Friday, January 25, 2013

Berliplapliplap dan kesejukan di I-city, Shah Alam

Salam readers...

Selepas setahun berjanji dengan aku, barulah dia tunaikan...
Shuweeeetttt sangat kan... huhu...

Ni la buah hati aku.
Kemain lagi janji dari awal tahun lepas nak bawak aku pergi I-city ni.
Last-last 9 Januari 2013 baru-baru ni dia bawak aku pergi.
Hehehe...
Actually aku tak kisah pun cepat ke lambat dia tunaikan janji dia.
Yang penting, janji ditepati.
Wahhh... macam nak berpolitik plak.

Prinsip aku, kalau berjanji tepatilah.
Kalau rasa takleh nak tepati atau tunaikan, baik jangan berjanji.
Sebab berjanji ni maksudnya bagi harapan.
Kalau bagi harapan palsu, kecewa jadinya...

Excited jugak la aku bila dengar FZ nak bawak aku pergi I-city.
Walaupun aku baru je pergi dengan family, tapi suasana tu lain.
Pergi dengan family excited nya lain.
Pegi dengan buah hati excited nya lain.
Ye tak?

Terbayang-bayang dah aku nak main salji dalam Snow Walk.
Hehehe...

Kitorang bertolak lepas Isyak.
Pergi time weekday orang takde la ramai sangat.
So, sangat senang nak dapat parking dan jalan pun tak sesak.
Suke..suke....

Korang layan je la eh gambar-gambar kat bawah.
Malas pulak aku nak letak caption satu-satu...
Huhu... 







Patung harimau ni memang menakutkan aku...
Macam real la..


Eh, dah masuk dalam area snow walk...
Malaysian dikenakan RM35/orang.
Foreigner RM40/orang.
Tak jauh beza kan.
Sepatutnya malaysian RM25 atau RM20/orang jadi la...
Mahal ler... huhu..

Tapi mahal-mahal pon masuk juge...


Bears kat situ semuanya cute...
Geram tengok.



Serius kat dalam ni sejuk.
Sejuk gile.
Kena hati-hati dengan lantainye yang licin.
Ada budak perempuan jatuh depan kitorang.
Eh, bukan budak sangat pun.
Mungkin umur 14-15 tahun.
Time dia bangun balik, dia gelak...
Adik lelak dia pun gelak jugak kat dia.
Aku dan FZ pun tak tahan tengok dia jatuh punnn gelak sekali.
Sorry ye dik... hahaha


FZ dah kesejukan.
Dia ni bukannya tatau kitorang nak masuk Snow Walk.
Lagiii nak pakai seluar pendek.
Mase otw tu aku bising jugak dalam kereta.
Sebab aku pernah dengar orang cakap sesape yang pakai seluar pendek, takleh masuk.
Tapi mujurlah hari tu boleh masuk.
Kalau tak, kompem aku merajuk.




Suka tengok dia happy. :)


Dia ni memang suka masuk dalam rumah igloo ni.
Kat sini la budak perempuan tu jatuh. hehe....


Me and mine! 


Ada sorang budak perempuan cina yang volunteer nak amik gambar kitorang.
Kitorang ok je..... hehe
Lupe plak nak tanya nama budak tu.
Baik orangnya.


Colorful zebra.
Time ni aku dah beku sebenarnya sebab ais dah masuk dalam kaki aku....


Pandaikan diorang ukir ais jadi kapal sebesar nih...


Macam red riding hood lakk...


Eh, awat gambo ni tersesat kat sini lak??


Jaan...... hehehe...
*Tiru style leuniey.



Last pic dari dalam Snow Walk.

Kitorang ada beli gambar yang disnap oleh kakitangan snow walk tu.
RM30 sekeping untuk 8R.
Mahal gile bagi aku. Serius makan duit la diorang nih.
Tapi sebab gambar tu cantik dan kenang-kenangan aku dan FZ, aku beli jugak.
Ada jugak gambar lain yang diorang snap tapi tak beli sebab kualiti tak cantik dan harge pulak mahal.
Kalau diorang jual RM10 pun dah banyak untung dah.
Tapi takpe.
Dah namanya tempat pelancongan kan..
Redha je la dengan harga yang diorang tetapkan.

Dan sesi bergambar kat luar pun bermula....



Suka gambar ni sebab suasana nampak terang je...





Eh, ada lagi gambor tersesat rupanya.
Ni gambar kat dalam snow walk ni.
Time ni aku nak turun menggelusur kat situ.
Kat sini la ais start masuk dalam kasut aku sampai kebas habis 1 badan aku sebab sejuk.








Ok... dah habis sesi bergambar.

Sebelum balik kitorang singgah makan kat kedai mamak dalam kawasan I-city tuh.
Aku tak ingat nama restoran tu.
Tapi makanan dia punya laa takleh masuk tekak...
FZ makan 2-3 suap je.
Aku lak sebab lapar kan, so telankan aje.
Tapi tak habis jugak.
Bau kemain sedap tapi bila dah makan, blueeekkk....

Benda ni aku dah citer dalam entri ini.

Ok, sekian saja cerita untuk hari ini.... :)
Nanti ader cerita lagi aku kongsi dengan korang ye..

No comments: