Thursday, January 3, 2013

Azam

Salam readers...

Sekejap je kann dah masuk 3 Januari 2013.
Makin moden dunia, manusia makin busy sampai tak sedar hari-hari berlalu dengan cepat.

Biasenya setiap tahun baru aku akan pasang zam zam alakazam azam... hehe
Tahun ni.... ntah la.
Aku sendiri pon tatau ape yang aku nak target.
Mungkin nak kurus je kott...

Tetiap hari aku dengar orang komplen aku makin chubby.
Aku pun perasan sebenarnye aku ni makin bambam.
Nak buat cane... silap sendiri yang kuat makan.
Dan silap FZ jugak sebab jadikan aku as DBKL..... hehe.. tetibe.
Kenapa DBKL?
Sebabnya kalau time makan dia tak habis, aku la yang kena habiskan...
Takut membazir katanya..
Grrr.......

Since akhir December lepas, aku dah start control makan sebenarnye.
Kontrol-kontrol pon aku still makan malam.
Aku just skip makan tengahari. Jarang-jarang la aku makan.
Seminggu sekali je kot aku makan tengahari.
Pagi aku just minum air kosong je.
Itupun hari kerja la.
Weken aku balun je semua.

Sekarang ni, Isnin hingga Jumaat memang aku busy.
Takde la busy sangat-sangat tapi ader kije laa...
Setiap hari ader je kije.
Macam tak pernah habis.

Entri pendek macam ni pun 3 kali aku tertangguh nak buat.
Ader je kije datang.
Tensi aku!

Betul jugak kata senior-senior dulu.
Stay back laa sampai lewat malam sekalipun, esok datang kije, kije berlambak jugak.
Memang takkan habis sampai bile-bile.

Eh, termelalut pulak gi citer pasal kerja.
Citer asal pasal azam kan?

Aku tau la memang susah gile nak dapatkan berat badan cam dulu.
Memang ajaib sangat laaa kalu dapat kurus cam dulu kannn...
Berat badan aku sekarang pun dah 70kg.
Kalau boleh turun 7-8kg pun dah ok..
Dah kire habis berjaya sangat dah.

Aku pernah makan pil acaiberry ABC tu.
Semata nak kurus kan....
Pil tu memang menjadi.
Bila telan je, automatik jadi tak lapar.
Tengok ayam kepsi tergolek depan mata pun aku boleh buat derk je.
Hilang selera makan teruss...
Aku makan pun sekali sehari je.
Itupun portion kecik.
Nasi 3-4 suap pun dah rasa kenyang.
Sampai FZ merungut-rungut sebab aku taknak makan bila kuar dengan dia.

Tapi takdan aku kurus, aku stop makan pil tu.
Sebabnya bila telan pil tu aku rasa cam diawang-awangan.
Atau dalam bahasa kasar dikatakan kepala otak jadi biol.
Seriuss...
Kije tunggang-langgang. Blur kann...
Kepala pulak jadi pening-pening lalat.

Tak lama lepas tu, ada berita pasal orang meninggal sebab nak kurus.
So, aku nekad taknak makan pil lagi dah.
Kalau rasa nak kurus, biarlah ikut cara selamat.
Bukan gune krim atau pil bagai.
Nanti efek lain.
Ilangkan nak kurus, kang nyawa pulak melayang.
Tak ke mati sia-sia namanya tuu...

Inilah azam aku.
Azam korang pulak cemana?


1 comment:

Beautyfull_Maria said...

Selamat tahun baru..lebih kurang jek azam kita,tp bjaya ke tidak wallahualam...hehehe