Monday, January 28, 2013

Bila dah rajin

Salam readers...

Virus RMT menyerang aku.... Huhu...
Bukan Rancangan Makanan Tambahan tu....
Tapi virus Rajin Masak Terlajak.
Mulut asik nak mengunyah je.
Tangan pulak gatal nak masak.
Bukak peti ais, tengok-tengok takde lauk.
Sob...sob..... sedehhh...

Terus menggedik mintak FZ sponsor beli barang dapur.
Hehehe...
Minggu lepas shopping kat Checkers, PJ.
2 hari lepas shopping kat Carrefour Bangsar South.
Hehehe...
Semangat memasak gitu.
Bior le tak sedap pun... yang penting rajin.
Iye dok?

Aku sebenarnya takde bakat masak.
Masak benda sama 2-3 kali pun belum tentu menjadi.
Mangsa yang kena makan makanan tak sedap tu memang takde orang lain... FZ la...
Hehehe...
Makanan tak sedap pun dia telan jugak.
Takut betul aku merajuk kalau dia tak makan.

Pernah aku masak ayam masak tumis santan tapi dia tak suka.
Dalam tak suka pun, dia tetap sentuh walaupun sesuap.
Sampai sekarang aku dah tak buat lagi kuah tu.
Bukan tak sedap tapi kuah tu bukan selera dia.
Masakan timur kannn...

Kadang-kadang datang jugak rasa malas nak masak.
Tapi perut aku ni takleh lapar sikit.
Nanti gastrik pulak.
Nak order mekdi delivery kang, mahal sangat...
Nak jimat, kenalah masak.


Makanan paling cikai...
Goreng filet ikan dory tempura, ayam goreng ayamas dan nugget.
Pastu cicah dengan sos keju.

Goreng-goreng ni pun amik masa lama tau.

Eh, terliur pulak.
Sat lagi nak goreng ayam la...



Virus rajin dah datang.
Masakan untuk lunch.

Nasi putih + kuah sardin + ayam goreng + telur dadar + ubi kentang masak sos plum.
Masak simple je tapi kenyang.
Modal pun kecik.
Kan boleh jimat...


Dah muak makan nasi berlauk, aku masak pulak nasi goreng kampung.
Terlebih masin... hahaha...
Tapi makan sorang-sorang je pun.
Masin pun masin la... telan je.
Nasib baik telur dadar tu sedap.


Yang ni aku masak semalam.
Nasi putih + ayam goreng + telur dadar dan ketam masak lemak cili padi.
Semuanye sedap kecuali masak lemak tu je tawar dan cair sikit.
Tapi FZ tetap makan.
Habis jugak nasi sepinggan.
Hihihi...
Ketam tu fresh sangat.
Baru beli dari carrefour.

Kalau dah datang rajin, camni laa...
Tapi tunggu la bila virus M datang.
Berbulan-bulan aku tak masak nanti. Hehe


No comments: