission her parent okeh.
Bukan memandai je amik.


Time ni tatau la kenapa dia bad mood.
Orang nak dukung pun taknak.
Nak berjalan sendiri...
Pastu sesuka hati berjalan merata-rata.
Pimpin pon taknak.
Bile dah kena marah, barulah duk diam sikit.
Tengok je la muka dia... kan dah masam tuuu...


Dengan FZ dia ok sikit sebab FZ ni jenis suka ikut cakap budak.
Aku memang sakit hati dengan FZ kalau bab-bab macam ni.
Aku ni kalau boleh taknak la spoil budak macam tu.
Kalau ikut pesen aku, ada benda aku ikut, ada benda yang tak...
Kesian la kann kalau semua permintaan dia kite tolak.
Biar dia faham, bukan semua benda yang dia nak dia akan dapat.
Kalau dari kecik semua benda dia nak kite belikan, nanti dah besar, cemana?

Tapi kalau FZ ni semua dia ikut.
Geram pulak aku!
Sebab tu la Baby Alya ni suka buat perangai sekarang.
Dulu-dulu takde pon.
Bila dia dah realized ada orang yang akan back up dia, macam ni la jadinye.
Depan orang ramai pun boleh buat perangai.

Kalau kat kedai makan tu, asik nak makan sendiri.
Kalau tak, nanti dia baling barang.
Dah pandai protes kauuu....
Sape ntah yang ajar.
Aku ni bukannya tak bagi makan sendiri.
Tapi tahu je la...... budak kann...
Bukannya nak makan sangat.
Nanti dia sepah-sepahkan aje makanan tu.
Pastu tangan lap kat baju.
Aku ni dah la takleh tengok baju kotor.

Mungkin sekarang ni aku takde anak.
Mungkin korang cakap nanti bile aku dah ada anak sendiri, baru aku tahu.
Tapi sebenarnya this is how i treat Baby Alya and my nieces.
Takde beza pun.
Anak-anak sedara aku pun bukannya aku ikut sangat permintaan diorang.
Like kalau diorang mintak aku belikan something, aku akan bagi syarat.
Biasanya aku suruh diorang target 5A dalam exam.
Then, barulah dia dapat apa yang dia nak.
Kalau tak dapat, takde hadiah.
So, dengan cara tu diorang akan berusaha.

Contoh anak abang aku, Alyssa dan Amisha.
Pernah dalam exam pertengahan tahun lepas pencapaian Amisha lagi elok dari Alyssa.
Then, aku bagi hadiah kat Amisha seorang.
Alyssa terpinga-pinga.
Kesian tu memang la kesian.
But, ini cara untuk ajar diorang.
Untuk dapatkan sesuatu benda, you have to make efforts for it.
You will never get something easily.

Errr... tegas sangat ke aku nih?
Huhuhu....
Tapi tegas-tegas pun sebab aku sayangkan diorang.
Biar diorang tahu, THIS IS LIFE!


Tengok gaya dia pandang aku.
Pandangan meluat kott... Hahah...

Tapi dia suka buat perangai kat luar je.
Kat rumah dia ok.
Siap tolong aku kemas bilik lagi.. hehehe...
Kalau dia amik something, mesti dia akan letakkan balik benda tu kat tempat asal.
Bagus kannn?

Kalau aku nak iron baju ke atau pergi dapur, aku suruh dia tengok tv.
Aku bukak la citer boboiboi ke, upin ipin ke...
Nanti dia tengok la tv sorang-sorang.
Pernah aku pasang DVD Jurassic Park 3.
Baby Alya suka tau citer-citer binatang ni.
Time tu aku nak pergi iron baju.
Tengah aku iron tu, aku pasang la telinga kot-kot dengar bunyi apa-apa dari bilik.
Aku dengar dia duk membebel.
Aku pun jalan terkedek-kedek pergi intai dia dalam bilik senyap-senyap.
Aku tengok dia meniarap sambil tengok tv.
Mulut dia duk membebel sensorang.
Ntah apa yang dia cakap pun aku tatau.
Tetibe dia sedar aku intai dia.
Terus dia senyum malu.
Hahaha...

Aku tanya dia, "baby buat apa?"
Pastu dia tunjuk kat tv, "Acor... Mi, acor. Titik..."
Acor tu maksudnya dinasour.
Titik tu maksudnya gigit.
Hehe.. kelakar tau dengar suara dia.
Halus je.
Comel......


Dah pergi The Garden, kitorang masuk la dalam Mid Valley pulak.
Tetibe nampak pulak mainan nih.
Tak pepasal aku kena bayar cukai.
Halamakkk...



Suka sangat bila tengok dia happy.
Bila dia happy, dia jadi gedik la.
Tapi bila dia buat perangai, geram pulak kan..
Hehehe...
Dialah intan, dialah kaca.
Haih... baby Alya.


Stail dia sekarang.
Kepala terteleng tapi mata pandang ke lain.
Bila benda tu berhenti bergerak, tetibe dia nangis.
Aduhaiii....
Tak puas nak main lagi la tu.
Mujur la ada sorang budak lelaki datang nak main jugak.
Barulah dia berhenti nangis.

Baby ni takleh tengok ada orang lain datang.
Nanti dia jadi terpinga-pinga dan takut.
Hehehe...
Kelakar.

P/S : Budak-budak memang banyak ragam kan? Nak melayan tu, memang la letih. Tapi tetap rasa seronok, kan?
Rindu pulak kat baby.
Bila la nak sampai nih?


No comments: